Tuesday 24 March 2015

Persediaan GST

Assalamualaikum,

Sedih mengenangkan Malaysia ni ditadbir oleh pemimpin yang lahirnya dari keluarga yang senang. Dia tak mengerti kesusahan, keperitan rakyat yang memaksa diri untuk berjimat, bertenang, cut cost, bersabar dan pelbagai ber lagi. Banyak kedengaran keluh kesah rakyat di laman FB terutamanya. Aku pun rakyat biasa yg mampu membaca dan mengeluh didalam hati. Sampai ada ketika, keadaan kewangan yg menjerut leher dan membataskan segala perbelanjaan bulanan ini, membawa kepada hormon kecewa, moody dan geram sepanjang waktu. Sedih dan rendah dirinya bila terpaksa bawa bekal setiap hari. Tapi still ada rasa bangga sbb mampu berjimat tang belanja makanan harian. Keadaan yg mendesak ini, sampai ada ketika aku rasa mcm nak rendahkan standard susu Ammar. Igt nak beli Dupro je. Murah yg amat. Pampers tak yah cakap, mmg murah dah.

So sempena GST yg tak lama lagi melanda, suami ada ajak gi Mydin nak beli apa2 yg patut, yg boleh dibuat sbg stok. Aku mmg dah aim pampers je. Yg lain suami yg fikirkan. So akhirnya, suami ke Mydin sendiri. Beli berus gigi, ubat gigi. Aku pula pergi borong dalam 3 Pampers Fitti. 

Aku pun semangat nak shopping handbag, so semangat ke Festival City. Last tak beli pun, sbb duk fikir beg tangan yg RM100 tu boleh beli banyak keperluan Ammar. Last2 beli mainan bola Ammar. Harga dia RM24. Memang mahal, tapi sbb compare dgn harga handbag RM100 tu, mmg murahlah bola Ammar tu. Pastu duk belanja diri Subway dan Sushi King. Memang ngadap benda ni jelah. Makan puas2. Tgh bernafsu besar dgn Subway dan Sushi King ni.

Pendek kata, duit keluar mcm air. Sobsob. Sian suami cari duit susah, isteri habiskan macam tu. Ampun Abang. Pandai2 lah aku survive duit belanja aku yg RM200 sebulan tu. Tulah duit minyak, makan, barang keperluan Ammar, belanja benda bukan2. Bertahan sajalah Mizah. Apapun, Najib, menjawablah kau diakhirat nanti atas keperitan rakyat, selepas kemewahan dan kesenangan kau didunia ni.


Sunday 22 March 2015

Oh Duit

Assalamualaikum,

Kehidupan semakin mencengkam dgn duit menjadi atr tuntutan utama dlm mencapai keperluan harian yg diperlukn. Dgn suami seorg shj yg bekerja, pasti menambahkn kerisauan hatiku ini. Keperluan Ammar paling kurang, paling kedek adalah RM93.80. Sedih pula klu nk downgrade susu formula Ammar. Bertahan dgn susu Snow. Cukuplh downgrade Pet2 kpd Fitti. Semoga kulit mulus Ammar bertahan. 

Keperluan aku pula sementara bekerja sbg guru ganti ni ialah minyak:RM20/5hari. Mknn petang utk mak RM2/sehari. Topup umobile maybe akn di turunkn kpd RM20 sebulan. Nafsu nk beli bj online dr Syira sentiasa menjadi kemahuan aku. Tp bila fikir balik, duit bj tu cukup utk pampers Ammar. Suami byk berkorban, dan semampu blh memenuhi kemahuanku. Mknn terutamanya. Oleh itu, aku perlu bertimbang rasa n berkorban jg. 

Semoga kekurangan dan pengorbanan ini ada hikmah dan berkatnya. Just move on n live on. Dan sekiranya GST yg bakal diperkenalkn april dpn disalahgunakn oleh kerajaan, semoga Allah membalas sgl kezaliman mereka. Sungguh kami rakyat yg teraniaya.


Mak 62 Tahun

Assalamualaikum,

Syukur pinjaman Allah mengurniakan kami seorang mak yg baik, penyayang, beriman, akhlak mulia, bijak, berharta, sihat, pandai masak dan banyak lg. Genap umur mak 62 Tahun Sabtu semalam. So kami buat aktiviti makan2 tadi. Buat doa selamat yg simple diketuai Abg Zul, makan2 dan solat berjemaah diimamkan oleh suamiku. 

Alhamdulilah majlis makan2 ini berjalan lancar walau air sirap x cukup, lauk x mengancam (sebab air tangan kakak2 aku,mmg xleh lawan masakan mak..ahakzz). Tapi jauh disudut hati, aku tahu mak gembira dan puas hati hari lahirnya disambut sebegini simple. Cukuplah anak2 dan cucu2 disisinya. Cuma Abg Lim sekeluarga x dpt hadir. Kereta Kelisa milik Kak Lija hilang di Putrajaya. Menambah pening mak memikirkan nasib Abg Lim dlm menghadapi situasi ini. 

Kul 2.30PM Mega sekeluarga pun dtg, diikuti Kak Ida n Alang. Mak dah penat time ni. Yelh mak masak ayam pencen kul 4AM. Takleh tido katanya. So bergilir2 Kak Ita, Hasni n aku melayan mereka. Nasib Kak Ida blh bw diri n borak2 dgn Mega n Alang. 

Makanan yg ada ialah, kek buatan kakak ipar Hasni, apam balik Kak Lin, Nasi Ayam abg Zul, mee kari Kak Ita, ayam pencen rendang Mak, agar2 bandung santan Kak Ita dan air sirap aku. HOHOHO.

Kehadiran Kak Ida yg lewat tu ada hikmahnya. Dia tlg cucikan pinggan2. Aku x suruh pun, dia yg nak buat sendiri. Mmg selalu pun mcm tu bila dia dtg rumah aku. Offer jd tukang cuci pinggan. KIKIKIKI.

Semoga mak sihat selalu. Pengorbanan mak tak kan pernah adik lupakan. Dari zaman budak, remaja, masuk U dan sekarang dah jadi mak org dah pun. Tgh aku sibuk membesar, mak pun sudah semakin lanjut usia. Hanya Allah dapat membalas jasa mak.

P/s: Esok dah start keje...


Thursday 12 March 2015

Mencari Semangat Yang Hilang

Assalamualaikum,

Apabila semangat yg dulu nya membara mula malap, aku sedar ada satu sebab utama. Jauh dari Allah. Alasan penat bekerja, menjaga Ammar bukan lh suatu alasan yg kukuh. Rutin harian yg berubah semenjak menjadi guru ni, buat aku hilang fokus dan bermalas-malas. Padahal ketika menganggur dulu, aku betul2 mengharapkan peluang pekerjaan. Merasakan hidup sebagai suri rumah bukanlah bidang yg aku mahukan.

Hampir 3 minggu aku menjadi guru sejak 16 Feb yg lalu. Aku cukup bertuah kerana

1) aku ada kwn rapat dan kenalan di SMKSU
2) aku masih ada pelajar yg mengenali dan menghargai kehadiran ku
3) aku mengajar subjek matematik dimana jauh lebih ok dr sivik,sains,BI,seni
4) aku bawa bekal mknn setiap hari
5) mempunyai collegue yg ok bg aku

Pendek kata semua ok, just aku yg mahu bersungguh2 atau take for granted utk semua ini. Menjadi guru ganti tidak lama. Hanya 3 bulan sahaja. Atas kesedaran itu menghasilkan 2 perkara. Positif dan negatif.

Positif
Aku perlu menghargai saat ini. Merasa nikmat menjadi guru, merasa sendiri pengalaman alam pekerjaan, yg mungkin lps ni aku akan kehilangannya semula. So adalah wajib utk bersungguh2. Give the best n no regret. 

Negative
Sebab aku sedar jg aku x lama, aku jd malas nk bersungguh2. Lps ni dh x jumpa dh diorg. So takpelh kot. Lantaklah. Bukan aku dpt kenaikan pangkat ke apa. Asal dapat gaji cukuplah. Mmg itu pun target aku nk keje. Nk banyakkan balik duit simpanan kat maybank yg tinggal 200 lebih je skrg. Disamping perasaan yg aku bukan dpt gaji berkepuk mcm guru tetap nk beriye sakan jd guru. Korg lainlh, gaji byk, pastu ambil kesempatan nk x nk mengajar. Mmg x patutlh kn. So aku assume aku layaklh nk bermalas2.

Tapi hakikatnya aku x hepi bila aku x bersungguh2. Rasa looser, helpless, x berguna, hampeh, kesian budak2 dpt cikgu math mcm aku, membazir duit kerajaan bg gaji kat org mcm aku, gaji x berkat. So nk x nk inilh aku. Tersekat disini, memikirkan cara terbaik utk menjadi guru yg baik dan at least murid ada lh jg ingat n faham satu dua benda yg aku ajar.

Perjuangan baru bermula, walaupun aku dh tahu bila penamatnya, iaitu 12 Mei nanti, tapi aku mahu berikan terbaik. Student deserve a good teacher. And I need to give them that.

Gaji sentiasa menjadi kunci utama, tapi utk spnjg tempoh 3 bulan ni aku simpankn ia jauh dilubuk hati. Ya aku mengaku, tangisan ku sbnrnya menjurus kpd perasaan sedih sbb x bergaji, income yg tinggi mcm org lain, tapi nak buat mcm mana. Ini jalan yg ku pilih. Hanya mampu bersyukur dgn apa yg ada sekarang. Dgn harapan pengalaman x bergaji@gaji ciput ni buat aku sedar yg if ditakdirkan suatu hr nanti aku berjaya n byk duit, aku tahu menghargai duit dan faham perit n sedihnya bila berada dibawah. Bila aku x mampi nak berbelanja mengikut kemahuanku, bila aku x mampu nk berikan brg branded utk Ammar. Despite of that, I survive n still living. Alhamdulilah. 


Tuesday 3 March 2015

HP baru ASUS ZENFONE 5 LTE

Assalamualaikum,

Hp samsung galaxy chat ku akhirnya rosak juga srtelah hampir 2thn 2 bulan berkhidmat utk aku. Aku beli kat kedai Samsung Midvel dgn harga RM500 pd Dis 2012. Rosak masa aku tgh caj kat hotel. Dia berbunyi pelik. Dan akhirnya x blh dibuka lg. Caj pun x jln. Dan sesungguhnya aku pun ada verangan thn ni nk hp br. Kira mcm x kisah lh hp rosak ni. Quiquiqui.

Aku survey lbh kurg je. Baca2 kat google brand tgh up adlh Oppo, Lenovo, Zenfone, Xiomi disamping brand yg dh sedia terkenal. Klu blh x nk samsung. Try pakai yg lain pula. Since hp rosak hari Ahad, and aku perlukan hp utk isi APDM, so aku terpaksa memaksa suami utk belikan aku juga hp baru as soon as possible. So akhirnya, Selasa petang, suami gi survey kan di kawasan yang dia biasa pergi. Tapi banyak hp dah habis. So kami berdua bergerak ke Wangsa Walk. ikut aku nak beli di Plaza Idaman OTK je, tapi suami mcm tak caya dgn tmpt tu. So aku turutkan jelah. Survey Lenovo, Hyundai dan Zen 5. Ada dalam 3 kedai, dan akhirnya Zen 5 menjadi pilihan sbb ada kedai Cina ni jual Zen 5 pada harga RM495 dapat tampered glass dan casing dia sekali. So berbaloi, mudah dan murah lah sikit.


Zenfone 5 LTE


Wallpaper wajiblah wajah anakanda


So bagi aku HP Asus Zenfone 5 Lte ini, overall ok je, walaupun pada mulanya terkial2 nak tekan touch screen. So lama2 biasa n oklah. Akhirnya merasa juga smartphone. Dia ada feature yg lebih baik dan ada juga kekurangan. Apa pun aku ok je. Yg penting blh wasap, FB, Insta, ambil gambar n layari internet esp APDM.

Terima kasih buat suami tercinta utk belikan aku HP baru. Alhamdulilah bawah bajet RM500.