Tuesday 28 October 2014

First Visit from BFF

Pertandingan memangku baby katanya. Dan pemenang adalah wanita disebelah bawah kanan. Cik Jurra kita.


Assalamualaikum,

Masa minggu kedua aku berpantang, kawan2 rapat dr UiTM dtg melawatku dan Ammar. Gembira atas kehadiran mereka. Yelah byk benda nak cite dan kongsi. Pengalaman bersalin, sakit kat tang badan, gangguan emosi time berpantang dan cerita cinta lama pun turut disembangkan. Hahaha. Dahsyat tul bila sekumpulan wanita apbl berjumpa. Semua benda nak cerita.

Alhamdulilah, kehadiran kalian menceriakan mood berpantang aku. Terima kasih atas hadiah hamper dan beg baby. Dah ambil gmbr kat hp suami, hilang pula. Semoga ada rezeki kalian pula yg menimang cahaya mata sendiri, tapi sblm tu kene jumpa jodoh dulu lah. Hihihi.

Thursday 23 October 2014

Luahan Rasa Ibu Berpantang

Assalamualaikum,

Tulisan ini bukan nak berkongsi apa yg aku makan dan apa yg aku buat kat badan aku. Aku hanya ingin meluah perasaan yg aku alami dlm tempoh berpantang ini. Seminggu pertama kelahirannya habis berubah rutin kehidupan kami bertiga. Waktu tu terdetik dlm hati, "wow dahsyatnya penangan si kecil ni." Aku mmg dah jangka ini yg akan belaku dan cuba bersedia dr segi mental. Namun apbl berada sendiri dlm tempoh berpantang mmg mencabar rasanya. Dengan nk menyusukn Ammar sambil kene hati2 menjg bhgn jahitan aku. Takut benar kalau terkoyak balik. Sbb ada kes kot utk ibu yg ganas time berpantang dan jahitan mereka terbuka dan kene jahit balik. Erkkk..

Apbl mlm menjelma atr tido dan tidak aku sempat mimpi yg bkn2. Bertambah penat otak dan badanku dibuatnya. Mcm minggu orientasi diuniversiti pula. Cuma ni lg dahsyat. Kehkehkeh. Aku cuba dok phm peel Ammar dan apa aku kene buat, camne nk handle Ammar dgn selesa dan mudah. Lps 2w, syukur Ammar dh blh tido lama dimlm hari. Aku pun dh layak utk menggunakn ayat know how. Hahaha. Berlagak sgt. Tp msh cuba bljr. xleh lupa aku kene pancut dgn kencing Ammar. Menjerit jelh aku mampu sambil mengelap apa yg patut. Hahaha. Sbr jelah.

Aku berterima kasih sgt pd mak dan suami. Aku bertuah memiliki mereka disisi spnjg tempoh berpantang. Kalau aku penat dan bosan, mak ada utk take turn tgk kan Ammar. Kalau aku geram dan buntu dgn rengekan Ammar, suami ada utk tlg pujukkan Ammar. Pujuk aku pun dia buat. Sobs. Terharu. Walaupun suami x romantik, tapi dia cukup baik dgn aku. Rezeki kami, Kak Lin byk bagi baju2 baby. Walaupun terpakai, tak kisahlah. Masih elok dan bersih dipakai. Kami byk berjimat tang tu.

Tapi seperti Oct thn lepas, bulan ni byk duit keluar. Byr roadtax kereta, kos bersalin, dan brg keperluan aku dan Ammar. Moga ada rezeki lebih buat kami dan anak ini, Ya Allah. Aku bersyukur sgt ragam Ammar masih munasabah dan masih mampu ku kawal. Tapi itu pun masih menuntut kesabaran yg tinggi. Tak blh bayang org lain yg berpantang di rumah mertua tanpa kehadiran suami disisi. Dgn nak handle baby yg sakit atau peel yg macam2. Alhamdulilah, aku dan Ammar diberi kesihatan dan kesenangan ini.

Tuesday 7 October 2014

Pengalaman Bersalin Ahmad Ammar



Due ku pada 25 Sept 2014. Pada minggu ke 34 nurse cakap baby dh turun. Aku expect kan bersalin maybe seawal 37w. Namun sampai tarikh due aku still tak ada tanda. Risaunya kerana aku tahu yang baby aku besar. Check up GMC (GOMBAK MEDICAL CENTRE, hospital swasta pilihan ku) 39w baby dah 3.1kg. Doc benarkan utk postdate, manakala nurse KKIA bg surat utk serah diri pada tarikh due sbb aku GDM dan perlu di induce. Aku ambil risiko utk stay dgn plan doc. Aku meyakinkan diri, diabetes aku tak teruk dan BSP aku still under control, dan baby pun baru 3.1kg. Maybe kalau overdue pun berat max baby 3.4kg. Itu apa dalam otak aku.

Hari berlalu, aku terus ternanti2 tanda. Jumpa mak mertua 27 sept, dia cakap maybe isnin atau selasa (29@30 sept) aku akan bersalin. Makbul doa, ahad malam, aku dapati setitik darah pada tandas. Bersyukur aku buat solat malam (2am). 28 sept berlalu begitu tanpa apa2. So aku ajak suami gi dating klcc. Nak makan waffle kat food court. Isnin malam ada tanda darah lagi. Isnin pagi darah ada lagi. Bersyukur dan tanpa rasa sakit yg kuat , kul 11.45am aku gi GMC. Cek ve baru dlm 1.5@2cm. nurse baru belajar yg buat. Begitu perasaan kene seluk dan separa bogel rupanya. Haha. Sakit boleh tahan. Apa saja demi baby. Cek ctg, kontraksi kuat, nurse tanya sakit tak? Aku jawab ok je. Tak sakit sangat. Syukur. Ada org 2cm dah tak boleh cakap dah.

Dapat bilik, suami balik. Aku bertawaf sekeliling bilik. Dgn harapan at least by tgh malam, (nak baby lahir hr isnin) baby dh lahir. Kul 4pm doc cek ve (ganas doc) sakit woo! Dalam 3cm. Sabar jelah sebab dah 4jam baru naik 1 cm. Patutlah tak sakit sgt lg. 4.20pm, nurse cucuk kat tangan drip ubat bg galakkan kontraksi. Sakit woo! Nurse br belajar juga yg buat sambil supervise by senior diorg. Berdarah lah juga tangan kanan aku ni. Nurse cakap take effect lps 1 jam. Tp bg aku terus sakit 2min kemudian, terbaring sakit, nmpk suami terus menitik air mata aku. Dalam hati berkata, Inilah permulaan detik2 pengorbanan seorang isteri utk suaminya dalam melahirkan zuriat. Aku terus lemah, terbaring. Gagahkan diri solat asar. Syukur swasta, tandas sebelah, mak tolong pegangkan dan papah kan aku. Entah rasa sakit dia melemahkan sendi dan emosi. Aku solat duduk.

Sakit terus berlarutan. Tak ingat dah sakit itu macam mana tp aku tahu ni baru gear 2. Bersabar, aku gagahkan solat maghrib. Sakit dtg dan pergi. Aku masih menahan sakit. Aku bersyukur, sbb kan swasta aku masih mampu utk menunaikan kewajiban, kalau aku sorang2 mesti aku dh tak mampu nak uruskan diri utk solat. Kul 9pm maybe, cek ve dah 6cm. Syukur. Ada harapan nak bersalin hari ni. (aku expect 8cm ke 10cm akan ambil masa dalam 30min. haha.buat fakta sendiri).10pm suami hantar mak balik, b4 11pm suami smpi semula. Nurse dtg dgn wheelchair tolak ke LR. Aku dah tak mampu berjalan (aku lupa sakit dia kat tang mana) tp yg penting ni sakit gear 3. Dalam hati dan otak berangan at least by 3am atau paling lewat 4am aku dh bersalin.

Sakit kat LR, tulang bontot, rasa kat lubang bontot tu sendiri seperti dihentak2 dengan penukul. Sakit gear 4. Aku banyak menahan sakit dibahagian tulang pinggul dan kawasan bontot. Sakit pinggang dan peha tak terasa dek sakit dibahagian pinggul. Nurse cek ve dah 8cm kul 2am. Aku bersyukur sebab aku dah malas menahan sakit gear 4 ni. Redha dapat bersalin hr selasa, yg penting bersalin.

Kul 3am, doc cek ve, aku expect dah full, namun berita yg kedengaran amat menyedihkan. Sgt frust, doc ckp 5@6cm baru ni. Aku buat2 redha (sakit yg menyakitkan buat org dh tak berapa siuman). Dan dalam masa yg sama ini dugaan dan bahagian aku, aku yakinkan hati, takpe at least by 6am aku bersalin. Doc ckp serviks ku dah bengkak sbb meneran awal. Doc pecahkan air ketuban by 3am, sakit gear 5. Sakitnya iaitu tolakan kuat seperti rangsangan maha hebat utk aku meneran, namun aku kene bersabar sbb belum full. Aku ikutkan je sakit tu mula2, sbbkan doc ckp jgn teran, nanti serviks aku bengkak teruk n kepala baby akan lonjong, so sakitnya adalah, rangsangan yg maha hebat itu  perlu dilawan dengan tenaga aku utk mengepit, menahan tolakan itu (inilah org cakap sakit yg taik dah nak terkeluar tapi tak jumpa jamban, Cuma ini sakitnya tak blh dinilai brp kali ganda). Bayangkan sakit gear 5 ni bermula dari 3am sampai 11am. Aku betul2 bertarung dgn diri sendiri, dgn masa, sabar dan berfikiran positif akan hikmah Allah. (serius nangis bila igt balik.betapa dahsyatnya gear 5 ini smpi aku dh tak peduli apa yg aku lakukan pd suami..sobs air mata mengalir) tapi aku tetap bersyukur, berjam2 lamanya itu, aku seperti mengimunkan diri dgn sakit itu. Mengatakan aku kuat, sakitnya, mimic muka dah mcm org tak betul. 4am, 6am aku duk suruh nurse cek ve. Tp still 8cm. Kul 7am aku disahkan demam dan kene telan 2 panadol dan dicucuk antibiotic. 8am, demam aku surut sikit.  8am suruh juga tp nurse kata tak blh takut infection sbb selalu sangat kacau bahagian tu.

10am, doc dtg still cek 8cm. Aku dah hampir putus asa. (dalam otak, sejauh mana dan lama mana Allah mahu memberikan bahagian ku atas kifarah dosa selama ini..sobs lagi). Doc ada suruh nurse naikkan dos pada drip tangan ni. Dari 16 ke 32 sbb low progress dan aku dh terlalu lama didalam LR. Melihat jam dinding 11am iaitu genap 12jam dlm LR aku betul2 mula berputus harap.
11.30am mak mentua dan mak aku smpi. Melihatkan mereka di dlm LR aku betul2 give up dan menjadi budak yg meminta tlg mak mereka “mak sakit mak, tlg mizah mak.”(ayat macam org merayu minta tlg utk berkongsi sikit rasa sakit ni. Rasa macam nak minta mati pun ada juga tapi tak nak sbb byk dosa lagi) “Nurse saya nak operate. Saya dah tak larat.” Aku rasa bukaan 10cm itu terlalu mustahil utk serviks aku. Dalam masa sama aku tetap bersyukur, baby aku still ok di dalam, dan kerana itu, bersalin normal adalah tidak mustahil.

Before 12 tengahari lg aku rasa nak berak, ikutkan by 3am lagi aku rasa nak meneran. Tp aku saja je ckp kat nurse rasa nak berak, nurse cakap nak berak, beraklah. Tepat 12 tengahari nurse dah readykan aku. Aku blur apa yg sedang berlaku. Tanpa inform ve aku dah 10cm, terus nurse cakap, “sekarang kul 12 kalau awak pandai teran by 12.15 awk dh blh jumpa baby”. Aku dh 10cm rupanya. Tak cakap pun. Doc datang dan 2 nurse guide. Suami disisi kiri. Kaki di ikat tinggi. Tangan pegang tali, aku meneran ikut sprt diajar.

Doc sentap lubang faraj aku ke bawah (gunting maybe tp aku rasa seperti disentap sakitnya). Nurse kiri tolak anak dari atas perut, nurse kanan cucuk semula drip di tgn kanan. Rasa mcm apa je waktu ni. Mcm diri ini sejenis mesin yg sedang dibaiki. Aku dah lemah, meneran lebih kurang (nak tak nak iaitu dgn smgt yg berbaki) dalam 3 kali. Baby keluar atas kerjasama doc dan nurse2. Kalau aku sorang mmg tak keluar baby ni. Doc main sentap je baby keluar. Sakit gear 6 masa doc tarik ke bawah lubang faraj. (cukuplah gear kita hari ni.haha) terus baby keluar letak atas dada, kene suction depan mata sbb baby dh telan taik n air ketuban sikit. “assalamualaikum baby, sorry ibu x pandai teran” Aku lemah sangat, tapi sgt terharu suami menangis teresak2 ditepiku. Bg aku tangisan suami waktu itu adalah hadiah yg paling mengharukan (sobs sgt bila taip part ni). Pastu baby terus dibawa pergi. Nurse just inform baby lahir kul 12.30 tanpa aku tahu jantinanya. Keadaan kelam kabut demi menyelamatkan baby dr jd kritikal. Apa pun aku tahu penderitaan gear by gear dh settle dan aku yakin baby selamat.

Dibius doc dijahit sambil tu dgr, kepala baby lonjong n berat baby 3.95kg. TERKEJUT MAK! Suami masih ada disisi ketika ini sampai lah suami pergi utk tgk baby utk azan,iqomat,tahnik n sujud syukur. Oh ya, tak terasa sakit dijahit. 30 minit siap, nurse tanya nak balik bilik tak, aku tanya pakai apa? Dia jwab wheelchair. Aku lemah sangat time ni so cakap nak tido je dlm LR. So oklah. Aku tido dr 1.15pm sampi 2.30pm. sepanjang tido, aku seperti termimpi balik, rewind balik saat2 13 jam dalam LR. Sungguh TRAUMA aku. bangun2, panggil nurse, tolak aku gi bilik. Kaki aku hilang semangat utk berdiri, menapak dan melangkah. Kan bagus kalau suami macam Malek Noor, angkat je aku dr LR ke bilik.haha. Dahsyat tul perasaan, kudrat dan smgt waktu tu. Darah keluar sangatlah banyak lps tu, so ibu mengandung jaga HB baik2.  Alhamdulilah semua selamat dan normal.


Hadiah dari Syurga
.


NOTA KAKI: kalau ada rezeki lebih dan lebihkan lah doa dan usaha, review hospital swasta mana yg bagus dan berkualiti dan terjamin. Sebab layanan baik (minta je cek ve, dia cek, minta itu ini dia bagi, aku dh stress sakit dia bg motivasi dan kata2 smgt), nak gi bilik air senang (nak berwuduk, mandi,duk tukar pad), nak solat dan nak mendedahkan aurat pun senang (bilik kalau single lah), dalam LR buat mcm dalam bilik sendiri. Slowkan air cond, dan padam satu lampu sbb silau (mengada sgt).  Suami blh ada disisi dr awal aku masuk LR sampai lah kene jahit tu. Pastu ada radio ayat2 berzikir sepanjang dlm LR. Apa pun depends. Allah bagi aku lebih disini, tapi bertarung, berjihad dan berjuang yg amat dlm LR. REZEKI DAN BAHAGIAN MASING2.