DAY 1 (Ahad)
Alhamdulilah baru balik bercuti dari Sabah (24-27 Feb 2019). Percutian 4 hari 3 malam dari hari Ahad hingga Rabu. Dapat tiket flight Airasia dirasakan agak murah dlm RM200 sorang pergi balik. Infant RM100. Kami pergi dalam 4 beranak. Kami suami isteri, Ammar 5 tahun dan Aqeel 1 thn lebih. So total dlm RM700 tak termasuk meal inflight dan seat request. Bertolak dlm 6.40am dari Sentul sampai KLIA 7.45am. Naik MYCAR sebab adik suami bawa MYCAR, so bg upah lebih dlm RM100. Kalau grab dlm RM65 + RM12 (duit tol). Flight di KLIA2 dlm 8.40am tiba di Airport KK dlm 11.15am. Dlm 2 jam 35 min perjalanan.
Touchdown, kita gerak ke arah imigresen. Pegawai minta cek ic. Dia akan bagai satu resit imigresen. SILA SIMPAN. Nanti nak balik, time cek tiket pegawai dikaunter akan minta balik resit tu. Lps settle contact kete sewa. Alhamdulilah dah sedia menunggu. Booked dari GLOBALLEPA. Website yg boleh dipercayai. Minta Saga FLX Auto RM250/2hari. Dpt kete Persona. Ok rezeki. Depo RM50, byr baki masa ambil kereta. Diorg minta ic,lesen, isi borg, cek keliling kete, ambil gmbr kita dgn kete, ambil gmbr ic dan lesen kita. Utk keselamatan company diorg juga. Dpt kete dlm 3 bar minyak. So oklah. Kete lawa je, seat dlm faham2 lah dh ramai guna, nmpk peta2 nya.
Bergerak ke stesen minyak. Isi dlm RM40. Destinasi pertama, tak dirancang, RUMAH TERBALIK. Mmg 1st day plan nak terus ke Kundasang. So dah nampak signboard, kita singgah. Fikir mcm best utk Ammar kita pun masuk. Tiket RM12 utk dewasa, RM6 utk kanak2. Dlm rumah tak boleh ambil gmbr. Ada pekerja yg akan perhatikan kita. Mereka baik dan lembut. Terangkan apa yg patut. Lps tu diluar rumah boleh beegambar puas2. Berbaloi ke tak, entahlah. Dah bercuti namanya, layan jelah, kat kl x pergi rasanya.
So kita bergerak ke Kundasang, aku dan anak2 dh tertidur. Nak dekat sampai Pekan Nabalu baru terjaga. Perut minta diisi. Lunch ala kadar di NUR CAFE. Mee goreng sepinggan, milo panas,teh o panas. RM10. Besar pinggan dia. Makanannya sedap. Kene dgn tekak aku. Boleh lah sorg sikit. Air sejuk tak ada katanya. Kat Pekan Nabalu ada platform utk bergambar berlatarbelakangkan mountain view. Mmg luas pandangan. Bersyukur berhenti sini. Mmg tak singgah kedai2 sbb dh letih n nak cpt sampai hotel.
So terus ke Kundasang dlm 30min. Nampak signboard MILE 36 LODGE, disebelah kiri. Tapi kita teruskan ke Pekan Kundasang, nak tapau KFC buat Dinner. Malas keluar dh lepas check in. Beli dinner plate dlm RM20. So check in hotel dlm 3.30pm. Booked melalui hotel. Wasap dan depo RM50. Sebab aku nak bilik Begonia, aras atas, katil besar. Kang pakai Agoda mana2 dia cmpk aku. RM140 semalam include breakfast. So itulah cerita first day aku.
No comments:
Post a Comment