Assalamualaikum,
Syukur masih diberi kesedaran, keinginan nak yg terbaik utk diri dan keluarga. Kadang2 fikir, cuba terima hakikat, ini jalan terbaik. Ini rezeki aku, jadi seorang suri rumah. Tipu kalau x terlintas dlm hati, kalau aku memilih jalan lain sebelum ini, kalau aku... dan banyak lagi kalau, ia sudah pasti tak pernah berakhir.
Aku pernah baca coretan di fb mengenai wanita berkelulusan tinggi menjadi suri rumah. Alangkah hebatnya seorang wanita bijak pandai, memilih utk keluarganya. Menjadikan keluarganya hebat dgn kehadiran dia sbg suri dirumah, sebagai pendidik, pembela dan pemacu keluarga.
Oleh itu, semuanya berbalik pada diri kita. Yg menentukan permata atau kaca. Bernilai atau tidak diri kita ini disesuatu tempat, situasi dan keadaan. Kerana apa yg aku tahu dan sedar, aku mmg seorang wanita yg bijak dan tahu kepentingan rutin,disiplin, ilmu dan ketegasan. Cuma aku hilang arah seketika menyebabkan aku berasa dunia ini bosan dan bagai terhenti seketika.
Tidak akan sama org yg berilmu dan org tidak berilmu. Apatah lagi jauhnya beza org yg mengamalkan ilmu itu. Semuanya berbalik pada diri. Aku mempunyai kuasa dan kudrat dlm terus membuat pilihan dan berharap. Antara mahu, tahu dan buat sahaja. Aku tahu aku lain dr ibu2 suri rumah diluar sana. Aku mahu jadi kebanggaan anak2 dan suami ku. Aku mahu jadi tulang belakang kejayaan dan kegembiraan rumah tangga. Semoga aku kuat.
No comments:
Post a Comment