Friday, 7 April 2017

Persediaan Potty Training Ammar (2y6m)

Assalamualaikum,

Mmg aim nak ajar Ammar non diaper lps hbs LI. Antara sbb2 awalnya ialah, nak jimat, aku dh suri rumah so mmg wajib ajar, baik ajar b4 dpt adik so boleh fokus kat dia sorg, ikut pembacaan dan cerita2 org atas 2tahun tu dh ok sgt ajar. Ammar pun sebelum2 ni menunjukkan tanda2 yg dia faham apa itu kencing dan berak, faham kalau suruh basuh kencing dan berak tu mcm mana.

Niat asal nak je start sehari lps pembentangan LI, tp nak start tu payah narrr. Rasa malas je, rasa nanti2 lah byk masa lagi. But lps 2 hari ngelat, aku gigihkan hati, pujuk nafsu, "ok jom kita vakum carpet gedabak ni, pastu gulung dan simpan". Start dr situ, aku yg boyot 6bulan ni pun gigih sapu, vakum, mop lantai bagai, angkat meja yg menindan tikar, gulung segala tikar yg wujud dlm rumah dan akhir sekali angkat dan tegakkan pada dinding. Buat dgn mak. Matilah kalau buat sorg2.Penat yg amat. Doa selamat jelah kandungan aku ni.


Next day, duk pujuk hati nak buat jadual potty training. Niat aku supaya aku n ammar sama2 boleh monitor n hepi menjalani proses baru ni. So sekali lagi, pujuk hati, "sementara Ammar tido, baik aku buat jadual" dan aku pun buat, smpi lah dia terjaga. So dlm apa2 hal aku libatkan je dia. Ammar ni takdelah pengacau sgt. Dia just nak pegang2, belek2 dlm bbrp saat je. Pastu x heran dh. So aku bg je dia pegang apa dia nak pegang.




So, bila dh siap jadual tu, rasa lega. Just buat last preparation iaitu gulung segala tikar yg masih berbaki. Byk nar tikar kat rumah ni. Igt kan lps siap jadual boleh terus buka pampers dia, tp sbb letih menggulung saki baki tikar, dan menyapu mengemop bagai, so aku kasi rilex dulu kat diri sendiri. Takleh paksa2. Sbb tunjang nya si mak. Tak nak stress, letih2.

Lg satu, bg aku smgt sikit, aku ada beli cadar waterproof hujung March lalu.Jumpa kat FB. RM55 utk saiz queen. Yg bengangnya igt berserta sarung bantal, sekali cadar semata2. Sabar jelah. Nasib baik corak cantik, aku suka. Kalau rajin nanti belilah kain utk buat sarung bantal.

Ejaan pun salah. Sabar jelah
So itu lah setakat ni preparation aku. Ada byk lg persoalan dlm benak fikiran ttg potty training ni. Yelah mcm mana nak hadapi saat2 dia nak berak, mcm mana nak handle ketika dia tgh syok tido, esp waktu siang. Kene kejut ke, atau biar je meleleh. Sbb aku mmg nekad x nak bg dia pakai lgsg pampers baik siang dan malam. Kira betul2 buat dan x patah balik. Biar dia dan aku sama2 tekad dan x confuse. So kita rempuh jelah.. Apadahal, apa2 jadi, tikar semua dh selamat. Just mop lantai je kalau accident. Huhu

No comments:

Post a Comment