Tuesday 27 August 2019

Anak dan Matematik

Assalamualaikum,

Masa Ammar speech delay, rasa macam kelam jap, fikir anak mesti x berapa nak bijak. Tambah lagi duk FM dan tak berapa nak makan. Anak org lain siap makan kismis, kurma, makan makanan berkhasiat bagai. Tapi rezeki kami, Ammar masuk sekolah, dia jenis nak belajar. Peperiksaan pertama dia dpt no.7 dan peperiksaan kedua dia improve periksa no.4 dari 20 org budak. Waktu tu rasa macam comeback sgt. Tipu lah kalau kata tak bangga, tapi apa yg penting aku dah nampak anak aku jenis nak belajar punya budak.

Kadang2 dia boleh hadap buku straight 2jam atas kerelaannya sendiri. Sungguh aku bersyukur Allah mudahkan bahagian ini. So masa umur dia 4 tahun, aku dh start acah2 nk anak aku follow rutin Math mcm anak Sheikh Muzaphar. Yelah dah follow IG dia. So berangan ni duk survey KUMON. Ah sudah, org tu berduit, biar betik nk htr ank 'tuisyen' malam2 seawal ini. Kau dah kenapa?? Entahlah pengaruh kuat. Tapi fikir duit x berapa nak mewah, pastu anak kecil lagi, aku pun sedarkan diri. So search pasal worksheet Math KUMON. Jumpa dlm blog rupanya ada je jual buku latihan KUMON. Kat MPH ada jual dlm RM33.50 mcm tu.

Perghh semangat mencari. Anak aku boleh buat ke tak boleh buat aku belikan je dulu. Beli dgn Ammar time tu kat MPH Melawati Mall. Fuh nasib ada. Gembira, excited x sabar nak tgk anak aku buat. Ammar pula jenis happy belikan barang khas utk dia.

Tapi hakikatnya anak aku x boleh lagi buat waktu tu. Tulis nombor pun terkial2 lagi. Tapi atas usaha, dan semangat Ammar yg ada, pergh sekarang laju je buat. Maksudnya mmg blh buat tiap2 hari tanpa pengawasan aku. Malam2 bila2 aku free aku cek jwpn dia mmg betul pengiraan yg dilakukan. Perghh sebak gembira terharu kadang2 tgk dia sendiri ada minat nak buat. Buku mahal ni mmg aku balutlah. Mmg berbaloi sgt rasanya.


Tolak

Tambah



Dalam 2 bulan lepas rasa mcm dah tiba masanya aku asah buat latihan dalam operasi Tolak, aku duk cari buku latihan kat kedai Eco, tapi mcm terhad, so aku terus decide beli edisi KUMON juga.

Kat MM dah habis so kita cari kat MPH Alpha Angle Wangsa Maju. Alhamdulilah ada. Puas hati. Skrg kalau tanya Ammar, dia prefer Tolak dari Tambah. Sebab tolak bagi dia senang, tutup2 jari. So I am proud mom.
Alhamdulilah

Thursday 22 August 2019

Oh Ammar Speech Delay

Assalamualaikum,

Anak yang dulu speech delay, dan sekarang masih kurus kering asbab kurangnya ilmu keibubapaan. Ammar duk hadap tv time aku sibuk menyelesaikan kerja2 rumah. Waktu tu masih tinggal dirumah mak. Bahagian dapur dan bilik air tempat yang agak serabut dan payah utk bagi Ammar join tgk aku buat kerja. So dgn alasan agak kukuh, Ammar aku hadapkan dgn tv. Pada fikiran aku masih ok as long as aku x bg hp or any gadget.

Tak cukup dgn itu, Ammar dari umur 4 bulan lebih dah fully bottle feed. Rasa payah sgt nak teruskan breastfeed. Susu badan ku terlalu banyak dan laju apabila dihisap menjadikan Ammar mengelak x nak BF. Apabila bergantung pada susu formula pengenalan kpd makanan seakan hambar. Asal ada, asal makan. Ammar sehingga umur setahun masih gunakan puting susu NB. Bayangkan lah betapa slownya pemakanan dia, kerap dan lama. Entahlah apa yg ada dlm fikiran kami, aku terutamanya waktu itu. Makan Ammar masih dikunyahkan. Entah rasa budak ni terlalu lemah, lembik utk mengunyah makanan sendiri.

Akhirnya pada usia 1 tahun 3 bulan lps elok demam, sebelumnya yg agak payah nak makan, Ammar terus x nak makan. Boleh dikatakan dia membesar dlm tempoh itu sehingga 3 tahun bergantung sepenuhnya susu. Ibarat 90% susu 10% makanan. Gigi rosak. Malam2 melekat botol pada mulut, gosok gigi bukan main payah. Dan kesannya, gigi susu Ammar memang hancus. Tinggal skrg sisa2 yg hakis, gigi geraham yg berlubang2. Harap tak menyakitkan sahaja dan bertahan utk digunakan sehingga tanggal sendiri.

Ammar mula memanggil aku dengan sebutan BABU pada usianya hampir memasuki 3 tahun. Perkataan susu, air yang simple mmg x terkeluar. Rasa waktu tu lost, nak pergi speech therapy. Lantaklah bayar mahal, aku nak anak aku bercakap. Tapi aku start dr KKIA dulu. Cuba dptkan diagnosis. Apa tahap anak aku skrg. Sah speech delay. Doc sarankan ke playschool dan refer pada HKL. Gi HKL ke Klinik Paed, minta kita terus ke Bangunan Pakar. Situ jumpa OT. Waktu ni Ammar dah start sekolah. Bulan Jan. So hasil pemerhatian Ammar mild. Ada body part supposed dia tahu sebut tapi tak. OT kata Insya Allah kalau dh start sekolah dlm 4 bulan mcm tu akan become better. Sbb xde serious mcm simptom autisme.

Alhamdulilah dlm bulan Julai mmg nmpk sgt perubahan. Ammar dah byk words. Cikgu pun cakap Anmar dah mula bising. Syukurlah. Kisah2 yg aku baca di FB, blog pasal anak yg speech delay mulanya, become better once pergi school. Dan again betul, dulu bukan main payah berkata2, skrg Tuhan bagi x boleh berhenti bercakap, mcm2 benda nak tanya. Time aku mandi, berak, masak x menyempat. Alhamdulilah Allah permudahkan. So bagi ibu bapa diluar sana mula rasa risau, aku kongsikan idea, start ke KKIA dulu. Dptkan khidmat nasihat dan dari situ baru terbuka minda nak buat mcm mana dgn anak kalian. Ok...
Insya Allah moga baik2 aja.
Always my favorite boy