Assalamualaikum,
Demi mencapai azam tahun baru ku ini, urusan di Maybank adalah salah satu perkara yg wajib dilaksanakan. Memandangkan aku nak jd guru ganti dan berniaga secara online, oleh itu ada 2 perkara aku perlu selesaikan di Maybank. Iaitu urusan pengesahan akaun utk guru ganti dan urusan maybank2u bagi memudahkan mobile banking apbl start berniaga nanti. Ingin ku kongsikan cara dalam melaksanakan dua urusan ini. Walaupun nmpk picisan dan mudah, mana tahu dua urusan ni menjadi masalah org lain diluar sana. Disamping itu aku pun nak buat rujukan. Mana lah tahu aku kene hadap lg dua urusan ni dimasa hadapan.
Pengesahan akaun
1) Katakan hasrat anda utk dptkan surat pengesahan akaun pada pekerja maybank yg duduk di mesin angka giliran
2) Serahkan kad pengenalan dan kad atm
3) Surat pengesahan akaun akan dicetak berserta no.akaun anda
4) Tunggu sebentar sementara pekerja tersebut mendptkan tandatangan dr pegawai bank
5) Dapatkan surat anda dan siap!
Reset maybank2u
1) Ambil no.giliran
2) Nyatakan masalah anda dan serahkan ic berserta kad atm
3) Cap jari pd mesin pengimbas
4) Dapatkan kertas arahan@penjelasan dr pegawai bank dlm melakuakn urusan reset semula maybank2u
5) Ic dan kad atm anda akan di fotostate kan dan pastikan ia dikembalikan semula
6) Tandatangan pada dokumen yg pegawai bank mahukan
7) Anda siap dan dirumah boleh buka www.maybank2u.com utk memulakan urusan baru anda
No comments:
Post a Comment