Sunday 14 July 2019

Shopping di Kenanga Wholesale Mall

Assalamualaikum,

Sabar jelah dgn diri sendiri. Hahaha. Time aku dah mula berangan nak save, bahagi kan duit elaun bulan2 yg aku dpt dari suami dgn penuh hemah dan cermat mesti tak lama lps tu ada je terdetik nak beli macam2. Dan sekarang aku ada minat baru iaitu skincare. Entah mcm mana punya sabar simpan duit, aku bantai shopping baju.

Kali ni xde beli online. Berapa kali terkena. Dalam 5 helai aku pernah beli selama ni, 2 helai macam tu je aku puas hati. Model pakai lawa lah, kain ntah apa2 rasa lah. Paksa beli 2 sbb nak dptkan diskaun lah. Pastu kalau beli dikedai pun setakat gi Giant sbb nak dekat dan murah. Pilihan tu je ada. So rasa mcm sedih dan tak brp puas hati. Bila nak sauk baju gi jalan mesti rasa mcm kosong je tgk almari. Hahaha.

So aku mmg target nak ke Kenanga. Entah kenapa pernah gark usha baju kat Times Square. Memang murah tapi entah takde hati kat situ. Yang Kenanga ni dapat murah mmg terbaiklah dlm RM100 dpt 3 helai. Mmg byk kedai offer mcm tu. Tinggal kau jumpa kau punya style yg kau berkenan  jelah. Dan cuma most kedai tak bagi try baju. Nasiblah kau tgk kat hanger lawa, sekali balik rumah try pakai, adusssss.

So aku punya smgt nak shopping, tambah aku tahu PAKAI DUIT SENDIRI, tambah aku nak TERBAIK je yg BERKENAN utk masuk WARDROBE aku. Malam sebelum tu aku list siap2 ciri2 baju aku nak.

Aku takde nama style, fashion yg aku suka, just ini ciri2 nya:
1. Mesti longgar, bawah bontot (wajib)
2. Tak jarang dan nmpk gemuk (elak putih, stripe melintang)
3. Aku mmg attract pada colour (merah, biru, hijau)
4. Ada curve sikit pada pinggang
5. Ada fashion bukan cutting straight kosong bodoh je
6. Material less iron
7. Printed blause (optional)
8. Elak stripe blause (optional)
9. RM60 paling mahal aku blh byr utk satu baju

So bila kita dah tahu, kita mmg senang nak fokus. So aku bertolak dlm kul 10am. Sampai dlm 10.50am sbb mmg tak brp tahu jalan. Parking kat tingkat 9. Aku sanggup turun paling bawah dulu. Start dari LG. Anak tak ikut so aku boleh fokus.

Pusing sekejap aku dah berkenan kat satu baju yg patung pakai. So mcm ehhh cepatnya. Gi tanya owner. Boleh try katanya. Ambil size paling kecil sbb baju tu mcm xde cutting. Tapi sbb corak dia lawa sgt hentam jelah. Bila pakai perghhh mmg rasa cantik. Wajib lah beli. Bukan senang ya puan2 jumpa yg first terus suka, dan try cantik ngam.
Design baju ni macam ada mermaid sikit kat belah tepi kiri kanan pinggang. So xde lh straight cut. Bila pakai perghhh in love sgt


Aku kalau dh jumpa mcm ni mmg xde nya nanti, pusing dulu ke, sbb nanti last2 x beli, bila balik terkenang2. Tapi rasa takut mmg ada, takut nyesal sbb harga RM55. Kang jalan lagi jumpa lain, lagi murah. Apapun aku tetap beli, hope yg terbaik, x nak nyesal2. Complicated tul perempuan ni. Hahaha.

So dah beli, round dan naik atas floor by floor, nampak cardigan, kimono yg mcm2 fashion. Sebab baju nampak semua sama, singkat2 dan mostly x leh cuba. So mcm terminat 2 tu. Mostly harga bwh RM30. Nak sgt cuba style ni, tapi mcm segan, mcm takde function sbb style ni just added fashion je. xde pun xpe. Nanti2 lah bila dah berani or mmg nak berfashion br beli.

Punya pusing2, mmg laju je langkah, x nak lama2. Kita pun tahu apa kita nak. Kat tingkat 2 jumpa baju agak nice. Printed, berfashion, takde cutting, free size. Harga RM30 jauh lagi murah. Tokey kasi try, sekali try atas bontot dan tak nice pun bhgn bawah dia. Nampak senget potongan dia. Fuh lega tak beli. Nak harga murah pun kadang2 ni sbb nya menyesal lps tu.

Jalan lagi, dh start kelam kabut sbb nak kul 12 dah. Tak jumpa lagi baju yg berkenan, sampai tingkat 3. Kedai ni kat tengah2 bukan dlm lot kedai. Peerghh niat nak cuba satu, beli satu je sekali sbb saler tahap lembut, pandai pujuk, mmg baju banyak lawa2. Printed, colour2 yg aku berkenan, ada fashion, paling penting x jarang dan bawah bontot. Terus cuba dan cuba sampai jumpa 3 helai baju yg aku berkenan.
Baju 1st try terus rasa mmg ini lah aku cari. Dengan warna, design, x perlu gosok. Bukan t shirt material dia yg buat aku rasa lg happy dgn panjang lengan baju mmg terbaik tak senteng.

Baju yg mmg kalau boleh x nak beli. Tapi bila pakai wow. Rasa macam remaja sekejap. Tapi masih sedar diri lah. Hahaha

Mmg teringin nak corak yg mcm sweet2 nak gi dating mcm tu. Bila pakai perghhh akhirnya aku dpt juga merasa nak pakai corak ni. Dah lag warna favorite. Tp baju ni kene gosok sikit esp bhgn putih tu. Apapun yg penting rasa lawa bila pakai.


Mmg rasa berbaloi beli 3 terus utk RM100. Skirt dan seluar pun ada yg cantik, just aku fokus mmg baju. Tu yg tak tergoda tu. Elok cuba terus pakai satu, malas tukar dah. Nak balik nak gi kenduri kahwin. Bayar je terus melulu naik tingkat 9 walau haus nak mati. Yg penting happy. Balik ambil masa 1 jam. Sabar jelah. Yelh tak biasa jalan area tu. Ikut juga jalan yg aku tahu sbb aku x reti guna waze. Google map aku pulak mmg lah bengonggg duk gps signal lost. Bertolak keluar kul 12.15 sampai 1 lebih. Ikutkan aku tawaf shopping mall tu dlm 1 jam 15 minit mcm tu je.

Sebab dah tahu apa nak dibeli, style fashion apa yg kau nak pakai. Tinggal design, harga dan boleh try pakai ke tak yg memainkan peranan utk kau jadi beli atau tak. Pastikan try at least walau sauk dlm keadaaan kau berbaju sekalipun. Baru puas hati.

Aku kelam kabut mcm mana pun, bila kau cuba baju2 kat tingkat 3 tu aku tahu mana yg pelik bila aku pakai. Walau kain rasa oklah selesa dan bawah bontot. Cermin kat luar so bila tengok dgn saler sama2 senyum kata lawa lahhh. Mmg nice experience shopping kali ni. Saler pun memainkan peranan. Ni duk follow, main hp, muka ketat, mmg cuba juga tak berlama2 melainkan mmg agak berkenan. Last2 mmg x beli pun. Hahaha.

Happy je saler tu aku beli byk. Aku pun tak sangka nak beli byk mcm tu. Igt dpt bawa balik 2 helai pun ok dh. Rupanya bnyk juga duit dlm dompet, minta suami sedekah RM30 lagi. Hahaha. Tu mampu beli tu.

Total 4 helai baju : RM155
Tempoh : 1 jam 15 minit
Kedai : Nama tak tahu, x sempat tgk pun. Di LG dan tingkat 3.0
Perasaan : 98% Happy
Tiket parking : 3 jam pertama RM3

P/s: Balik dgn baju baru tersarung, laki dgn anak senyum je kata lawa. Gi kenduri pakai baju baru yg mahal sekali tu, Ammar siap kata lawalah ibu, nanti beli lagi tau mcm ni. Anak kecil pun tahu mana lawa mana tak lawa. Mak nya apa lagi kembang lah. Rasa berbaloi jap harga RM55 tu. Hahaha.

Ok Bye...