Monday, 3 April 2017

Pengalaman LI di kedai jahit

Assalamualaikum,

Menyahut seruan@arahan dr Giatmara utk menjalankan praktikal selama 3 bulan telah ku laksanakan. Tarikh 31 Mac aku rasmi bergelar bekas pelatih. Just nk tunggu dpt sijil je, Insya Allah maybe dlm hujung tahun ni juga.

Pertama sekali, bersyukur aku dapat tempat praktikal yg hampir dgn rumah.8-10min dr rumah dgn waktu berkerja dr 10am-6pm. Aku diterima dgn terdapat sebuah mesin jahit yg boleh aku gunakan spnjg praktikal ku. Bos yg percaya dan sudi ajar dan berikan kain2 customer utk aku jahit. Cuma tmpt aku satu je prob, panas sgt sbb aircon rosak. Huhuhu. Aku dibayar ikut jenis fashion yg aku jahit.

Sbg contoh: Sepasang baju kurung tradisional= RM15, sepasang baju kurung moden,pahang= RM16. Kain sahaja=RM7. Blaus=RM10, Jubah=RM15-RM17,  Gaun kanak-kanak=RM10. So bulan pertama aku dpt RM261, Bulan kedua RM320 dan bulan terakhir RM251. Yg last sikit sbb aku kurang dpt kain dr sebelum2 ni cos bos aku kurg sihat. So overall ok lah.


Aku belajar byk benda baru. Cara jahit ben pinggang, cara jahit tepi yg kurg membazir, cara ambil lapik leher, cara jahit leher dgn piping, buat lubang butang bj kurung, pastikan zip sorok benar2 tersorok dan x kedutkan kain dan paling penting ukuran tepat dan digosok rapi diakhir proses.


Ikut prestasi, aku mampu siapkan 2 helai kain dlm masa 5-6 jam. Kalau dpt sepasang baju kirung cotton, mmg boleh siap awal. Sbb kain mudah diuruskan. Bab nak silang pangkah tu yg kene mengucap panjang sikit. Mmg ambil masa lama dlm 2 jam lebih. Kalau kita ambil upah silang pangkah je dpt dlm RM2.50 je. Rasa kurg berbaloi utk masa selama itu.

Alhamdulilah aku boleh agak berbangga dgn prestasi aku. Ada sekali je aku x dtg, dan dlm 2 kali masuk lewat, 3 kali balik awal. So takdelah budak nakal sgt. Hihi. Dr segi waktu rehat pula, sebenarnya pandai2 paham sendiri. Paling lama 1 jam, tp kebanyakan masanya, aku rehat 30 min je. Makan, solat, tgk hp jap terus sambung keje. Bukan apa, rasa tak sabar nak clear kan mesin dgn helaian baju yg belun bersambung. Bila dh siap jahit semua tu rasa lapang sikit otak dan mata memandang.



Bagus kedai ni, sentiasa ada je customer. Tempah baju selalu berhelai2, jarang sepasang je. Sambil tu bos kedai mmg pasang radio IKIM fm so duk tumpang dgr ceramah agama, tazkirah, lagu nasyid, dan jualan2 produk bumiputera. So oklah. Ada lah kasi lembut sikit hati.

Pernah juga nampak beberapa kali baju yg ku jahit dikembalikan semula. Takut salah aku, yg salah jahit tanpa mengambil kira kepentingan ukuran, tp syukur semua yg customer pulangkan balik bukan sbb kesilapan jahitan aku. So lega lah juga.. So itu lah ceritera LI aku. Buat masa ini, dgn bangga dan yakin, boleh aku katakan, aku mampu utk jahit baju2 kurung dgn baik. Quiqui. Tak tahulah masa depan macam mana, takut lama tinggal terlupa pula nanti.

No comments:

Post a Comment