Memang berangan nak singgah Zoo Taiping kalau balik kampung suami di Kuala Kangsar. So kira hajat tercapai pada hari Ahad 27 Jan yg lalu. Perjalanan ambil masa 40min je dari rumah. Teringin nak bawa anak2 ke zoo, tapi harga kat KL agak mahal. Di sini tiket RM8 utk kanak2 dan RM16 utk dewasa. Murahkan??
Sebab mmg last minute punya plan, lambat kita bertolak. Sampai sana kira dlm 11am. Mmg duk bayang panas lit2. Tp syukur tmpt ni rimbun dgn pokok. Jd mcm kanopi lah. So x terasa panas sgt. So spend dlm 2 jam kat sini, itupun tak betul2 hbs cover sbb dh sakit perut + air mineral dh hbs + dh waktu lunch. So plan awl2 br puas dan kene waktu berjalan.
Dinasihatkan juga pergi time animal feeding iaitu b4 12 noon. Sbb apa, time ni segala binatang akan keluar dr berendam, tidur diorg. So nampak lebih jelas dpn mata, tepi pagar.
Kat sini disediakan train yg bw kau round satu zoo. So just beratur sekejap lps pintu masuk. Dan kau akan round sambil explained by pemandu. So kau dh tahu haiwan mana dimana, dan kau akan lbh cepat fokus utk spend jalan2 melawat haiwan yg mana. Aku igt pusing2 ni x sampai 10min dh patah balik. Mmg negatif tul otak, tp bila dia punya round punya round almost 30min aku mmg puas hatilah. Murah dgn tiket yg kami byr. Bukan apa duk pikir panas, dh nak lunch, takut x sempat nak cover satu tmpt. Sayanglah kan.
So happy lah utk trip ke zoo tiba2 ni. Anak aku yg 2nd tu mmg seronok dpt bebas berjalan. X rasa bahang panas, sambil jalan lapang x crowded. Mmg x nak berdukung. Yg abang nya demand nak tgk elephant. Best dpt tgk dpn2. Selama ni duk kenalkan dlm gambar je. Mcm rhino,hippo, tiger,panther,buaya,seladang, zirafah, zebra, flamingo dan mcm2 lg. Kita yg dewasa ni pun sebab wowww, apatah lg excitednya budak2.
Burung apa ni x tahu. Tapi dia ni jenis lepas. Ammar tgh makan waffle, hbs dia dtg sambil kepakkan sayap dia. Dh lah tinggi, menjerit aku. Igt marah, rupa nak makanan. So beringatlah. Takut kene patuk je rupanya nak mknn. Nasib ammar campak, terkejut lh tu. Last2 burung ni x makan pun.