Saturday 28 February 2015

Boleh kalau NAK JIMAT

Assalamualaikum,

Kita x pernah tahu apa yg mungkin berlaku dimasa hadapan nanti. Disaat kewangan menjadi titik tolak sebuah kehidupan yg baik atau derita. Sakitkah, jatuh mufLis ke, tragedi ke dan apa saja musibah yg boleh kita fikirkan. Oleh itu, ketika kita ada constant income kita kene selalu beringat dan at least berpada2 dlm berbelanja. 

Asal mahu beriimat pasti ada caranya. Kerana x semua benda kat dunia ini mahal harganya. Asal kau mahu kurang n penat sikit apa salahnya berbanding org lain. Sbb bab jimat ni I learn from expert. My parents. Tak melampau kalau aku katakan jimat ni pun suatu genetik.

Aku mulakan dr bab air n elektrik rumah. Ketika rumah nmpk gelap lampu paling byk pasang 2 je pun. Kalau waktu mlm jiran sblh dh psg lampu luar, kita dh x perlu psg. Klu kita pasang pun pastikan bgn je pg b4 solat subuh tutup lampu luar siap2. Bab air, pasang kecil je sampai penuh. Klu laju sekali harung, meter air laju n harga air akan naik tinggi. Pastikan switch off plug charger, tv klu dh x guna. Kalau psg air cond pastikan dlm 3 atau 4 jam plg lama terpasang.

Bab cuci baju pakai tangan dh menjadi amalan dr aku sekolah rendah lg kot. Itulh didikkn mak. Tak blh nk ubah dh. X tahu lh masa depan nanti mcm mana. Disebabkn basuh manual, kami jimat air, elektrik n pakaian lebih bersih n thn lama. Penat x dinafikan. Tapi ini bukan kes nak jimat, ia dh menjadi lumrah n rutin harian basuh pakai tangan. 

Bab beli baju mmg xleh lari dr sifat normal seorg wanita. Tp aku tarbiahkan nafsu aku dgn memandang baju2 yg masih elok, cantik dan jarang pakai di dlm almari. Rasa nyeaal pun ye juga sbb dulu nafsu shopping bj sec online tgh membuak2. Skrg aku cuba hentikn for good.

Shopping barang baby lg lah besar nafsunya. Ibu mana yg x hepi beli brg baby? Ia bagai satu terapi yg mengembirakan. Tp kita kene sedar 1 perkara apbl nk shopping brg baby. Beli pd kuantiti sedikit. Pakaian, pampers, botol, susu, sabun. Sbb baby cepat berubah saiz dan kehendak dirinya. Hari ni saiz s bln dpn dh m. So pampers saiz s yg beli x hengat tu sapa nk pakai. Bj pun mcm tu. Botol pun sama. Smgt beli time mengandung lg. Last2 baby nk jenama lain. Haru x membazir namanya. Susu pun sama. Maybe skrg kene dgn selera n sesuai dgn bdn ank. Sape tahu bln dpn dh x sesuai. Mahal kot susu. Yg carrier, ring sling, stroller maybe kau fikir penting, tp klu jarang guna beli jelh yg secind hand atau yg biasa2 je. X perlu branded.

Maybe kau fikir nk pki sampai ank ke 5 yp mampikh berthn? Salah simpan blh rosak. Tambah lg edaran masa lg byk fesyen dan kemudahan yg jauh lbh baik dr apa yg kau ada skrg ni. Pam susu, beli yg manual. Rasa yakin akn guna kerap. Mmg yakin akn pam susu kat tmpt keje br lh beli yg mahal sikit. Ni blm apa2 dh beli mahal2. Kita x tahu yg kita ni ntah ada susu ke x, baby nk x susu perahan. Oleh itu jimatlh apbl berbelanja

Friday 27 February 2015

(HOLIDAY) Shah Alam

Assalamualaikum,

Punyalh byk tempat kat semenanjung ni, Shah Alam juga menjadi pilihan. Lebih spesifik tempat belajar aku dulu. Sah2 lh dh pernah jejak n wajib x msk dlm list percutian. Tp inilh namanya takdir. Ya. Tahun 2015 pembuka tirai percutian buat pertama kali bersama si kecil Ammar, kami tiba dilokasi yg dituju pd 20 Feb. 

Selepas slmt menghadiri kenduri kahwin Jimot kat Seremban dan agak terkilan krn gagal hadir ke majlis tunang Bila di Seri Kembangan sbb duk sesat je. Ok tak mau sedih n frust semua kami stick to the plan "Ke Shah Alam ke Kita Yop?" Wehuiiii bg mmpk gempak sikit. Teruja jg sbnrnya sbb kembalinya aku ke Shah Alam bersama insan2 istimewa dlm hidup aku dimana dulu x pernah sangka pun. Ok, sebak dgn ayat sendiri.

Kat Shah Alam sbnrnya mmg byk tmpk yg menarik utk dilawati. Bila dh spesifik tmpt yg dituju adlh sek 7 sah2 lh tmpt menariknya I City, gedung beli belah Sek 7 dan Wet World. Tp WetWorld mmg reject. Payah nk mandi dgn ada baby ni. Yakin nk gi ICity. Sekali tanya pendpt kwn yg br gi, dia ckp x berbaloi. Nk bersesak2 dgn bw baby utk setakat ambil gmbr. So aku decide nk g ke x pd mlm kejadian. Ok aku x gi sbb Ammar mmg rutin tido dia after maghrib. Mmg duk bilik jelh. Dgn aku2 tertido sekali. Sian suami boring. Nasib tv hotel ada astro fox movie n sport channel. Pasrah suami lyn tv.

Wefie dulu sblm keluar makan


Menu Wong Solo

Pilih seat yg blh duduk bersila. Sng nk handle Ammar

Petang lepas check in hotel aku dh mmg smgt nak ajak suami cuba ayam penyet Wong Solo. Aku rasa nk try Wong Solo dr ayam penyet Samutera yg aku duk balun time student dulu. Wong Solo mmg dekat. Jalan kaki dalam 5 min dh sampai. Mmg ramai amat manusia. Mesti sedap. Sekali nak pgl pelayan bukan main lama. Sibuk nar diorg ni. Mmg x menang tgn nk lyn customer. Takpelah blh sbr lg. Smpi menu aku pilih ikan keli n suami ambil ayam bakar. Tambah air jus mangga satu. Kongsi. Lg pun dlm set nasi dh ada air mineral sekali. So oklh.

Dlm 8min mcm tu mknn smpi. Oklah x lama tunggu. Aku mkn dulu. Perghh sedap. Aku bg 9 bintang. Pastu turn suami mkn. Rasa ayam bakar dia pun sedap. Berbaloi makan kat sini. Jus mangga dia mmg pekat. Mcm aku mkn buah instead of minum jus. Terbaiklah. Rasa mcm nak mkn pinggan ke 2. Suami kata orderlah. Bukan lama kene tunggu pun. Malu lah aku. Hahaha. Membela ke apa smpi mkn 2 kali. Hahaha.
Kami serbu tmpt ni pg2 b4 breakfast. Takde org so x malu sgt nk bergambar. Kami blh conquer jap



Suami punya lg sedap dr aku. Sobs. Lps ni make sure pilih beef meat.

Pengangkutan bas disediakn secara percuma

Bukit Cerakah




Di kawasan iklim 4 musim




Unik. So wajib ambil gmbr




serrrrr

Di taman haiwan. Pekerja tgh bg landak mkn



Wednesday 25 February 2015

Trade in Emas

Assalamualaikum,

Akhirnya pencarian 3 hari dlm menggantikan gelang Nikah + kanak2 ku berakhir di kedai emas Ros. Terletak di belakang OTK sederet dgn kedai Manjaku. Dikedai ni jugalh aku beli cincin kerja hadiah dpt gaji guru ganti dan cincin tunang. Banyak sgt pilihan gelang sehingga aku hampir lupa matlamat asal nk beli gelang yg timeless n evergreen. Mmg kalah lh Habib. Tak blh lwn dgn kepelbagaian design gelang yg terdapat di kedai ini.


Sampai je kedai, aku nyatakn hasrat aku nk trade in. Waktu ni emas segram dlm RM170. Di Habib diskaun emas segram jadi RM165 manakala kedai Ros adalah RM158. Dr segi harga trade in Habib susut nilai sebanyak 28% iaitu 10% lg tinggi dr Ros yg susut sebyk 18%. Selepas menimbang kedua2 gelang emas ku, diketahui jumlh berat adlh 20g. Di Habib aku blh dptkn gelang br tanpa byr mahal atau byr bwh RM50 adlh pd gelang yg berat hanya 12g. Berbanding Ros iaitu 15g x perlu byr apa2. Wah untungnya disitu. So apa lg. Grab lh satu yg berkenan.


Walaupun aku ambil gelang yg simple mcm ni, aku sgt bersyukur. Sebab aku mmg nk pakai selalu, malas nk buka, pakai mmg ganas2. Bila aku balik dgn gelang tersemat di pergelangan tgn aku siap2 nk mandikn Ammar. Syukur aku x pilih yg emas timbul, gelung, corak terjuntai2. Aku selesa dan rasa selamat je nk mandikn Ammar. Kiranya gelang aku pun xdelh mencederakn anak aki sendiri. Dan sekali lg aku mmg puas hati dgn pilihan aku dikedai ni. x sia2 aku bersabar utk tunggu n survey sendiri dikedai ni. By the way emas pilihan ku kurg sikit dr 15g. So aku dpt pulangan wang RM140. Walaupun aku sedar aku rugi 5g emas tp ini kira oklh berbanding kalau aku beli emas di Habib. Duit baki byk tiba2 ni aku guna beli susu snow Ammar.

Akak kedai tu suka aku agaknya dia bagi aku sejadah free dan as aku request nk minta cuci free 2 cincin aku nya dan of course lh dia wajib bg free servis tu. Huhuhu sukanya tgk cincin tunang yg kembali bersinar. Dan suka dgn pilihan gelang yg sesusi dipakai spnjg waktu. Ada duit lebih blh belanja diri sendiri emas lg.

Gelang yg timeless n evergreen



[REVIEW] Tree Boutique Hotel

Assalamualaikum,

Aku pilih hotel ni sbg tmpt penginapan 2d1n kami kali ini di Shah Alam. Kenapa hotel ini? Sebab hotel ni yg menyerlah,menarik dari luar,aku igt hotel ni je ada kat Sek 7 dan aku pernah dgr parents kwn pernah menginap sini time Convo. So aku mmg search info direct tekan google. Call nk booking siap request nk ada window. Serious x nk kepam n gelap n tertutup mcm tu. Blh clausatrophobia kau. Haha. Kami perlu byr full iaitu RM137.50. Itu dh termasuk dgn tax. Perlu byr tambhn RM50 sbg deposit utk elak remote tv, remote sircond dan access card drpd hilg. Nanti check out diorg akn pulgkn duit deposit tu semula klu xde masalah.

Dan sampai je bilik aku bersyukur dgn pilihan bilik kami yg premium standard with window. Rasa x salah utk byr lebih sikit semata2 krn window. Sbb apa? Sebab bilik hotel ni sgt sempit. Just muat2 taruk katil. Sempit sampai tahap nk bentang sejadah pun x blh. Patutlh pelik otw nk naik ke bilik yg tingkat 3 (hambik kau, dh lama x menapak) ada surau. Igtkn pekerja nk solat. Nmpk mcm Islamik, rupa2 nya khas utk penginap hotel. Punya masuk2 bilik nk cr tanda arah kiblat. Mmg xde lh. x muat nk solat. Ikhlas ku katakn serba serbi hotel ni kecil.

Tong sampah yg taruk 2 pampers Ammar dh penuh. Sinki yg buat aku terlanggar2 tgn n siku bila nk berwuduk. Jarak katil, tv n pintu yg x sampai sedepa pun. Haihh serious aku ok. 


KECUALI... Bilik air yg panjang. Design hotel mmg sng. Hahaha. Tp dr segi servis pekerja mmg thumb up. Dpt keetle berkarat n nk tukar dia dtg naik n bw kn yg molek utk aku gunakn. Sedih pula dpt selimut x bersih. Tutup mata jelh yg tu. Pastu sabun n shampoo yg hotel sediakn mmg terbaik dr segi kos diorg. Tergelak first time aku tgk. Hahaha. Aku bg 3 bintang dr 5. Lokasi mmg terbaik. Sng je nk jln2. Semuanya dekat. Sbb terlebih dekatlh bunyi lagu dipasang kuat dr satu khemah besar jual shawl ni agak memekik kn ketenteraman awam. Tapi nasib jauh sikit. So blh thn lg aman utk aku. Parking lh pyh sikit. First time dtg aku suruh suami parking kat tmpt cacat. Serious x perasan. Sbb nmpk tu yg kosong. Ok lh lyn gmbr hotel.

Terkejut + tergelak + unik + redha lagi


Katil dan disisi nya

Tingkap bilik mengadap mural MH370. Sobs
Bergambar diluar hotel

Bergambar kat tangga


Sekian review kali ni















Thursday 19 February 2015

For Every Small Little Things

Assalamualaikum

Sebelum berkahwin, time tgh bujang, sentiasa berharap, berangan layanan istimewa, romantik dari suami apabila berumah tangga nanti. Dan kini syukur Alhamdulilah, aku diberi nikmat utk hidup bersuami, berkeluarga disamping seorang lelaki Melayu yg baik dan sedap apabila mata memandang. As life goes on, Suami ku hanya lah seorang typical Malay. Mmg tak tahu apa itu romantik, tapi dia punya cara utk menjadi insan yg teristimewa disamping ku. Dan atas sikap dan kelebihan itu, I can't even ask more. He is special in the way he is now, and I don't want to change a thing.

Masa awal2 kahwin dulu, kami masih stranger to each other. Kami baru saja kenal n tuptup bernikah. Betul2 cerita drama Melayu dulu2 kahwin atas perkenalan dari keluarga. Aku ketika itu tawakal dan keep positive mengatakan org dulu2 kahwin, x kenal n mereka blh kekal lama. Mungkin ini cara terbaik utk aku buktikan yg cara org lama tidak salah. Dan ikhlas aku katakan diawal perkahwinan aku agak takut n kecewa. Kami mcm x blh masuk, masing2 cuba pertahankan diri sendiri, maybe sbb kami takut terluka, kami cuba memaksa each other utk mendengar dan menurut apa yg kehendak hati mahukan, bukan apa kemahuan pasangan. Waktu itu, walau sudah hidup bersama, tapi lebih berfikir dan berkehendak kpd kepentingan individu.

Apbl perkahwinan menginjak ke usia 3 bulan ke atas, aku pun dh mengandung, kami mungkin lebih memahami, bertolak ansur dan cuba memikirkan apa yg terbaik utk pasangan dan of course utk perkahwinan ini. Masa awl2 kalau aku muncung n melenting, suami pasti turut menunjukkan ketidak puasan hatinya. Tapi kini, apbl satu kehendak hati aku x dituruti, aku tak perlu bising2 membebel, hanya depakan sikit bibir tu, terus suami senyum dan patuh memenuhi keinginan ku. Senang kan? Bukan aku mengambil kesempatan, cuma ia teknik mudah, cepat dan berkesan utk ku. Suasana berumahtangga lebih diam dan sudah pasti lebih aman. Ya suami aku x romantik tapi dia cukup memahami. 

Dulu aku juga sering mahukan suami yg baik terhadap ku. Dan syukur kini aku bertuah memilikinya. Suami maybe tak banyak membantu dalam urusan rumah, tapi kebaikannya dalam melayan aku, menyediakan keperluan ku, sekali minta pasti akan tertunai permintaan itu. Bagi aku itu sudah cukup baik. "Abg nak roti," Balik kerja mesti suami hulurkan 1 plastik yg mengandungi 2 roti. Bukan satu ya. "Abg kalau singgah King's belikan tart telur," Balik kerja mesti aku dpt tart telur dan satu lg benda lain utk dia dan aku rasa. Ia seronok dan tidak boring. Sentiasa mendapatkan apa yg aku mahu, disamping menambah perisa baru dlm hidup. "Abg, mizah duk teringat roti cheese kat The Loaf. Abg gi Sogo ye belikan utk Mizah," Dan balik kerja pasti ada 2 jenis roti dr The Loaf. Haha. Mmg dia belikan utk dia yg lg satu tu, tapi aku tahu dia beli utk kami sama2 rasa dan nikmati n komen n decide nk beli lg x lps ni. Last benda aku sgt hargai dr respon n perbuatan suami aku apbl aku dh kebulur, stress jaga Ammar, "Abg, mizah lapar. Nak nasi goreng daging merah n lai ci kang," Tak bertangguh, tinggalkan segala cerita tv, dia bersiap memenuhi permintaan isterinya ini. Sungguh aku waktu itu, tak peduli apa yg suami aku akan makan utk dinner, aku pikir perut aku je. Sobs. Isteri yg kejam. Menambah kekejaman lg, aku x offer pun kat dia, mmg makan sorg, sambil suami menyuap apa2 makanan yg sedia ada kat rumah. Aduhai, teruk nar bila jadi manusia kelaparan ni. Mmg selfish. Benda ni simple dan kecik je tapi ia bagai satu sumber kebahagian bg aku. Ya suami aku x romantik tapi dia cukup baik dgn aku.

Bila hari yg aku lalui cukup penat menjaga dan melayan karenah Ammar, suami bijak menjaga perasaan ku. Dia cukup menghargai aku. Terus dia tahu, yg dia kene take turn jaga Ammar. Padahal aku sedar, dia lagi penat dr aku, keluar bekerja, berpanas atas motor. Aku yg keluar dgn kereta pun terasa letih melayan jalan raya, apa tah lagi dia. Biasakan laki ni bila balik keje, dia nak rehat, nak ada masa sendiri. Tapi suami ketepikan semua tu, memujuk aku, dan melayan Ammar. Apbl mood dh stabil dan aku pun rasa bersmgt semula, aku bg peluang pd suami utk melakukan urusannya sendiri. Ia nmpk simple, tp itu yg buat rumahtangga kekal harmoni. Tahu bertindak dan bersabar dgn situasi dan emosi pasangan. Ya suami aku x romantik tapi dia cukup bijak menjaga perasaan dan emosi aku.

Biasanya lelaki ni, senang lupa hari2 penting, tapi setakat ni suami aku ok lg kot. Tapi ada sekali tu aku uji dia tentang satu tarikh ni. Hahaha. Serious dia lupa. Tarikh tunang. Hahaha. Cakap kat aku laki mana yg igt tarikh tunang diorg. Hahaha. Aku saja gurau. Aku pun dh lupa sbnr nya, just ternampk gmbr tunang yg ada tulis tarikh. Hahaha. Tapi utk hari penting mcm Anniversary n birthday aku, senang je, dia tanya aku nk apa, n dia belikan. Senang kan. Walaupun perempuan harap sgt ada layanan romantik utk big day mcm 2 tarikh ni, tapi aku x harap sgt pun, aku sedar suami aku dh banyak kat tang lain. Takkan tang ni x leh nak tolak ansur kot. And at the end of the day, I get what I want. Bertuah kan aku. Oklah dr xdpt apa2 or dpt yg bukan2. Hahaha. Ya suami aku mmg tak romantik tapi dia memenuhi permintaan aku.

Seingat aku suamiku ini jenis malu nak nmpk sedondon ni. Yelah masa awl2 dulu aku lah dok kalut nk pakai baju couple. Yelah nak nmpk sweet n bahagia org baru kahwin. Tapi nmpk dia mcm tak nak. Malu katanya. Ok aku malas nak paksa2. Asal berbaju senonoh dan bersih sudah lah kami ni. Tapi as time pass by, aku pun bila nak keluar berdua dgn dia, aku grab je mana2 baju yg senang x perlu digosok. Yg bagusnya suami sendiri akan berusaha menyamakan warna baju dia dgn aku. Bila aku dh siap berbaju dan dia baru nak sarung, aku senyum n dia senyum kambing kat aku. Alahai suami ku, ngada sgt nak nmpk sama. Hahaha. Ok skrg ni kami betul2 ada sepasang seluar couple. Bukan baju, tapi seluar. Benda yg dulu duk verangan nak, n x kisah sbnrnya kalau x jadi kenyataam, tapi ya, aku memiliki seluar couple. Padahal dia dh beli dulu, bila aku kata mcm sweet kalau ada seluar couple, esoknya dia pergi beli lg sekali utk aku. Ya suami aku mmg tak romantik, tp dia sweet sgt.  

Banyak lagi keistimewaan suami aku, pakai kan helmet, pegang tangan lintas jalan time aku mengandung (dah x ngandung lintas sendiri ya.haha), nganga apbl aku ckp Qaseh Gold, x bising tunggu aku bersiap, ambil cuti keje bila aku ckp nak keluar bercuti, mesra dan baik dgn mak, nak melayan ank2 buah aku, tak bising dalam bab2 duit, nak ke pasar dgn aku, Ammar mlm2 merengek nak perhatian dia baik je tlg layankan, suka gelak kuat2 bila aku berlawak, suka nyanyi sambil joget2 utk aku dan list ni tak kan berhenti disini. And for every small little things, Alhamdulilah, Thank You Abang.

Jerol kesayangan kita



Monday 16 February 2015

Quill City Mall

Assalamualaikum,

Ada shopping complex baru buka dalam hujung tahun lepas. Terletak betul2 bersebelahan dgn Unikl. Syoklah Kak Ita. Dapat shopping selalu. Tapi nanti lama2 boring juga dak? So ada kesempatan dan Ammar pun dah cukup tidur n menyusu kami pun berangkatlah ke Quill. Kalau salah sebut mahu jadi kuil. Hahaha. Tapi suami aku mmg sengaja sebut kuil. Sampai mak tanya nak pergi mana, boleh suami cakap ke kuil. Tak tanjat org tua tu. Apa kejadah menantu dia bawa anak bini ke kuil. Hahaha.

Daripada pemerhatian aku tempat ni, parking dia banyak. Masih dalam promosi percuma sejam pertama dan percuma parking selepas 5PM pada hari biasa dan weekend. Beroperasi hampir 80%. Masih ada kedai2 yg belum buka. Mostly, di lower ground adalah tempat makan. Nice lah, mcm2 restoren ada. Cuma yg common mcm KFC and Mcd tu takdelah kot. Tingkat 4 pun banyak juga kedai makan. Secret recipe, Burger Bakar Shah Alam, dll. Dalam ni ada Aeon Jusco. Oklah nak shopping. 

Kedai RM5 perkakas Jepun pun ada. Nama Kimonoya kalau x silap. Aku sekali imbas baca igt Kinokuniya. Tmpt RM5 mcm ni haruslah diterjah kan. So aku mewajibkan diri, bila dh msk ni kene beli satu barang. Rasa mcm kosong sgt kalau balik dr shopping complex takde plastik barang kat tgn. So aku beli lah selipar rumah satu. Aku nak bw pakai dlm bilik guru. Mengada sgt! Suami pula dekat Aeon beli seluar jeans yg x berapa jeans. Camne tu? Seluar yg kain dia lembut n blh strecth. Oklah, cantik warna coklat terang. RM25 je. Jeans tu jenis slim fit. Bila dh balik rumah ni baru rasa nak seluar couple. Hahaha. Nak juga, sbb murah, cantik n dah lama x beli seluar. Seluar couple pun seluar couple lah. Sweet gitu. Tapi x nak jeans ni. Nasib ada warna yg sama utk slack. Oklah.

Penat berjalan, dalam 4PM lalu kat GF nmpk kedai Salon du Chocolate. Terpikat nak msk sebab dia ada kasi gambar besar hiasan makanan coklat. Mcm gmbr yg kau blh tgk dlm insta je. Apa lg ajak suami terjah. Perut pun mcm dh lapar mendambakan Hi Tea. Just kita bercoklat lah. Dan sprt biasa ber air masak. Nak jimat. Tmpt mcm ni mmg expect dh harga paling koman belas2 ringgit.


Abaikan wajahku yg tembam. Ammar tido dlm dakapan. Apbl terjg ayah Ammar pula take turn.

Brownies RM12.50


Pankek 3 layer RM15.50

Bila dpt menu, mata aku mmg tertumpu kat harga. Kasi scan dulu harga ya. Rasa2 mcm berbaloi n reasonable, baru tgk gambar n then pick nama ckp kat waitress. Itu lah 3 langkah aku dlm order makanan kat tmpt mcm ni. So sbb aku mcm teringin nk mkn brownies n pankek, suami ikut kan aje. Mula2 x ramai org. Lepas tu sekejap je dh crowded. Hahaha biasalah aku ada aura menarik customer. Sekali bila sampai makanan, kasi taste, ok aku suka. Sedap n sapa yg gila coklat mmg patut pergi tmpt ni. Bila brownies dh hampir separuh dtg lah si penkek. Perghh besar pinggan. Aku igt dia kasi dgn tray. Hahaha. Coklat dia rasa sama je. Yg membezakan hanya ini penkek dan itu brownies. Oklah. Not bad. Berbaloi. Kenyang sgt bila minum dgn air msk. Gabungan terbaik kot. kalau minum dgn air manis, mahu terlekat coklat kat anak tekak. Kikiki

Maybe dah tak gi kot Quill. Ammar mghrib tu menangis2. Lain dr yg lain sblm ni. So suami suspek ni Quill punya pasal. Hahaha. Ada tokong kecil cina tu kot kat lorong sempit nk keluar dr terowong parking. 

Oklah spend weekend kali ni. Skrg duk pikiaq mana nak gi utk next weekend. Quiquiqui. Igt berjalan je.

Friday 13 February 2015

(STEPS) Dokumen Guru Ganti

Assalamualaikum,

Sudah tertulis rezeki ku di SMK Sentul Utama. Menjadi guru ganti bukan lah satu cita2. Tapi jujur aku katakan aku sbnrnya rasa gembira menjadi guru walau sementara. Mengajar, berhubung dan menjadi pendamping murid bukanlah sesuatu yg teruk. Rasa bangga pun ada apbl ada satu dua murid yg menyayangi kita. Oklah, enough said. Di sini ingin dikongsikan senarai dokumen yg perlu disediakan sblm di htr ke PPD. 

Pihak kita

1) Salinan kad pengenalan
2) Salinan surat beranak
3) Salinan sijil SPM
4) Salinan ijazah/diploma
5) Transkrip
6) Sijil2 penglibatan kokurikulum di universiti dan disekolah
7) Salinan penyata akun KWSP
8) Salinan pengesahan akaun bank 

Pihak Sekolah

1) Borang lampiran A
2) Borang lampiran B
3) Borang lampiran C
4) Jadual waktu guru asal
5) Surat permohonan cuti guru asal

*Tiga salinan bagi setiap satu dokumen, kecuali jadual waktu dan surat permohonan cuti


Wednesday 11 February 2015

Mula Berniaga

Assalamualaikum,

Aku memberi peluang kpd diri sendiri sbnrnya. Ketika usia msh muda, kudrat masih kuat dan kemudahan yg Allah berikan kpd aku, aku rasa inilh masa terbaik utk mula berniaga. Takut ditunggu smpi bila pun aku x kan merasa pahit manis menjadi seorg peniaga. Dgn rezeki yg dikatakan 9/10 dtg nya dari berniaga, oleh itu biar aku sendiri berusaha mengecapinya. Berniaga sbnr nya memberi peluang utk hidup bebas hutang klu betul caranya. Kalau betul rajin dan bersungguh2 Insya Allah x mustahil utk berjaya.

Awalnya aku ada 2 perasaan yg menghantui aku. Iaitu takut dan malu. Takut sbb, takut x berjaya n just hangat2 taik ayam. Malu sbb nanti org lain iaitu kwn2 rapat tahu n perlekehkan aku yg berniaga ni. Nanti klu jumpa diorg mesti tebal je muka aku ni. Bila fikir balik knp lh ada 2 perasaan ni. Aku bukan buat benda x senonoh. Aku patut bangga krn berani melangkah setapak keluar dr comfort zone aku. Dan bg mereka yg mengenali dan menyayangi aku sepatutnya menyokong aku. Sesungguhnya aku memberi peluang kpd diri sendiri.

Aku gembira dan bersyukur sbnr nya. Bertemu dgn produk bagus mcm ni. Ia memenuhi cita2 aku dulu yg mahu beramal dgn mknn sunnah. Aku tambah gembira krn aku mahu menjual sst yg aku suka dan yakin akan pasarannya. Disamping itu aku ber mentorkn kwn Sekolah Seri Puteri ku sendiri. Bukan org lain n sng aku nk berkomunikasi dgn nya. Yg penting aku kene belajar berniaga, dpt kn ilmu bermanfaat dan rajin berusaha. Pendek kata love what u do. Aku harap aku kuat.


Bagi try kat suami dulu

Melihat kenalan yg dh berjaya dlm berniaga online membuatkn aku turut bersemangat utk merasa dunia perniagaan. Klu mereka boleh pasti aku pun boleh. Tiada yg mustahil. Lg pula berniaga ni bagaikan satu penyelesaian mslh di masa hadapan. Aku blh berniaga dr rumah n dlm masa yg sama aku mampu membesarkn anak2 didepan mata. Impian  mmg ke langit. Apa pun cuba dulu. Kalau aku terlingkup, kelaut atau kelangit sekalipun aku akn tulis jg dlm blog ni. Yg penting skrg jgn byk bunyi.Buat je.


Tuesday 10 February 2015

Urusan Maybank

Assalamualaikum,

Demi mencapai azam tahun baru ku ini, urusan di Maybank adalah salah satu perkara yg wajib dilaksanakan. Memandangkan aku nak jd guru ganti dan berniaga secara online, oleh itu ada 2 perkara aku perlu selesaikan di Maybank. Iaitu urusan pengesahan akaun utk guru ganti dan urusan maybank2u bagi memudahkan mobile banking apbl start berniaga nanti. Ingin ku kongsikan cara dalam melaksanakan dua urusan ini. Walaupun nmpk picisan dan mudah, mana tahu dua urusan ni menjadi masalah org lain diluar sana. Disamping itu aku pun nak buat rujukan. Mana lah tahu aku kene hadap lg dua urusan ni dimasa hadapan.


Pengesahan akaun
1) Katakan hasrat anda utk dptkan surat pengesahan akaun pada pekerja maybank yg duduk di mesin angka giliran
2) Serahkan kad pengenalan dan kad atm
3) Surat pengesahan akaun akan dicetak berserta no.akaun anda
4) Tunggu sebentar sementara pekerja tersebut mendptkan tandatangan dr pegawai bank
5) Dapatkan surat anda dan siap!

Reset maybank2u
1) Ambil no.giliran
2) Nyatakan masalah anda dan serahkan ic berserta kad atm
3) Cap jari pd mesin pengimbas
4) Dapatkan kertas arahan@penjelasan dr pegawai bank dlm melakuakn urusan reset semula maybank2u
5) Ic dan kad atm anda akan di fotostate kan dan pastikan ia dikembalikan semula
6) Tandatangan pada dokumen yg pegawai bank mahukan
7) Anda siap dan dirumah boleh buka www.maybank2u.com utk memulakan urusan baru anda

Perkembangan Si Kecil Ammar

Assalamualaikum,
Al maklumlah sejak jadi mak budak ni, nak update pasal anak je. Nama pun penaibuammar. So sah2 lah cite pasal anak. Bukan apa, cpt sgt masa berlalu, smpi kita tak perasan dan tak igt pun saat2 indah membesarkan anak ni. Yg tak brp indah igt pula. Hahaha. So layankan je lah ya.

Ahmad Ammar 0-1 bulan (OCT 2014)

1) Dua minggu pertama memang tido je Ammar sepanjang siang
2) Kurang menyusu
3) Berjaga malam. Tidur sekejap2, menyusu main2
4) Mula berubah waktu tido dengan 5 jam on off tidur, merengek dan menyusu
5) Kadang2 pagi elok tidur atau kadang2 siang elok tidur. Either one
6) Ada dalam 2@3 kali tak tidur2 dari pagi sampai ke waktu petang around 4@5pm
7) Dah konsisten tidur malam sprt org dewasa semasa usianya 18 hari mcm tu
8) Bertuam 2@3 kali sehari diperut nya. Tidur dia lebih selesa dan kurang merengek atau berjaga lama
9) Bunyi bising yg melampau tidak mengganggu tidurnya
10) Kejutkan Ammar dari tidur dengan bogelkan dia, semata2 utk menyusukan dia. Mmg tidur mati
11) Ammar relax je apbl tiba waktu mandi, tukar pampers dia
12) Pipi dan area bontot mmg teruk beruam
13) Setiap kali habis menyusu, suka tunjuk senyum kambing dia
14) Ada masa menyusu sambil merungut2. Lama betul. Tapi x lepaskan pun breast aku. Ntah apa yg dimarahnya. Susu aku memancut kot
15) Mandi pagi je dlm 10am. Petang just lap apa yg patut
16) Kerap juga muntah. Dah sendawa, lps tu still muntah
17) Berat lahir: 3.95kg Panjang: 59cm
18) Berat hari ke-10: 4kg
19) Berat hari ke-20: 4.2kg



Ahmad Ammar 1-2 bulan (NOV 2014)

1) Kaki nampak kuat tegak berdiri
2) Tidur siang (mudah terjaga kalau baring sendiri) atau malam (takut muntah kalau baring sendiri) berpeluk selepas stp kali menyusu
3) Kencing memancut either sblm atau slmps mandi
4) Dah start ajar botol susu
5) Ajar puting kosong. Kadang2 terjaga sbb lbh selesa nak bernyonyot
6) Baru start mandikan Ammar sendiri
7) Mulut mmg bising. Gelak, jerit, senyum lebar. Mmg terbaik 
8) Tidur malam start kul 8.30pm
9) Berat 1 bulan: 4.5kg Panjang: 58cm



Ahmad Ammar 2-3 bulan (DEC 2014)


1) Dah x pakai mitten
2) Menyusu ikut mood. Sekejap nak kanan shj, sekejap nak kiri shj
3) Hisap betul2 bila nak tidur shj
4) Kuku lambat potong, habis bercalar muka
5) Dah mula tidur berbuai siang dan malam
6) Bagi tgk tv sekejap2
7) Mostly siang pakai baju berlubang. Malam ada waktunya berlubang dan ada waktu tidak
8) Masih bertuam
9) Dah mula mandi petang. Hanya lap dan jirus apa yg patut
10) Botakkan kepala masa awal2 2 bulan
11) Bawa Ammar ke kenduri kahwin dlm 2 kali
12) Kalau lama tidur siang, atau ada tidur senja, kul 12 malam baru nak tidur balik
13) Berat 2 bulan: 5.3kg Panjang: 58cm



Ahmad Ammar 3-4 bulan (JAN 2015)

1) Dah pandai hisap botol sepenuhnya
2) Tidak mahu direct feed anymore
3) Suka sgt pada air masak
4) Dah pandai angkat kaki bawa ke mulut
5) Ada 2@3 kali menyembur air liur
6) Tabiat hisap jari dah mula hilang
7) Tidur seawal waktu Isyak
8) Berat 3 bulan: 5.75kg, Panjang: 63cm


Ahmad Ammar 4-5 bulan (Feb 2015)

1) Dah pandai hisap jari kaki
2) Mula semula tabiat menyembur air liur
3) Berjaya meniarap dgn sendirinya
4) Pandai adjust lengan utk tampung botol susu
5) Mula fokus pada mainan, dan cuba gapai dan pegang dgn tangan nya
6) Cirit birit, nangis kuat sakit perut kot kalau aku makn lobak putih
7) Dah start tumbuh gigi bawah
8) Pandai mengengsot kedepan
7) Kurang tidur di siang hari, dan mesti tidur nak atr waktu azan Isyak
8) Dah ada jejak gigi belah bwh tengah
9) Terima susu snow sepenuhnya
10) Dah mula mengeluarkn bunyi perkataan atateteteh
11) Berat 4 bulan: 6.3kg, Panjang: 65cm

Ammar 5 bulan 1 minggu
 Ahmad Ammar 5-6 bulan (MAC 2015)

1) Berat 5 bulan: 6.7kg, Panjang:66cm
2) Siang tido sekejap2, malam tidur lena
3) Tak tumbuh gigi pun. Salah sangka -_-"
4) Lasak sikit bila dh meniarap, kene buat 'pagar'
5) Masih ceria n suara kuat
6) Pantang botol kotor atau susu lbh masa, mesti cirit. 7-9 kali beraknya
7) Dah berjinak2 dgn kereta bulat aka walker
8) Pantang bunyi,mudah terjaga dr tidur.Tido siang lah
9) Masih pakai puting NB
10) Masih layak pakai bj NB
11) Dah mula kenal org,nangis sedih sayu bila fokus pd org yg jarang jumpa
12) Dah blh melutut utk kearah proses merangkak
13) Pantang baring sblh Muaz,habis dikacau n kerjakn sepupu dia tu






                                                           Ahmad Ammar 7 - 8 Bulan (MEI 2015)
1) Tumbuh gigi 2 batang
2) Batuk2
3) Kene tahan wad 2 hari 2 malam
4) Merangkak
5) Mulut makin bising. Mamama. Papapa. Air teh air teh
6) Hisap puting 3bulan ++


Ahmad Ammar 8-9 Bulan (JUN 2015)

1) Dah pandai nak keluar dari walker. Dah jatuh pun

Monday 9 February 2015

[REVIEW] Pahit Rasanya di Wangsa Grill, Wangsa Maju

Assalamualaikum,  
Demi meraikan semangat membara aku yg dah mula belajar bawa motor, aku mengajak suami utk dinner di tempat yg best2. Manhattan Fish ke, Kenny Rogers ke atau mana2 tempatlah yg seumpamanya. Bukan apa, aku mementingkan keselesaan Ammar. Kalau pergi kedai makan biasa mesti ada je manusia yg x bertanggungjawab merokok di dalam kedai makan. So rasanya tempat yg jauh dr biasa ni takde lah insan2 sprt ini. Atas cadangan suami, kami dinner di Wangsa Grill. Pernah perasan restoren ni time beli brg di Manjaku. Tambah lg, tmpt ni pernah msk cite Jalan2 Cari Makan. Makanya wajiblah utk menjejakkan kaki di tempt ini.

Sesampai je disana, kami disambut oleh pelayan berpakaian kemas. Gaya mcm guru besar nak msk meeting. Kikiki. Sgt baik dan hebat layanan yg diberikan. Walaupun aku hanya berselendang RM10, seluar meleret ke sandal dan suami hanya berflip flop tetapi itu tidak menghalang utk kami dilayan sprt golongan atasan. Wallahh! Mmg terbaik wa ckp lu. Pelayan mula2 memberi kami tmpt duduk kerusi kayu. Tetapi atas rasa empati (kene dukung@peluk Ammar) beliau yg tinggi kami ditukarkan ke meja bersofa. Di mana tmpt duduk itu asalnya telah di reserve kn. Wow! Memang terbaik (sebut lg buat kali kedua). Aku bg 5 bintang atas layanan ini.

Menu diberikan berserta kudap2. Bagus betul lah punya servis. Tak pernah rasa kat tmpt lain. Bgs bg kudap2 ni. Kalau makanan lmbt smpi xdelah nak melenting sgt. Dari awal aku mmg aim menu yg sederhana. Tak nak mahal2. Takut x berbaloi dgn anak tekak aku yg memilih sikit dgn makanan yg harga mahal ni. So aku pilih lasagna dan air suam. Mmg dh lama mengidam lasagna. Merasa juga akhirnya. Air suam sbb bgs utk kesihatan, murah dan murah. Hehehe. Faham2 lah ye.

Tgh pilih menu. Ammar pun mcm pandai membaca je gayanya. kikiki

Kudap2 yg ku maksudkan
 
Oklah tunggu punya tunggu sambil makan kudap2, tunggu lagi dan melantak kudap2, perut berkeroncong, Ammar dah mula menunjukkan pemberontakannya krn ganggu waktu tidur dia, makanan kami pun akhirnya tiba. Tak sempat habis pun kudap2 tu. Takut tak cukup space utk makanan gempakz kami ni. Nak buat mcm mana, jenis perut kami ni kecil. Erkkk, ok perut aku besar, suami yg kecil. Aku pegang Ammar, bg can suami merasa makanan mahalnya itu. Hmm. Ok sedaplah kot, ke biasa je, ke mcm liat sikit dagingnya, ke errkk. Macam daging msk kicap or daging masak dendeng je. Aku cakap kat suami, takkan nak expect rasa ala2 org putih, dh org melayu yg jadi tukang masaknya. Tak kisah sgt pasal rasa tu, kang dia bagi daging masak ala New Zealand kang, kau pula takleh telan. Cuma tulah terkilan, daging dia ada yg liat, sampai ada yg terselit kat gigi. Part ni dah mula rasa pahitnya dan tak berbaloi dgn harga.

Muka hepi makanan sampai. Tak perasan nun dihujung sana apa yg aku terima

Beef sampler. 3 bahagian daging yg berbeza. Selamat terselit kat gigi aku


Turn suami pula pegang Ammar dan aku mencuba lasagna aku. Oklah, not bad. Sebab aku pun tak tahu rasa lasagna yg sedap tu mcm mana. Ni br kali kedua kot aku makan spnjg hidup aku. Asal aku blh telan dan xde benda aku nak kritik, maknanya oklah tu. Dah separuh aku baham, tiba2 aku ternampak satu struktur yg merobek tangkai hati aku. Wallawehhh takkan restoren mahal, masuk tv segala, bg aku pinggan@mangkuk (aku pun x tahu apa nama alatan kutleri ni) yg dh pecah. Memang pantang mak aku kalau makan atas benda2 yg pecah, retak ni. Nasib baik mak aku yg pantang. Sbb kalau aku yg pantang, mahu tak sentuh dah makanan tu (bayar mahal kot, takkan tak makan -_-''). Aku mmg kasi licin sambil hati membara dan otak mereka ayat apa aku nak bgtahu diorg demi menegakkan hak aku sbg pelanggan. Sempat lg verangan kalau dpt harga diskaun ke.

Oklah, dah licin semua, Ammar pun dah tertidur sambil menyusu kat riba suami, aku pun panggil pelayan. Mmg nak berambus je dr situ cepat2. Aku x tahu nak reka ayat apa dah. Macam2 aku fikir, takkan lah sekor pun x perasan benda ni rosak. Bukan sorg yg serve aku. Ramai kot (aku pun tak tahu knp ramai sgt pelayan utk satu meja). Oklah, pelayan sampai je aku terus tunjuk benda yg pecah tu. Pelayan belek. serious dia blur dgn masalah dia hadapi dan hanya mampu ucapkan, "maaf saya tak perasan". Ok. Bagus cara jawapan dia. Mengaku salah dan memohon maaf. Aku pula entah krn terlalu marah atau x biasa nak sound2 org ni pun tergagap2 cakap, "bukan apa...kira...memburukkan reputasilah," dalam hati keluar gark luahan hati x puas hatiku. Asal aku puas. Suami diam je kat sebelah. Baru dia kenal isteri dia jenis outspoken, walau agak tergagap di situ.

Pastu dtg pula pelayan lain. Aku tgh siap2 kan Ammar kot dia dh start angkat saki baki kami. Tak menyabar. Tapi bgs juga sambil dia kemas tu dia tanya, "semua ok kat sini?" Memang soalan terbaik dan kene pada keadaan dan waktu. Terus aku tunjuk benda pecah tu. Seriously! Dia pegang kot part pecah tu tapi muka mcm terkejut bila aku tunjuk. Maybe lah muka x terkejut, just buat muka mcm, "oh ada benda pecah rupanya. no big deal lah." Aduhai, sakit lak hati aku. Tp at least pelayan ni pun pandai minta maaf. Aku tak tahulah nak sejuk hati ke apa, yg penting aku x nak dtg lg. Maybe aku x bernasib baik dr segi kutleri tu, tp serious, daging liat smpi terselit kat gigi apa kes oooiiit??
Sevis caj 10%. Ok redha jelah yg tu. Yg buat aku tersentap jap bila tgk bil adalah.... kudap2 yg ku sangka kan free demi memberi servis terbaik adalah berharga RM2 rupanya. What the??? Lain kali kalau uolss dtg, terus ckp x nak kudap2 ye. Jimat RM2.

Maaf senget. Tapi kalau fokus blh nampak rege kudap2 tu.

Ok sekian review sakit hati dr aku.

Sunday 8 February 2015

Bersyukurlah

Assalamualaikum,

Dalam hidup ni ada terlalu byk perkara utk disyukuri. Itulah ayat yg aku duk ulang2 dlm kepala apbl hati dan perasaan mula tersentuh kedengkian melihat kelebihan org lain. Aku jujur mengaku, aku hanya insan biasa. Aku cuba menukar mindset aku dari bersabar kepada bersyukur. Sbb sabar ni it need a lot of courage. Tapi bersyukur hanya memerlukankau melihat sekeliling dan merasakan nikmat saat itu yg x semua org merasainya. Bersyukurlah ada kesihatan, ada iman, ada mak, ada suami, ada anak, ada tempat tinggal, ada pakaian, ada rumah, ada elektrik, ada air, ada kewangan,malaysia yg aman dan list ni x berhenti setakat ni. Ia berlarutan sampai aku pun x sanggup nak tulis dah. Kadang2 bila terfikir, kalau teruk nar x tahu nak bersyukur gi hospital. Tgk penderitaan dan kekurangan org lain yg jauh lebih kurg dr kita. 

Melihat org lain yg hidupnya bagaikan fairytale mmg mengundang sebak dan cemburu di dada. Siapa x cemburu melihat majlis perkahwinannya yg gah. Lengkap semua bagai sang ratu di hari bahagia. Meneruskan bulan madu nun di luar negara menjadi dambaan stp wanita bergelar isteri. Kemudian mereka hidup sendiri di rumah yg serba lengkap perkakasnya. Sungguh aku kagum. Kemudian meneruskan percutian berdua ke luar negara. Dipanggil honeymoon the second, aduhai. Pasti bahagia menjadi kamu. Miliki wang yg banyak utk melakukan semua ini. Aku hanya memandang sepi dr jauh dan meluah perasaan pd blog cabuk aku ni. 

Tidak mengapalah, jalan rezeki kita, Allah dah tetapkan lain2 caranya. Sebab at the end of the day, kalau org tanya, "kau nk jd dia x klu diberi peluang?" Aku rasa aku tetap memilih utk kekal low profile, dan berjimat begini. x mampu ubah dah. Dah begini aku dibesarkan dan sehingga kini masih menerima pendidikan yg sama dr mak aku. Oleh itu, aaku bersyukur menjadi diri sendiri.

Friday 6 February 2015

Anakku sakit Akhirnya

Assalamualaikum,
Anakku jatuh sakit akhirnya. Knp ada perkataan akhirnya? Maybe sbb aku duk risau mcm manalah nak jaga anak kecil yg sedang sakit. So seboleh2 aku cuba menjaga kesihatan diri sendiri dan Ammar. Tapi apakan daya. Ammar cirit birit. Berbagai asbab aku cuba kaitkan atas kejadian ini. 

1) aku makan pil shaklee byk sgt smpi menjadi toksik kepada badan Ammar
2) Ammar dah mula hisap@jilat benda yg berdekatan dgn bibirnya
3) aku tak cuci botol@puting dgn bersih

Seperti biasa mak akan salahkan aku atas kerakusan aku menelan pil2 vitamin tersebut. Maybe ada betulnya. So aku decide utk berhenti seketika sehingga Ammar betul2 sembuh. Pada hari ke 3, cirit birit Ammar kelihatan semakin melampau dan xde tanda2 nak sembuh, so mak menyuruh kami bw Ammar ke klinik. Dapatkan nasihat dan ubat yg sepatutnya. Syukur company suami ada cover utk kesihatan, so kami dpt khidmat percuma di KliNik Idzham di OTK.

Sementara menunggu


Budak sakit dlm dakapan ayah nya

Dr. cek suhu badan Ammar. 37.5°C. Agak tinggi. Dr. kata maybe kene infection. Ammar dh start masukkan apa saja yg tersentuh kat mulut dia.


Habuan buat Ammar

Bg ubar cirit hbs dia muntah semua isi perut. Mcm air terjun dh keluarnya. Yg air garam tu oklah. Dia nk minum. Lama jg Ammar nk sembuh.

Tuesday 3 February 2015

Kenduri Doa Selamat

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, kenduri doa selamat sempena rumah baru Hasni telah berlangsung pada 1 Feb 2015 dgn makanan yg cukup, cuaca yg indah dan kerjasama yg baik antara adik beradik. Buat kecil-kecilan sahaja. Rumah kami sama2 membesar telah di renovate sepenuhnya. Hanya tinggal sedikit sahaja bahagian dari rumah asal. Tak mengapalah, life must go on. Rumah lama ni byk kenangan dan memori, terutama bersama Arwah Abah. Semoga Allah merahmati roh Arwah Abah. Amin.

Mengambil pengajaran dari kenduri akikah aku sebelum ni, mak hanya order utk 60 org sahaja. Itupun masih ada terlebih, tapi sikit jelah. Mak tambah@masak sendiri bubur kacang hijau dan agar2 sirap. Kak Ita sponsor agar2 sirap santan. Simple je lauk tapi cukup mengenyangkan.

Ada dalam 8 org wakil marharban lelaki. Diadakan doa tahlil dan doa selamat sikit. Semoga seluruh keluarga Hajah Sumah dilindungi dan diberkati.

Sedara mara sedang berceloteh menggamatkan suasana kenduri

Kenduri kecil-kecilan. Makanan dari Latif Catering utk 60 org tetamu

Antara jemaah lelaki yg hadir mendoakan kesejahteraan keluarga kami
Lima beradik yg dh BESAR panjang. Masing2 dah berkeluarga

Bersama mak tercinta. Dah lama takde gmbr family mcm ni

Monday 2 February 2015

[REVIEW] Puting Pigeon Peristaltic Plus pilihan anakku

Assalamualaikum,

Time aku mengandung 3rd trimester aku dh mula survey kat blog2 org puting botol apa yg best,sesuai,famous dan kalau blh yg murah. Siap buat reminder kat hp brand apa nk beli, bila kene ajar Ammar hisap botol. Smgt. Sbb pernah tgk kakak ajar anak buah lambat. So bila dh msk kerja, terkial2 nenek nak bg minum susu. Kan menyusahkan disitu. Aku bajet aku dpt kerja lps pantang. So x nak lah menghadapi kesukaran yg sama. 

Ok cukup dgn mukadimah. Aku mula2 ajar Ammar time 1 bulan setengah menggunakan botol Disney hadiah pemberian org. Walau dh kaji time mengandung dulu puting apa yg sesuai tp aku tetap nk cuba. Mana tahu Ammar nak, jimat duit aku. Kekeke. Ok Ammar meraung x nak. Keras kot puting, dgn laju flow nya. Belum hisap dh menitis2. Tekad jg ajar dlm seminggu smpi lah majlis akikah Ammar time dia genap 2 bulan. Pastu nan hado. Berhentilh. Malas.


Hadiah pemberian kawan2 rapat. Satu drpd sebuah hamper pemberian BFF

Pastu time Ammar nak 3 bulan aku ajar balik. Botol jenama NUK beli kat Guardian. Bc testi kat blog. Kata anak dia suka puting tu. Flow dia pun slow sesuai utk NB. Tp still menitis kalau x hisap. Corak pun cantik (walaupun xde kaitan). Mak pun galakkan beli yg puting latex kuning tu. Ala2 puting Dr Baby. Sekali balik cuba nmpk mcm positive tp mcm x nak pun ye juga. Keep positive. Duk ajar lbh kurg je. Malas nk paksa gler n tension2 segala. Sbb aku x kerjakn. So byk masa lg. Last2 pencapaian terbaik aku apbl Ammar hanya nk hisap time tidur mati je. Waktu sedar, tido2 ayam mmg dia reject. Ok aku down lg.

Dalam RM23 aku beli. Murah sbb tgh promo kat Guardian

Siap terfikir aku kene beli mamijumi kah? Tp x sanggup. Beli NUK yg harga x smpi RM25 pun kakak ckp dh mahal. So aku ada pasang nazar. Kalau Ammar menyusu botol secara konsisten selama 3 hari berturut2 aku nak sedekah masjid RM5. Ditakdirkn Allah, smgt nk ajar botol dtg balik time 3 bulan setengah. Time suami g kelantan. Baca blog lg. Ada org kata anak dia n kwn dia punya anak sekali cuba je puting pigeon peristaltic plus. Terus anak dia nk. Oklh aku bajet ank aku sebiji punya selera dgn ank diorg. Tambhn pula, puting tu ada ciri2 avoid nipple confusion. Tawakal beli lh utk NB sbb tu je yg jual satu. Lain bulan ada 2 sekali. Rugi kalau Ammar x nk. Saiz puting jenis wideneck. Teringat aku ada botol lebar. Beli time pregnant. Botol murah je. Dlm RM10. Alhamdulilah muat. Jimat x yh beli botol baru.


Kesian tgk Ammar hisap x habis2 yg NB so beli ni. Last2 reject sbb laju sgt. Ammar bajet NB lg. kekeke

Puting piliham digandingkn dgn botol murah. Jadilh.

Reaksi Ammar awal2 adlh positif. Dlm hati berkata,"samalh mcm ank org blog tu.sekali bg mcm nk." Apa yg bagus bagi aku puting ni adalah apbl aku bg Ammar menyusu dan aku tertidur, susu ni tak tumpah kalau terlepas dr mulut Ammar. Kiranya x basahkan baju atau bantal dan tilam aku. Tapi Ammar still batuk ketika nyusu. Maybe sbb Ammar nak nyonyot tp x hisap. So terkumpul kat mulut dia. Bila nak telan ada byk sekali tu yg tersedak tu. Bahaya juga. Kene jaga je apbl Ammar hisap botol.
Apa pun akhirnya Ammar selesa dan terima sepenuhnya botol dan melupakan nenen aku buat selamanya. Sobs. Tamat sudah hubungan intim berdua bersama. Aku redha n sesungguhnya aku lbh hepi begini. Aku nmpk kuantiti n kekerapan penyusuan Ammar. Asal dia menyusu dan membesar dgn sihat n slmt. Oh yeah hari kedua Ammar positif pd botol nenek dia dh sedekah awal2 kat masjid. Takut aku terlupa byr nazar. Hihihi.


Akaun Simpanan Ammar

Assalamualaikum,
Syukur Allah murahkan rezeki Ahmad Ammar. Menjadi kebiasaan msyrkt kita apbl dtg melawat baby baru lahir, mak si baby akan dpt wang angpau. Huhuhu. Sebab diorg tak nak mak baby cilok duit tu so mereka dh siap cakap, "ini untuk baby ya", sambil duit bertukar tgn. So bila org dh ckp mcm tu sedarlah diri ini harta Ahmad Ammar yg punya. Hahaha.

Memang dh verangan dr dulu bila ada anak nk buka akaun bank atau buat duit simpanan. Mencontohi perbuatan arwah abah. Yelah bayangkan, stp tahun hari raya. Mesti baby dpt byk duit raya. Byk oooo kalau simpan stp tahun smpi dia besar. Itu br duit raya. Belum duit lbh simpanan kami. Ammar mesti gembira dan bangga apbl melihatkn smpnn wang yg ibu dia lakukan.

Ada terbaca jg cara parents cina menabung utk ank mereka. Iaitu melalui insurans. Tanya kakak aku, ok tak nk buat insurans. Dia ckp tak yh kot. Entah aku pun x igt apa dia ckp. Yg pasti aku x ambil lh insurans setakat ni. Maybe later siapa tahu.

Ok lh nk kongsi cara2 nk buka SSPN:
1)gi kaunter PTPTN. Senang dan lbh pantas. Aku gi yg di KL Sentral
2)ckp kat org yg selalu duduk dkt2 mesin angka giliran kata nk dftr@buka akaun sspn
3)dh jumpa borg isilh bhgn pendeposit nama ayah@ibu. Bhgn penerima anak.
4)sediakn salinan mykad pendeposit dan salinan mykid@sijil beranak anak.
5)gi kaunter dan serahkn sejumlh wang utk didepositkn

Kita x dpt buku sspn. Just sekeping surat menyatakn baki dan no.akaun. No.akaun dia adlh ic si pendeposit yg ditambh 01 dihdpn ic. Sng kn. Klu ank ke 2 so no.akaun 02 diikuti no.ic


Pemberian SSPN



Just slip ni je yg dpt


Cara2 nk buka akaun TABUNG HAJI
1)gi kaunter. Aku gi area Sri Gombak
2)sekali lg ckp nk buka akaun kat polis jg pintu@mesin angka giliran.
3)isi borg dan pilih angka giliran utk bhgn simpanan wang ya.
4)gi kaunter tunjukkan mykid@sijil lahir ori dan serahkn wang utk dideposit. Klu wang melebihi RM1300 blh dftr haji terus.



Buku akaun berserta dokumen mengesahkan kami dh daftar haji. hihihi


Oklh aku dan Ammar dpt gi haji thn 2078 nanti. Besarkn no.tahun ni? Entah hidup entah mati aku ni. Hehe. Apapun syukur kedua2 urusan dipermudahkn dan excited nk tambah kn lg wang simpanan Ammar.