Sunday 27 December 2015

◎◎ Bercuti ke Melaka ◎◎ 2D1N

Assalamualaikum,

Rezeki ke Melaka dtg lbh awal dr yg disangka. Igtkan nak jalan2 Melaka bulan Feb 2016 nanti sempena perkahwinan Eiya. Tp ditakdirkan sepupuku kahwin, dan dia org Melaka, tambah lg Insya Allah suami akan ke Boracay 1 Jan ni, aku perlu dipujuk sbb akan ditinggalkan selama 4D3N. Jeles sbnrnya kene tinggal. Hahaha.

Anyway, jalan2 2D1N. Dikala public holiday, mmg memenatkan, menyakitkan dan mengecewakan. Ia memberi kesedaran, agar lps ni kalau blh elak, kita elaklah utk berjalan time cuti umum mcm ni. 
Sebab2 nya:-
1) Jem nak ke tmpt yg ingin dituju
2) Jem nak balik KL (dr 2jam jd 4jam)
3) Tmpt parking penuh
4) Hotel cikai pun mahal (sabar jelah dgn tilam yg menyedihkan)
5) Gi lmbt jem&parking xde (blh kene saman klu parking xde kupon kat melaka ni)
6) Gi awal byk tmpt x buka lg
7) Takde rezeki suami nak merasa coconut shake klebang. Gi lewat dh hbs, gi awal x buka lg + beratur dh sedia panjang (nasib aku dh merasa 2 thn lps)

Sighhhhh..

Apapun tetap bersyukur sbb:-

1)Ammar bolehlah tidur kat hotel
2)Ammar still dlm keadaan behave (letih juga.x tipu)
3) Ada gark hotel kosong pd harga yg murah (x ambil gmbr lgsg pun bilik hotel)
4) Dpt gark makan dgn baik
5) Suami sgt lah bersabar dgn emosi isterinya
6) Masih pergi dan balik dgn slmt

So nak kongsi lh apa yg sempat diterjah walau bersesak dgn beribu manusia dan beratus kenderaan:-

26 Dis 2015
Bertolak 10.30am sampai Melaka 12.50pm

Mari bertolak. Syukur jalan ok walau byk juga kenderaan

Lunch lps check in. Berpandukan google map dan saranan Eiya. Merasa makan asam pedas claypot. Penuh semua meja dgn pelanggan. Lama gark tunggu.

Order ikan pari, tenggiri, sayur kangkung dan air tembikai. Sedap sbb dah lapar. Tp mmg oklah. Blh dtg lg

Stuck dlm Bandar Hilir. JEM YG AMAT. Kereta dr pelbagai lorong menuju ke satu kawasan. Ammar tertarik dgn sekumpulan burung2 diluar

Dpt ambil gmbr beca2 dr dlm kete. Pelik sbb pembawa beca adalah lain dr yg aku bygkan. Org India dan pendatang asing. Sikit je nmpk bayangan pakcik2 Melayu

So petang tu kami membawa hati lara lps bersesak di Bandaraya Melaka ke Klebang. Last2 jem juga otw ke Coconut Shake. Sbr2. 

Ammar dah tertidur time jem kat Bandaraya td. So rilex dulu n pekena coconut shake dr kedai lain

 Ammar mula2 suka jalan pastu statik je. Maybe sakit kut pasir masuk kasut

27 Dis 2015
Keluar hotel seawal kul 8.10am
Breakfast nasi lemak,kuih dan roti

Menapak garklah ketempat ni. Sapa suka sejarah bestlah. Merasa gark ke A Famosa stlh berkali2 ke Melaka b4 ni
Ammar and ayah

Suka gambar ni. Sweet sgt Ammar and ibu

Naik taming sari. RM15/adult. Kene tunjuk IC. Dlm 8min je. Ada juga dpt air dan muffin. Oklah pengalaman ni. 

Igt nak naik duck tour. Dh dpt tiket bagai, sekali ada masalah seat. So dipaksa naik kul 10.45am. Mmg xlah. Sbb 1 jam kalau naik. Org duk kalut nak check out. Nasib dpt duit balik. Sian abg, dh siap beli kupon Rm5 utk whole day.

So lps Taming Sari jalan2 Dataran Pahlawan Mall. So tgk2 baju kat Brands. Dan beli roti subway. Sabar jelah kene tunggu sbb x sedia lg. Itulah nasib jalan2 time cuti ni. Sama ada kau lmbt atau cpt. Sama ada kau terlepas atau kau kene tunggu.

B4 balik hotel, singgah juga ke coconut shake klebang. Buka kul 11am. Org dh beratur pnjg. Suami batalkan niat. Kami balik hotel. Siap2. N check out. Oklah lynn staff sbb baik pinjamkan kami cerek elektrik. 

So bergeraklah ke kenduri kahwin Afiq anak cik Maon. X ambil gmbr pun. Sbbbbb??? Ramainya orgggggg. Br kul 12 lbh. Aku letih dh dgn semua ini. Hahaha. Jumpa keluarga Hasni dan Abg Nizam.

Balik jem. Bertolak keluar kul 1.10pm. Sampai rumah 5.30pm. Sian suami berhenti jap sbb nk tido. Aku pula drive. Pastu berhenti lg sbb nak solat.

Perbelanjaan percutian

Minyak :
Tol:
Hotel : RM118
Asam pedas claypot :
Keropok lekor :
Coconut shake : RM3
Dinner KFC : RM12.50
Dinner abang :
Breakfast :
Air mineral dan surat khabar :
Kupon parking : RM5
Taming sari : RM30
Subway : RM9.90
Pau dan air : RM7.40

Total



Saturday 28 November 2015

Aku

Assalamualaikum,

Hidup perlukan perubahan. Change is constant. Kalau tak aku akan kembali mental. Aku perlukan petunjuk. Satu kuasa yg menarik aku ke jalan perubahan yg tidak menakutkan aku.

Ya, mmg aku selesa. Bayarannya aku tetap begini. Membosankan. Aku pilih jalan ini setelah mental bbrp kali. Sbb ia kembali baik dan pasti ia dtg kembali.

Aku dulu x terdidik utk jd org yg berdaya saing. Org yg sukakan cabaran. Org yg berubah demi kejayaan. Aku seorang yg mediocre. Itu pasti. Apbl dh dewasa, aku diberi kebebasan utk buat keputusan. Dan aku memilih jln senang. Jln yg aku biasa ikutkan. Aku sambung master after degree. Sbb aku takut nak keluar. Skrg dh hbs master, rezeki aku jodoh smpi awal, dapat baby awal. Aku stuck. Kebebasan terbatas. Aku mental dlm mencari2 apa yg aku nak, apa aku suka.

"Kalau" sentiasa menjadi peneman. Apbl aku mental, aku salahkan semuanya. Aku benci keadaan yg mencengkam seolah2 ini pengakhirannya. Aku menangis lantang. Marahkan pilihan ku. Aku nak keluar, tak nmpk jln. Aku sedar aku buntu.

Google internet, apa aku blh buat. Jln apa blh aku ikutkn. Kasihan mereka yg disisi ku. Keliru x dpt nk bantu. Semuanya berbalik pd diri, hati aku sendiri. 

Aku dpt kata2 dr blog. Bantu agama Allah. Allah akan membantu kita. Allah x pernah tido. Aku buntu jln apa harus aku buat. Aku kene jd ustazah ke. Kene keluar berdakwah ke. Aku hanya nmpk jln utk mendekatkan diri pd Dia. Hati aku x kuat utk pasrahkan semua kpd Allah. Aku dh hilang pedoman.

Allah bantulh aku.


Sunday 22 November 2015

Cita2 & Harapan utk Anak

Assalamualaikum,

In general aku harap anak aku membesar dengan sihat, gembira, normal, pandai dalam pelajaran, mempunyai kawan2 yg baik disampingnya, soleh, berakhlak, pandai buat kerja luar dan rumah dan of course mencintai Allah dan Rasul.

Simple yet ....... Hurmm

Dalam mencapainya aku nak kene didik dia ke arah itu. Tiada yg sempurna, aku tahu tu. Tapi kita harus berusaha ke arah kejayaan dunia dan akhirat. Manusia ni matlamat hidup jelasnya nak tenang dan bahagia. Baik dr kewangan, kesihatan, cinta dan lain2.

Dulu time bujang aku menyimpan hasrat agar anak aku nanti dia suka dgn hidupnya, meneroka bakatnya, enjoy dan happy selalu. Takde sikit waktu pun dia x hargai akan hidupnya. Berguna pada diri dan juga org lain.

Oleh itu, apbl dh ada anak ni. Aku hanya merangka2 dlm kepala apa yg bakal anak ini hadapi dlm hidupnya sbg aku pendamping paling setia.
1) Anak yg tahu buat kerja rumah mahupun luar
2) Mendapatkan sesuatu atas usaha dan kelebihannya
3) Merangsang anak utk mendekati pelbagai aktiviti menarik selain sekolah dan rumah
4) Sentiasa menjadi anak yg mencintai ilmu

Aku ingin anak aku tahu tanggungjawab. Apa yg dia mampu dan boleh buat dalam kudrat dan kemampuannya. Seperti contoh seawal usia 1 tahun Ammar dah pandai tutup pintu. Dia boleh menerima didikan dan arahan. Dan bayangkanlah jikalau Ammar boleh dididik utk melakukan kerja2 rumah, ia pasti menjadikan dia seorang anak, abang (Insya Allah), cucu yg berguna dan membanggakan.

Perkara sprt ini tidak dtg percuma. Jikalau skrg hadiahnya ialah pelukan dan ciuman, akan dtg atas kerja yg lbh berat dia memerlukan lbh dr itu. Mungkin upah atau hadiah. Ia nmpk sprt x ikhlas, tp apapun ia perlu dibiasakan. Ikhlas akan dtg kemudian. Aku yakin itu.

Hasil dr anak yg bertanggungjawab, dgn hasil upah yg diperolehi, aku ingin mendidiknya utk menghargai kepunyaannya. Terutama dr brg2 yg dimiliki hasil usahanya sendiri. Sbg contoh apbl tiba masa dia ingin memiliki beg, pencel box, dll, dia perlu mengeluarkan wang tabungnya sendiri. Belajar yg semua benea didunia ini hanya mampu dimiliki apbl kita berusaha. Belajar menghargai dr awal. Belajar utk tidak membazir.

Aku mahu anak aku terdedah dgn pelbagai aktiviti. Sukan, muzik, aktiviti keagamaan dan masyarakat. Menunjukkan dlm hidup ini ada plbg benda kita boleh arahkan. Bukan tertumpu pd sekolah dan rumah semata2. Ia lebih kpd memenuhi masa terluang dgn aktiviti berfaedah.

Akhir sekali, aku mmg teringin sgt ada library dlm rumah. Memupuk rasa cinta, suka membaca dan menambah ilmu pengetahuan. Dan pastinya tidak ketinggalan, ruangan solat keluarga. Pasti indah dan bermakna sekali dpt tunaikan 2 ruangan penting ini dlm sesebuah rumah.


Ruangan solat
Ruangan library






Friday 20 November 2015

Peringatan sbg IBU BAPA (^_^)


Assalamualaikum,

Baru2 ni terbaca post senior kat FB pasal long term planning utk anak dia. Kesannya, aku mcm ter eh eh eh,
"apa aku nak utk Ammar?"
"apa yg aku prepare?"
"apa yg aku didik dlm diri dia?"
"paling penting apa Allah nak dr aku utk anak aku ni?"


Time aku dgr ceramah Tanyalah Ustazah hr tu, buat aku betul2 terkesan. Bagus penyampaian ustazah tu. Apa yg aku faham dan dapat ialah:
1) Didik anak kita lakukan, niatkan semua kerana Allah
2) Jadi penyokong, pembimbing no 1 utk anak
3) Terapkan masa atr Maghrib dan Isyak utk aktiviti Islam dlm keluarga
4) Jgn berharap pada anak apbl berjaya/dh besar nanti utk balas budi parents

Aku nak olah 4 point ni. Walau aku bukan ustazah aku nak kongsi ikut pemahaman aku as ibu.

Kadang2 ibu bapa nak anak itu lakukan sst sebab itu yg mereka nak. Atau biasa dgr, dulu kita x dpt capai impian menyanyi kita nak anak kita penuhi impian tersebut. Atau biasa juga sbb kita doktor, kita nak anak kita jd doktor. Tak salah kalau anak memang berkongsi impian atau cita2 yg sama, tapi kalau tak, camne tu? Kita menyeksa dia atas benda yg dia x nak. Dan lakukan semata2 utk tidak hampakan org yg telah membesarkan dia. Kan dah salah niat anak tersebut. Takut2 apbl dia berjaya capai, kita bangga, dan dlm diam si anak terseksa dan menaruh dendam pada parents.

 Kita dulu pun sama. Belajar sbb exam. Lps tu lupa. Niat salah. Aku suka cara ustazah tu buat dialog.
"Along belajar rajin2. Allah suka org yg belajar, menuntut ilmu."
Ayat ni mcm leceh, mcm bosan. Aku dgr 1st time pun mcm erkkk. Tapi entah knp setelah ustazah ulang 2 3 kali lbh kurg dialog yg sama, menjurus kpd perkataan (Allah suka) hati aku terbuka, rasa lapang, rasa kuat. IA AYAT YANG HEBAT. Mmg wajib diguna pakai dlm semua ayat yg hendak disampaikan kpd anak.

Apa yg ustazah tu ckp mmg betul, apbl kita duk ulang Allah suka, Allah mahu, Allah nak. Ia ada lah satu tali, pegangan yg kukuh dlm hati anak terhadap hidup ni. Mmg betul at the end semua perbuatan adalah krn Dia semata2. Bukan sbb kita nak, bukan sbb apa yg parents suka.

Point no. 2 ialah mengenai kita sbg ibu bapa menyokong, membimbing anak2. Kalau dia suka nasyid, sokong dia jd penyanyi nasyid sekolah. Kalau dia suka debate, bantu dia bg idea atau dgr hujahan dia. Pendek kata be there. Nak kritik boleh, jgn kondem. "Elehhh along suara mana sedap. Tak yah lah join. Baik tolong ibu lg ada paedah." Kan dah mematikan smgt dia. Dan kepercayan dia utk berkongsi minat dia in future. So jgn salahkan anak kalau dia dh start jauh. Kalau betul benda tu x baik, x sesuai terang jelas2. Bg contoh. Tunjuk. Jgn terus larang. Ni peringatan utk diri sendiri juga sbnrnya. Yelah benda x jd lg kat aku. Ahahhahaha.

Utk yg ke 3. Yg part ni mmg tahu, buat x juga. Alasan sbb time nilah suami nak mkn. X kn nak kacau time makan. Ehehe. Makan utk jasmani igt, rohani? Apa ustazah tu ckp time ni kongsi nasihat, tazkirah. Isnin ayah bagi, selasa ibu, rabu anak pula. Dan seterusnya. Buat jadual. Kadang2 time ni nak igtkan ttg rules rumah. Kongsi hal semasa. Aku tgk cite org putih, start anak nak akil baligh dia terangkan ttg benda yg berkaitan, ttg minat kat opposite gender. Apa yg boleh, apa yg x. Menunjukkan anak2 tahu dulu dr kita. Bukan dr internet bukan dr kawan or tv. So kalau ada apa2 yg mengganggu hati perasaan dia akan rujuk kita. So be open time ni.

Part last ialah, semua manusia sepatutnya berharap pada yg Esa. Punya terap kat anak buat semua sbb Allah suka. Tuptup bila anak nk masuk Uni kita cakap kat dia, "belajar rajin2. Nanti boleh balas jasa tlg ibu ayah." Kan dah x ikhlas tu. Hmm kita patut berusaha. Anak yg dh berjaya dunia dan akhirat menunjukkan kita berjaya menjaga amanah Allah dgn baik. Kita tawakal pada Allah dlm mengharapkan balasan yg baik2 utk kita perents didunia dan akhirat kelak.

Oklah panjang lebar entry kali ni. Sekadar berkongsi, peringatan utk diri sendiri.
 INSYA ALLAH

Friday 13 November 2015

(REVIEW) Ziella de Villa Langkawi

Assalamualaikum,

Kami stay 2nd night area Pantai Tengah klu x silap. Saja pindah randah walau agak renyah. Takpelah. Hobi aku. Hahaha. Sama juga book melalui agoda dan dpt sama mcm dlm gmbr diwebsite. Aku byr RM99 termasuk tax. Aku puas hati. Mencapai standard aku.

√ Ada ruang solat yg luas dan terdapat tanda kiblat
√ Ada peti ais which is added value sgt. Letak ceklat2 aku tu
√ Design moden dgn cadar&comforter white in colour. Just bantal sorg satu. Ok je
√ Ada balcony, ada hanger dan lampu yg byk

Shampoo x disediakan. Nasib aku jenis x guna hotel punya. Ruang parking agak limited. Tak leh byg mana nak parking kalau peak season. Depan belakang rumah org. Nasib depan balcony kami nmpk sawah n kerbau. Terubat sikit pemandangan yg x brp nk indah td. Berhadapan dgn reception ada construction.  Mmg terasa bahang je.

Saya bagi 4 bintang
2 bantal je. Jadilah

Ada 2 cawan, 2 paket kopi n water heater. Mmg jauh beza dgn hotel sblm ni. 

Toilet n keluar je ada almari. Oklah. Aku suka. Blh gantung2 baju, tuala

Ni time packing nak balik dah. Ada pemandanfan kerbau dan tuannya




(REVIEW) G Langkawi Motel

Assalamualaikum,

Kami stay kat hotel ni 1st night kat langkawi. Standard king size with balcony for RM114 include tax. Book melalui agoda.com. Apa yg gmbr dlm website ni tunjuk, itu yg aku dpt. Aku mmg puas hati.

√ Luas utk aku solat (tanda kiblat disediakan)
√ Katil empuk, bantal sorg 2, bantal kaki pun ada dan cadar&comforter white colour
(baru lah namanya hotel)
√ Design moden, lampu banyak
√ Ada kerusi, meja make up, hanger
√ Brg keperluan melebihi nilai sebuah motel
(Ada hair dryer, berus gg n ubat gg, ada 2 maggi cup dan selipar)
√ Aircond, heater berfungsi dgn baik
√ Staf mmg terbaik. Minta sejadah n iron, senang2 je bagi. X byk bunyi.
√ Motel ada lif tuuuuuu
√ Ada mart. Sng nak beli apa2
√ Parking luas

Saya bg 5 BINTANG

Just jauh sikit dr pekan, tp no prob sbb ada Almeera kan. ApaDehal.. So mmg highly recommended..

Furniture mmg nice. Ni sbb akak pilih. Space antara kerusi n katil tmpt kami solat. 

Fokus sikit maggi, hair dryer


Balcony mengadap jalan n rumah org. Ok je. X bising. Mlm2 mmg lampu luar terbuka 

Cermin dan belakangnya tmpt gantung baju. Ada 3 hanger. Nice. Aku puas hati dah

1st time aku gi hotel ada berus gg n ubatnya sekali. Terkejut tau akak



  

Tuesday 10 November 2015

Ammar jalan2 di Titiwangsa

Assalamualaikum,

Punya nak gi Taman Burung kat KL ni. Tp petang asyik hujan, tak pun time cuaca elok, Ammar pula nak tido. Pastu dgn dh ada smgt menabung ni, aku cancel Taman Burung. Mahal. RM25 sorg mcm tu klu x silap. 2 org dh dpt RM50 mcm tu. Rugi2. 

Last, Allah izinkan kami ke Titiwangsa petang cuti deepavali smlm. Cuaca elok, masa pun mcm tepat, Ammar pun dh puas tido. Cuma suami jelah, puasa. Takut dia penat. Redah garklah. X mampu lg nak tunggu utk bawa Ammar jalan2 dgn kaki nya tu.

Smpi area tu, byk kete. Penuh parking. Hope ada je parking. N then nmpk org ke kereta. Cepat2 tunggu belakang. Alhamdulilah, dimudahkan


Mmg happening Titiwangsa. Atr aktiviti yg aku ternampak adalah:
»» Berbasikal
»» Roller blade
»» Kayak
»» Orb ball
»» Boat meja bulat
»» Blow giant balloon
»» Makan2 di van makanan. Ada rojak n laksa
»» Ride horses
»» Kereta kontrol

"Knp kene gi exercise? Ammar kan baru sihat. Sedihnya"

"Takpe, ibu ayah ada utk membimbing mu sayang. Begitu jugalah utk spnjg hidupmu. Kami ada disisi mu sayang."

Meriahnya Titiwangsa. Mcm2 aktiviti ada. Patutlah parking penuh.

Ammar's bestfriend


Ammar's Supermom

Mari Menabung

Assalamualaikum,

Menyedari diri ini takde income, hanyalah suri rumah yg setia, tp punyai angan2 yg besar, aku paksa hati utk menabung. Nak mula tu, berangan juga nak tabung yg mcm mana. Pastu duk fikir, beli tabung keluar duit lg. Hari tu pernah beli, tp mcm kecik n tak praktikal. Terus terbiar mcm tu. Kemas2 jumpa balik, terus bg anak buah. Then duk fikir balik nak beli tabung praktikal yg mcm mana lagi? Fenin fenin...

Last2 bc blog org, dia pakai bekas kuih raya tu je. Mmg belambak kat rumah ni, tp mcm mencebik dulu lah, "hekeelleh, kata nak menabung, kene lah tabung yg standard sikit, yg gah, br smgt nak menabung." Pastu hati kecil berkata balik, "kau beli tabung br, keluar duit lg, duit bukan simpan pun after tuh." Last2 aku tekadkan hati, gi ambil bekas ni kat dapur dan wallah, tercipta 2 tabung yg aku banggakan.
Nama tabung kene gempak. Menambah lg rasa seronok nak menabung
Tabung utk Ammar pun mestilah ada. 

Yg ni tabung utk buat sedekah. Sedar diri, stp rezeki kita ada hak org lain juga. Pasang niat, cukup minggu atau bulan gunakan duit ni utk budak2 tahfiz kat kampung ni.


Nak mula dgn penciptaan tabung pun, bukan main payah. Byk nar alasan. Takut sbnrnya, nk halang nafsu beli benda yg best tp sedar ia x penting. But once dah wujud benda tu, rasa seronok je menyimpan.

Duit2 tabung ni dtg dr pemberian bulanan suami bersama duit2 baki suami dan 1/4 duit OT dia. Ada mmg dia bagi, ada mmg aku minta. Kalau dulu, asal dpt je, duk fikir nak belanja apa. Skrg terus masukkan dlm tabung. Hujung bulan ni suami nak cut separuh program astro. Insya allah dpt jimat RM50 sebulan. So aku blh minta duit tu sikit utk ditabungkan. Hahaha. Aku ada juga cut duit topup aku. Dr RM31.80 kpd RM21. So lbh RM10 aku masuk tabung. Dpt jimat duit, dpt kurgkan masa dgn berinternet ber hp bagai. Yeke?? Kan bagus tu. Selain itu, ada juga mak aku kesian, bg aku duit. Teruk nar, tp org dh bg, ambil jelah. Kehkehkeh.. Lagi satu aku perasan, aku tahan je nafsu nk mkn luar, or minta suami belikan mknn sedap2. Blh kurus mcm ni. Obses pula menabung. Hahha

Mmg jenis tabung ni senang masuk n senang juga nak keluarkan. Tapi keluarkan semata2 utk duk kira brp byk dah terkumpul. Mmg best. Rasa kaya je. Mmg syglah nak guna. Seronoknya menabung apabila tahu yg aku layak utk berangan2 semula. Hihihi.

Selamat menabung....

Friday 6 November 2015

◎◎ Bercuti ke Langkawi ◎◎ Day 3

Assalamualaikum,

3 NOV 2015 (Selasa)

Ok last day utk kali ni

8.05am
Check out. Sebabkan hotel ni x byk bilik, so receptionist dia suka lari2. X stay lah. Time nak cepat ni lah org ni xde. Suami call. Dlm 8min jugalah tunggu. Sabar sabar. Pujuk hati

8.30am
Sampai Nasi Dagang Pak Malau. Pakai google map. Sbr, harap smpi destinasi walau jln mcm pelik sikit. Ok je. Duk pujuk hati, jgn sesat, jgn kedai makan tutup. So Alhamdulilah. Sampai
Komen : Owner suami isteri. Mmg mesra pelanggan. Mcm kami ni tetamu instead of customer. Keluar kereta, terus tuan kedai bg salam. Nice. The view ia breathtaking. Mmg terbaik. Hijau, luas mata memandang. Mknn pula mmg jual nasi dagang semata2. Pilih lauk apa nak. Aku ambil ayam goreng dan suami daging. Ambil teh tarik dan teh o. Mknn ok. Sbb pernah rasa nasi dagang yg lg best dr ni. Apapun berbaloi dtg kedai mkn ni
TOTAL : RM18




9.05am
Beras terbakar. Ada 3 kedai mcm tu je buka. So ambil gmbr sikit bukti dah sampai n beli apa yg patut.
Kain batik solat : RM14
Myk gamat : RM10
T-shirt : RM15
TOTAL : RM39


9.30am
Telaga harbour. Nak ambil gmbr pun ye, nak gi toilet pun ye. Nak free. Last2 kotor tandas prmpn. Yg laki punya bersih pula suami kata. So aku menahan jelah. Terkepit2 tu pun aku bersmgt nk ambil gmbr kat tmpt ni.





10am
Aku sampai di Oriental Village. Byk tmpt parking. Tp bila smpi tmpt beratur, fuhhh. Panjang juga line. Aku xleh byg ramainya manusia bila public holiday. Aku ambil pakej skycab + skydome + 6d cinemotion. Alhamdulilah, dlm kelam kabut pun sempat utk melalui skybridge. Hihi.
Komen: Just nk ckp best, aku x gayat dan berbaloi dgn pengalaman yg dialami
TOTAL : RM64/2pax pakej + RM10/2pax skybridge + Toilet RM0.50 = RM74.50



11.45an
6d cinemotion

12pm
Sampai airport. Pulangkan kereta. Myk tgl 2 bar. Hihi. Masa dpt 3 bar. Rasa berdosa jap. Masa hantar, org kereta just cek bhgn luar kereta. Pulang kunci, terus kelam kabut ke bahagian departure. Risau nar aku.

12.15pm
Security check. Sama juga prosedur dia. Walau dh tanggal brg2 besi, tp still berbunyi. Ketat sikit Langkawi ni, sbb mmg dia akan raba badan kita utk cek. Oklah, laki utk laki dan sebaliknya.

12.20pm
Suami gi toilet, aku gi beli air mineral. Cek kod flight, so kami perlu ke gate 4.
TOTAL : RM2.10


12.55pm
Boarding. Ada staff airasia cek seat kami, benarkan utk kami ikut tangga belakang. So xdelah jammed kat tangga depan. Tp bila dlm perut flight, still jammed. Sorg nk kebelakang, kami nk kedepan. Sabar jelah.


1.05pm
Take off

1.55pm
Arrival KLIA2

2.05pm
Solat jamak. Surau luas. Byk betul surau. Kalau terlepas pandang, atau buat2 malas, pasti akan solat juga. Hihi

2.35pm
Skybus bertolak. Tunjuk internary kat org yg tunggu kat bas warna kuning. So dpt tiket. Still duduk asing2. Tp x yh tunggu lama. Dh penuh pun waktu tu

3.45pm
Smpi KL Sentral

3.55pm
Tapau KFC. Hot jimat box dan snack plate
TOTAL : RM21.90

4.00pm
Teksi di pintu masuk KL Sentral. Tp kene beli kupon dulu. Agak rugi sbnrnya. Mahal. Sebut nama tmpt yg dituju kat kaunter teksi, terus keluar harga. Pemandu teksi kata, company yg uruskan kupon ambil 10%. Rugi2. Sekejap sampai. Maybe blh dpt bwh RM16. Hmm pengalaman.
TOTAL : RM26

4.20pm
Sampai rumah. Cari Ammar. Rindu anak sorg ni. Alhamdulilah slmt semuanya

TOTAL DAY 3 : RM182
TOTAL 3D2N LANGKAWI = RM1,512.20

Bajet RM1,500

So oklah. Lebih RM12.20. Tp act boleh jimat byk lagi. Just x terkawal juga tp apapun syukur

Thursday 5 November 2015

◎◎ Bercuti ke Langkawi ◎◎ Day2

Assalamualaikum,

2 NOV 2015 (Isnin)

Ok bermula hari yg penuh dgn aktiviti utk hari ke 2 ini.

7.30am
Breakfast milo kat balcony. Best. Berbaloi dgn harga bilik. 


8.10am
Check out G Langkawi. Diorg akan minta sampul surat n kad bilik. Bukti nk dpt kan balik deposit RM50. 

8.40am
Breakfast kat warung terletak betul2 berdepan dgn Galeria Perdana. Igt nk makan kat kedai Terong berdekatan LHDN. Tp tutup pula
Komen : Rasa mcm masakan rumah. Aku ambil nasi putih, sup ayam, sayur kacang panjang, air suam. Suami ambil 2 bungkus nasi lemak n sotong sambal. Air nescafe. Mkn ok. Sedap. Kenyang.
TOTAL : RM9.70



9.25am
Sampai di Kilim. Mak cik warung ni ada anak buah yg jd agen mangroove tour. Igt x nak ambil. Tp dia dh ada kat sana. Terus tegur kami di kaunter. Ambil jugalah. 
Komen: Berbaloi utk 4 jam tp still rasa mahal. Sori n tq abg. Sbb kami pun dh berpakaian mcm nk gi laut. Nk check in hotel x leh. Blh je terus ke oriental village, tp mmg fikir ambil jelah. Lps ni ada rezeki dtg Langkawi x kot nk join mangroove ni. So oklah.
Toilet RM0.40 x 2 + RM0.50. Topi RM15. Jus tembikai RM8
TOTAL : RM180/ 2 pax + RM24.10 : RM204.30

Berpeluang mendekati alam. Syukur. Tp Ammar tetap diingatan


2.50pm
Bertolak ke Pantai Chenang

3.30pm
Check in Ziella de Villa. Deposit RM100

5.30pm
Laksa Ikan Seqoq Tip Top. Akan berada sebelah kiri, antara gerai terawal kalau dr Chenang. Kiri laut, kanan kpl terbang tgh nak landing
Komen : Suasana, pemandangan mmg best. 10 bintang. Tp mknn, erkkk. Tak dtg lg kot. Maybe blh try kedai2 laksa yg lain. Cendol pun biasa2 je. Kami order 2 laksa dan 1 cendol.
TOTAL : RM13


6.00pm
Oriental village. Kaunter cable car tutup kul 6pm. Ok muka suami kembali kelat. So just pusing2 tenangkan hati yg membara. Tp still membara je smpi balik hotel. Masuk toilet RM0.50



8.30pm
Dinner kat hotel. Berbekalkan 2 maggi cup dr hotel sebelum ni dan 2 roti yg telah dibeli

TOTAL DAY 2: RM227.40

Pengalaman Kilim Geoforest Park (Mangroove Tour 4hrs)

Assalamualaikum,