Tuesday, 4 April 2017

Beli breast pump di Pump on The Go

Assalamualaikum,

Excited utk anak 2nd ialah, memiliki breast pump electric. Niat nak baiki kesilapan lalu, so dh start google dlm 2 minggu lalu. Memandangkan kawan2 ada cadangkan yg kedai Pump on The Go ni boleh try mcm2 pump, tambah2 lagi dekat saja di Wangsa Maju aku pun gigih google map setelah tamat buat pembentangan LI di Giatmara hari Isnin lepas.

So rupa2 nya dekat Wangsa Maju ni, just berhadapan@cross the street dgn Manjaku Wangsa Maju. Kedai dia tingkat atas sekali. So gigih lah aku menapak. Sampai dlm kul 4.30pm.
So tekan button, ada sorg je pekerja dia. Kedai nampak luas dan kosong. Atas meja terpampang mcm2 breast pump berserta harganya.


Gambar x full. Huhu



So dalam kepala mmg dh aim Autumn Bliss walau letak bajet RM250. Aim aku ialah single pump, senang cuci, dan ada skrin utk sng monitor. Pembantu kedai pun byk membantu, ada juga dia share tip apa yg patut. Katanya just cuba sekejap je, sbb x elok utk baby dlm perut. Bg tekanan katanya. Aku igt time mengandung ni lah nak cuba betul2 sampai kasi keluar susu, supaya yakin time bersalin nanti confirm ada. So rupanya tak elok, dia kata elok lagi buat mermet tu. So aku dibawa ke tempat khas utk cuba pump. Excited sgt, dan bila dh lekap, start je mahu %#^#&#^#. Sakit gilerrrr. Punah harapan nak Autumn Bliss. Haha.

So try Malish Lifestyle, RM180 xde skrin, oklah suction, tak sakit macam autumn. Nak autumn juga, try autumn blossom RM260. Tak sakit sgt, oklah tp entahlah, bila dh try Malish rasa nak berpaling arah pula. So last aku try Malish Mango. Sbb dia ada skrin. Harga RM259. So oklah, aku puas hati. Terkeluar air dr nipple aku. So mcm wajib beli time tu juga sbb dh cuba 4 jenis, dh menyusahkan org kedai tambah duit pun elok tersedia ada. Ahaha. So selamatlah aku bawa balik Malish Mango. Ni pump semata2 takde tambahan barang@pakej. RM259. Lebih RM9 dr bajet. Quiquiqui





Aku berterima kasih sgt dgn org kedai. Sabar melayan karenah, soalan2 dan muka blur aku. Byk sgt maklumat aku dpt. So nak hadam tu ambil masa sikit. Overall pam2 ni semua Insya Allah friendly user, blurr macam mana pun lps 2 kali kau tekan2 kau akan paham caranya. Btw warranty just start apabila kau wasap satu no. yg diberi lps bersalin nanti. Kira mcm kene daftar lah by wasap org tu. Br warranty hidup. Mesti dlm 14 hari dr tarikh bersalin, sbb dia ada minta due date lahir kita. Kalau x, burn lah warranty tu. Diingatkan juga, pam2 ni x boleh dipulangkan semula kalau x best ke apa, sbb dia dh bg kita cuba. So xde alasan. Harap2 bestlah dan sesuai utk aku.

No comments:

Post a Comment