Saturday 31 October 2015

Ujian anak Demam

Assalamualaikum,

Sesungguhnya setiap kali aku merancang utk keluar, stp kali itulah Ammar akan ditimpa sakit 2 3 hari sebelumnya. Melainkan keluar yg tidak dirancang. Kadang2 terfikir apakah hikmahNya. Perkara ini start pd 17 Sept. Wedding Nik. Aku nk sgt reunion dgn Ohana dan memperkenalkan Ahmad Ammar. Excitednya Allah je tahu. Hari Rabu Ammar demam. Mmg aku tgl kan je anak. Pergi berdua dgn suami hari Sabtu tu.

2nd, 11 Oct. Ni lg super excited. Nak jalan2 ke Seremban dgn geng baik UiTM. Excitednya Allah je tahu. Mana taknya. Last bergurau senda, berborak mengumpat bercerita time wedding Zura bulan 5. Itu pun x brp borak sbb tgh nk tgk Zura bernikah. Dapat pula meja bulat. Borak2 dgn Najwa je. Aku pun tgh sakit kepala.
So hari Khamis Ammar demam, esok Jumaat terus bw gi klinik. Terfikir2 utk x join. Yelah anak sakit kan. Tp Alhamdulilah demam yg ni suam2 kuku tp masih merisaukan. Last2 aku gi juga Ahad tu, dgn berfikir Ammar ok. Suami pun bg pergi. Terima kasih abg!

Dan sekali lagi, 1 Nov iaitu esok sempena 2nd Anniversary. Hanya Allah yg tahu betapa super duper triple excitednya aku. Padat n panjang berjela tentatif aku spnjg 3D2N aku. Namun Ammar diserang demam panas yg menyedihkan hari Khamis malam Jumaat. Jumaat petang just gi klinik Idzham dpt ubt demam je. Mlm td demam dia betul2 panas menggamit memori sakit teruk Ammar seminggu seblm raya aidilfitri. Ya Allah hilang terus excited aku ke Langkawi esok ni. Keputusan utk hr esok masih tak dapat dipastikan. Mungkin redah je atau mungkin semua duk rumah. Dan aku masih terfikir2 apakah hikmahNya 3 kejadian demam Ammar ini.
:'-(

Ps: Menaip sambil memangku Ammar diriba

Saturday 24 October 2015

◎◎ Preparation to Langkawi ◎◎ 3D2N Schedule√√

Assalamualaikum,

Excited punya pasal plus nk pastikan xde benda menarik yg tertinggal plus nak plan masa baik2 dgn nak bawa baby lagi plus nak jdkan ia sebest n seiatimewa mungkin plus aku mmg byk masa pun bila bab2 merancang ni. So layankan jelah※※

 

P/s: Dalam hati duk berkira2 nk merasa tak 6D cinemotion, parasailing, Island Hopping. Kene pandailah tukar2 dgn suami nk jaga Ammar. Bajet tul 3d2n tu mcm 5 hari perjalanan. Hahaha.. Tambah pening fikir baju apa yg sesuai. Sbb dgr kata cuaca kat sana panas. Tp nk melawa juga. Special katakan. Adeihh ada gark kene hempuk lps ni. Apapun harap dh x jerebu dan dipermudahkan urusan. Ameen..








Friday 23 October 2015

Ammar AnD HIs liTtlE SteP

Assalamualaikum,

Saat menakjubkan pun tiba. Dulu duk sibuk tunggu Ammar meniarap. Tunggu Ammar merangkak. Tapi yg pasti berjalan adalah saat yg mana2 ibu bapa kat dunia ni paling nantikan. Ammar very 1st step adalah pada 1 Sept. Kat area sofa. Just setapak je, teruja tu Masya Allah. Mcm anak tu br berjaya mendaki gunung Everest. Hiperbola tak aku describe kan that special moment. Mmg aku pahat dlm2 memori indah tu. Seperti biasa aku target@bajet dalam hati, lg 2w iaitu b4 genap setahun Ammar akan berjalan.

Hihihi. Jawapannya tak. Ammar dh 1 tahun 3 minggu br Ammar konsisten berjalan. Lg tepat 22 Oct. Ammar dh tunjuk tanda2 berjalan lebih kerap dan sedikit demi sedikit dh x nak merangkak. Alhamdulilah. Syukur. Maybe lambat banding dgn anak2 kenalan yg b4 setahun dh berjalan. Namun aku tetap bersyukur Ammar membesar dgn normal.

So smgt lh juga rakam 2 3 video bukti/kenangan yg dia dh berjalan. 

Wednesday 21 October 2015

◎◎ Preparation to Langkawi ◎◎ Boarding Pass √ Hotel Voucher √

Assalamualaikum,

Sempena 2nd anniversary perkahwinan kami pada 1 Nov, aku memang merancang utk jadikan hari tersebut seistimewa mungkin. So apbl nk istimewa ni, honeymoon adalah perkara yg paling tepat. Ammar kenelah bawa juga. Takkan nak tinggal.Hihihi

So memikirkan bila lg nak merasa kapal terbang, dgn nak bawa Ammar pada harga infant, aku mcm berapi2 sgt nk naik flight. Keputusan tmpt yg kurasakan tepat, sesuai utk memenuhi kemahuan aku dan keperluan Ammar, Langkawi tempat yg dituju. Suami mesti ok nya.

Langkawi sbb dia ada pelbagai aktiviti yg blh dibuat, bukan mandi pantai atau snorkeling semata2. So yg bagusnya langkawi ada tempat riadah,melawat dan paling best cable car tu. Harap takde aral lh hari kami nak naik tu.

So, 2 bulan sebelum aku dh usha harga tiket airasia. Cari juga MAS dan Firefly. Saja tgk2 mcm tu je. Harga boleh tahan. RM53 paling murah utk adult. Tp awal sgt time tu, suami kata x yah beli lg. Skrg lg 2w aku pun dh start sedih n mcm kecewa sendiri sbb harga tiket dh mahal. Blh jd RM99 dan RM145. Sbb mmg bajet nak pergi dan balik dlm tengahari.

So, cakap kat suami, on juga plan kami. Aku terus tekadkan hati, beli tiket, siap bayar. Malam 17 Oct. Apa nak jadi, jadilah. Sbb bila dh beli tiket, possibility utk smpi sana dlm 70%. Melainkan mmg Allah x izinkan ia berlaku. So mmg senang n lancar pula nak booking tiket flight. Risau juga kalau tersilap tekan. Bayar melalui maybank2u. Aku sponsor bab flight ni. Oklah RM467, x ambil luggage, ambil seat dan skybus. Punyalah dh sedih2 2 hari sblm igt utk flight semua dlm RM500++. So dh bayar, dh dpt internary semua aku bersyukur, walau duit maybank aku kopak. HAHAHA. Sampai bila duk jeles tgk org naik kapal terbang, as aku nk duk booking pun berkira2 n sedih sbb mahal. Takpelah anggaplah ni pelaburan utk sebuah pengalaman yg indah. Kata nk istimewa kan. Ni lah yg plg istimewa yg aku dpt fikirkan.

Boarding pass anak beranak. Punyalah resah bila bab2 web check in. Alhamdulilah mudah rupanya. Suami print kan. Senang je keje. Hahaha

So, sbb booking flight berjalan lancar, aku terus ke agoda.com nk booking hotel. Malam pertama kami Insya Allah akan di pekan Kuah. So berdasarkan review gempakz dan dekorasi moden kontemporari, aku pilih hotel G Langkawi. Walau agak jauh dari tmpt shopping, aku akur sbb aku fikir hr istimewa mesti seiring dgn hotel yg kelihatan mewah dan menggembirakan. RM114 ye termasuk service charge. So berpada2lah mewahnya. So dh yakin nk booking, bayar guna kad kredit suami. Best2. Dpt lah email dr agoda tanda confirm booking.

Hotel voucher. Just tunjuk ni time nak check in. Tp mesti dh call hotel tanda confirn ada nama kita. Kang sistem kata xde naya je.

Teruskan lagi sesi menghabiskan duit, iaitu booking hotel malam ke 2 di Pantai Cenang. Seronoknya pindah2 hotel ni. Dh buat sepah kat hotel tu, dtg hotel baru. So sama juga konsep pemilihan hotel. Beriye2 aku cek 2 bulan sblm nak dekat. Siap buat notes banding2 kan hotel. Last2 review org yg kata fantastic juga menjadi asbab aku pilih hotel.

Dah mcm nak buat karangan BI, pilih mana yg terbaik. Last2 x pilih yg ni juga. Pilih ikut review org juga. Harap2 berbaloilah pilihan aku nanti.

 Hotel2 yg aku pilih ni br dibina n haruslah moden. Kalau cadar dan katil lbh kurg bilik aku, x istimewalh namanya kn. Oklh hotel ke2 Ziella de Villa. RM99. Haruslh berpada2. Dekat dgn Pantai Tengah rasanya. Ikut plan nk mandi pantai pagi hr ke3. Insya Allah. Semoga Allah permudahkan perjalanan kami di sana.

P/S: Tahun ni, bulan Oct menyaksikan duit habis dgn dahsyat sekali. 2013 duit nak kahwin, accident n roadtax. 2014 duit bersalin, baby dan roadtax. 2015 duit roadtax dan langkawi. 
Bestnya preparation ni semgt sama mcm prepare nk kahwin. Tu yg best. Yg duk usha blog pasal langkawi, airasia dh sama mcm aku thn lps time nak bersalin. Hihi. Best tul lh pengalaman stp sept-nov dlm 3 thn berturut2 ni.


Sunday 11 October 2015

Kerja oh Kerja

Assalamualaikum,

Apabila semangat dh dtg utk bekerja, jobstreet lah tmpt dituju. Nak kepala fikir nk jd pendidik. Yelah sbb itu pengalaman yg aku ada. Mcm lbh sesuai dan mudab utk digapai. Alhamdulilah ada panggilan interview. Waktu tu rasa mcm dh dpt gaji peetama. Mula verangan yg mcm2. So mmg prepared apa yg patut. Agak dhsyat juga preparation kali ni. Rasa mcm wajib dpt.

So Isnin, 2 hari sebelum minta Abg bw gi cr tmpy IV kat Bangsar. Wow tempat org kaya2. Rumah atas bukit dan begitulah juga bangunan HR tu. Hmm mohon sbg Teacher kat Worldview International School. Siap minta doa dari Ms Adzu, Cheqot dan Kak Haizum. 

Sampai sana,dgn skirt yg siap dibeli dgn Abg kat Festival City aku pun ready dgn hafalan skrip. Masuk2, siap isi form company panjang berjela, rupa2 nya nk cr teacher utk pre school. Terkejut,tergamam. Tp mulut kata ok,interested,nak,boleh je semua. Tukar diaper pun boleh. Minta nak ajar Bahasa kat budak2 local n expatriate kid. Hmm oklah lg. Shift kerja pun ok. Sekali nk demand gaji, diorg kata RM2k adalah mahal. Mmg logik pun. Tp saja tanya gark. Last2 nk balik aku kata ok utk next step. Spnjg perjalann balik aku duk fikir aku mcm kene tipu sbb aku mohon lain,dpt lain. Walau waktu tu mmg confirm dpt keje. Tp jauh, n just RM1.3k. Tak berbali n aku bukan nk jd cikgu tadika. Terus call HR td kinta cancel. N dia pun ok je. Lega aku. Tak yh dtg dh utk next step. Pengalaman lama mengajar aku. Jgn mula lgsg kalau tahu ragu2,mcm kene tipu,sng2 dpt kerja. Walau kali ni nmpk lg proper,tp aku tetap rasa tertipu.

Semoga ada kerja yg baik menantiku

Melawat Nuh Firaz

Assalamualaikum...
Alhamdulilah atas timbang rasa suami dan perancangan rakan2 yg Allah izinkan dpt kami kwn2 berkumpul utk ke Seremban. Melawat baby Zai. Ada 6 org semuanya. Aku, Raden, Echah,Et n sepupu, Najwa dan Eiya. Hepi sbb dh lama tak borak,usik mengusik,menokok tambah dialog dan situasi n of course gelak tawa. Bersyukur demam Ammar tak teruk n Hasni tolong jagakan Ammar sbb suami ada tugas sempena Hari Sukan Negara. 

Lama juga berborak,berceloteh di rumah Zai. Dlm 11.30 smpi sana n nk balik dekat kul 1pm. Sempat ambil gmbr dgn baby individually. Nk buat contest katanya. Awkward aku bila dukung Firaz. Yelah lembik lg walau dh 2 bulan. Risau je takut jatuh. Hihihi. Mcm dh lama sgt x pegang newborn ni. Sygnya Firaz dh x minum susu ibu. Hmm rezeki masing2. Seriously lupa jap kat anak suami. Seronok sgtlah katakan.

So after dr rumai Zai kami gi Aeon Seremban. Makan kar foodcourt. Pastu borak2 sampai kul 4pm. Mcm2 cite keluar walau keadaan mcm bingit dgn announcement. Ok je. Aku dh hbs mkn,melantak mknn kwn pula. Hoho. Mmg byk mkn dh aku skrg ni.

Tapi dlm byk2 cite n aku hargai ialah dr 2 org kwn aku ni. Kami dpt borak hal family apbl ber2. Sekali dgn Eiya dr rumai Zai ke Aeon n sekali dgn Raden dari S.alam ke KL. Sesungguhnya semua org diuji. Dgn perkara yg paling kami x suka. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita. Meringankan segala ujian dan bebanan. Dan akhir sekali terserah pada kita dlm memandang situasi itu dlm sudut yg bagaimana.

Syukur atas waktu dan kesempatan bertemu semula kwn2 U. Hepi. Terharu pun ada. 
P/S: Nak jd cikgu tuisyen jugalah mcm Et. Byk gark duit dia dpt walau part time.

Wednesday 7 October 2015

Similac LF --> Anmum Honey --> NAN --> Dugro <--> Anmum Honey

Assalamualaikum,

Ammar dh setahun. So susunya perlu sesuai dgn umur dia. Alhamdulilah dpt beli yg lbh murah. Dpt berjimat sikit. Sori ye Ammar. Ayah sorg je keje. Sian ayah.

Oklah, disebabkan Anmum baik ada pos sample, so smgt nk bg Ammar. Dia mcm x nak. So takpelah. Maybe dia baru lg, terkejut lg. Lama2 nak lah kot. Mak pun ckp yg sama. So dgn sample msh ada dlm 4, b4 gi mkn2 sedap sempena birthday Ammar, kami singgah beli Anmum perisa honey, sebiji dgn sample dlm 500g. Hope Ammar akan nak takkan reject. Last2 esoknya dia still x nk. Mlm tu tido minum sbb x perasan atau dh lapar sgt.

Alhamdulilah ada stok dugro yg bwh 1 thn. Pernah beli dulu n x hbs guna. Simpan dlm peti ais. So ok. Ammar nak terus. So mmg confirmlah dugro pilihan hati. Tapi terpengaruh dgn blog, susu NAN xde sukrose n ada bakteria baik utk usus baby, so nk juga beli NAN. Anmum pun xde sukrose, tp sbb mcm dh tahu Ammar reject Anmum, aku pilih gark NAN depan suami. Last2 bila bg Ammar mcm cirit. Ok aku menyesal. Sbb sah2 dh tahu Dugro yg menjadi pilihan selera n perut Ammar.

Tak hbs juga NAN. Beli dugro. Kembali ok, x cirit. Maybe aku rasa waktu tu nak beli juga susu yg tengah2. X nak murah sgt mcm dugro. Tp hakikatnya Ammar anak yg mulia, x nak bebankan ayahnya. So dugro pilihan hati.

Time dugro dh hbs, Anmum yg lbh hr tu, aku bg je. Eheheh nk pula. Ok minum. X cirit. So ok jugalah Anmum ni dgn Ammar. Tp ikut mood juga perut Ammar ni. Oklah aku decide dugro step 3 utk anak aku.

P/S: Susu NAN je yg tinggal sikit. Nanti2 lah aku campur dlm dugro kasi habis. X baik membazir. Hihi. I love dugro. Murah dan DHA nya tinggi 53/100g
Serabut n resah juga hati ni bila nak tukar susu. Sbb Ammar duk cirit n demam2 sikit. Adeh sedih pun ada. Alhamdulilah Allah selesaikan juga ujian ini.