Tuesday 28 June 2016

Berita baik Giatmara

Assalamualaikum,

Syukur, akhirnya keputusan pemohonan aku utk join Giatmara dlm FND diluluskan. Minggu2 akhir bulan Jun ni agak mendebarkan. Memikirkan maybe aku x diterima masuk, aku perlu bersedia utk merancang halatuju hidup. Dengan satu sms yg dihantar, aku perlu hadir pada 12 Julai Selasa utk pendaftaran dan taklimat. Semoga aku dikurniakan bakat dan kehebatan dlm bidang Fashion and Design ni. Amin

SMS permohonan lulus
** Update

So 1 Julai hari Jumaat aku dikehendaki utk ambil by hand surat tawaran GM. Sampai disana, kerani inform yg aku perlu buat medical check up sbb dianggap nak sambung belajar. Cuma x ray tak perlu sbb kursus ni hanya mengambil masa selama 6 bulan shj.
Surat tawaran

Bila balik, aku pun saja nak baca2. Alamak! Nombor IC aku salah. Masalah ni. Selasa 12 Julai dh nak daftar. Nak buat medical check up hanya tgl 3 hari sahaja sama ada 4,5 atau 11 Julai. Itu pun kalau ada lg org yg bekerja sbb yelah nak dekat raya n masih cuti raya. Call GM dia ckp by 4 Julai akan confirmkan mcm mana. So persoalan nya adakah aku blh utk terus kan medical check up walau pd borg, IC ku salah? Fenin2...

P/s: Niat nak buat medical check up kat PUSRAWI. Dulu nak sambung degree pun pernah buat kat sini. Harap harga tak jauh mahal sgt.

Saturday 18 June 2016

Resepi Triffle

Assalamualaikum,

Bulan puasa ni nak mkn sedap2 utk berbuka. Asyik membeli je, rasa mcm byk pula duit keluar. So jom buat triffle. Resepi dapat dr FB.

Bahan2:
1) Kek pandan Fuji
2) Susu krimer sejat
3) Tepung custard
4) Tin mix fruit
5) Jelly powder
6) Garam dan gula

Cara-caranya:
1) Potong kek sama besar. Jadikan sebagai lapisan pertama

2) Tuang air mix fruit ke atas seluruh bhgn kek. Diikuti susunan buah-buahan

3) Start masak susu krimer sejat dgn api perlahan. Masukkan gula dan garam secukupnya. Gula tak perlu byk kerana kek dan air buah ni dh cukup manis. Kemudian susu dh start menggelegak, masuk bancuhan tepung custard sedikit demi sedikit. Pastikan kacau je dgn api perlahan. Agak2 dh likat boleh tutup api, tp still kacau. Tepung custard sgt mudah berketul so jgn berhenti kacau

4) Masukkan custard ini sebagai lapisan ke tiga. Tuang dgn pantas,kemas dan ratakan

5) Letakkan buah2 an sahaja sbg lapisan ke empat

6) Masak jelly powder. Air direbus diikuti beberapa sudu powder. Jgn byk sgt. Kacau sepanjang proses. Dh mendidih boleh tutup api. Still kacau. Kemudian tuang sbg lapisan terakhir


Hasil akhir

Tunggu sejuk sikit. Baru tutup bekas dan masukkan ke dalam peti ais. Selepas 1 jam, enak dimakan dgn sudu. Ia tak terbentuk pejal mcm kek. Ia rapuh tak melekat. So makan dgn sudu. Selamat mencuba

P/s: Senang dptkan barang2 dr Giant. 

Tuesday 14 June 2016

Suami accident motor

Assalamualaikum,

Dugaan Ramadan ke 8. Kul 4.30pm suami call suruh jemput dia kat HKL. Katanya jatuh motor sbb nak elak kereta. Tgh tunggu x ray bahu kanan dan kaki kiri. Aku redha dan bersabar. Dlm hati tahu ni 'salah' aku. Aku yakin ia tak teruk sgt. Cepat2 masak, basuh kain dan mandikan anak. 5.30pm aku bergerak ke HKL. Alhamdulilah traffic lancar.

Sampai bhgn kecemasan suami nampak muram. Cuba dia ceriakan wajah, aku syukur dia ok. Bahu kanan patah, kaki kiri bengkak. So tangan beranduh dan kaki menjingkit2 sakit. Pulang dgn masing2 kurang berbicara. Masih cuba hadam dgn semua berlaku sambil membayangkan keadaan kami for the next few weeks. Suami dpt 2 minggu mc. 

Syukurlah, motor syarikat yg rosak, ada org tlg htr kan dia ke HKL dan semua perbelanjaan ditanggung company. Skrg di balai polis setapak utk buat report, syarat utk tuntut SOCSO. Selepas ini mahu ke PUSRAWI utk jumpa pakar utk cek colar bone yg patah. 
Balai Polis 

Di Pusrawi semua staff melayan dgn baik dan sopan. Best lah, puas hati. Ramai juga mak2 check up pregnant dan baby kat sini. Menurut Dr just rehat. Dpt mc 3 minggu. X perlu bedah. Lepas 3 minggu br blh buka anduh dan exercise tgn. Menurut Dr lg nak sembuh mahu smpi 2 bulan. Dan maybr blh dpt mc selama itu. Huhu. Betul2 duk rumah jelah lps ni


Dr Ismail, Pakar Ortopedik


Tuesday 7 June 2016

Ramadhan 2016

Assalamualaikum,

Alhamdulilah ada peluang nak ber Ramadhan lg pada tahun ini. Bermula dgn ujian Ammar demam panas dan berita2 kematian sprt peninju terkenal Muhammad Ali, Cikgu Zainal dan Nenek shbt ku. Br merasai 2 hari berpuasa. Tapi jelas ada nikmat yg yg indah ku rasai sehingga terasa pilu memikirkan Ramadhan tak selamanya hadir. 30 hari Allah bg peluang. 


Peluang utk beribadat bersungguh2. Bukan pahala berlipat ganda yg dikejar. Sekadar mahu melakukan yg terbaik pada bulan yg mulia. Syukur Ammar sihat sepenuhnya pada 2 Ramadhan tanpa perlu aku bersusah payah ke HKL. Allah mudahkan. 

Jujur aku mengaku, jarang ada perasaan sprt mensia2 kan waktu. Tapi tidak utk 2 hari ini. Rasa sayang kalau masa yg ada x buat apa2 yg berfaedah. So, rasa nak tidur tu mmg kurang, cukup 10min utk melepaskan lelah. 

Terfikir kalau masa budak2 dulu dan masa U dulu aku rasa renyah dgn rutin harian yg berubah. Rasa geram je petang2 kalau kat rumah kene tolong masak, time SSP kene bertadarus bagai. Arghh bohsan!! Ternyata dgn perjalanan usia, aku mula sedar umur makin lanjut, x selamanya hidup. So nikmatilah bulan mulia ini dgn sabar dan ibadat. Amin

P/s: Aku harap aku terus enjoy di bulan mulia Ramadhan ini.