Thursday, 28 February 2019

Jalan-jalan Sabah (Part 2 2019)

Assalamualaikum,

Kita sambung ya, kami solat subuh dlm 5.45am. Buka pintu bilik mmg nmpk jelas. So excited. Kejutkan anak2 jalan2 sekitar hotel dan bergambar. Start breakfast dlm 7am. Siap2kan anak2, packing barang dan check out dlm 8.45am. Hbs laju dh ni. 



So 1st destination kita ke Desa Dairy Farm. RM10/2 adult. Ammar, Aqeel FOC. Parking mmg penuh. So kita rilex tepi jalan dulu, Aqeel pun tido waktu ni. Aku dh redha x keluar kete sian kacau anak tido. Sekali dia bgn, parking pun dh ada kita pun apa lagi. Start nmpk tmpt org beratur panjang. Beli ais krim. Makan ais krim dulu, br bergambar dgn lembu. Lepas tu bergeral ke tmpt proses apa ntah, tp x beroperasi. Cuaca panas kat sini ye dgn silau lagi. Kita bergerak ke Kandang Lembu. Bagi makan rumput dan susu botol. RM1 utk rumput dan RM1.50 utk susu botol. Pengalaman yg menarik utk kami anak beranak, rugi kalau tak singgah. Hampir 2 jam disini dlm 11am gerak ke Fish Spa.






Dlm 12 tengahari sampai. Beli tiket RM10/2 org RM3 camera fee. Walau panas, byk pokok so kurang kene terikan matahari tu. Suami je berani rendam. Rugi tul bawa aku. Hahaha. Ammar duk campak2 mknn ikan pun happy dh. Rasa2 dh puas disini kita pun bergerak balik dlm 12.30. Hahaha sekejap je rupenya. Oklah agak rushing nak kejar lunch Lokan Panggang kat KK. 2 jam perjalanan mahu kebulur.




Akhirnya jalan punya jalan sampai lah area gerai2 jual Lokan Panggang dlm 3pm. Singgah speedmart b4 tu beli air mineral. Tu yg lmbt. Punya byk kedai, last2 pilih kedai GERAI SAHABAT 2. Lama betul 2 org shbt ni masak. Sampai azan asar lah. Hahah. 3.45pm dh asar ye kawan2. Sabar jelah. Biasa2 je utk tekak kami. Kene dlm RM35. Lokan kecil RM10 ,nasi goreng 2, jagung bakar, dadih jagung, air kelapa sejuk dan panas. Mungkin Kene try kedai lain or menu lain br berbaloi. Mendidih gaklah menunggu makanan. 


Atas kesabaran kita dpt bilik suite di Winner Hotel. Minta Family room. Byrn hotel RM236 utk 2 mlm termasuk tax. Sbb suite dpt bath up. Suka budak2. Terbaik lokasi hotel ni. Kau seberang hotel dlm 2 blok bgnn dh sampai Pasar Filipina, sebelah dia kedai Kraftangan. Mmg jalan kaki je dh smpi. Lps check in dlm 6pm mcm tu kita jalan2 beli sayap ayam RM3/2 org. Mmg x cukuplah walau dh kenyang mkn lokan tadi. Sedap sayap ayam ni. Lps balik PASAR FILIPINA, shopping baju sehelai di PUSAT KRAFTANGAN. Balik hotel, rest. Esok jelah dinner gempakz, perut kenyang lagi.
Rezeki minta family room dapat bilik suite. Tu ada bath up tu

Ni kedai plg hujung dari sepanjang gerai sayap yg ada di Pasar Filipina. Biasalah sekejap nak sekejap tak nak. Nyesal beli 2 ketul je



No comments:

Post a Comment