Wednesday 14 October 2020

Sebelum tambah anak...

 Assalamualaikum,

Ini pendapat, pandangan,perspektif, pemerhatian dan 100% semata-mata saya kongsikan mengenai tipikal org Melayu nak anak kalau boleh, normal tiga anak atau lebih. Lebih hebat kalau dapat anak laki dan perempuan. So sapa ada sepasang tu dah boleh tarik nafas lega dan slow2 plan utk tambah anak ke3. Tp bagi yg belum dpt anak lain jantina ni dia mcm pressure sikit, duk kira umur sempat ke nak ada baby baru kalau boleh b4 40 tahun. Tipulah kalau tak terdetik rasa tgk org dpt sepasang anak. 

Macam mana nak cakap ya, mmg manusia ni susah nak rasa puas. Pendek kata bersyukur. Menghargai seadanya. Org lain ada, kau pun nak juga. Tahu nak je. Lepaa tu bila kene hadap kerenah apa segala perkara dlm hal membesarkan anak baru kau terciduk, stress, letih, lelah nak membesarkan anak. Aku ckp aku lah ni. 

Anak first ni selain rasa berkobar2 nak hidup berkeluarga dgn suami tercinta, kau sbnrnya lebih kpd nak tutup mulut org yg duk bertanya dh mengandung ke belum? Esp dari keluarga rapat yg duk menyibuk. Kau baru nak bercinta, berkenal dgn peel suami, dh kene hadap baby. Sebabkan pressure mcm ni lah, kadang2 niat nak kahwin, niat nak baby jadi menyimpang. Ia membawa kepada rasa kurang seronok utk menjalani kehidupan harian disebabkan salah niat tadi.

Aku pernah baca, org barat, org korea kenapa biasanya anak diorg sikit je. First sbb ada anak ni menuntut kewangan yg tinggi. Harga perubatan, pendidikan, insurans sgt mahal. So diorg betul2 berkira bab nak tambah anak ni. Yelah tak nak jadi beban dimasa hadapan yg menjurus kpd menjadi mak bapa tak guna. Tak mampu nak beri yg sepatutnya pada anak. 

Knp org melayu ok je nak tambah anak. Sebab biasanya ayat biasa dgr kalau golongan alim2 kucing ni ,Nabi bangga dgn umat nya yg ramai. Tu ada org duk bangga anak tiap2 thn duk tambah. Dia x peduli mampu ke tak. Beranak dulu, nanti ada lah tu rezeki. Dia igt anak kucing pandai2 lah cari makan,tidur sendiri.

Kedua sbb bersalin kerajaan mmg murah. Takde hal lah. Mampu. Ketiga kalau sekolah, masuk politeknik, atau universiti yuran biasanya masoh dlm lingkungan mampu. Tak mahal mencekik mcm IPTS. So secara kasar kira2 anak 4 atau 5 tu mmg mampu sgt. 

Tapi hakikatnya anak yg dilahirkan mempunyai tuntutan yg berbeza, amanah yg makin memberat. Biasa sgt kalau bersalin baby baru, abg atau kakak baik tolong jaga adik. Tu mak ayah seronok duk tambah ahli. Dia tak sedar anak yg sulung atau yg atas2 tu dh letih, tension kene belajar lagi, jaga adik lagi. Nak banggakan mak ayah lagi. 

Aku pernah baca apa yg org2 barat kata ni ada logiknya. Kalau anak pertama dapat baju baru, anak yg seterusnya mesti juga memiliki keseronokan mendapat baju baru. Kiranya apa anak pertama dpt anak kedua dan seterusnya mesti juga dpt sama. Konsep adil dlm adik beradik mesti dipraktiskan. Ni tidak, anak nak ramai, tp kedekut. Duk repeat baju kakak ke adik, buku lama, spender lama, buku lama. Tak mampu buat tak mampu jgn duk galak taram pas je ke adik2. Mmg lah boleh pakai lagi tp ada tak kau raikan anak yg lain sama adil? Itu yg penting. Kalau kau rasa anak2 ni lebih kurang je, kacang je, alah asal cukup sudah, kau mmg mak ayah tak guna ambil kesempatan atas kebaikan dan ketulusan anak2 yg tiada tempat bergantung selain kau. 

Satu hal lagi. Manusia ni selagi tak kehilangan selagi tu lah dia duk komplen. Suami tak hensem lah, anak cerewet makan lah, anak cakap gagap lah. Kau boleh tak bersyukur. Anak org lain lahir2 cacat, ada penyakit kekal, suami org lain siap hisap dadah pakej tumbuk bini lagi. Cuba rasa cukup dlm hati tu. Tuhan bagi kau seadanya. Pandai2 lah kau jaga, hargai dan terima. Jangan duk tension tgk apa yg org lain ada kau tak ada. Sbb kalau tak sia2 jelah hidup duk rasa sakit hati pada org lain, pada Tuhan.

Jaga apa yg kau ada sekarang, hargai, doakan selalu, kuat kan hati utk baiki diri, baiki apa yg perlu dlm ahli keluarga. Tak perlu nak bermegah di social media dgn nikmat seciput kau tu. Tak perlu pun manusia asing utl sahkan kebahagian rumahtangga anak2 kau. Kau bahagia kau tahu tak perlu kecohkan sbb org lain pun ada keluarga bukan kau sorg. Kang duk tayang, ada org menunggu je utk kau jatuh tergolek. Sbb apa sbb mmg fitrah manusia yg hatinya tak pernah puas. Kalau boleh nak tengok kau tertonggeng berguling2 bagai.