Sunday 24 November 2019

Berseronok di MAPS Ipoh 2019

Assalamualaikum,

Akhirnya sampai juga kami anak beranak ke MAPS Ipoh pada Sabtu 9 Nov yg lalu.  Bukan apa, kampung suami sebelah je, di Kuala Kangsar. Duk lalu selalu nampak MAPS. Sebab dengarkan fee dia mahal ratus2 kita pun xde pasang niat nak pergi. Bila saja usha balik awal Nov hari tu, rupanya MASUK FREE!!. Hanya perlu bayar mana yg kau nak main je.

Ikut pengalaman aku. Tempat ni memang panas. Sebab kurang pokok. Hanya ada bangunan menutupi sinaran terik matahari. Mmg syorkan pakai topi utk budak2 dan kita ibu bapa. Bawalah stroller, letih budak2 nak menapak. Nak banding Sunway Lagoon tempat ni oklah, x besar giler tp still letih oitt berjalan dgn panas lagi. Tapi jgn risau perkhidmatan stroller sewa disediakan.

Sampai pun setelah 1 jam disesatkan Google Maps. Laki bini tak ada waze

Berlatar belakangkan rumah hantu cute utk budak. Tp takut juga si Ammar. Aqeel, ayah jaga. RM9 seorang


Kalau nak main kat sini ada 3 cara pembayaran. 1) Bagi cash kat org jaga mainan tu, 2) Bayar fee All Access yg pakai gelang tu, last 3) gi Kaunter kau bayar sekian harga, dia bagi kau kad. Nanti ada tempat tak terima cash, especially tmpt makan dia akan scan code kat kad tu dan deduct duit kau. Jangan risau, point yg no.3 ni kalau ada duit lebih kau boleh refund balik kat betul2 pintu masuk MAPS.
Wajib pakai topi. Panas litlit

Dah nak pandai posing peace anak sorg ni

Asal main je. RM6 seorang

Sederet tmpt makan


So amacam mainan, best tak? Bagi aku ok, lawa utk bergambar, tarikan mmg utk budak2 terutama watak animasi Boboiboy. Persembahan 3D Boboiboy mmg ada certain masa je. Cth aku hari tu start 2.30pm, nxt persembahan aku nmpk dia tulis masa 4pm. Sbbkan nak tunggu yg Boboiboy nilah, kami yg sampai 12.30pm pusing2 main dulu apa yg ok. Lagi satu tarikan utama dia STUNT LEGENDS. Hanya bermula pukul 3pm. Nak tak nak kau mmg rasa perlu stay utk lihat lagak ngeri kereta lumba ni.


Bagi aku overall, agak rugi bawa anak kecil. Esp yg bwh 100cm mcm tu. Banyak game tak boleh main. So mak ayah gilir2 kene jaga anak kecil. Apapun tempat ni agak meriah, agak sedih sikit. Mungkin entahlahh.. Korang nilai lah sendiri. Nak solat, nak makan surau dan restoren ada disediakan. Mcm biasa sblm masuk kene cek beg dulu, tak boleh bw masuk mknn luar.

Sekian, harap dapat memberi gambaran kpd sesiapa yg membaca. Selamat bercuti!!

Tuesday 19 November 2019

Skincare routine

Assalamualaikum,

Aku mula nak ada skincare routine ni start bulan 7 hari tu. Betul2 dah masuk 3series ni. Kebetulan aku tertengok youtube pasal skincare dari Maisarah Mahmud and then Noel Faizal. Waktu tu rasa macam dah masuk umur lanjut, rasa ok juga kalau aku start take care kulit, kiranya hobi baru lah. Untuk keseronokan diri sendiri. Berkat menonton beberapa video youtube dari mereka berdua ni aku pun decide nak try pack trial Hada Labo. Harga boleh tahan dalam RM28 di drugstore. Ada Cleanser, Toner dan Moisturizer. Rupanya ada utk jenis2 kulit ya. Aku terbeli utk dryskin. Kulit aku jenis berminyak dan hanya tumbuh jerawat bila nak period. Start tahun ni, aku perasan aku ada satu darkspot kat pipi kiri aku. Kalau ambil gambar x filter mmg nampak jelas. So itu menguatkan lagi semangat aku utk skincare.


So bermulalah journey aku berjinak2 dgn skincare ni dgn harapan satu darkspot tu dptlah dihilangkan. Dalam masa yg sama aku ada StIves scrub. So aku pakai lah mereka dgn riang. Review Hada Labo. Ia produk yg agak mahal berbanding barang local. Tak ada bau, tiada alcohol dan tiada buih. Apa yg aku boleh cakap ia mmg hydrating. Melembapkan sampai tangan aku yg kering, dan cap jari rosak ni boleh sihat ok balik. Terkejut aku time scan cap jari kat bank. Waktu tu baru dalam seminggu pakai Hada Labo. So first time nmpk result sejelas ini. Itu part tangan lah. Hahaha. Kat muka, oklah nice. Pakai toner@lotion Hada labo ni mcm rasa best. Aku tak tahu nak describe macam mana. Tang moisturizer rasa pelik, mcm tak sebati dgn kulit. Macam ada satu lapisan atas kulit. So mmg x sesuai utk kulit berminyak mcm aku terpakai moisturizer yg utk dryskin. Dah habis je pack ni dalam sebulan aku pun beli lagi apa2 yg aku dimomokkan utl beli dari video2 youtube yg aku tgk. Komen2 dari youtube yg kata produk sekian2 menjadi dgn mereka. So my addictive, impulse behavior on buying skincare product just started.

Cleansing oil Hada Labo mmg terbaik. Niat beli sbb nak buat double cleanser.
 Muka mmg jadi lembut, sumpah tak tipu. Kalau pakai makeup mmg hilang larut dgn jayanya. Harga dlm RM50 ke atas. Nak 4 bulan pakai ada separuh botol lagi.

Kenal produk The Ordinary dari Noel Faizal tak silap. Bila tgk youtube mmg ramai org putih pakai. Sbb produk ni murah dan direct forward. Tak ada janji bulan bintang mmg terua khas terus kegunaannya. Tapi bila convert duit kita mmg agak auchh lah harga. Semua main harga atas RM40. Beli Shopee lah mana lagi. Tapi hati2 brg skincare ni ada seller jual sgt murah, so confuse ori ke tak. So try je dulu. Dan setelah 4 bulan aku tak nampak apa effect brightning dia. Tp still order yg bari, pre order hope betul2 ori dari seller IG. Aku nak try buat kali terakhir for the next few months. Kalau betul xde effect, x beli dah lah.

Ni aku beli Moisturizer The Ordinary, Sunscreen dari Prem(Korea) dan SomebyMi Aha+Bha+Pha Toner. Dan dapat 2 freegift dari seller Shopee. Barang2 brand oversea ni aku beli dari Marshear Beauty. Mcm2 ada. Tinggal nak beli je. Bagi aku SomebyMi mmg tak ada effect. Tgk Youtube pun ada bbrp yg review just kecoh lebih, effect tak brp ada. So aku stop pakai kat muka sbb malas, pakai kat tmpt lain. Hahaha. 
Yg sunscreen mmg ok, tapi dia bg effect glowing mcm muka kau berminyak tu. Tambah lagi aku rasa kulit mmg sgt byk mengeluarkan minyak lps pakai. So aku mmg rasa agak tak selesa, tepek bedak lps tu bg nampak natural kat muka. So maybe habis nanti kene cari sunscreen khaa utk kulit muka berminyak. 
Moisturizer TO pun agak mahal sebenarnya. Rasa ok lah lat kulit sbb ia itl kulit kombinasi. Waktu beli ni acah rasa kulit kombinasi. Skrg mmg sah rasa kulit berminyak. So habis je ni, maybe cari khas utk kulit berminyak. Kulit berminyak ni rasa dia x leh blah, bila dh apply segala skincare 2 jam mcm tu mcm tangki minyak dh esp tepi2 hidung ni. Sbb produk ke atau sbb apa. Entahlah. Perasan sgt. Sedih sikit.

Dah mula gilakan produk TO. Beli Niacanamide. Harapan kecilkan pores, sesuai utk kulit berminyak. Dah nak habis juga pakai. Tak nmpk effect. Takut brg ori, kita beli baru dr trusted seller di IG. Hope lps ni ok, x ok kita stop dah. Pengalaman mengajar. Apa patut dan tak patut beli. Ni mcm baby. Semua benda nak cuba, nak main, nak beli. Sabar jelah. I learn in pricey way. Hujung bulan je duit keluar mcm air. 

Beli ni acah2 nak lengkapkan rutin dgn added essence. Ni kira mcm SK II. Tapi versi murah keluaran dari Korea. Pakai then stop sbb kulit breakout teruk bulan Okt. So berhenti semua segala skincare jap. Sedih, kecewa. Bukan salah produk ni. Aku salah cara. 

Meh nak cite, aku baru beli moisturizer baru dari Safi. Khas utk kulit berminyak. Dlm 2 minggu sebelum aku duk double cleanse, tukar2 cleanser, duk scrub muka lagi tiap2 hari. Tambah lagi bbrp skincare br mcm essence dan serum bagai. Aku mmg perasan kulit aku rasa x best kat bahagian sepanjang kwsn jambang tu. Sekali aku taruk moisturizer safi yg ada active ingredient mcm Niacanamide terus muka aku break out. Teruk sgt jerawat tumbuh di kiri dan kanan pipi. Ini berlaku apabil terlalu ganas pada muka. Dari nak hilangkan satu darkspot, skrg mmg byk lah acne scar aku. Mmg tragedi Oktober. Dlm 2 minggu aku stop pakai apa2. Just cuci muka je.

Beli cleanser ni sbb terpengaruh dari komen di youtube. Khas utk kulit berminyak. Beli di Shopee RM30. Bau dia best mcm kat spa gitu. Habis ke Hada Labo nak pakai balik yg ni. Skrg simpan kat rak dulu.

Beli ni sbb toner dah habis. So alang2 beli yg premium utk cerahkan kulit. Setakat ni rasa ok je, rasa best lg pakai lotion botol putih Hada Labo sebelum ni. Nak buat macam mana. Semua nak cuba. Pakai jelah.

Ni moisturizer TO(The Ordinary). Beli yg besar sbb yg sebelum ni dah habis. Pakai oklah, tak rasa macam mask. Habis ni nak pakai balik moisturizer safi yg duk elok kat rak tu. Takkan nak buang pula dh beli. Safi belas2 ringgit je. TO ni dlm RM60.

Ni beli dari seller IG. Mmg rasa kotak dan pemicit botol rasa lain dari di Shopee. Harga agak mahal sikit nak compare dr shopee. Ni adalah Lactic Acid utk exfoliate muka. Nak pakai yg chemical exfoliator berbanding physical mcm scrub muka tu. Mmg pakai 2 kali seminggu. Belajar dari kesilapan. Bak kata youtuber tu, be gentle to your skin. 
Barang lagi satu tu ialah vitamin C derivatives. Vitamin C mmg fungsi nak cerahkan kulit. Tapi dlm seminggu pakai, kulit rasa soft, mcm licin, mcm org x pernah ada jerawat softnya. Tp darkspot mmg ada. Ni dh sebulan kemudian kisah aku breakout. Aku punya darkspot mmg ada, jerawat mmg tumbuh juga once in a while dlm 3, 4 ketul mcm tu. Kiranya kondisi kulit aku mcn ok, tapi still jerawat nak tumbuh. Pening dah. Ada benda lagi aku kene belajar, bersabar jelah. At least better dr bulan Oktober hari tu.