Friday, 7 April 2017

(REVIEW) Klana Beach Resort, Port Dickson

Assalamualaikum,

Banyak betul berlaku dalam hujung dan awal bulan baru ni. So throwback balik. Sempena menamatkan status dr seorg pelajar, seorg yg menjalani praktikal kpd suri rumah semula, dgn beranggapan aku akan menghadapi pelbagai cabaran sbg mak beranak 2 nanti, haha so jomlah kita bawa diri sekejap, belanja diri, jalan2 tgk pantai. Niat hati nak pergi Seremban je, malas jauh2, sekali hotel yg diimpikan penuh, so ke PD pun best juga.

So kami menginap di Klana Beach Resort. Melihat review yg baik dr Agoda ditambah kedudukannya yg mengadap pantai pada harga masih mampu bayar, so oklah. Aku pun booked hotel ni. Walau nafsu disogok, "try lah Grand Lexis ke, Avillion ke" oh myyyy satu malam boleh kasi aku perabot kot. Tak pun breast pump double rechargeable. Hahaha. Aku tahu suami mampu, tp mmg idok lah nak membazir ke situ utk merasa dlm tempoh kurg 24 jam.



So terpengaruh dgn review dari blog, aku oun tempah bilik Seaview. So mahal sikit lah. Termasuk segala caj2 kene lah bayar RM214. So dgn harapan bila buka tingkap tu mmg nampak pantai semata2. Ni termasuk sekali dgn breakfast. Sekali, hmm sedih. Bilik aku betul2 hadap Balai Cerap dan parking lot.So kene tenung ke kiri dan ke kanan baru nmpk pantai. So x fefeling sgt lah. Ada je seaview yg mmg sama saiz bilik, katil twin, tp harga mahal sikit, so aku fikir xde beza kecuali yg bilik tu boleh refundable je. So baik ambil murah sbb confirm pergi.

Hotel dimiliki Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. So paham2 lah Islamic nya mcm mana.

Gigih rapatkan katil. Ammar tido tengah2. Hahaha

Banyak kerusi dia. Mmg guna lah utk makan semua. Selama ni kat hotel mana ada lepak sgt kat kerusi. Hoho
So, sampai 2pm, check in semua. Oklah overall puas hati dgn billik. Ada disediakan Al Quran Tafsir, berus gigi, ada extra 2 bantal, selipar jamban dan menu makanan kalau nak order dari bilik. So malam tu aku saja nak try. Burger beef, ada salad n fries. RM21.50. Tunggu dalam 25min mcm tu. Syukur sedap, berbaloi tunggu.

Layanan staff pun baik, call diorg sbb tak tahu nak switch off lampu tang mana, hahaa. Sopan je dia bgtahu. Bgn pagi b4 breakfast dpt surat khabar NST. Breakfast dia pun ok. Byk pilihan. Ada nasi lemak, mee goreng, lontong, roti, cereal, ubi, buah2, air sejuk 2 jenis, dan pelbagai lagi. Sbb malas nak jauh2 dr makanan, kita breakfast belah dalam je. Sbb kalau kat luar mmg mengadap pantai pakej dgn tiupan angin pagi lagi.


Just nak komen sinki besar amat. Nasib aku tinggi utk capai ke paip air utk berwuduk. Water heater utk mandi pun, alamak mcm kat2 rumah, asal ada je. Pantang terlebih pusing habis memancut menyakitkan. Sekejap terpanas sgt, sekejap tersejuk sgt. So overall 3.75 bintang dr 5. Huhu


No comments:

Post a Comment