Thursday 28 February 2019

Jalan-jalan Sabah (Part 2 2019)

Assalamualaikum,

Kita sambung ya, kami solat subuh dlm 5.45am. Buka pintu bilik mmg nmpk jelas. So excited. Kejutkan anak2 jalan2 sekitar hotel dan bergambar. Start breakfast dlm 7am. Siap2kan anak2, packing barang dan check out dlm 8.45am. Hbs laju dh ni. 



So 1st destination kita ke Desa Dairy Farm. RM10/2 adult. Ammar, Aqeel FOC. Parking mmg penuh. So kita rilex tepi jalan dulu, Aqeel pun tido waktu ni. Aku dh redha x keluar kete sian kacau anak tido. Sekali dia bgn, parking pun dh ada kita pun apa lagi. Start nmpk tmpt org beratur panjang. Beli ais krim. Makan ais krim dulu, br bergambar dgn lembu. Lepas tu bergeral ke tmpt proses apa ntah, tp x beroperasi. Cuaca panas kat sini ye dgn silau lagi. Kita bergerak ke Kandang Lembu. Bagi makan rumput dan susu botol. RM1 utk rumput dan RM1.50 utk susu botol. Pengalaman yg menarik utk kami anak beranak, rugi kalau tak singgah. Hampir 2 jam disini dlm 11am gerak ke Fish Spa.






Dlm 12 tengahari sampai. Beli tiket RM10/2 org RM3 camera fee. Walau panas, byk pokok so kurang kene terikan matahari tu. Suami je berani rendam. Rugi tul bawa aku. Hahaha. Ammar duk campak2 mknn ikan pun happy dh. Rasa2 dh puas disini kita pun bergerak balik dlm 12.30. Hahaha sekejap je rupenya. Oklah agak rushing nak kejar lunch Lokan Panggang kat KK. 2 jam perjalanan mahu kebulur.




Akhirnya jalan punya jalan sampai lah area gerai2 jual Lokan Panggang dlm 3pm. Singgah speedmart b4 tu beli air mineral. Tu yg lmbt. Punya byk kedai, last2 pilih kedai GERAI SAHABAT 2. Lama betul 2 org shbt ni masak. Sampai azan asar lah. Hahah. 3.45pm dh asar ye kawan2. Sabar jelah. Biasa2 je utk tekak kami. Kene dlm RM35. Lokan kecil RM10 ,nasi goreng 2, jagung bakar, dadih jagung, air kelapa sejuk dan panas. Mungkin Kene try kedai lain or menu lain br berbaloi. Mendidih gaklah menunggu makanan. 


Atas kesabaran kita dpt bilik suite di Winner Hotel. Minta Family room. Byrn hotel RM236 utk 2 mlm termasuk tax. Sbb suite dpt bath up. Suka budak2. Terbaik lokasi hotel ni. Kau seberang hotel dlm 2 blok bgnn dh sampai Pasar Filipina, sebelah dia kedai Kraftangan. Mmg jalan kaki je dh smpi. Lps check in dlm 6pm mcm tu kita jalan2 beli sayap ayam RM3/2 org. Mmg x cukuplah walau dh kenyang mkn lokan tadi. Sedap sayap ayam ni. Lps balik PASAR FILIPINA, shopping baju sehelai di PUSAT KRAFTANGAN. Balik hotel, rest. Esok jelah dinner gempakz, perut kenyang lagi.
Rezeki minta family room dapat bilik suite. Tu ada bath up tu

Ni kedai plg hujung dari sepanjang gerai sayap yg ada di Pasar Filipina. Biasalah sekejap nak sekejap tak nak. Nyesal beli 2 ketul je



Jalan-Jalan Sabah (Part1 2019)

Assalamualaikum,

DAY 1 (Ahad)

Alhamdulilah baru balik bercuti dari Sabah (24-27 Feb 2019). Percutian 4 hari 3 malam dari hari Ahad hingga Rabu. Dapat tiket flight Airasia dirasakan agak murah dlm RM200 sorang pergi balik. Infant RM100.  Kami pergi dalam 4 beranak. Kami suami isteri, Ammar 5 tahun dan Aqeel 1 thn lebih. So total dlm RM700 tak termasuk meal inflight dan seat request. Bertolak dlm 6.40am dari Sentul sampai KLIA 7.45am. Naik MYCAR sebab adik suami bawa MYCAR, so bg upah lebih dlm RM100. Kalau grab dlm RM65 + RM12 (duit tol). Flight di KLIA2 dlm 8.40am tiba di Airport KK dlm 11.15am. Dlm 2 jam 35 min perjalanan.


Touchdown, kita gerak ke arah imigresen. Pegawai minta cek ic. Dia akan bagai satu resit imigresen. SILA SIMPAN. Nanti nak balik, time cek tiket pegawai dikaunter akan minta balik resit tu. Lps settle contact kete sewa. Alhamdulilah dah sedia menunggu. Booked dari GLOBALLEPA. Website yg boleh dipercayai. Minta Saga FLX Auto RM250/2hari. Dpt kete Persona. Ok rezeki. Depo RM50, byr baki masa ambil kereta. Diorg minta ic,lesen, isi borg, cek keliling kete, ambil gmbr kita dgn kete, ambil gmbr ic dan lesen kita. Utk keselamatan company diorg juga. Dpt kete dlm 3 bar minyak. So oklah. Kete lawa je, seat dlm faham2 lah dh ramai guna, nmpk peta2 nya.



Bergerak ke stesen minyak. Isi dlm RM40. Destinasi pertama, tak dirancang, RUMAH TERBALIK. Mmg 1st day plan nak terus ke Kundasang. So dah nampak signboard, kita singgah. Fikir mcm best utk Ammar kita pun masuk. Tiket RM12 utk dewasa, RM6 utk kanak2. Dlm rumah tak boleh ambil gmbr. Ada pekerja yg akan perhatikan kita. Mereka baik dan lembut. Terangkan apa yg patut. Lps tu diluar rumah boleh beegambar puas2. Berbaloi ke tak, entahlah. Dah bercuti namanya, layan jelah, kat kl x pergi rasanya.


So kita bergerak ke Kundasang, aku dan anak2 dh tertidur. Nak dekat sampai Pekan Nabalu baru terjaga. Perut minta diisi. Lunch ala kadar di NUR CAFE. Mee goreng sepinggan, milo panas,teh o panas. RM10. Besar pinggan dia. Makanannya sedap. Kene dgn tekak aku. Boleh lah sorg sikit. Air sejuk tak ada katanya. Kat Pekan Nabalu ada platform utk bergambar berlatarbelakangkan mountain view. Mmg luas pandangan. Bersyukur berhenti sini. Mmg tak singgah kedai2 sbb dh letih n nak cpt sampai hotel.


So terus ke Kundasang dlm 30min. Nampak signboard MILE 36 LODGE, disebelah kiri. Tapi kita teruskan ke Pekan Kundasang, nak tapau KFC buat Dinner. Malas keluar dh lepas check in. Beli dinner plate dlm RM20. So check in hotel dlm 3.30pm. Booked melalui hotel. Wasap dan depo RM50. Sebab aku nak bilik Begonia, aras atas, katil besar. Kang pakai Agoda mana2 dia cmpk aku. RM140 semalam include breakfast. So itulah cerita first day aku.







Monday 25 February 2019

Pengalaman Menginap di Mile 36 Lodge Kundasang

Assalamualaikum,
Welcome to Mile 36 Lodge

Bilik Begonia No.25
Pros:
1. Hotel mudah cari. Tepi jalan utama nampk signboard. Lps Kinabalu Park, sblm Pekan Kundasang
2. Air panas utk buat mandi, di sinki berfungsi. Pandai2 lah adjust atr panas dan sejuk dia.
3. 2 selipar disediakan so guna utk dlm bilik air dan kat bilik. Lantai sejuk oit
4. Katil supersingle twin. So bila rapatkan jadi super king
5. Air panas buat minum disediakan di aras tertentu. Boleh pakai termos yg disediakan utk isi air
6. Bilik luas ( utk solat, letak beg, sepah2 barang)
7. Friendly staff, balas wasap, guide ke bilik
8. Iron minta kat receptionist, percuma
9. Harga agak murah (RM140) dpt free breakfast (roti dan pelbagai jem, maggi goreng,nasi goreng, air kopi dan teh)
10. Ada balkoni so mmg nmpk mountain view😯😯
11. Bilik Bersih, kemas, no complain



Sampai2 rapat katil terus br ambil gambar

Kat balkoni. Jaga2 kalau bw anak kecil

Ni gambar dlm 6am. Dari tingkap x nmpk, buka pintu baru jelas. Rasa majestic sgt.

Ni kat gazebo yg disediakan. Mmg lawa, just camera hp je buat slack gmbr😤

Cons:
1. Diperbuat dr papan, anak kau buat bising, org dgr, jiran berborak mlm2 buta kau dgr, jiran sebelah berdengkur pun kau dgr
2. Tanda kiblat x disediakan. Guna hp cr kiblat ok.
3. Air paip bergetah tiada. Kau kene tampung air by cabuk yg disediakan utk basuh chin chin or verak kau. So ambil wuduk disinki
4. Wifi tak ada walaupun dh masukkn pssword bagai. Pakai internet sendiri jelah. Nasib umobile aku masih boleh diharap

Cebuk biru, byk jasa dia.Kahkah


PS: Sejuk amat, aku x leh lelap. Jenis x biasa aircond. Ni kalau aircond buatan aku dh turn off.Sanggup install Apps cek temperature bilik.
16 •C. Perghhh sejuk gigil.


Overall aku bg 4 bintang dari 5 utk harga yg aku bayar ia berbaloi. Cuma maybe kalau kau ada duit lebih, menabung dr kecik utk realisasikan impian percutian yg gempakz. Bayar mahal sikit utk penginapan. Cons aku ni cuma anasir luar so rezeki kat situ. Yg penting hotel dh sediakan basic keperluan dgn baik.

Hope dpt memberi pencerahan pada pembaca yg cari info pasal hotel ni.

Selamat bercuti~~

Wednesday 13 February 2019

Ammar Speech Delay

Assalamualaikum,

Banyak pula nak kongsi. Pengalaman kan, atr benda sedih, perit yg kita hadapi dlm hidup, kita x boleh lupakan tapi syukur Allah bagi lps juga keadaan itu bagaikan angin lalu. Padahal masa ujian itu hadir, rasa lama sgt dan tertunggu2 pengakhirannya. Dgn masa ia pasti berlalu.

Ya Ammar speech delay. Tipu kalau aku x terfikir anak aku autisme. Dh masuk taska masih x berapa jelas cakapnya. Masih cakap jerman. Brp butir perkataan dia boleh sebut. Bila igt balik nk dkt 3 tahun birthday baru dia dpt panggil aku IBU. Sebelum tu BABU. Bukan main payah. Terharu dpt dgr dia panggil aku ibu. So rasa mcm teruk je anak aku ni, dgn masalah gigi, masalah x nak makan duk hadap botol lg. Pening plus sedih plus looser sgt. Dh ada Aqeel waktu ni.

So apa aku boleh buat utk membetulkan balik keadaan yg buat aku down. Aku duk search lah tmpt terapi utk anak aku. Mahal, so x proceed. Kita gi kkia dulu, doc suruh refer ke HKL bhgn khas. Masa cek kkia bulan 11 mcm tu. Dia nasihatkan kita htr anak ke playschool, bg bergaul. Tu sbb bulan 12 daftar Ammar masuk taska utk budak 4 tahun. Risau sgt dgn pampers on off pakai. So tawakal. Byr lah RM150 bulan2. Instead of htr terapi kita htr taska bagi bergaul. Bg dia berkomunikasi.


Bulan 1 gi hkl utk screening mcm tu kat Klinik Paed. Dpt appmnt utk ke bhgn kanak2 pakar dlm speech ni. Kat hkl juga. Bangunan yg tulis bahagian pakar tu. So kita gi, jumpa pakar terapi. Result anak aku mmg delay. Byk word penting mcm anggota badan x tahu. Sedih. OT tu ckp nnti bulan 4 dtg lg. Tapi dia kata by then Insya Allah dh ok rasanya. Dh masuk taska kan.



And yup betul. Aku x perasan bila, tapi dlm Julai mcm tu aku dgr anak aku mcm membebel. byk ckp. Cikgu pun tegur, Ammar dh byk ckp mcm budak2 lain.

Alhamdulilah. Bulan 1 x brp nk ckp, bulan 7 dh ok ckp. Skrg dlm setahun kemudian, 4 tahun 5 bulan membebel Ya Rabbi. Letih dgr, smpi kadang2 minta dia senyap sekejap. Adus, kufur nikmat jap. Dulu nak nangis igt, duk google,  fb baca anak org x leh ckp. Skrg Alhamdulilah, Ammar sihat mcm kanak2 normal yg lain.

Ammar Berhenti Botol Susu

Assalamualaikum,

Entah tiba2 terasa nak kongsi cara Ammar berhenti hisap botol susu. Tapi still susu masih diminum ya. Seingat aku, masa Ammar 3 tahun 6 bulan mcm tu. Ammar sepanjang dia hisap botol ni sepanjang tu lah dia x berapa makan. Dia membesar dgn 90% susu formula, makan dlm 10%. Itu pun aku x igt dia makan apa. Mmg itu atr main concern aku. Berdoa berharap pada Allah sgt agar dia berubah. Syukur, bila igt balik phase tu dah berlalu.

Comelnya ank aku. Rindu zaman baby Ammar

Dah ada adik hisap botol lagi


Mmg faktor terbesar budak x nak makan ni sbb bergantung pada botol susu. Dia bukan hadap sgt susu tu. Yelah ada masa kita buat ikut sukatan, ada masa kasi cair sbb dia ketagih punting. Aku x ajar anak hisap punting kosong. Akibatnya mmg dia x nak mkn, gigi rosak. Pagi petang siang malam, malam buta botol je hadap.

Bila dah 3 tahun lebih. Adik dia pun dh ada, dia pun dah praktis potty training, dh masuk taska dh pun (birthday Sept), so rasa mcm dia dh besar sgt, meh lah kita stop hisap botol. Sampai bila malam2 buta duk nk buat susu sampai 2 3 kali kan.

So waktu ni dia dh faham, satu pagi sabtu mcm tu, aku pegang tangan dia, sambil pegang botol susu kat sebelah kiri, menuju ke tong sampah dpn rumah. Aku buka penutup tong. Aku ckp "Ammar, ibu buang botol susu tau, dah tak ada lps ni hisap botol., cakap bye bye" Dia faham, dia yg ambil botol dan campak ke dalam tong. Aku tutup penutup, dia cakap bye bye. Tengahari tu aku ckp kat mak aku yg aku dh buang botol susu. Mmg xde spare, so hadap je sbrg kemungkinan. Instinct aku kuat kata everything will be ok, dan aku x kan tunggu lagi. Mak aku mcm terkejut n risau. Aku pula rasa sbnrnya dh lambat n lama sgt hidup dgn botol ni.


So Alhamdulilah, bila tengahari minta susu, aku igtkan, botol xde tau. Tadikan Ammar dh tolong buang. Aku igy dia senyum2 gelak mcm tu. Entah start bila aku x igt, mula lah episod Ammar makan dgn baiknya. Tidur mlm lena mcm org dewasa. Malam2 sblm tidur kita bagi dia secawan susu. Bg cup baby yg comel lah. Ada straw. Sippy cup. Bw dia gi kedai, suruh dia pilih sendiri. Dan syukur semuanya ok. Alhamdulilah Allah permudahkan satu bahagian dan sprt aku katakan tadi, masalah berat, pening anak x nak mkn pun berlalu. Syukur.