Wednesday 30 October 2019

Mencari Bahagia

Assalamualaikum,

Benarlah lepas ribut, taufan, hujan lebat, pasti pelangi kan muncul semula. Setelah anak2 elok semula dari sakit, aku dptkan semula tidur yg cukup diwaktu malam. Walau utk satu malam sahaja. Aku lebih segar, fokus dan aktif dibelah siangnya. Aku bangkit awal setelah cukup 8jam tidur. Aku mulakan hari dengan bersihkan diri, solat Subuh dan mengaji. Dan tak pernah ku sangka, antara faktor aku happy utk sepanjang hari ialah melakukan perkara yg betul2 aku minat, aku mampu buat diawal pagi. Iaitu buat planner. Aku mmg dikenali dgn panggilan 'Manager' dikalangan rakan2. Kebolehan aku manage benda, perkara. Make thing happen and smooth mmg menjadi minat aku.
Guna buku drawing. Aku catatkan segala perkara penting, baik didlmnya. Bila kita tulis dan rewind balik make me feel I'm worth it, I'm good and happy. Ia satu booster utk buat kita usaha to keep doing good. Bukti takada satu hari pun yg x penting atau sia2.


Walaupun Ammar masih bercuti sempena Deepavali, dia hanya mampu melihat dan meniru perbuatan ku dgn juga menulis nombor dalam angka 400 ke atas. Walau ada ketika Ammar menyendeng2 mengganggu aku, ditambah dgn rengekan Aqeel didalam buai, sungguh menguji kesabaran. Namun aku tekad siapkan perkara yg aku minat dan mahu selesaikan.

Perit mmg perit cabaran membesarkan anak dgn dlm masa sama kita cuba utk fokus kpd diri sendiri. Namun ia sesuatu yg berbaloi dan manis rasanya apabila fasa ujian itu berjaya ditempuhi dgn baik. So stlh berjaya selesaikannya, ia bagai satu moment bangga yg berbekas dlm hati.

So aku jalani hari dgn menyelesaikan tugas2 sbg suri rumah. Bosan tidak lagi aku rasai selagi mana aku fokus dgn purpose aku pada hari itu. Aku ingin menyiapkan proses Tagging Al Quran yg dah hampir 2 minggu kumiliki iaitu sebelum anak2 sakit lagi.

Pada asalnya, aku ada ternampak iklan di FB iaitu Al Quran siap Tagging. Mmg lawa, nampak best dgn Tafsir yg telah siap ditagging. Rasa nak beli, tp mcm syg Al Quran dirumah masih elok dan cantik. Sekali cek di Shopee ada seller jual Tagging sahaja. Kita sendiri Tag Al Quran kita. So dh jimat and selamat beTagging Al Quran ku.
Ada harga dlm RM28, tp aku pilih yg rating tinggi


Aku ada nampak Al Quran ini ada dijual dikedai2 buku seperti Kedai Buku Popular dan Pustaka Rakyat. Dan utk Al Quran saiz paling kecil harga mencecah RM90+. Tak pasti brp utk saiz Al Quran lebih besar. So, kalau tak nak beli online boleh dapatkan di dua buah kedai buku ini ya.

So berbalik pada Tagging tadi, mmg ambil masa nak buat satu2, tapi percayalah ia bagai satu proses yg aku panggil calm, smooth and soften my heart. Aku rasa aku cukup gembira dan puas dlm hati ini. Satu rasa yg sudah lama tak ada. Walaupun hari aku jalani seperti biasa, penat uruskan rumah dan anak2, namun utk satu ketika dimalam hari aku rasa cukup, aku x perlukan makhluk utk menggembirakan aku, hatta suami sekalipun yg kebiasaannya kuperlukan pelukannya utk buat hati ku kembali semangat dan gembira semula.
Belum susun molek2 lagi. Masih dlm proses kasi tag je dulu nanti dh siap baru susun

Siap ada manual, nak tag kat surah apa, ayat keberapa


Aku kembali melihat pesanan2, ayat2 Allah. Aku rasa tenang, rasa fokus aku sebagai manusia didunia. Aku menerima hakikat, dunia hanyalah Perjalanan yg meletihkan utk ke Syurga. Oleh itu bersabarlah. Moga tiada yg sia2 disisi Allah.

Saturday 26 October 2019

Ujian anak2 sakit

Assalamualaikum,

Aku tak boleh nak bayangkan kalau aku berada di tempat ibu2 yg anak2 mereka sakit kronik atau kurang upaya. Nak dijadikan cerita bulan Oktober ni mmg tragedi Oktober betul. Lps Ammar duk sakit gigi awal bulan ni, Aqeel berjangkit demam dari Muaz. Apabila dah start sakit mulalah rengekakan dan perhatian bertambah. Ditambah lagi dengan peel tak nak makan ubat. Aihh jenuh memujuk. Aku dlm fasa wean off. Mmg 99% dh berjaya berhenti diwaktu siang. Namun, kerana rasa kasihan aku pun start bagi balik.
Tampal gigi



Alhamdulilah Aqeel sekejap je demam, ganti dengan cirit, kemudian Ammar pula continue demam. On Off dlm 5 hari. Esp waktu malam. Mmg kaw2 panas dia. Melepek, bibir merekah, tidur je. Kerana Aqeel dlm fasa sakit, on off BF dia jadi keliru dan keluarlah sikap clingy yg tahap dewa. Semua nak aku. Aku dipertengahan kemelut ni terasa amat drain. Amat letih dan menggila dgn perangai Aqeel tambah Ammar tak nak makan ubat. Aku larikan diri ke Putrajaya.


Sempat lawat kubur Abah


Buat pertama kalinya. Aku betul2 nekad. Aku perlukan udara luar, aku perlu bebas sekejap. Demi diri dan juga anak2. Lantaklah apa nak jadi, sikit pun aku tak rasa bersalah tinggalkan anak2 dan terpaksa menyusahkan mak. Mmg tahap packing apa yg sempat, ralit duk cek agoda hotel yg murah utk aku rehat sepenuhnya walau utk 1 malam.

Pendekkan cerita, aku pulang juga kerana rasa tak berbaloi pula 1 malam harga sampai RM100+. Dan ia keputusan yg tepat. Anak2 masih dlm keadaan tak sihat dan mereka perlukan aku utk uruskan mereka. Makan pakai. Beri ubat lagi. Bukan tak percaya suami, tapi yelah kan mana sama ayah yg bekerja berbanding ibu yg 24 jam bersama mereka.

Ya Allah Kau berilah kekuatan kepada ku. Hamba Mu yg lemah sentiasa kalah pada letih dan emosi. Semoga anak2 ku sentiasa terpelihara walau dalam penjagaan ku.

Sekarang Ammar mcm dah ok. Cek darah di KK takde apa yg serious. Syukurlah. Tak boleh byg kalau kene tahan wad, mcm manalah Aqeel tanpa aku diwaktu malamnya. Habis pening x boleh tido kang laki aku.
Meraung time kene ambil darah