Monday 28 January 2019

Zoo Taiping

Assalamualaikum,

Memang berangan nak singgah Zoo Taiping kalau balik kampung suami di Kuala Kangsar. So kira hajat tercapai pada hari Ahad 27 Jan yg lalu. Perjalanan ambil masa 40min je dari rumah. Teringin nak bawa anak2 ke zoo, tapi harga kat KL agak mahal. Di sini tiket RM8 utk kanak2 dan RM16 utk dewasa. Murahkan??




Sebab mmg last minute punya plan, lambat kita bertolak. Sampai sana kira dlm 11am. Mmg duk bayang panas lit2. Tp syukur tmpt ni rimbun dgn pokok. Jd mcm kanopi lah. So x terasa panas sgt. So spend dlm 2 jam kat sini, itupun tak betul2 hbs cover sbb dh sakit perut + air mineral dh hbs + dh waktu lunch. So plan awl2 br puas dan kene waktu berjalan.

Dinasihatkan juga pergi time animal feeding iaitu b4 12 noon. Sbb apa, time ni segala binatang akan keluar dr berendam, tidur diorg. So nampak lebih jelas dpn mata, tepi pagar.



Kat sini disediakan train yg bw kau round satu zoo. So just beratur sekejap lps pintu masuk. Dan kau akan round sambil explained by pemandu. So kau dh tahu haiwan mana dimana, dan kau akan lbh cepat fokus utk spend jalan2 melawat haiwan yg mana. Aku igt pusing2 ni x sampai 10min dh patah balik. Mmg negatif tul otak, tp bila dia punya round punya round almost 30min aku mmg puas hatilah. Murah dgn tiket yg kami byr. Bukan apa duk pikir panas, dh nak lunch, takut x sempat nak cover satu tmpt. Sayanglah kan.



So happy lah utk trip ke zoo tiba2 ni. Anak aku yg 2nd tu mmg seronok dpt bebas berjalan. X rasa bahang panas, sambil jalan lapang x crowded. Mmg x nak berdukung. Yg abang nya demand nak tgk elephant. Best dpt tgk dpn2. Selama ni duk kenalkan dlm gambar je. Mcm rhino,hippo, tiger,panther,buaya,seladang, zirafah, zebra, flamingo dan mcm2 lg. Kita yg dewasa ni pun sebab wowww, apatah lg excitednya budak2.




 Overall, puas hati. Walaupun biasalah binatang2 ni mcm sedih, sendu, terkurung. Tapi ni je kita mampu bw anak nk tgk binatang. Nak ke Afrika entah bila ye dak??

Burung apa ni x tahu. Tapi dia ni jenis lepas. Ammar tgh makan waffle, hbs dia dtg sambil kepakkan sayap dia. Dh lah tinggi, menjerit aku. Igt marah, rupa nak makanan. So beringatlah. Takut kene patuk je rupanya nak mknn. Nasib ammar campak, terkejut lh tu. Last2 burung ni x makan pun.

Sunday 6 January 2019

Top 5 Shopee Item

Assalamulaikum,

Sebagai suri rumah, shopee antara Apps wajib yg ada dlm phone yg pasti dilawati setiap hari. Ia bagaikan terapi mata, hati dan segala mcm lagi. Bila lagha n melayan tu boleh jadi 2 jam lebih hadap. Tapi biasanya yg lama hadap yg x beli. Ok kat sini nak kongsi bbrp barang yg aku beli, aku puas hati dan aku bersyukur + berbaloi membelinya.

1. Portable sewing machine
Harganya jauh lagi murah dari mesin jahit industri. Tapi kegunaannya sangat menepati utk kegunaan harian. Utk mereka2 yg ada basic menjahit ni mmg senang sgt nak guna. Utk mereka yg baru pertama kali, jgn risau ada manual. Tinggal nak dan mahu je. Aku guna utk apa? Banyak:
Seluar celah kangkang koyak, seluar dalam koyak, pinggan getah longgar, alter langsir, jahit langsir pun boleh. Alter sekolah sekolah, jahit  lencana sekolah, baju koyak. Mmg terbaik!

2. Matress protector
Kalau lah aku kenal benda alah ni wujud masa awal2 beli tilam dulu, xdelah peta kat tilam๐Ÿ˜‘. Biasalah, ada anak, muntahlah, kencinglah, tumpahkan air. Kita punya peluh dan air liur pun adakan. So balut ni siap2 br balut dgn cadar. Lps ni takde ralat sgt kalau berlaku apa2 pertumpahan air atas tilam. Tilam nak guna lama, walau ada artikel kata stp 5 tahun tukar.

3. Vacuum midea
Yg ni mmg sgt berbakti. Aku dulu bukan rajin nak menyapu. Sapu2 habuk terbang. Cari penyodok lagi atau sapu ke surat khabar pastu bungkus buang. Adus banyak keje. Skrg ada ni, on suis vacuum, kipas still on, vacuum je. Agak2 pemalas lps 2 3 kali vacuum dlm seminggu br buang habuk dlm bekas dia. Dulu pernah dpt cabutan bertuah vacuum yg gabak tu. Sejak ada yg ringan, mudah ni, x pandang dah tu. Duk dlm stor je. Yg ni function dia satu je. Bunyi agak bising, wayar sangat panjang. Harga mmg ok sgt dgn function dia. Rasa2 keluarga nak dtg, mmg boleh pas kat anak utk vacuum. Laki kau yg kejung blur tu pun blh buatkan punya.

4. Langsir
Jangan sangka murah,  kain x tebal n corak x WOW. Mmg cantik. Aku alter sikit taruk kat rumah mak. Gabung warna pink + biru gelap. Perghhh. Ada mesin jahit lah katakan.

5. Boys Shirt


Nampak sangat mak org barang yg aku pilih ni. Haha je mampu๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜


Saturday 5 January 2019

1 Buku untuk 1 Bulan

Assalamualaikum,

Aku dari zaman belajar suka buku. Zaman fb x berapa famous, smartphone masih belum trend, buku@novel tmpt aku hbs kan masa. Skrg busy dgn anak2, tgk hp lg senang dr nak jinjing novel tebal. Tapi ada masa rasa kosong.

Rindu bila hbs baca rasa penuh dada dan kepala. Buat aku rasa I do gain someting from book. It make me think, reflect and motivate myself to be better. Tak kisah lah dari segi moral, eksperesi dan action yg ada. Ia memberi impak yg lama dlm diri. So disini aku cabar diri aku dgn 10 buah buku utk tahun ni. Aku spare 2 buku kalau2 ada buku baru yg maybe akan dibeli dikemudian hari.

So kita senaraikan siap2:

JAN  : Bukan Sekadar Homeschooling
FEB  : 3Kertas, 3Krayon, 3Pensel warna
MAC : Bagaikan Puteri
APRIL : Surprise Me
MEI.    : Yusuf dan Zulaikha
JUN.    : Adapt Adulting
JULAI. : Didiklah Dari Hati
OGOS. : Helping Children Succeed
SEPT.  : How to stop Worrying
OKT.   : Ungu Karmila
NOV
DIS

Novel yg best. Kalau bujang dulu, dlm 3 hari boleh hbs baca.

So dh jadi mak, mmg buku mcm ni yg dicari. Baca x habis2. Rasa sayang sgt. Content yg eye opening. Please lh kasi khatam

Saja try. Hope can gain something from these books

Friday 4 January 2019

Sedekah Masjid

Assalamualaikum,

Post ini bg memberi idea kpd pembaca diluar sana, mengenai pemberian sedekah apa yg boleh diberikan khusus kepada masjid. Syukur permualaan yg baik pada tahun ini, mak menyatakan hasratnya menggantikan alas kaki yg kelihatan buruk dimasjid.

So aku yg mmg tgh terfikir2 minggu ni bg sedekah apa, terus rasa berkobar2 teringat yg kat Mr diy ada jual plbg jenis alas kaki. So lps je jemput Ammar di Tabika kita terus ke MR DIY M3 Mall Taman Melati. Ternyata byk sgt pilihan. Aku anggarkan max RM20 per pieces. Jumpa RM15.20. Mmg nice, seiring dgn pilihan mak yg nak mcm kat rumah dia.

So kita beli 2. Utk diletakkan di bahagian wanita. Lps ambil wuduk biasanya kaki masih basah, so kat situ lah mak letak. Sebenarnya mcm2 boleh diwakafkan ke masjid. Tahun lps ada org wakaf penapis air coway yg besar tu. Letak elok atr bhgn laki dan wanita. Ramai org dpt manfaatnya. Adus jelesnya dgn kebaikan org yg memberi wakaf tu. Takpe kita start kecil moga berterusan.

Mak kasi basuh dulu


Oh emak ku

Thursday 3 January 2019

Happy New Year 2019

Assalamualaikum,
Sumber: Google


Byk yg terlepas tulis pada 2017 dan 2018. Tak dinafikan ada rasa kecewa. So tahun ni rasa dia lain maciaaam sikit, seiring dgn pengenalan ke usia 3series. Wehuii tua dah aku ni๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†. Sampai apabila berjumpa dgn kenalan perempuan baru mesti diorg panggil aku kak. Aku rasa mcm ekkkk๐Ÿ˜•. Bila dpt tahu umur diorg, ok aku mengaku aku kakak. Ades๐Ÿ˜…

So bila dh masuk angka dpn 3 ni, faham2 lah, rasa lama juga hidup. Byk pengalaman baru, bertambah usia bermaksud makin dekat dgn penghujung kita. So apapun kita positif dan dlm masa sama baiki diri. Ok tanpa tak malu lagi aku nak kongsi azam aku utk tahun ni. Mana tahu leh inspire org yg rasa mcm xde apa nak diazamkan๐Ÿ˜œ

1. Nak kurus. Dari 59kg ke 53kg (wajib ada stp tahun ๐Ÿ˜†)

2. Berani bawa motor (sampai bila sekangkang kera pun bawa kereta)

3. Tingkatkan ibadah kurangkan lagha (dah tua oitt, diri wajib tambah Tahajjud dan Dhuha)๐Ÿ‘ผ๐Ÿ‘ผ

4. Tadabbur Al Quran (wajib baca tafsir juga)

5. Bulan2 simpan duit at least RM150. Cukup 6 bulan each beli emas (nak tindik dan cincin). Lebih simpan.

6. Nak guna duit kutu dari tahun lepas yg x sampai2 lg turn, buat guna bayar Daging Korban

7. Berbuat baik, sedekah, hadiah, tolong dgn mak, siblings, anak buah, kawan2

8. Jalani hidup sihat, jaga makan dan exercise

9. Sedekah every week walaupun min RM5

10. Satu bulan satu buku. Setiap hujung bulan kita share content, moral of stories etc

11. Buat photobook. Keep memories, with stories

Rasanya cukuplah tu kot. Nanti Insya Allah umur panjang kita tick dari semasa ke semasa, buat post mortem ke apa ke, keep on update dgn azam aku tahun ni. Bagi semangat sikit ye yob.

Bye~


Wednesday 2 January 2019

Tabika Kemas

Assalamualaikum,

Ahmad Ammar dah 5 tahun. Rezeki tahun ni berjaya. mohon di Tabika Kemas Padang Balang Hilir. Isi dan hantar borang dari Ogos 2018. Mmg alert sgt sbb takut lambat, penuh pula nanti. So bulan Dis 2018 parents dipanggil utk bayar yuran pendaftaran. Dlm RM140 lebih mcm tu. Murahkan. Bayaran bulanan pula RM40.

Masa Ammar 4 tahun Ammar tadika swasta. Dia sayang cikgu dia, dan suka tadika lama dia. So merajuk juga bila sebut pasal tadika baru ni. Takut lah, kalau cikgu marah lah, sekolah lama lawalah. Macam2 alasan. Lps aku saja tunjuk gmbr uniform sekolah, tiba2 excited nak ke Tabika Kemas. Apakah???๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Alhamdulilah lega satu hal.

Tabika tempat Ammar ni br renovate. Tu nampak baru dan cantik. Mmg luas. Satu kelas ada 20 org x silap. Budak 5 tahun ada dlm 3 kelas. Buka permohonan sampai 80 org murid. Ada kelas pagi dan petang. Kelas pagi 8-12 dan petang 12-4pm. Syukurlah dapat pagi.

Hari pertama sekolah pun tiba. Sbb x dpt baju lagi, kita pakaikan tshirt putih, seluar sukan hitam dan kasut putih. Boleh beli kat Giant atau Hari-Hari kalau nak senang carilah. Alhamdulilah Ammar ok. Kul 7am bgn kan mandi, breakfast. Sampai2 cikgu igt nama anak kita. Terbaiklah cikgu. Ammar letak beg kat kerusi dia pilih hat mana dia nak duduk n breakfast.

Balik jemput membebel bercerita. Belajar dan banyak bermain katanya. Seronok. Oklah lega mak.

First time masuk terus teringat kelas upin ipin
Breakfast. Biskut tiger, air milo

Excited sgt

Cikgu share dlm group wasap



Tuesday 1 January 2019

Shopping akhir Tahun ~MITSUI OUTLET PARK~

Assalamualaikum,

Berangan nak tido hotel, nk ngadap firework bagai last2 tido kat rumah je lah, tgk firework dlm mimpi. Last minute nak booking hotel, confirm full house punya. So suami ajak ke Mitsui Outlet Park (MOP) yg terletak di Sepang. Katanya nak cuci mata, kalau ada yg berkenan blh cuci duit sekali๐Ÿ˜. Org dh ajak kita pun apalagi kan.


Ambil masa dlm sejam suku utk smpi, so oklah jalan clear, cuaca cerah, parking belambak. Senang hati masuk nmpk Brand Skechers tgh buat sale. Mmg ada hati juga nak cari kasut sukan. Cari2 jumpa yg utk ladies. Warna merah lagi, mmg favorite. Syukur ada saiz. UK8 kau. Harga asal RM282, beli time sales RM141. Aku bukan kenal sgt brg2 brand ni, Skechers ni pun sbb kenalan gi ITALI beli Skechers. So agak wow lah dpt beli brand ni dgn harga sekian. Kat Sepang je yob.
Adus gumuk

Aqeel payah sgt nk bergmbr

20min duk sini. Layanzzz

Takut nar kalau teroboh benda ni. 


Lunch kat food court. Walau x byk pilihan oklah. Ada Sushi King, Baskin Robbin, Tealive, Dome. Tak banyak restoren, kedai barangan baranded mmg sgtttttt byk. Mmg nak bg kau cuci duit. Yg sebal hati, sikit punya besar MOP mmg langsung x nmpk signage surau. Ades sabar jelah. Solat zohor otw balik kat RNR.

Jgn kata suami x beli, dia beli juga, dah lah dia drive, dia punya duit. Beli kasut dari Hush Puppies. Lama benar tunggu pekerja cari stok. Dia punya pun harga bwh RM150 x silap. Belanja ikut kemampuan. Nak merasa mewah, tp masih cek besar mana dompet kita. Alhamdulilah