Tuesday 16 December 2014

Rezeki baby

Assalamualaikum,
Syukur ke hadrat Ilahi kerana di kurniakan nikmat pengalaman sbg ibu mengandung. Tapi dalam hati pasti terselit satu dua kerisauan dlm membesarkan anak ini. Cukupkah keperluan anak ini? Mampukah kami sediakan segala keperluan yg terbaik buatnya? Dan sesungguhnya janji Allah itu pasti. Stp manusia ada rezeki mereka masing2. Sejak mengandungkan Ammar aku lihat sendiri akan kekuasaan Allah dlm membagi rezeki. Di awal kandunganku, kami memenangi cabutan bertuah sempena Family Day Alam Flora, di I-City Shah Alam. Tak sangka seramai2 org pun kami bertuah utk memiliki vakum. Erk, tu petanda kecil utk aku rajin memvakum carpet hijau rumah. Seriously, rasa mcm terkejut amat + hepi + senyum lebar masa nak claim hadiah tu. Padahal sblm claim tu dh nak blk sgt. Nasib suami tergerak hati nak pergi usha nombor bertuah yg naik dimeja pendaftaran. Kalau ikut aku yg nak balik terus tu mmg melepas lah.Hahaha.

Seterusnya, Alhamdulilah. Rezeki suami utk dinobatkan sbg pekkerja cemerlang bg suku tahun 2014. Mcm x caya pun ada. Sbb suami ada ckp, time bujang dulu dia pun cemerlang juga dlm melaksanakan tugas. Just x de rezeki utk peroleh title cemerlang tu. Tapi tahun ni, mmg Allah dah tulis rezeki utk baby. Makanya pufff jadilah suamiku si pekerja cemerlang. Dengan memperoleh trofi, cek bernilai RM600 dan baucer tesco bernilai RM300. Bunyi hadiah mcm menang pertandingan apa je. Hahahah. Syukur sgt. Berbagai barang keperluan baby dpt dibeli dgn wang dan baucer tersebut.

Seterusnya, kami memperoleh byk pakaian, barangan terpakai dari anak2 buah ku terdahulu. Walaupun dh 2nd hand malah 3rd hand tp masih in good condition. Buaian, baju2, tmpt baring baby (aku pgl jongkat jongkit), tilam kekabu berserta bantal2 nya, kelambu tidur baby, lapik tukar pampers, lampin dan bbrp brg yg lain. Kami byk berjimat tang ni. Syukur Ya Allah.

Time aku 3rd trimester, suami ada ckp psl interview kenaikan pangkatnya. Dgr dr gaya ceritanya mcm x kan dpt naik pangkat je. Menjadi org 2nd last, pastu dh tengahari dgn perut suami dan interviewer dh berkeroncong, interview tersebut x berjalan dgn lncr. Tapi aku doa je rezeki kenaikan pangkat suamiku ini spnjg masa bersama doa agar dipermudahkan bersalin. Syukur dlm tempoh aku berpantang result kenaikan pangkat pun keluar. Suamiku lulus berjaya. Naik pangkat maksudnya naik gaji. Syukur Allah makbulkan doa kami. Yang pasti rezeki hidup berkeluarga pastinya ada. Yakinlah dgn itu.


Wednesday 10 December 2014

[REVIEW] Bersalin di Gombak Medical Centre

Aku rasa aku terperasan akan kewujudan GMC melalui pembacaan pengalaman bersalin oleh seorg blogger ni. Bila wanita tersebut mengatakan tempat ni best, bagus n segala, tambahan pula di Gombak, mmg aku terus rasa nak bersalin di GMC. Luahkan niat pada suami, dan suami sprt setuju. Dia pun kalau boleh nak anak lahir di Selangor. Ada bbrp faedah bila menjadi anak Selangor. Hari berlalu pergi, aku rasa mcm tak nak susahkan kewangan suami. Yelah swasta mesti mahal. Last2 rupanya suami kata company cover up to RM2000. Syukur sgt. Rezeki aku agaknya bersalin anak pertama di swasta.

Masuk minggu ke 32 aku daftar dan buat check up yg biasa ibu2 mengandung buat kat KKIA. Nurse dan Doc lembut dan baik melayan. Terutama Doc. Rasa mcm terkesima dgn kelembutan dan tutur kata yg Islamik. Mmg tak salah lg pilihanku. Sekali keluar bil, gulppp telan air liur juga. Bagi aku agak mahal. Dlm RM110 begitu kami perlu bayar. Dah mula hesitate. Doc bg appmnt utk minggu ke 36. Aku teragak2 nak pergi ke tak. Dan aku pergi juga. 

Appmnt kedua aku terus booking dlm RM500, ambil pakej kedua iaitu total dlm RM1800. Appmnt ni aku jumpa Dr Hamizah. Sama nama dgn aku. Beliau yg akan handle case aku. Oklah dia bg next appmnt time aku 38w. Dan sekali lg aku kene byr utk appmnt ni dlm RM96. Adeeihh. Bgtahu suami, suami sengih jelah dalam kepasrahan. 

Appmnt ke3 ni aku tak dtg pada tarikhnya. Aku dtg time aku 39w. Punya lah pujuk baby agar cpt keluar agar x perlu buat check up lg. Tapi nak buat mcm mana, aku pun check up buat kali ke 3 dan bayar lg RM96. Baby disahkan besar tapi aku dibenarkan utk overdue. Next appmnt pada tarikh due ku 25 Sept. Mmg aku tak gi. Aku tahan je utk pergi time dh nak bersalin nanti.
Oklah aku bersyukur aku mendapat layanan baik dan mesra dari staff. Cuma Dr. Hamizah ganas sikit bila buat VE. Terjerit aku kesakitan. Overall servis bagus dan memuaskan. Diorg tahan je tak nak czer aku yg telah sakit 13jam dlm LR. Kalau swasta lain aku rasa kalau 6jam dlm LR dh selamat kene czer dah. Mereka ni mcm org awam yg seboleh2 tak nak kene czer. Bersyukur sgt. Memandangkan aku lama di LR aku stay 2 malam di GMC. So harga naiklah sikit. Dalam RM2300 semuanya. Walaupun terlebih bajet, tapi syukur kami masih mampu menanggungnya dr segi kewangan. 

Di GMC, nurse ada siap2 tanya nak BF ke after bersalin, so jgn risau mereka mementingkan kemahuan kita. Tapi mereka x mesra BF sgt. Terkial2 aku belajar nak susukan Ammar, nurse tu just senyum2 n tunjuk sikit2 je kat aku. Hmm takpelah, at least dia senyum kat aku. Hahaha.Kakak aku pun terpengaruh nak bersalin di sini. Hehe. Best kot swasta, suami blh teman, visitor boleh dtg bila2 masa. Yg penting GMC bukan mengejar profit (I guess...). Oklah nak kongsi gmbr bilik aku.


Aku ambil bilik Dahlia. So overall ok je bilik ni. Lupa nak tangkap gmbr tandas dan makanan yg disediakan. Tp oklah. Memenuhi standard kemanusiaan dan wang yg dilaburkan

 
Sila abaikan wajah ku yg kusam kelam tu


Kakak ku yg terpengaruh. Dapat bilik yg sama


Ustaz yg masuk tv pun pilih tempat yg low profile mcm ni. Ni yg bangga dgn ustz ni.

Sunday 7 December 2014

Majlis Akikah Ahmad Ammar

Assalamualaikum,
Selamat sudah Majlis Akikah buat anak kami pada 30 Nov 2014. Genap pada usianya 2 bulan. Seekor kambing telah digolekkan, lagi seekor ayah Ammar kata hutang dulu ya. Seperti biasa niat nak buat simple2. Last minute mak minta agar Ammar dibuai. Sebab dia dah selesa berbuai. Bagi nak bagi dia lena tidur sepanjang bermarharban, mahu tak mahu aku perlukan buai@buai dihias cantik@buai berendoi. Aduhai, penat duk google, fb bagai nak kan buaian yg cantik. Sebab terlalu last minute, mmg takde yg kosong lah utk disewakan. Dah redha waktu tu nak layangkan RM200 kebawah hanya utk buaian si kecil ni. Syukur, hikmah last minute, aku DIY sendiri. Jimat. Aku hias pakai barang lebihan ketika kahwin ku dulu. Dan Tarrraaa jadilah buaian berendoi ku. Walaupun x meriah dan vogue segala, aku cukup puas hati krn ber DIY dan yg penting duit tak keluar.

Dalam gmbr nmpk selebet sbb x di 360 kan. Kalau tgk on live mmg blh dpt pujian. Kikiki. Yakin je

 Majlis bermula seawal 11am. Kumpulan Marharban Lelaki dtg dgn speaker segala. Mmg meriah dan bergema lah rumah aku ni. Sesuai pula baju mereka dgn tema aku nak warna hijau. Majlis Akikah pun nak ada tema warna. Mengada sgt. Hahaha. Yg bagusnya Ammar tidur lena spnjg org bermarharban. Mmg kuat suara mereka dan memang lena Ammar dibuatnya.


Ayah Ammar kene pusing 7x melawan arah jam
Kambing golek
Order makanan utk 200 org, seekor kambing golek dan tambahan satu bahagian kambing frozen sbb takut tak cukup. Rasa mcm dah panggil satu kampung dan seluruh sanak-saudara, kenalan dan jiran tetangga. Akhirnya byk makanan berlebih. Agak sedih sebab takut membazir. So berusahalah mak dan suami membungkus, dan Kak Ita tolong hantarkan ke rumah2 kenalan. Dan syukur walaupun begitu, sedikit pun tiada pembuangan@pembaziran dr pihak kami. Taubat lps ni tak mau order banyak2. Kami juga silap percaturan, hujung Nov, waktu byk kenduri. Mmg x tertanggung lah kalau tetamu nak melantak kat semua kenduri. Takpe jadikan ini pengajaran utk next kenduri. Huhuhu.