Sunday 23 April 2017

Luahan si Suri Rumah

Assalamualaikum,

Syukur masih diberi kesedaran, keinginan nak yg terbaik utk diri dan keluarga. Kadang2 fikir, cuba terima hakikat, ini jalan terbaik. Ini rezeki aku, jadi seorang suri rumah. Tipu kalau x terlintas dlm hati, kalau aku memilih jalan lain sebelum ini, kalau aku... dan banyak lagi kalau, ia sudah pasti tak pernah berakhir.

Aku pernah baca coretan di fb mengenai wanita berkelulusan tinggi menjadi suri rumah. Alangkah hebatnya seorang wanita bijak pandai, memilih utk keluarganya. Menjadikan keluarganya hebat dgn kehadiran dia sbg suri dirumah, sebagai pendidik, pembela dan pemacu keluarga.

Oleh itu, semuanya berbalik pada diri kita. Yg menentukan permata atau kaca. Bernilai atau tidak diri kita ini disesuatu tempat, situasi dan keadaan. Kerana apa yg aku tahu dan sedar, aku mmg seorang wanita yg bijak dan tahu kepentingan rutin,disiplin, ilmu dan ketegasan. Cuma aku hilang arah seketika menyebabkan aku berasa dunia ini bosan dan bagai terhenti seketika.

Tidak akan sama org yg berilmu dan org tidak berilmu. Apatah lagi jauhnya beza org yg mengamalkan ilmu itu. Semuanya berbalik pada diri. Aku mempunyai kuasa dan kudrat dlm terus membuat pilihan dan berharap. Antara mahu, tahu dan buat sahaja. Aku tahu aku lain dr ibu2 suri rumah diluar sana. Aku mahu jadi kebanggaan anak2 dan suami ku. Aku mahu jadi tulang belakang kejayaan dan kegembiraan rumah tangga. Semoga aku kuat.

Monday 10 April 2017

Shortlist set berpantang pilihan hati

Assalamualaikum,

Pregnant 2nd still excited cari set berpantang yg bakal digunakan. Rasa mcm x sabar pula. Hahaha. Rasa mcm hari ni beli, esok nak terus guna je. Suka kot part2 penjagaan diri, nak2 testimoni org semua gempakz2.

Time Ammar dulu guna set bersalin Shaklee kecuali x ambil ESP. Sbb mcm mahal amat, x masuk akal harga dia. Tambah 2 barang dari set Anugerah. Aku mmg puas hati dgn Shaklee. Sbb tahu mahal, aku mmg ambil stp hari dgn disiplin. Cuma Anugerah aku guna sekali je, pastu x pakai dh. Hampeh. Krim dia panas sgt, menjerit aku. Pastu yg sachet utk buat mandi tu, mak aku pergi koyakkan campur dlm baldi berisi air panas. Kiranya x buat bancuh mcm air teh lah. Entah kenapa, lps tu terus malas nak guna. Haha.

So kali ni kita kasi gempakz sikit, makan dh vitamin Shaklee dr mengandung. Nanti mana yg nak hbs dkt bersalin kita top up je tambah vitamin Zinc. So konon2 x terasa sgt duit keluar terus RM3++. Sbb kan teringat mak bising dulu aku x ambil berat pasal penjagaan bawah, aku nak tambah
>>>>>>>Uncang Cuci Herbanika<<<<<<>>>>>

Ikut pengalaman kwn guna, org2 blog guna kata bagus, aku nak beli lah nanti. Ada siap guna bukan utk cuci bawah je, buat mandi pun boleh. So berbaloi lah.Hihi. Pastu teringat, lps bersalin mmg kulit2 badan nmpk hitam. Perut, ketiak, bontot, peha, semualah. Hahaha so aku nak sental pakai

>>>>>>>> Brown body soap Tanamera<<<<<<<

Ok apa kita nak tambah lagi, ha!!! Teringat org zaman dulu ada param,pilis bagai. So bajet tradisional tp hati moden, aku nak beli


>>>>>>>> Set Bersalin Sari Ayu<<<<<<<<<<<<

Ni sbb kwn aku lah gi tgkp gmbr set bersalin NR dia dgn Sari Ayu. Terus makes me wonder, apa benda sblh NR tu. Cek2, baca bagai. Oklah, maybe beli satu set sbb ada minyak telon baby dan barut dia. So oklah kot. Harga dia lg murah dr satu minyak herbanika yg aku igt nak beli masa mula2 aku x tahu kewujudan Sari Ayu ni.

Bengkung pula aku nak beli
>>>>>>>>>>>Bengkung express zip<<<<<<<<<<
Aku survey satu kedai ni, harga dia RM79. So oklah, tgk dia demo pakai, dr bontot smpi bwh breast. Panjang, saiz boleh adjust dr M ke L. So rasa mcm b4 ni terlalu moden, aku pakai bengkung zap2 biasa je beli kat kedai coway. So mak aku komplen, bengkung main2. Kali ni tak main2 dh lah. Haha. INSYA ALLAH.

Rasanya tu jelah. Tgk macam aku tamak, semua nak, mahal2 lak tu. Sbb nya, aku ni nak gembirakan diri sendiri dulu. Aku bab2 nak lawa2, mahal2 kat anak tu aku x pandai. Pakai yg ada, murah2, dan ok jelah dimata. Dia baby, bukan tahu pun cantik ke x baju dia, gempak ke tak rocker,tilam,kelambu dia, mahal ke x mainan dia. So baik aku yg sedar ni, gembirakan hati sendiri. Hahaha.

Friday 7 April 2017

(REVIEW) Klana Beach Resort, Port Dickson

Assalamualaikum,

Banyak betul berlaku dalam hujung dan awal bulan baru ni. So throwback balik. Sempena menamatkan status dr seorg pelajar, seorg yg menjalani praktikal kpd suri rumah semula, dgn beranggapan aku akan menghadapi pelbagai cabaran sbg mak beranak 2 nanti, haha so jomlah kita bawa diri sekejap, belanja diri, jalan2 tgk pantai. Niat hati nak pergi Seremban je, malas jauh2, sekali hotel yg diimpikan penuh, so ke PD pun best juga.

So kami menginap di Klana Beach Resort. Melihat review yg baik dr Agoda ditambah kedudukannya yg mengadap pantai pada harga masih mampu bayar, so oklah. Aku pun booked hotel ni. Walau nafsu disogok, "try lah Grand Lexis ke, Avillion ke" oh myyyy satu malam boleh kasi aku perabot kot. Tak pun breast pump double rechargeable. Hahaha. Aku tahu suami mampu, tp mmg idok lah nak membazir ke situ utk merasa dlm tempoh kurg 24 jam.



So terpengaruh dgn review dari blog, aku oun tempah bilik Seaview. So mahal sikit lah. Termasuk segala caj2 kene lah bayar RM214. So dgn harapan bila buka tingkap tu mmg nampak pantai semata2. Ni termasuk sekali dgn breakfast. Sekali, hmm sedih. Bilik aku betul2 hadap Balai Cerap dan parking lot.So kene tenung ke kiri dan ke kanan baru nmpk pantai. So x fefeling sgt lah. Ada je seaview yg mmg sama saiz bilik, katil twin, tp harga mahal sikit, so aku fikir xde beza kecuali yg bilik tu boleh refundable je. So baik ambil murah sbb confirm pergi.

Hotel dimiliki Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. So paham2 lah Islamic nya mcm mana.

Gigih rapatkan katil. Ammar tido tengah2. Hahaha

Banyak kerusi dia. Mmg guna lah utk makan semua. Selama ni kat hotel mana ada lepak sgt kat kerusi. Hoho
So, sampai 2pm, check in semua. Oklah overall puas hati dgn billik. Ada disediakan Al Quran Tafsir, berus gigi, ada extra 2 bantal, selipar jamban dan menu makanan kalau nak order dari bilik. So malam tu aku saja nak try. Burger beef, ada salad n fries. RM21.50. Tunggu dalam 25min mcm tu. Syukur sedap, berbaloi tunggu.

Layanan staff pun baik, call diorg sbb tak tahu nak switch off lampu tang mana, hahaa. Sopan je dia bgtahu. Bgn pagi b4 breakfast dpt surat khabar NST. Breakfast dia pun ok. Byk pilihan. Ada nasi lemak, mee goreng, lontong, roti, cereal, ubi, buah2, air sejuk 2 jenis, dan pelbagai lagi. Sbb malas nak jauh2 dr makanan, kita breakfast belah dalam je. Sbb kalau kat luar mmg mengadap pantai pakej dgn tiupan angin pagi lagi.


Just nak komen sinki besar amat. Nasib aku tinggi utk capai ke paip air utk berwuduk. Water heater utk mandi pun, alamak mcm kat2 rumah, asal ada je. Pantang terlebih pusing habis memancut menyakitkan. Sekejap terpanas sgt, sekejap tersejuk sgt. So overall 3.75 bintang dr 5. Huhu


Persediaan Potty Training Ammar (2y6m)

Assalamualaikum,

Mmg aim nak ajar Ammar non diaper lps hbs LI. Antara sbb2 awalnya ialah, nak jimat, aku dh suri rumah so mmg wajib ajar, baik ajar b4 dpt adik so boleh fokus kat dia sorg, ikut pembacaan dan cerita2 org atas 2tahun tu dh ok sgt ajar. Ammar pun sebelum2 ni menunjukkan tanda2 yg dia faham apa itu kencing dan berak, faham kalau suruh basuh kencing dan berak tu mcm mana.

Niat asal nak je start sehari lps pembentangan LI, tp nak start tu payah narrr. Rasa malas je, rasa nanti2 lah byk masa lagi. But lps 2 hari ngelat, aku gigihkan hati, pujuk nafsu, "ok jom kita vakum carpet gedabak ni, pastu gulung dan simpan". Start dr situ, aku yg boyot 6bulan ni pun gigih sapu, vakum, mop lantai bagai, angkat meja yg menindan tikar, gulung segala tikar yg wujud dlm rumah dan akhir sekali angkat dan tegakkan pada dinding. Buat dgn mak. Matilah kalau buat sorg2.Penat yg amat. Doa selamat jelah kandungan aku ni.


Next day, duk pujuk hati nak buat jadual potty training. Niat aku supaya aku n ammar sama2 boleh monitor n hepi menjalani proses baru ni. So sekali lagi, pujuk hati, "sementara Ammar tido, baik aku buat jadual" dan aku pun buat, smpi lah dia terjaga. So dlm apa2 hal aku libatkan je dia. Ammar ni takdelah pengacau sgt. Dia just nak pegang2, belek2 dlm bbrp saat je. Pastu x heran dh. So aku bg je dia pegang apa dia nak pegang.




So, bila dh siap jadual tu, rasa lega. Just buat last preparation iaitu gulung segala tikar yg masih berbaki. Byk nar tikar kat rumah ni. Igt kan lps siap jadual boleh terus buka pampers dia, tp sbb letih menggulung saki baki tikar, dan menyapu mengemop bagai, so aku kasi rilex dulu kat diri sendiri. Takleh paksa2. Sbb tunjang nya si mak. Tak nak stress, letih2.

Lg satu, bg aku smgt sikit, aku ada beli cadar waterproof hujung March lalu.Jumpa kat FB. RM55 utk saiz queen. Yg bengangnya igt berserta sarung bantal, sekali cadar semata2. Sabar jelah. Nasib baik corak cantik, aku suka. Kalau rajin nanti belilah kain utk buat sarung bantal.

Ejaan pun salah. Sabar jelah
So itu lah setakat ni preparation aku. Ada byk lg persoalan dlm benak fikiran ttg potty training ni. Yelah mcm mana nak hadapi saat2 dia nak berak, mcm mana nak handle ketika dia tgh syok tido, esp waktu siang. Kene kejut ke, atau biar je meleleh. Sbb aku mmg nekad x nak bg dia pakai lgsg pampers baik siang dan malam. Kira betul2 buat dan x patah balik. Biar dia dan aku sama2 tekad dan x confuse. So kita rempuh jelah.. Apadahal, apa2 jadi, tikar semua dh selamat. Just mop lantai je kalau accident. Huhu

Tuesday 4 April 2017

Beli breast pump di Pump on The Go

Assalamualaikum,

Excited utk anak 2nd ialah, memiliki breast pump electric. Niat nak baiki kesilapan lalu, so dh start google dlm 2 minggu lalu. Memandangkan kawan2 ada cadangkan yg kedai Pump on The Go ni boleh try mcm2 pump, tambah2 lagi dekat saja di Wangsa Maju aku pun gigih google map setelah tamat buat pembentangan LI di Giatmara hari Isnin lepas.

So rupa2 nya dekat Wangsa Maju ni, just berhadapan@cross the street dgn Manjaku Wangsa Maju. Kedai dia tingkat atas sekali. So gigih lah aku menapak. Sampai dlm kul 4.30pm.
So tekan button, ada sorg je pekerja dia. Kedai nampak luas dan kosong. Atas meja terpampang mcm2 breast pump berserta harganya.


Gambar x full. Huhu



So dalam kepala mmg dh aim Autumn Bliss walau letak bajet RM250. Aim aku ialah single pump, senang cuci, dan ada skrin utk sng monitor. Pembantu kedai pun byk membantu, ada juga dia share tip apa yg patut. Katanya just cuba sekejap je, sbb x elok utk baby dlm perut. Bg tekanan katanya. Aku igt time mengandung ni lah nak cuba betul2 sampai kasi keluar susu, supaya yakin time bersalin nanti confirm ada. So rupanya tak elok, dia kata elok lagi buat mermet tu. So aku dibawa ke tempat khas utk cuba pump. Excited sgt, dan bila dh lekap, start je mahu %#^#&#^#. Sakit gilerrrr. Punah harapan nak Autumn Bliss. Haha.

So try Malish Lifestyle, RM180 xde skrin, oklah suction, tak sakit macam autumn. Nak autumn juga, try autumn blossom RM260. Tak sakit sgt, oklah tp entahlah, bila dh try Malish rasa nak berpaling arah pula. So last aku try Malish Mango. Sbb dia ada skrin. Harga RM259. So oklah, aku puas hati. Terkeluar air dr nipple aku. So mcm wajib beli time tu juga sbb dh cuba 4 jenis, dh menyusahkan org kedai tambah duit pun elok tersedia ada. Ahaha. So selamatlah aku bawa balik Malish Mango. Ni pump semata2 takde tambahan barang@pakej. RM259. Lebih RM9 dr bajet. Quiquiqui





Aku berterima kasih sgt dgn org kedai. Sabar melayan karenah, soalan2 dan muka blur aku. Byk sgt maklumat aku dpt. So nak hadam tu ambil masa sikit. Overall pam2 ni semua Insya Allah friendly user, blurr macam mana pun lps 2 kali kau tekan2 kau akan paham caranya. Btw warranty just start apabila kau wasap satu no. yg diberi lps bersalin nanti. Kira mcm kene daftar lah by wasap org tu. Br warranty hidup. Mesti dlm 14 hari dr tarikh bersalin, sbb dia ada minta due date lahir kita. Kalau x, burn lah warranty tu. Diingatkan juga, pam2 ni x boleh dipulangkan semula kalau x best ke apa, sbb dia dh bg kita cuba. So xde alasan. Harap2 bestlah dan sesuai utk aku.

Monday 3 April 2017

Pengalaman LI di kedai jahit

Assalamualaikum,

Menyahut seruan@arahan dr Giatmara utk menjalankan praktikal selama 3 bulan telah ku laksanakan. Tarikh 31 Mac aku rasmi bergelar bekas pelatih. Just nk tunggu dpt sijil je, Insya Allah maybe dlm hujung tahun ni juga.

Pertama sekali, bersyukur aku dapat tempat praktikal yg hampir dgn rumah.8-10min dr rumah dgn waktu berkerja dr 10am-6pm. Aku diterima dgn terdapat sebuah mesin jahit yg boleh aku gunakan spnjg praktikal ku. Bos yg percaya dan sudi ajar dan berikan kain2 customer utk aku jahit. Cuma tmpt aku satu je prob, panas sgt sbb aircon rosak. Huhuhu. Aku dibayar ikut jenis fashion yg aku jahit.

Sbg contoh: Sepasang baju kurung tradisional= RM15, sepasang baju kurung moden,pahang= RM16. Kain sahaja=RM7. Blaus=RM10, Jubah=RM15-RM17,  Gaun kanak-kanak=RM10. So bulan pertama aku dpt RM261, Bulan kedua RM320 dan bulan terakhir RM251. Yg last sikit sbb aku kurang dpt kain dr sebelum2 ni cos bos aku kurg sihat. So overall ok lah.


Aku belajar byk benda baru. Cara jahit ben pinggang, cara jahit tepi yg kurg membazir, cara ambil lapik leher, cara jahit leher dgn piping, buat lubang butang bj kurung, pastikan zip sorok benar2 tersorok dan x kedutkan kain dan paling penting ukuran tepat dan digosok rapi diakhir proses.


Ikut prestasi, aku mampu siapkan 2 helai kain dlm masa 5-6 jam. Kalau dpt sepasang baju kirung cotton, mmg boleh siap awal. Sbb kain mudah diuruskan. Bab nak silang pangkah tu yg kene mengucap panjang sikit. Mmg ambil masa lama dlm 2 jam lebih. Kalau kita ambil upah silang pangkah je dpt dlm RM2.50 je. Rasa kurg berbaloi utk masa selama itu.

Alhamdulilah aku boleh agak berbangga dgn prestasi aku. Ada sekali je aku x dtg, dan dlm 2 kali masuk lewat, 3 kali balik awal. So takdelah budak nakal sgt. Hihi. Dr segi waktu rehat pula, sebenarnya pandai2 paham sendiri. Paling lama 1 jam, tp kebanyakan masanya, aku rehat 30 min je. Makan, solat, tgk hp jap terus sambung keje. Bukan apa, rasa tak sabar nak clear kan mesin dgn helaian baju yg belun bersambung. Bila dh siap jahit semua tu rasa lapang sikit otak dan mata memandang.



Bagus kedai ni, sentiasa ada je customer. Tempah baju selalu berhelai2, jarang sepasang je. Sambil tu bos kedai mmg pasang radio IKIM fm so duk tumpang dgr ceramah agama, tazkirah, lagu nasyid, dan jualan2 produk bumiputera. So oklah. Ada lah kasi lembut sikit hati.

Pernah juga nampak beberapa kali baju yg ku jahit dikembalikan semula. Takut salah aku, yg salah jahit tanpa mengambil kira kepentingan ukuran, tp syukur semua yg customer pulangkan balik bukan sbb kesilapan jahitan aku. So lega lah juga.. So itu lah ceritera LI aku. Buat masa ini, dgn bangga dan yakin, boleh aku katakan, aku mampu utk jahit baju2 kurung dgn baik. Quiqui. Tak tahulah masa depan macam mana, takut lama tinggal terlupa pula nanti.