Thursday 30 April 2020

Ramadan 2020

Assalamualaikum,

Tahun ini kita meraikan Ramadan dgn keadaan virus yg sedang merebak keseluruh dunia. Oleh itu, nak atau tidak kita terpaksa menjalani ibadah kali ini dgn agak berbeza dari kebiasaannya. Apa yg paling jelas solat Terawih dirumah sahaja. Bazaar2 Ramadan yg biasa penuh ditempat2 lapang jalan raya tidak lagi diadakan. Keinginan utk berbuka di restoren, hotel hatta dirumah saudara rapat sendiri juga adalah suatu yg ditegah. Ini bagi mengurangkan risiko jangkitan virus tersebut. Ini yg perlu kita lakukakan demi menjaga keselamatan manusia.

Apa hikmah besar yg aku peroleh amatlah aku syukuri kesan COVID 19 ini. Dulu terawih agak sukar dilakukan baik dgn kehadiran anak kecil yg memerlukan perhatian dan kekuatan hati sendiri utk kekal istiqomah melakukannya sendirian dirumah. Tapi tahun ini rezeki aku utk sama2 berjemaah bersama suamiku, kakak, abg ipar dan mak ku sendiri dirumah. Siapa sangka perkara ini boleh terjadi? Emak dan suamiku mmg org yg tegar ke masjid nak2 bulan Ramadan. Meriah dan seronok mereka menjalani ibadah dimasjid, aku x berpeluang lagi menikmatinya setelah mempunyai anak kecil. Tahun ini aku berasa amat bertuah dan bersyukur.
Kongsi Idea


Seperti biasa aku, manusia yg suka pada checklist, walaupun kadang2 buat checklist ikut x ikut pun. Hehehehe. Aku sediakan checklist Ramadan ku 2 hari sebelum. Niat aku tiada lain hanya mahu buat yg terbaik utk bulan mulia ini. Cuba x mensia-siakan waktu dan peluang utk berada pada bulan yg penuh Barakah dan Pahala ini. Aku tak harap lain, just harap aku penuhilah setiap hari punya checklist. Bak kata org putih you fake it until you make it. Ikhlas tak ikhlas, seronok x seronok belakang cerita. Yg penting sekarang kau cuba konsisten setiap hari. Paling obvious peningkatan aku dlm mengaji Al Quran. Dah letih, mengantuk tp teringat surah  sekian2 blm dibaca lagi. Gigih x nak kasi lopong checklist, aku lakulan juga. Sampai anak pun tegur, "ibu ni asyik mengaji je." Ok boleh bangga jap. Yelah aku bukan duk buang masa hadap hp je mcm sblm2 ni.

Apabila ada satu dua perkara yg mmg payah sgt nak start buat adalah dgr ceramah. Adalah dlm 5 hari lopong x buat2. Yelah biasa tgk benda2 lagha kay FB dan Youtube. Tetiba kene dgr ceramah. Lambat sikit sampai serunya. So bbrp kemudian br dpt ilham nk tgk Al kuliyyah lah. Ustaz dia pun best2, dlm 50 min je. Ok lah. Kalau movie 1 jam lebih onzz je. Aduh insaf2.

Setelah mendengar ceramah, byk kan lazimi surah2 pilihan aku juga berpeluang utk diajak oleh mak utk bertadarus Al Quran pada mlm pertama terawih. Berat juga hati, sbb yelah kan malas2. Hahaha. Ingat2 balik last aku tadarus time sekolah menengah, program wajib sekolah. Perghhhh ingat balik mng malas betul aku time remaja dulu. Skrg bila dpt peluang ni dan lakukan sama2 ahli keluarga, betul2 aku syukuri. Dah meningkat usia ni, sapa tak nak peluang mengaji stp hari nak2 bulan puasa. Ramai2 pula tu. Smgt dia lain macam, rasa hidup sgt roh Ramadan. Dulu tgk org share mengaji blh khatam time Ramadan, kali ni aku sendiri lalui pengalaman tersebut. 1 juz 1 hari. Ada rezeki mmg blh khatam. Alhamdulilah.
Ketua: Mak

Anak2 buah yg kekal bertadarus walau boring. Tak kisahlah yg penting praktis dr kecil

Wewitttt org br insaf. Hahaha


Walaupun bazaar Ramadan tak ada, namun masih ada kedai2 yg jual makanan. So masih blh nak merasa murtabak, roti john, kuih muih, air soya dll. Cuma meriah mcm dulu, melantak apa saja tinggal pilih, bayar dan beli tu tak adalah. So bersyukur harap2 thn ni rakyat Malaysia lebih berhemah dlm berbuka dan kurang membazir. Cuma terasa lah tak ada nak round2 petang naik motor dgn anak2 ke bazaar Ramadan. Tabah lah wahai anak2. Hampir 2 bulan mereka mmg terperap kat sekitar rumah. Syukur dpn, tepi rumah keluarga2 kita juga. Lps bosan anak dr terperap dlm rumah sendiri. Apapun semoga aku terus istiqomah dlm menjalani ibadah di bulan Puasa ini, dan Allah terima stp satu amalan kita. Amin.

Tuesday 28 April 2020

COVID 19 DAN MALAYSIA

Assalamualaikum,

Mulai Raya Cina, China dah start buat lockdown. Dahsyatnya virus ini sampai China lockdown time raya penting mereka. So yakinlah tahun 2020 bukan seperti tahun yg kita angankan, harapkan malah tahun yg sama seperti sblm2 ini. Masih sempat kami sekeluarga bercuti ke Terengganu pada awal bulan 2. Bahang Corona Virus masih belum menapak di Malaysia. Ia mulai parah apabila ada seorang yg br balik dr Korea Selatan join Perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling pada hujung bulan Feb. Perhimpunan yg melibatkan puluhan ribu ahli jemaah. Itupun dpt tahu dari Jemaah Brunei yg positif setelah pulang dari perhimpunan di Malaysia ini. Minggu kedua bulan Mac WHO isyhtihar Covid 19 sbg pandemik. Iaitu virus yg tersebar dgn luasnya diseluruh dunia, dan ia tak lagi sepatutnya dipandang ringan. Sedang angka kes di China terus meningkat, seiring dgn Itali dan, Korea Selatan dan Iran pada awal bulan 2. Malaysia agak beruntung apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) @ Restricted Movement Order (RMO) dilaksanakan pada 18 Mac agak awal berbanding negara2 serantau. Hari kedua PKP kita dpt lihat pertambahan kes yg tinggi setiap hari. Ini kerana Covid 19 dah mula tersebar kesan dari jemaah Tabligh yg telah pulang ke negeri masing2. Waktu sblm PKP dilaksanakan majlis keramaian sprt Majlis Kahwin, Solat Jemaah di Masjid dan sbgnya benar2 menjadi kawasan merebak nya virus dgn luas. Apabila PKP bermula pada hari ke empat cuti sekolah.

Malaysia dipertontonkan dgn susuk PM baru kita Tan Sri Muhyiddin. Siapa sangka PM yg dilantik Agong tanpa persetujuan rakyat akhirnya rancangan Allah paling indah. Kata2 nya lembut, bak sang ayah yg memberi perutusan dgn penuh hemah dan tenang. Beliau mendapat jolokan PM berjiwa rakyat apabila mengambil berat hal kebajikan rakyat yg sememangnya pasti terkesan apabila PKP dilaksanakan. Pelbagai program bantuan rakyat diberikan seperti Bantuan Prihatin Rakyat, elaun barisan hadapan, pemotongan bil api, tangguhan bayaran rumah dan kereta selama 6 bulan. Ini sememangnya mengurangkan rasa gusar dan panik rakyat dan akur utk melaksanakan PKP dgn lebih baik. Namun begitu tak dinafikan ada segelintir rakyat yg sikapnya memberontak. Oleh bantuan dari askar dan polis dipertingkat agar memastikan rakyat2 benar2 duduk dirumah. Siapa sangka hashtag (#kitajagakita) dari filem Ejen Ali kene pada waktu nya. Pelbagai kempen kesedaran disiarkan di televisyen setiap hari. Dari kartun2 Malaysia, selebriti Malaysia dan sbg nya. Penggunaan mask muka, sanitizer dan sabun tangan selalu mula menjadi hal biasa dikalangan rakyat. Dulu, kita pakai mask pun salah duk terbalik. Yg biru gelap diluar, cerah didalam. Skrg ni teruk sgt lah kalau ada yg masih silap pakai.

Apapun PKP masih berlangsung sehingga bulan Ramadan. Setakat hari ni, ia akan dilanjutkan sehingga 12 Mei. Hari ke 19 Ramadan. Puasa kali ini amat berbeza dgn ketiadaan bazar Ramadan dan berbuka puasa di luar mahupun di masjid. Solat jemaah, Jumaat telah lama dihentikan demi menjaga keselamatan rakyat. Makkah sendiri tutup apatah lagi masjid2. Sebarang bentuk perhimpunan besar sprt majlis kahwin, kempen2, pameran2 yg berkumpul secara ramai dan rapat dilarang sekurang2 hampir hujung tahun nanti. Dunia sedang menyaksikan bagaimana manusia survive virus tanpa vaksin ini lagi. Bagi seseorg yg mempunyai penyakit komplikasi akan lebih mudah kalah dlm pertarungan virua ini berbanding mereka yg sihat. Masih tiada ubat yg tepat. Mereka sembuh berdasarkan apa saja ubat yg sesuai disamping antibodi badan dlm melawan. Ada carrier yg tiada simptom, ada carrier yg setelah bbrp minggu baru menunjukkan postif COVID 19. Dan kesan penyebaran melalui sentuhan, bersin, batuk membuatkan virus ini bukan sebarang virus yg boleh dipandang ringan.

Pada setakat hujung April ini Singapura sahaja mencatatkan kes melebihi 10 ribu org kesan lewat pelaksanaan RMO. Negara Amerika dan negara2 Eropah pula mengambil alih carta tertinggi kes COVID 19 didunia. Namun sikap liberal, human right, free of speech buatkan mereka sukar mengawal jangkitan virus tersebut. 1 juta kes saja dari Amerika. Waktu ini kita melihat betapa kadang2 manusia yg acah tahu, angkuh itu sukar nak memahami apa yg sebanarnya dunia sedang hadapi. Virus ini tidak akan terhenti selagi kita satu dunia tidak  mengambil serious dlm mencegah ia terus menular sblm menemui vaksinnya. Semoga hujung tahun 2020 ada sinar baru utk penduduk bumi.