Wednesday, 13 February 2019

Ammar Speech Delay

Assalamualaikum,

Banyak pula nak kongsi. Pengalaman kan, atr benda sedih, perit yg kita hadapi dlm hidup, kita x boleh lupakan tapi syukur Allah bagi lps juga keadaan itu bagaikan angin lalu. Padahal masa ujian itu hadir, rasa lama sgt dan tertunggu2 pengakhirannya. Dgn masa ia pasti berlalu.

Ya Ammar speech delay. Tipu kalau aku x terfikir anak aku autisme. Dh masuk taska masih x berapa jelas cakapnya. Masih cakap jerman. Brp butir perkataan dia boleh sebut. Bila igt balik nk dkt 3 tahun birthday baru dia dpt panggil aku IBU. Sebelum tu BABU. Bukan main payah. Terharu dpt dgr dia panggil aku ibu. So rasa mcm teruk je anak aku ni, dgn masalah gigi, masalah x nak makan duk hadap botol lg. Pening plus sedih plus looser sgt. Dh ada Aqeel waktu ni.

So apa aku boleh buat utk membetulkan balik keadaan yg buat aku down. Aku duk search lah tmpt terapi utk anak aku. Mahal, so x proceed. Kita gi kkia dulu, doc suruh refer ke HKL bhgn khas. Masa cek kkia bulan 11 mcm tu. Dia nasihatkan kita htr anak ke playschool, bg bergaul. Tu sbb bulan 12 daftar Ammar masuk taska utk budak 4 tahun. Risau sgt dgn pampers on off pakai. So tawakal. Byr lah RM150 bulan2. Instead of htr terapi kita htr taska bagi bergaul. Bg dia berkomunikasi.


Bulan 1 gi hkl utk screening mcm tu kat Klinik Paed. Dpt appmnt utk ke bhgn kanak2 pakar dlm speech ni. Kat hkl juga. Bangunan yg tulis bahagian pakar tu. So kita gi, jumpa pakar terapi. Result anak aku mmg delay. Byk word penting mcm anggota badan x tahu. Sedih. OT tu ckp nnti bulan 4 dtg lg. Tapi dia kata by then Insya Allah dh ok rasanya. Dh masuk taska kan.



And yup betul. Aku x perasan bila, tapi dlm Julai mcm tu aku dgr anak aku mcm membebel. byk ckp. Cikgu pun tegur, Ammar dh byk ckp mcm budak2 lain.

Alhamdulilah. Bulan 1 x brp nk ckp, bulan 7 dh ok ckp. Skrg dlm setahun kemudian, 4 tahun 5 bulan membebel Ya Rabbi. Letih dgr, smpi kadang2 minta dia senyap sekejap. Adus, kufur nikmat jap. Dulu nak nangis igt, duk google,  fb baca anak org x leh ckp. Skrg Alhamdulilah, Ammar sihat mcm kanak2 normal yg lain.

No comments:

Post a Comment