Friday 15 September 2017

Pengalaman Bersalin Anak Kedua ¤¤ Hospital Selayang¤¤

Assalamualaikum,

Last update blog bulan 4. Dah lama sangat. Waktu tu baru hbs praktikal, so banyak masa dan benda lah nak update. Lepas tu menyepi sbb tiba2 hilang segala mood. Nanti kalau rajin kita throwback balik sbb semuanya penting. Huhi.

Ok cukup mukadimah, nak kongsi pengalaman bersalin anak kedua di hospital kerajaan pula. Siapa sangka, Allah bukakan pintu hati beberapa jam sebelum tanda darah keluar menandakan saat bersalin semakin hampir. Seperti diketahui, aku mmg nak bersalin swasta. Kalau time anak pertama mmg seluruh jiwa raga yakin nak ke swasta. Ditambah dgn ada cover RM2,000 dr company suami, siapa kota nak tolak rezeki? Mmg anak kedua yakin nak ke Hospital Tunku Azizah, dah gi checkup pun time 36w dan 38w. Dah terbang pun RM204 utk total checkup 2 kali ni. Dah dpt pun Dr Kamaria, lembut dan pro org nya.

Namun teringat pengalaman di GMC buat aku kesal, sbb byk sungguh risiko yg aku pertaruhkan. I guess buat masa ini. So aku kuatkan tekad ke Hospital Selayang. Kenapa aku pilih Selayang bukan HKL sbb aku ada kenalan yg suggest Selayang bagus, baru, dan selesa. So baca review malam b4 keluar tanda tu, dan oklah. Elok lps baca blog2 org dlm kul 2-3am tu, aku gi toilet ada tanda darah bercampur lendir. Opss, hepi pluss debar. Sbb akhirnya, aku x overdue. Keluar tanda elok2 pada 39w6d. So elok lps tu aku dpt mild contraction. Aku bg 2bintang sakitnya. Mcm senggugut. So aku dh start x lena tido. Sibuk duk kemas apa yg patut. Basuh kain lagi.  Ingat nak biar suami keje je hari tu, nak contohi kawan aku, stay as long as possible kat rumah. Sakit dh gear 6 baru gerak, tp aku dan mak sama2 fikir benda yg sama, anak ke2 cpt keluar, so x nak ambil risiko. Start sakit senggugut kul 5am mcm tu, aku gerak ke hospital dlm kul 10am.

Jalan x jem, so dari rumah sampai dlm 20min mcm tu. Parking mmg menakutkan. Penuh amat, dikiri kanan bahu jalan. Dahsyat. Nampak sign dewan bersalin, aku turun, dan gerak ke Tingkat 5. Sampai kaunter, bg tahu sbb dtg, bg buku pink,ic dan kad nikah. So gerak ke bilik disuruh, kencing dlm botol, tunggu nurse pgl utk buat ctg. Aku dpt nurse dr Sabah kot. Cantik dan lembut orgnya. Waktu ni sakit contraction aku bg 4 bintang.

Ada dlm 4 katil berlangsir utk cek CTG dan VE


Dah cek CTG sister kata ok. So tunggu kat kerusi hijau utk cek bukaan jalan, dan seterusnya utk scan baby dan last cucuk branula pada tgn sblm pindah masuk wad. Aku dpt doc laki yg comel utk handle aku. Tapi sakit tetap sakit. Jadi emosional pula, sbb teringat Ammar dulu masa baby sakiy,kene cucuk branula. Nangis aku bila duduk semula bersama suami.

Sementara tunggu dpt katil, aku solat Asar dulu. Elok siap solat, nama dipanggil dan kami beramai2 menuju ke wad kelas 3. So redha. Sakit mmg sakit tp jalan je slow2. Dpt baju pink semua, aku mandi dulu. Toilet ada kat stp hujung bilik wad. Wad berenam. Minta suami sediakan bj baby siap2. Dh nak hbs waktu lawatan suami pun balik. Aku tinggal sorg2 menahan sakit. Gigihkan diri solat maghrib. Elok je balik ke katil,nmpk doc laki tgh round. Aku redha kene ve dgn dia. Oklah bukaan dah 4cm. Beranak on due juga aku ni.

Pastu masuk Isyak. Sakit waktu ni mmg paksa tahan jelah. Aku dgn mengantuk, tertidur,sakit dtg terus segar bugar aku. Tak mampu nak baring. Kene duduk baru dapat rasa kekuatan nak menahan. Mmg menggigil2 menahan kesakitan. Tp tetap syukur sbb natural. So pujuk hati utk bertahan. Kul 10pm solat Isyak. Dan dlm bbrp minit balik katil,doc round. Dlm 11pm doc wanita india. Dia kata dh 6cm dan air ketuban pecah. Perghhh lencun. Air asyik keluar. Doc kata boleh masuk LR. Dlm 11 lbh call suami utk dtg. Kul 12am masuk LR. Sakit x leh cakap. Mmg tahap dewa. Aku x boleh bergerak. Nurse nak tolak LR dah tapi aku tercongok kat katil tahan sakit. Nurse minta barang2 baby, aku just mampu tunjuk je. x tahan giler sakit,nak bercakap pun x mampu dh.

So Abg teman dari awal. Masuk2 muka nampak sedih,mata berair. x mampu nak terharu. Serious kali ni punya sakit mmg amat dahsyat berbanding Ammar dulu. Bidan datang kata dh 8cm. Kalau aku pandai tetan baby boleh keluar time tu juga dgn bantuan bidan. Sekali x pandai dohh. Bidan tgk graf contraction aku tinggi, maksudnya mmg patutlah aku sakit giler. Dia tanya aku ambil apa2 air ke. Aku jawab tak. Ada 2 doc permpn melayu muda lagi. Lembut je. alu tahu diorg just monitor. Yg teror bidan2 tu. Sbb x pandai teran aku kene marah. Yelah baby dh kat pintu, tinggal nak push je, bahaya lahkan. Tersekat lama kat situ. Pendek cite lahir kul 3.03am. Dalam 5 org yg assist aku. Giler x ramai. Semua tempat kat bwh tuttt bidan2 tu pegang. Sampai aku trauma esoknya. Duk mimpi ada tangan2 kat bawah aku tuu. Aqeel lahir mmg diam jap m kebiruan. Lama dia tersekat. Alhamdulilah dia nangis. Bidan sempat tanya baby apa, n bawa lari utk bersihkan dan check up. Lepas tu dtg bawa balik. Letak atas dada. Aqeel pandai hisap. Abg keluar dan mula sesi menjahit. Aku peluk je Aqeel. So borak2 dgn bidan tu. Aku ok je walau teruk gark kene marah tadi. Dia minta maaf sbb garang. Aku cakap takpe. Lama gark jahit. Cakap aku punya kulit lembut. Dan2 siap terus bengkak. Pastu panggil suami dan mula azan dan iqomat. Dapat air milo. Haus aku. So relax dulu dlm LR. Dlm 5 lbh mcm tu br tolak masuk wad.

Bidan punya lah pelik asal aku susah sgt nak teran. Bila pegang perut kecik je baby. Sekali hambek. 3.79kg. On due tu,kalau lebih hari, x leh bayang aku.

Apal balik dan aku pun rehat. x susu kan sgt Aqeel. Dia pun baik diam je. So dlm nak dekat tengahari tu aku mandi wiladah. Pastu Ammar dan nenek pun datang. Doc ada dtg cek bawah aku. Kene seluk lg. Sakit ooo.