Tuesday 4 November 2014

Nama yang Baik

Assalamualaikum,
Masa kandunganku mencecah 4 bulan, aku dah mula excited untuk menyenaraikan beberapa pilihan nama untuk si kecil ini. Excited kan? Haha. Rasanya semua mom to be kat luar sana turut merasakan keterujaan ini. Yelah, kita ni semua yang milik kita hendak diberi nama. Binatang peliharaan, teddy bear, gajet hatta kereta sendiri (aku lah tu -_-''). Oleh itu dalam otak aku waktu tu ada beberapa kriteria, ciri-ciri yang perlu ada dalam nama si kecil ini. Nama tersebut haruslah:

1) Mempunyai initial A dan H iaitu mewakili permulaan nama aku dan suami

2) Nama tersebut perlu start dengan H dulu baru diikuti dengan A. Yelah pengalaman aku yang huruf H ni, bila susunan giliran nama disekolah, matrik dan universiti mesti nama aku antara yg terawal. Tak sempat aku nak ready utk suntikan BCG, cek gigi, hafazan, bentang projek mahupun tesis. Kalau H pun dirasakan awal, apatah lagi A. Kesian kat anak aku nanti kalau jd mcm aku.

3)Maksud nama wajiblah baik

4) Nama kalau boleh tak sama dgn mana2 saudara terdekat. Aku pernah minat kat nama Amir Hafiz. Sekali baru aku sedar Amir nama abg ipar aku dan Hafiz tu nama anak sulung dia. Karang kalau aku bg nama tu, embah dia pgl mahu tak keliru dua org pemilik nama ni dgn anak aku sekali keliru. Payah2. Oleh itu nama yg indah ini dibatalkan dari penyertaan. Kehkehkeh.

5)Nama wajiblah tak sama dengan mana2 org yg pernah menyakitkan hati aku

6)Ejaan haruslah mudah dan tidak mengelirukan anak aku apbl dia masuk darjah 1 nanti atau bila2 dia dah mula belajar eja namanya sendiri

Masa pun berlalu, sehinggalah kandungan mencecah 32minggu iaitu 8 bulan. Alhamdulilah, scan baby dr GMC aku disahkan akan mendapat anak lelaki. Syukur. Everything seem so real on that time. Maybe aku mengandung senang, takde severe case. So aku kurang berperasaan (sampai hati tul!). So haruslah senarai nama bayi lelaki diutamakan.

Alhamdulilah, Allah bukakan pintu hati dan ingatan aku pada sebuah nama yg indah. Pemilik nama sang mujahid. Anak muda yang syahid di bumi Turki. Betul lah, sebuah bait kata yg pernah aku dgr time bujang dulu, apbl tiba masa utk kita menamakan bayi, nama itu dtg nya dari ilham sang Ilahi. Aku mula mengorek semula pemilik nama ini, memahami hidupnya dan perjuangannya dari sebuah buku. Ketika arwah meninggal dulu, video pengurusan jenazah ini menjadi viral di internet. Waktu itu, aku sekadar menonton, mengagumi satu dua sifat baik arwah. That's it. Tapi aku sempat terkesan dgn komen yg ditinggalkan oleh penonton lain didalam video tersebut. Katanya, "kalau aku ada anak laki, aku nak namakan anak aku dgn nama arwah." Wallah, komen yg secebis itu, boleh melekat diingatan aku dan seterusnya membawa aku kepada bukunya. Ceritera Cinta Ahmad Ammar
Muka nak dekat sama tak? Verangan kebabommm sgt ibu dia ni lah.

Aku dan suami mungkin tak sehebat ibubapa arwah. Tapi Insya Allah kami akan sentiasa cuba membaiki diri, menjadi contoh tauladan yg baik buat si kecil ini. Semoga Allah melindungi Ahmad Ammar ku. Dan buat arwah Ammar, semoga berbahagia dgn bidadari syurgamu.

Sunday 2 November 2014

First Anniversary


Assalamualaikum,
Alhamdulilah Allah atas nikmat kurniaan hidup berumahtangga selama setahun ini. Dengan kehadiran permata hati kami Ahmad Ammar, melengkapkan lg impian sebuah kehidupan berkeluarga. 1 Nov 2015 Ammar br berusia 30 hari. Bermaksud sambutan ulangtahun pertama ini berlangsung ketika aku masih dlm pantang. So verangan jelah kalau nk ber candle light dinner segala.

Apa yg pasti aku dh selalu torture mental suami aku dlm 2 minggu b4 tarikh. Dah siap request nk bunga dan kad. Dpt sekuntum dua pun jadilh. Mmg nk sgt bunga. Sbb tgk heroin dlm tv duk dpt bunga. Nk juga fefeling as heroin. Sambil tu siap rengek2 kat suami yg x pernah propose. Tuptup kahwin. So bunga tu nmpk romantik. Tanda syg dan cinta. Mengada rasa mcm nk tmpr diri sendiri je skrg. Hahaha.

Ok lh disebabkn suami dh penat kene psiko agaknya muncul lh bunga. Bukan sekuntum dua. Bukan bunga yg aku rasa at least suami beli dr kedai india jual bunga tepi jalan. Tetapi ia adalh sejambak bunga ros merah 12 kuntum. Adeihhhhh. Bercampur baur perasaan aku tgk suami keluarkn jambangan bunga dr plastik besar. Sgt x romantik tp sgt aku hargai. Sempat aku rasa bersalah pd suami. Dlm hati duk kata, "mesti mahal ni.at least around RM100.byk benda blh beli dgn duit tu.beli pampers anak ke." Ya itulh realiti hidup. Bukan rekaan novel. Syukurlh merasa juga dpt bunga. Walau x tahu apa maksud 12 kuntum tp aku yg siap ckp pd suami,"12 kuntum maksudnya sekunyum setahun.so lps 12 thn br dpt sekali lg ya?" Suami senyun je tanda setuju 100%. Hahaha. Dahsyat x penangan sejambak bunga smpi aku sendiri x brp mahu menerimanya lg. Membazir kot (sedih suami aku klu bc). Baik bg baju ke,dress atau apa2 aksesori. At least blh aku pakai or simpan.

Ok lh kehadiran kad mengembirakn aku. Ucapan suami kelihatan ikhlas dan bersyukur akan perkahwinan ini. Apapun itu lah cerita first anniversary kami.




                 Gembira, geram, tergamam dgn kehadiran sejambak bunga ros 12 kuntum

Nota kaki: Anak Rozita Che Wan cute amat. Lahir sama tarikh dgn anniversary aku. 12 kuntum maksudnya be my steady. Ok agak terharu disitu lh kot. Tapi adakah suami aku tahu maksudnya atau main pakai beli sbb nmpk byk dan meriah. Hahaha.