Wednesday 2 January 2019

Tabika Kemas

Assalamualaikum,

Ahmad Ammar dah 5 tahun. Rezeki tahun ni berjaya. mohon di Tabika Kemas Padang Balang Hilir. Isi dan hantar borang dari Ogos 2018. Mmg alert sgt sbb takut lambat, penuh pula nanti. So bulan Dis 2018 parents dipanggil utk bayar yuran pendaftaran. Dlm RM140 lebih mcm tu. Murahkan. Bayaran bulanan pula RM40.

Masa Ammar 4 tahun Ammar tadika swasta. Dia sayang cikgu dia, dan suka tadika lama dia. So merajuk juga bila sebut pasal tadika baru ni. Takut lah, kalau cikgu marah lah, sekolah lama lawalah. Macam2 alasan. Lps aku saja tunjuk gmbr uniform sekolah, tiba2 excited nak ke Tabika Kemas. Apakah???😂😂. Alhamdulilah lega satu hal.

Tabika tempat Ammar ni br renovate. Tu nampak baru dan cantik. Mmg luas. Satu kelas ada 20 org x silap. Budak 5 tahun ada dlm 3 kelas. Buka permohonan sampai 80 org murid. Ada kelas pagi dan petang. Kelas pagi 8-12 dan petang 12-4pm. Syukurlah dapat pagi.

Hari pertama sekolah pun tiba. Sbb x dpt baju lagi, kita pakaikan tshirt putih, seluar sukan hitam dan kasut putih. Boleh beli kat Giant atau Hari-Hari kalau nak senang carilah. Alhamdulilah Ammar ok. Kul 7am bgn kan mandi, breakfast. Sampai2 cikgu igt nama anak kita. Terbaiklah cikgu. Ammar letak beg kat kerusi dia pilih hat mana dia nak duduk n breakfast.

Balik jemput membebel bercerita. Belajar dan banyak bermain katanya. Seronok. Oklah lega mak.

First time masuk terus teringat kelas upin ipin
Breakfast. Biskut tiger, air milo

Excited sgt

Cikgu share dlm group wasap



No comments:

Post a Comment