Friday 4 May 2018

Wallpaper bunga pink rumah Nenek

Assalamualaikum,

Hidup sebagai suri rumah anak 2, selalu mengundang rasa bosan sebab tersekat dgn rutin harian yg berulang sama. So sejak awal bulan April aku join group deko barangan Eco dan Mr. DIY dalam FB. So atas inspirasi aku pun rasa seronok nak hias rumah sendiri. Bila rasa dah puas, kita deko rumah mak aku pula.

Niat asal nak tampal wallpaper kat dapur and carpet buluh. Bila balik, duk belek2 rasa bestnya kalau raya nanti dapat dinding meriah. Beli dlm 5 roll. 45cm x 5meter RM11.90 kat MR DIY. Igtkan ok lah murah dari Kaison. Rupanya Kaison 10m RM19.90. Tak apalah, kebetulan corak ni mmg paling cantik n kat Kaison pun x ada. So taklah ralat sgt.

Gambar sebelum. Saja tangkap gmbr paling huduh..

Gambar selepas. Memang puas hati

Bagi jelas corak yang cantik sgt kononnya tu...


Nak pasang wallpaper tips nya ialah:
1. Sediakan spray berisi air sabun.
2. Ukur dan gunting siap2
3. Make sure match kan pattern dgn baik so nanti hasil kemas dan cantik.
4. Sediakan kain utk buang segala gelembung time bagi lekat kat dinding