Monday 30 May 2016

Facial dan Nasihat

Assalamualaikum,

Alhamdulilah dpt suami yg memahami. Aku berkesempatan utk berhibur dihujung minggu seorg diri. B4 ni pernah buat rawatan rambut juga. Facial kali ni aku buat di House of Healin, Medan Plaza Idaman. Groundfloor dgn harga RM50. Servis puas hati dari org Indonesia. Masuk2 je nmpk ada baby, org kedai xde. Aku pula pikir buruk2. Yelah pintu x kunci, kalau aku org jht dh culik baby tu. Haha

Sumber google

Facial kat sini ok. Normal lah. Cuci, scrub, steam, buang black head, mask, dan letak krim. Lama dlm 1 jam lebih br siap. Apa yg aku nak kongsi adalah kita ke facial ni selain dpt rwtn muka kita sbnrnya membuka hati utk berborak dgn tukang buat facial. Borak apa shj. So aku yg mmg byk mulut, tambah lg dh lama x berborak ni laju je berkata2.

So ada masa tangan Bibik ni urut bhgn bwh mata aku. Dia kata keras sikit, which is akan effect kepala dan telinga. Aku pun ckp mmg sakit pun kepala. Tak lama lps tu aku ckp, aku ni pekak sikit. Telinga tersumbat biasanya. So dia urut bwh telinga ke bahagian tengkuk. Perghhhh! Sakit yg amat. Yg bhgn kepala pun dia urut. Tarik rambut n patahkan tengkuk tu. Aku dh risau sbb aku mcm tgh ambil kesempatan pula. Haha. Bayar utk facial je. 

So dia ckp kat aku, ada byk fikir ni, sedih selalu, hati lembut. Mudah kecewa n sensitif. Sikit2 lh dia diagnose punca mslh sakit2 kepala n telinga aku ni. Rasa terpukul juga. Yelah sbb betul kan. Aku ni sejak lama terperam kat rumah, mudah marah, mudah kecewa dan mudah ambil hati. Aku x nafi kan kat bibik tu. 

Dia nasihat jgn tgk org lain, nanti hati sakit. Tgk smack down. Haha. Baru kita kuat. Tak mudah sgt hati tu sedih dan kecewa. 1st time org nasihat aku suruh tgk WWE tu utk bg kita kuat. Haha. Dia ckp lg, jgn bergantung pd suami. Aku fhm, aku bukan manja2 xleh buat keje, manja aku manja minta dibelai dan sentiasa utk disisi. Tp kita perempuan, isteri kene kuat dlm semua perkara. Supaya kita tak mudah patah smgt dgn benda2 kecik. Ignore benda2 remeh. Aku faham nasihat bibik tu.

Aku kagum dgn bibik ni. Bw baby gi keje. Baby pun br 5 bulan. Baik je, tahu mak dia keje. Senang jaga. X nangis sgt. Aku nak balik tu, tahu2 baby tu dh tido. Hmmm kagum aku. 

So b4 balik dia ada juga offer buat resdung telinga, bg clear sikit belah dlm. And of course ada urut2 sikit. Dlm RM30. So dlm perjalanan balik otak aku masih ligat dgn kata2 bibik. Mcm dpt smgt br lah. Yakinkan hati, lalu jambatan sempit. Aku tahu aku blh buat cuma jadi gementar n menakutkan bila ramai org nak lalu. 

Dijadikan cite mmg ramai org nak lalu. Aku give up buat waktu itu, berlalu dgn air mata. Kuat sgt nasihat bibik tu dlm hati aku smpi aku teresak2 nangis dan kembali yakin utk lalui jambatan sempit tu. Dipermudahkan,lgsg xde org. Aku sekali cuba je terus lepas. Yes. Aku mmg tahu aku blh cuma x kuat apabila diuji dgn sedikit kesusahan. Mcm tu lah dlm kehidupan harian kita. Hasil berjaya sst perkara buat kita lebih tabah, kuat dan yakin diri.

P/s: Confirm dtg lg utk resdung telinga pula.

Thursday 26 May 2016

Interview Giatmara

Assalamualaikum,

Baru sahaja menghadiri interview Giatmara. Suami kata start kul 8.3am sbb dia yg hantarkan borang hr tu. So gigih siap cepat2 dgn masak bagai. Sekali sampai Giatmara Gombak mcm tgh sibuk2 set up utk Karnival Keusahawanan. Org pejabat ckp cepat sgt aku dtg. So balik dulu lah. Hihi

Gi kali ke 2 dlm 10.30am. Pergi kat tmpt pendaftaran. Mereka berikan satu set soalan utk dijawab. Ada objektif, subjektif, soalan kira2 dan questionnaire utk tahu personaliti kita. Berpeluh gark jwb math. 1 kaki sama dgn brp inch. Apakah langkah2 keselamatan. Apa persediaan menghadapi kemalangan. Punca kemalangan. Apakah alat mengukur kain dan memotong kain. Haha. Jawab ikut logik je.

Siap jawab, pas kat cikgu disitu. So masuk satu bilik ni, dia isi 1 borang. Tanya brp peratus minat jahit, keje ke tak sekarang ni, jarak rumah dgn tmpt, dtg dgn apa, ada alergi tak sbb nnti nak kemas2 kwsn GM.

Ada juga tanya kat cikgu tu mengenai hal yuran, inkubator,kehadiran dan peperiksaan. Yuran kursus jahitan RM300 kebawah mcm tu. Masuk kul 8am. Beratur, kemas dulu. Kehadiran mesti lebih 80% utk layak ambil peperiksaan akhir. Teori dan amali. Inkubator ada kuota utk stp GM. Pelajar terbaik je terpilih. Ada juga cikgu tu cerita, org yg dpt support ni minat terhenti, dia pergi jual mesin2 tu. Tak patut tul. Hmm. 

Utk GM Gombak ni terbuka utk 20 org shj. Maybe ada saringan sekiranya byk permohonan. Iaitu dgn menjalanlan IV amali, apply mesin. Haha. Aku hanya mampu tersenyum kelat bila diberitahu. Aku mmg zero knowledge apatah lg nak sentuh mesin. Hmm doa baik2 jelah.

P/s: Smgt je praktis jahitan asas sblm IV. Haha. Well kene lah prepare kan.

Saturday 21 May 2016

Seminar Kemahiran Bahasa dan Pertuturan Anak (Part 1)

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, pagi tadi aku berkesempatan utk mengikuti seminar ini. Disampaikan oleh Pn Aishah Kasim. Seminar berlangsung selama 3 jam dengan bayaran RM50 seorang di Medan Selayang Batu Caves. Tujuan aku mengikuti seminar ini adalah kerana mahu mengetahui cara terbaik utk merangsang percakapan dan penghasilan bahasa oleh anak ku Ammar.



Jujur aku mengaku, Ammar pada usia 1 tahun 7 bulan, hanya mampu menyebut 4 patah kata iaitu, 'ayah', 'dah', 'nah' dan 'tatih'. Selebihnya adalah eksperesi bunyi2 an seperti 'aaahhh', 'woww' dll. Aku difahamkan Ammar seharusnya sudah boleh menyebut 50 patah kata. Selain itu, Ammar juga seperti tidak tahu akan namanya. Ammar tidak respon apabila aku memanggilnya. Itu yang merisaukan aku. Baiklah aku akan kongsikan serba sedikit ilmu yang aku dapati mengikut kefahaman ku sendiri.

4 komponen penting dalam pertuturan
1) Rangsangan otot mulut
2) Kemahiran pra-pertuturan
3) Kefahaman bahasa
4) Penghasilan bahasa

Otot Mulut
Terdapat kanak2 yg terlebih sensitif, kurang sensitif, kadang2 bercampur sensitif dan tidak sensitif. Gangguan pada otot mulut mengakibatkan anak tidak selesa utk bertutur. Contoh terlebih sensitif apabila anak lgsg tak membenarkan parents menyentuh area mulut. Manakala kurang sensitif apabila air liur meleleh biasanya disebabkan tidak mampu merapatkan bibir dengan sempurna. Kebiasaan masalah otot mulut ini dihadapi oleh anak2 istimewa. Bagaimanapun ia boleh dirangsang dengan beberapa sentuhan (boleh rujuk dari yg pakar)

Kemahiran Pra Pertuturan
Merupakan kemahiran yang diperlukan sebelum kanak2 bertutur. Terdapat 6 perkara iaitu:
1) Daya tumpuan
2) Hubungan mata
3) Ambil giliran
4) Meniru
5) Memadankan
6) Permainan simbolik

DAYA TUMPUAN dan HUBUNGAN MATA
Penting utk anak mampu memberi tumpuan dan fokus pada sst perkara/perkataan/permainan agar ia merangsang otak anak memahami akan sst itu dan seterusnya merangsang kefahaman dan pertuturan bahasa.

Cara rangsangan >>
Melibatkan ibu dan anak dalam berkongsi tumpuan terhadap sesuatu
Contoh aktiviti   >>
1) Menyusun puzzle 2) Bermain playdoh
3) Tampal sticker
Obejektif bermain >>
Meningkatkan daya tumpuan anak selama 3min-5min-10min (tempoh masa ikut tahap sesuai)

Teknik:
-Ibu menyediakan mainan dalam bekas yg tertutup gelap
-Pastikan anak duduk satu tmpt khas
-Selaraskan level mata ibu dan anak sambil kenalkan objek/permainan dalam tempoh tertentu, satu demi satu
-Cara terbaik dengan meletakkan objek di hadapan muka ibu sambil menyebut perkataan agar mata anak melihat objek sambil melihat bibir yg ibu menuturkan ayat dalam memperkenalkan objek tersebut
-Lakukan dengan pendek dan pantas dan selepas itu benarkan anak bebas utk bermain 
-Ulang cara ini dengan menambah tempoh dari masa ke semasa 

Saranan objek: Farm animal, transport (banyak bunyi boleh dihasilkan)

AMBIL GILIRAN
Merangsang 2 ways communication. Sebagai contoh bermain passing bola. Ayah pas kat anak dan pastikan anak pas kembali kepada ayah. Selain itu, bermain masukkan barang ke dalam kotak. Ibu masukkan dulu kemudian anak dan seterusnya bergilir2 sehingga selesai. 

Ini merangsang anak utk memahami secara perbuatan. Kerana perbuatan bertutur juga memerlukan seseorang itu diam dan tunggu sehingga seorang lagi selesai berkata. Pentingnya perkara mengambil giliran ini dalam perbuatan bertutur ialah anak tahu pentingnya tunggu mendengar soalan, jawapan dan memberi tumpuan dalam menunggu gilirannya utk berkata2.
Contoh aktiviti : 1) Simpan duit dalam tabung
2) Masukkan bola dlm jaring

MENIRU
Anak seharusnya mampu meniru bunyi dan perbuatan yang ditunjukkan parents. Seperti contoh anak membuat gerakan bye2 sebelum benar2 memahami maksud bye2 itu. Melalui keupayaan meniru, anak mampu memahami sst perkara/objek/perbuatan yg ditunjukkan
Contoh aktiviti : 
1)Nyanyian yg mempunyai banyak aksi (ie. Kalau rasa gembira)
2)Bina lego dan anak ikut bina
3)Gerakkan kereta sambil bunyi vroom2. Kemudian gerakkan kereta secara senyap. Melihat respon anak utk menuturkan bunyi vroom2 seiring dgn kereta yg kita gerakkan
4)Buat mimik muka   

MEMADANKAN
Anak berupaya melihat persamaan pada sesuatu objek atau perkara. Sebagai contoh apabila membuat bunyi miow anak tahu itu kucing. Apabila main masak2, ibu nak minum, anak tahu cawan objek yg diperlukan. 
Contoh aktiviti : Letakkan 3 objek berbeza dan minta anak ambil objek berdasarkan nama objek
Setelah beberapa lama, rangsang kefahaman berdasarkan (warna, sifat, kedudukan objek) 

PERMAINAN SIMBOLIK
Mengaitkan alat permainan dengan fungsinya dengan objek sebenar.
Sebagai contoh, "Ini cawan. Ibu nak guna utk minum". "Vroom2. Ini kereta. Bawa pergi jalan2".
Contoh aktiviti : Main masak2
      



Friday 20 May 2016

Sesi pendek fahami asas jahitan

Assalamualaikum,

Semalam aku berkesempatan mempelajari sedikit asas mengenai jahitan ni dgn kawan aku, Raden. Dia mmg tahu, belajar dan aplikasi jahitan ni. So dia selayaknya utk dijadikan mentor singkat aku. Dah lama tak berada dlm suasana belajar ni. Berpeluh otak aku cuba nak faham. So start lah balik mcm zaman2 anak dara dulu, tak faham tp mulut kata faham. Hahaha. Tegas juga kwn aku sorg ni. Takut aku nak ngaku bila x phm. Haha.

So apa yg aku belajar semalam ialah:
1. Unit ukuran inch
2. Tahu kene lukis pola pada buku, baru lukis pola yg sebenar
3. Pola dilukiskan separuh sahaja. Kain dilipat dan kemudian pin kan pola atas nya dan gunting kain
4. Pentingnya basi pada kain
5. Ada penanda kain ditekap dr pola ke kain. Tanda supaya jahitan lurus dan kemas
6. Berkesempatan belajar mematikan jahitan dgn menggunakan mesin
7. Belajar asas mengenai mesin
8. Hands on mesin jahit tepi
9. Kenali jenis2 komponen diperlukan utk satu2 jahitan (ie: zip dalam, zip luar)
10. Kenal dgn kain pengeras utk bhgn kolar bj melayu
Pola besar. Bhgn belakang baju. Separuh badan sahaja

Penanda mcm pen, penetas, skoci

Komponen utk jahit zip

Zip biasa, zip dalam. Ada ukuran berbeza ikut tmpt nak jahit

Mesin jahit tepi

Hasil aku dr mesin jahit tepi

So start dr kul 2.45pm sampai kul 4pm mcm tu. Mmg belajar lah. Xde nak cite benda2 lain. Tepu jap otak aku. Rasa mcm complicated gark. Tp kene kuat smgt. Yakin je. Nanti dh teror, sng lah semua ni. Hahaha. Lps sesi belajar, br lah sesi cite2. Borak punya borak aku pun beransur pulang dlm 4.45pm. Tq Raden.

P/s: Interview Giatmara Gombak minggu depan. Kul 8.30am. Kene start belajar apa yg patut berkaitan jahitan ni.

Friday 13 May 2016

Bedtime Stories

Assalamualaikum

Sepanjang tempoh gelap aku, aku cuba alihkan fokus kpd si anak. Aku perasan Ammar dh 19 bulan masih xde patah kata yg jelas diungkapkan. Pernah sekali perkataan ayah. Aku tak sure itu kebetulan atau mmg dia nak sebut merujuk kpd ayahnya yg br balik. 

Aku ada baca perkongsian ibu2 hebat diluar sana mengenai speech delay. Ia bukan satu hal yg patut diambil mudah. Rasa yg dia akan pandai cakap juga suatu hari nanti. Aku mula risau dan cuba utk buat apa yg sepatutnya. Aku cuba dedahkan dia dgn pembacaan. 

Syukur aku jumpa buku yg sgt menarik keluaran Pelangi. Besar dan ilustrasi yg sgt menarik. Ammar pun duk diam je x kacau sgt bila aku bacakan. Dia cuba tenung apa benda yg mak dia pegang dan duk bising2 kat telinga dia. Insya Allah aku cuba usaha dan lakukan. Allah juga akan bukakn pintu hati, mulut dan kefahaman dia utk bercakap.

Buku ni jarang guna. Buat koyak2 je si ammar ni
Buku2 ni aku dapatkan dr pesta buku di MAEPS


Ini lah buku yg aku maksudkan. Mmg cantik. RM8.90 dikedai. Ayat2 dia panjang lah juga. Berbaris2 lah 1 muka buku tu

 Aku buat rutin. Bacakan setiap kali lps gosok gigi dan sblm tutup lampu nak tido. Ada dlm 5 minit mcm tu je. Mmg kasi menarik lah bunyi2 bacaan aku. Tergelak2 dia. Bahagia jap aku dgn moment tu. Kadang2 minta suami bacakan. Terharu jap sbb bersyukur ada suami nak lah luangkan masa utk si anak. Dlm seminggu ni mmg konsisten, sama dgn gosok gg b4 tido. Dan semalam tgh aku baca yassin, ammar ambil buku dan mula dia membebel dpn buku tu. Hahaha dia dh faham fungsi buku or menyindir aku yg bising2 time membaca buku kat dia. Haha. Apapun kita hanya berusaha. Ada satu ceramah mengenai penguasaan kata dan bahasa utk baby seawal setahun. Insya Allah aku sudah berdaftar utk join. Hope ada ilmu bermanfaat dan bakal dipraktikan. Sungguh2 aku nak ammar berkembang dgn baik dan jayanya. AMIN


Thursday 12 May 2016

Tempoh kecewa, down dan menambah berat badan

Assalamualaikum..

Terasa lama aku x jengah blog ni. Aku hilang pedoman dari start Jan 2016 hinggalah awal Mei ni. Hari tu update pun sbb aku pergi bercuti. Cite hal2 cuti ni mmg seronok. Lupa jap masalah.

So sepanjang tempoh itu aku kecewa sbb x dpt keje. Panggilan interview ada juga. Tp tak lulus utk memenuhi jawatan tersebut. Aku terus down, cuba bangkit semula. Apply lagi kat jobstreet. Cari juga kat mudah.my. Dapat jadi kerani pun dah syukur. Cuba pujuk hati. Nangis lagi dan lagi. Suami lah pendamping paling sabar dan aku syukuri. Jauh sekejap hati dgn yg Maha Kuasa. Rasa kecewa sgt. So keep on makan menambah berat badan. Nak mengisi kekosongan jiwa. Mmg x lah nak buka blog bagai. Aku mcm x betul pun ye juga. Dahsyat.

Aku cuba pujuk hati, kembali kan semuanya kepada Dia. Dugaan ni xdelah sebesar mana. Tp duk banding dgn kawan2 lain yg dh jauh menapak dlm karier masing2 buat aku rasa hina sgt. So aku makan dan makan dan makan.

Hingga aku fikir. Oklah aku jadi suri rumah. Jadi ibu yg baik. Manfaat kan masa ini. Masak tak tinggal, tukar2 lauk, main dgn ammar, buat rutin seharian kami berdua bersama. So rasa mcm ada sedikit pencapaian dlm hidup. Hati aku jadi ok sikit. Tgh fokus utk perkembangan ammar aku terbuka hati utk dptkan kembali memori membaca Al Mathurat mcm kat ssp dulu. So aku baca sehari dua berturut2, jaga waktu solat.

So satu malam terjaga dr tidur aku dpt ilham. Awal pagi mcm tu aku terfikir utk join satu kursus ni. Mmg sblm2 ni ada pasang niat. Kursus komputer lah apa lah. Nak bagi hebat sikit resume aku.Tp kali ni Allah ilhamkan terus ke hati aku utk join kursus Giatmara. Aku lgsg x terdedah dgn ayat Giatmara. Pernah lah thn lps dgr ayat ni sekali. Tp bila ilham tu dtg mmg kita jd kagum sgt Allah dtgkan tanpa disangka2. Sbb bila fikir balik knp x dr dulu aku sedar akan hal ini. Kalau x dh lama aku mengisi masa dgn baik. X tension2 mcm ni.

So cek website mmg rezeki kursus aku nak ada kat Gombak n kebetulan mmg br buka utk pengambilan Julai nanti. Syukur sgt. Allah ilhamkan skrg dan bukan Ogos nanti.




So dah ambil borang, dh isi bagai. Hati otak berbunga2 riang. Angan2 mula jauh. Fokus bacaan di hp dah berbeza dr masa aku tension dulu. Harap ada lah panggilan Interview dan seterusnya diterima masuk. AMIN.