Saturday 31 January 2015

Si Beluncas

Assalamualaikum,
Aduhai perasaan cemburu tolonglah main jauh-jauh. Nampak sangat aku banyak masa untuk melayan perasaan jahat ini. Cemburu bukan pada suami, tapi pada rakan sebaya. Normal kan apabila melihat orang yang sama-sama membesar dengan kita dulu, kini hidupnya jauh lebih baik dan kehadapan dari kita yang masih tersekat didunia fantasinya sendiri. Aku terlalu selesa dan takut untuk keluar dari kepompong tertutup ini. Akhirnya orang lain dah mula berniaga, siap buka kedai sendiri lagi. Ada kawan rapat ku, kami sama-sama sambung belajar tapi dalam kos yang berbeza. Rezeki dia, kos itu membuahkan hasil untuk dia bekerja dalam bidang yang boleh aku katakan, menguntungkan sebagai manusia dan wanita yang berkeluarga. Gaji pun masyukk. Dan sekali lagi aku terperangkap dalam perasaan yang jahat ini. Tak kemana-mana. Moga melalui terapi ini aku melihat dari sudut yang berbeza akan diriku sendiri. Bosan lah untuk melalui perasaan yang sama saban tahun. Umur makin meningkat dan aku mahu keluar. Mungkin blog ini akan menjadi salah satu pemangkin kepada hidupku. Better late than never. Menulis memang sudah lama menjadi keinginan ku. Oleh itu apa kata tahun menjadi bukti yang beluncas cuba keluar dari kepompongnya utk menikmati dunia. Buruk atau cantik kah aku sebagai rama-rama, biar aku sendiri yang menilainya.

Friday 30 January 2015

Disini Lahirnya Sebuah Karya

Assalamualaikum,
Setelah terfikir-fikir sama ada mahu memulakan blog atau tidak, akhirnya tercipta juga penulisan blog ini. Tajuk entri nk gempakz. Malulah nak ngaku ini hanya lh sebuah diari mak budak. Kehkehkeh. Apa pun betul kata orang bijak pandai. Jangan asyik merangka-rangka, just do it! And let it happen. Lama betul ambil masa untuk mula. Padahal takde susah pun buat blog ni.Memandangkan aku memang suka menulis. Ia bagaikan satu terapi diri yang boleh dikatakan berkesan jugalah untuk aku. Moga blog ini akan menjadi cermin atau paparan perjalanan hidup seorang lagi insan kerdil di dunia ini.  

Thursday 29 January 2015

Suami outstation ke bumi Kelantan

Assalamualaikum,
Hujung tahun 2014 ni Malaysia diuji dengan musibah banjir teruk di negeri Kelantan. Selama ni mmg biasa dgr Kelantan banjir. Cuma tahun ni agak terkesan apbl kwn rapat dan ibubapanya menghadapi sendiri malapetaka ini. Igt lg apbl Kelantan dilanda banjir aku mesti tanya keadaan sahabat nun di Gua Musang. Dan stp kali itu lh dia kata sini ok je. x banjir. Aku pun lega dan takde apa yg nk disedihkan bg mereka yg menjadi mangsa banjir. Yelah sbb aku bukan kenal pun mereka yg jd mangsa banjir. Tapi thn ni belum sempat aku bertanya khabar kwn ku sendiri mengadu kesedihan. Gua Musang tanah yg kebal selama ini menjadi pulau daratan dlm tempoh cukup singkat. Allahurabbi. Meremang aku menaip entri kali ni. Aku byg kn org yg x pernah ada pengalaman menghadapi banjir kini perlu menyelamatkn nyawa kerana air telah mencecah sehingga bumbung rumah. Harta benda musnah sama sekali. Sebak rasanya apbl mengetahui ibu bapa kwn ku ini hanya berdua di rumah. Ayah yg lumpuh dan ibu yg sudah tua mmg memerlukn bantuan jiran tetangga. Pelbagai lg kisah sedih menyayat hati menjadi viral di fb. Tak terbyg nasib mangsa banjir. Dan kali ini aku betul terkesan mengenangkan penderitaan mereka, org yg x pernah ku kenali. Mungkin ada satu dua kisah yg ditokok tambah utk menyedapkn cerita tp yg pasti Kelantan benar2 diuji.

Pada suatu Ahad pagi suami mendatangiku lalu memberitahu, "kalau abg bgtahu ni mesti Mizah marah." Lalu meninggalkan ku terpinga2. Aku bertanyakn semula dan suami beritahu, "abg kene gi Kelantan. 2 minggu." Aku terdiam sekejap. Cuba memproses dan fikir reaksi apa yg harus aku tunjukkan. Dlm hati sempat terdetik knp aku harus marah. Hahaha nmpk sgt aku ni type isteri xleh kene tgl dgn suami. Aku tanya bila kene gi. Suami jwb esok atau lusa. Seriously aku ok. Mmg sedar akan kene tgl dua minggu. Kene jg Ammar sorg2. Hari weekend yg keseorgn tp serious aku ok. Teruk kot kesan banjir di Kelantan. Klu bukan org mcm suami aku pergi melaksanakn tugas nya siapa lg. Aku pun nk lihat Kelantan kembali pulih. Walaupun suami nmpk mcm paksa rela aku yakin itu adlh atr sumbgn dia kpd msyrkt. 

Maka berangkatlh suami ku pada hari Selasa 13 Jan. Aku menghantar sendiri suami ku ke DRB Hicom Shah Alam tmpt mereka berkumpul. Suamiku smpi sana pd lewat mlm. Stay di homestay bersama sorg lg penyelia dr Pahang. Rumah itu jg turut diduduki bersama belasan pakerja warga Pakistan. Kata suami cuaca pagi dan di mlm hari cukup sejuk. Manakala diwaktu siang cuaca terik dan berdebu. Suami sendiri simpati melihat mangsa banjir yg tidak memakai topeng. Masih jg ada atr mereka yg stay di pusat sementara krn rumah telah musnah sepenuhnya. Smpi bila mereka di situ hanya Allah yg Maha Mengetahuinya. Dan persoalan ku bgmn mereka mahu memulakan kehidupan krn aku tahu kbykn mereka berpendptn rendah. Simpati ku buat mereka.

Doa ku semoga Allah memudahkan urusan mereka, murahkan rezeki mereka dan semoga Allah kuatkn iman mereka dlm menghadapi ujian ini. Amin


jambatan roboh

suami pada hari ke 11 

bersama rakan penyelia


Tuesday 6 January 2015

Azam 2015

Assalamuailakum,

Seperti biasalah bila dah msk thn baru ni kene lah ada azam tahun baru. Memandangkan thn lepas aku mcm xde azam, dan rasa agak looser di situ, oleh itu thn ni aku wujudkan lah sebuah matlamat hidup iaitu azam. Ok lah x nak membebel panjang, berikut merupakan azam tahun baru ku

1) Khatam Al-Quran
2) Bekerja dan ada income sendiri
3) Berniaga secara online
4) Belajar bawa motor
5) Kumpulkan duit simpanan SSPN&Tbg Haji Ammar up to RM3000
6) Kumpulkan duit simpanan Tbg Haji aku upp to RM6000
7) Melancong dlm negara at least 2 kali
8) Menjaga kesihatan diri dan Ammar
9) Menjadi isteri,ibu dan anak yg terbaik
10) Solat malam paling teruk pun sekali seminggu
11) Menulis blog secara aktif
12) nak buat buku kira2. Buku perbelanjaan bulanan



Action speak louder than word. So paham2 lah ye dek non oiitt

Friday 2 January 2015

[REVIEW] Set berpantang Shaklee


Semangat semakin membuak apbl scan baby time 32w. Rasa dah dekat sgt masa nya utk mengubah status dari wanita biasa ke wanita luar biasa. Hohoho. Igt senang jadi ibu??  Bergelar ibu dan dalam masa sama mahu menjaga reputasi sbg seorg isteri yg tiptop from hair to toe. Oleh itu, mmg sedar diri sgt, yg badan wanita selepas bersalin x sama time anak dara dulu. Habis putus segala urat, dan segala ayat yg menakutkan apbl seorg wanita bertarung nyawa utk membawa si kecil ke dunia. 

Keje duk google set berpantang apakah yang terbaik. Apbl otak dh mula tepu dgn sgl maklumat, aku pun mengeluarkan bbrp ciri2 set berpantang yg aku mahukan.
1) tak menyusahkan
2) tak mahal sgt
3) yakin dapat habiskan
4) berkhasiat utk aku
5) review org ramai mesti bombastik mengenai produk smpi aku wajib terpengaruh

Akhirnya, Allah menemukan aku dgn produk Shaklee. Tak pernah terfikir lgsg yg aku akan jadi 'drug addict'. Hahaha. Serious! Pil vitamin yg KKIA "sedekah" pun mmg aku x mampu habiskan (yelah benda dpt percuma). Tapi aku tekadkan hati order juga Shaklee dr kawan aku. Oklah harga dia dlm RM300. Dan blh pakai up to 4months. Berbaloi dgn harga dan fungsi kebaikannya. Sbb sedar RM300 bukan harga yg murah, smgt menghabiskan pil2 vitamin ni sgt lah membuak2. Rasa tak best je kalau terlepas satu pil sehari. Gagah sgt. Yelah, bukan benda free. Baru tahu nak hargai.

Apapun, aku dh start order time mengandung 8bulan. Dah selamat telan pun sebulan b4 bersalin. Dan kesannya, HB aku naik mencanak. Mmg terbaik kesan pengambilan Vitalea. Nurse KKIA pun tertanya2 mcm mana HB aku blh cantik mcm tu. Syukurlah, bdn aku sesuai dgn vitamin Shaklee.

Parcel baru sampai kat opis suami



Inilah vitamin harian ku dari mengandung 8 bulan smpi skrg

Alhamdulilah, kesan baik aku dpt dr pengambilan vitamin ini, badan rasa bertenaga, rambut tak gugur, berak lawas, susu badan meriah, kulit muka pun nmpk bersih tanpa jerawat dan yg plg org nak ialah berat badan sama sblm mengandung. Walaupun bdn gagah bertenaga aku tetap tido siang. Wajib tido, sbb malam berjaga, jadi mak guard Ammar. Hihihi. Kesan lain, kencing aku jadi kuning terang. So kene minum BANYAK AIR. Tapi aku perasan, ada masa aku stop jap ambil, sbb muka dan badan Ammar naik merah, panas agaknya. Byk sgt pil aku telan. Terus badan aku jadi lembik, menguap2 je. Rasa malas sgt. 

Apa pun aku kene juga bertungku, berbekung dan pakai myk panas segala. Ada juga ambil jamu kacip fatimah manjakani. Yelah, mak aku x puas hati tgk aku makan pil vitamin je. Mcm mana miss V nak sihatkan. So ikutkan jelah nasihat org tua. Disamping itu juga aku ada lah telan 3 pack pati haruan. 1 bungkus ada 5, so aku dh slmt telan dgn jayanya dlm 15 botol kecil yg tengek, busuk, payau dan memeritkan tekak ku. Apa sahaja utk sihat. Misi aku satu je time pantang, ibu kene sihat dulu, baru baby akan turut sihat. Sekian review kali ini.