Wednesday 22 July 2015

Raya 2015

Assalamualaikum,

Selamat hari raya. Mendebarkan betul nak raya tahun ni. Anak sakit tapi nak juga balik Kuala Kangsar. Padahal tu beraya rumah suami. Macam baik n mithali pula bini yg smgt nak beraya kat kampung mertua.

Tp Ammar tak sembuh2. Mmg ikutkan hari Selasa 3 hari b4 raya mmg x nak balik kampung. Sian kat anak sbb dia belum sembuh sepenuhnya. Tp syukur, lps jumpa Doktor2 dan Ustaz(Betul2 ramai. Usaha sungguh2 nak sihatkan anak)dapat ubat, air penawar n susu baru bagai, Ammar kelihatan pulih dan kami pun slmt pulang pada hari Khamis sehari sebelum raya. Mengambil masa 4 jam perjalanan. B4 tengahari dah sampai. Syukur.

Aku bawa 3 pasang baju raya, which are 2 baju kahwin n satu baju baru. Heheh. Semangat nak raya, siap kat tgn hari Rabu smpt buat lukis inai. Ini sbb kebetulan terjumpa org lukis2 ni kat Giant Bt Caves. Apa lagi mmg smgt nak buat, nak merasa. Walau dlm hati ada risau sbb nanti mak mertua n biras yg alim tu akan nmpk. Arghh pedulikan. Yg penting aku ckp nak rasa, nak jd diri sendiri. Wehuii. Habis RM30 sbb termasuk pembelian inai nak buat kat kuku sendiri. Quiquqiqui. Mengada. Mana taknya, suami bg duit belanja. Seronoklah.

So cite pasal raya balik, aku smpi je KK terus tak bertangguh tolong prepare bawang2 dan seangkatan utk masakan raya. Rajin melampau2 kat situ. Serious hilang segala letih perjalanan 4 jam td. Kalau rumah sendiri dh terbongkang rasanya. Just tunggu nak celik bila berbuka je nanti. Tettttt. Mengata ke??? Haha

Pagi raya, ucap slmt hr raya kat telinga suami masa bgn dr tidur. Bajet sweet sgt. Siap2 dan gosok baju warna ungu. Bajet nak ikut tema sikit dgn keluarga biras n Akim. Igtkan dptlah take picture family ke apa. Last2 nan hado. Ni keluarga normal. Kalau ada, adalah. Takde tu mmg biasa. Haha. Kul 9 solat raya. So ada byk masa, n relax je mcm xde benda.

Balik raya, dh bunyi kelam kabut. Aku pun dh lawa2. Igt nak salam raya, nan hado, mak cik mana ntah bertengek makan kat dapur ada lah. Erkk pelik. Cepatnya tetamu dtg. Mmg cepat ppun oit.

Satu keluarga dtg dlm kul 10 lbh mcm tu. Gaya waktu tu rumah macam kedai, tmpt makan slps solat sunat raya. Sabar jelah. Kelam kabut sediakan makanan. Habis adik2 ipar n abg ipar kene kerah buat air, potong lemang n nasi impit bagai. Hahha. Aku relax je. Dah penuh dapur. Malas nak bajet rajin dln keadaan berhimpit2 dgn adik ipar aku yg warak tu. So biarkan. Aku pun jaga Ammar waktu tu.

Panjang nak cite. Bagi gambar dulu. Rajin nanti sambung.










26 Tahun Hidup

Assalamualaikum,

Genap umur aku 26 tahun pada 2 Julai yg lalu. Perasaan tahun ini sgt berbeza. Sgt hambar dan hakikatnya lgsg tiada perasaan istimewa pada hari tersebut. Masakan tidak, anak sakit takkan aku nak melompat2 girang. Waktu tu aku bekerja utk 2 hari terakhir disekolah. Jalani hari sprt biasa, dtg sekolah setelah 4 hari tak dtg sbb anak kene tahan wad. Hambar sungguh perasaan. Puasa mcm biasa. Smgt nak ngajar pun dh xde sbb dh nak hbs kontrak kan. Magic happen at last class. Masuk 2B budak2 ni secara x sengaja nyanyi lagu birthday utk aku. Wow mmg kebetulan. Hepi tul hati aku jap. Mcm tahu2 je. Oklah yg tu je plg menarik bagi spnjg hidup aku. Hahah. 

B4 ni time Ammar keluar wad aku dh smgt nak hadiahkan diri dgn rawatan spa. Dh nak gi cari tmpt kat Platinum Walk tu, siap ckp kat suami dh tahu hadiah apa yg aku nak. Just minta dia siapkan duit je, last2 mmg nan hado lah aku nak gi spa bagai, anak dh sakit balik.

Tp apapun aku sempat juga bershopping raya 10 julai hari tu lps appmnt doc kat HKL. Hahaha. Lps juga gian nafsu nak merasa beli baju raya bagai. Yelah tahu, suami jenis ada duit. Ok hal raya nanti update kat page lain. Hihihi. 

Oklah konklusinya Selamat Hari Lahir buat diri sendiri. Tak mau sedih2. Hargai setiap apa yg aku miliki yg aku rasai sekarang ni. Dan syukur selalu. Alhamdulilah.

Snow --> Dugro --> Snow --> Novalac --> Snow S2 --> Similac LF

Assalamualaikum,

Kusangkakan perjalanan susu fm Ammar akan berjalan lancar. Igt kan akan setia selamanya pada snow walaupun ada niat nak tukar kpd yg lbh murah cukup setahun nanti. Nak dijadikan cite pertengahan Jun slps aku dpt gaji aku smgt nak tukar susu Ammar yg lbh murah. Mcm x logik pun ada, dpt gaji beli yg lg murah  -_-". Atr asbab nya pun sbb suami duk bisik2 nak ajak tukar. Ammar dh elok2 dh dgn snow. So aku beli dugro. Niat nak beli dutch lady. Tp sbb dutch lady 1 kilo n RM20 whih is sgt murah,aku beli dugro. Sbb dugro ni tgh2 je harga n beratnya.

Bila aku start bagi, demam Ammar pun start balik. Esok nya terus ada tumbuh ruam n bengkak besar kat leher. Ok mcm dahsyat sgt kesan susu dugro ni. Mungkin kebetulan atau mungkin ia salah satu faktor demam Ammar waktu itu betul2 menakutkan aku. Masuk wad kali ke 2 ada ckp kan hal ini pada Doc. Anak br tukar susu. Yelah nak bg pelbagai sbb kenapa demam sampai beruam2 bagai.

Kat hospital aku dah bg snow balik. 3 hari mcm tu je aku bg Ammar dugro. So ada lah skrg kat rumah buat perkasam. So Ammar ok dgn Snow. No prob. Masuk Julai. Sehari lps appmnt dgn Doc pakar HKL demam Ammar kembali teruk. Ni aku cite kat page lain. Apa aku nak ckp. Setelah demam teruk 3 hari Ammar start cirit birit. Gi klinik pakar kanak2, Doc bg susu Novalac. Mmg khas utk baby cirit. So spnjg di Kuala Kangsar, itulah susu Ammar minum. Alhamdulilah. Ciritnya ok, batuk kurang n muntah malam2 pun stop. Takde. So b4 balik KL suruh suami beli susu snow. Sbb dh hbs 2 tin kecil tu. Alhamdulilah, Ammar ok je tukar2 susu ni. Dia telan je time tido. Sama jg dgn dugro. Kira Ammar ni ok je dgn rasa2 susu ni kot.

Apbl dh kembali kpd Snow Step 2, esoknya cirit Ammar dtg balik. 3 kali sehari. Terus panas n demam dia. YA ALLAH resahnya aku dgn ujian sakit anak ini. Seriau memikirkan duk balun anak makan ubat. 

Aku kuatkan pendirian, baca blog cari susu free lactose. Sbb aku mcm pernah dgr doktor pakar ckp bg susu ni. Melalui pembacaan blog meyakinkan lg aku. Org tu guna Similac, aku pun bantai ikut. Tawakal harap sesuai dgn selera n perut Ammar. Ikutkan blh je beli Novalac, tp aku confuse x igt yg mana satu sbb ada 3 pilihan warna pun lbh kurang. Lagi pun aku compare harga gark. Novalac mahal RM10 dr Similac, tambah lg org blog tu kata Similac terbaik, aku pun bantai follow. 

Setakat 3 hari ni Ammar ok, dia terima n cirit pun dah takde. Alhamdulilah. Harga Similac ni maybe murah RM1 kot dari Snow. Jadilah nak. Asal kau sihat,kenyang dan sejahtera.

Tuesday 7 July 2015

Keluhan Sang Ibu

Assalamualaikum,

Dah lama rasanya otak ni tak penuh dengan kata2 yg perlu dilafazkan. Sesungguhnya aku tak pernah sangka letihnya menjadi seorang ibu. Aku igt aku tahu, aku igt aku dh cukup bersedia dgn pengalaman menjaga anak2 buah. Rupanya letihnya, jerihnya menjaga dan membesarkan seorang anak.

Baru jaga, baru seorang. Belum mendidik lagi, belum ramai lagi anak. Sampai kadang2 aku terfikir, aku tak nak ulangi lagi situasi dan keadaan ini. Cukuplah anak ini seorang. Saat aku dilanda ujian anak sakit, anak merengek, anak tak nak tidur, anak lasak, anak yg tidurnya tak lena. Aku terfikir apakah hikmah aku dikurniakan anak seawal ini, dgn hati duk berkata aku x bersedia hadapi semua ini, namun Allah masih mengurniakan aku anak. Dan hakikat manusia yg setiap hari nak anak, hati perasaan jiwa raga bersedia 200% mampu menjaga dan membesarkan seorang anak dgn penuh kasih sayang, namun masih belum dikurniakan anak. Hakikatnya Allah Maha Tahu, Allah penuh dgn hikmah, ujian manusia lain2. Bersedia dan kemampuan manusia lain2. Utk kekal kuat dan bertahan, hanya Allah juga yg tahu. 

Dulu kita hidup utk diri sendiri, jaga diri sendiri, hadap masalah yg kita sendiri cari or penyebabnya. Skrg semuanya berubah. Beban tanggungjawab yg teramat besarnya. Sampai terfikir hebat oo org yg dh berkahwin dan beranak pinak ni. Hidupnya utamakan org lain, hidupnya pastikan keperluan org lain. Dan seorg wanita itu mampu dan kuat utk hadapi semua ini apbl dia tahu dan sedar org lain itu adalah sebhagian dirinya juga. Darah dagingnya.