Thursday, 19 February 2015

For Every Small Little Things

Assalamualaikum

Sebelum berkahwin, time tgh bujang, sentiasa berharap, berangan layanan istimewa, romantik dari suami apabila berumah tangga nanti. Dan kini syukur Alhamdulilah, aku diberi nikmat utk hidup bersuami, berkeluarga disamping seorang lelaki Melayu yg baik dan sedap apabila mata memandang. As life goes on, Suami ku hanya lah seorang typical Malay. Mmg tak tahu apa itu romantik, tapi dia punya cara utk menjadi insan yg teristimewa disamping ku. Dan atas sikap dan kelebihan itu, I can't even ask more. He is special in the way he is now, and I don't want to change a thing.

Masa awal2 kahwin dulu, kami masih stranger to each other. Kami baru saja kenal n tuptup bernikah. Betul2 cerita drama Melayu dulu2 kahwin atas perkenalan dari keluarga. Aku ketika itu tawakal dan keep positive mengatakan org dulu2 kahwin, x kenal n mereka blh kekal lama. Mungkin ini cara terbaik utk aku buktikan yg cara org lama tidak salah. Dan ikhlas aku katakan diawal perkahwinan aku agak takut n kecewa. Kami mcm x blh masuk, masing2 cuba pertahankan diri sendiri, maybe sbb kami takut terluka, kami cuba memaksa each other utk mendengar dan menurut apa yg kehendak hati mahukan, bukan apa kemahuan pasangan. Waktu itu, walau sudah hidup bersama, tapi lebih berfikir dan berkehendak kpd kepentingan individu.

Apbl perkahwinan menginjak ke usia 3 bulan ke atas, aku pun dh mengandung, kami mungkin lebih memahami, bertolak ansur dan cuba memikirkan apa yg terbaik utk pasangan dan of course utk perkahwinan ini. Masa awl2 kalau aku muncung n melenting, suami pasti turut menunjukkan ketidak puasan hatinya. Tapi kini, apbl satu kehendak hati aku x dituruti, aku tak perlu bising2 membebel, hanya depakan sikit bibir tu, terus suami senyum dan patuh memenuhi keinginan ku. Senang kan? Bukan aku mengambil kesempatan, cuma ia teknik mudah, cepat dan berkesan utk ku. Suasana berumahtangga lebih diam dan sudah pasti lebih aman. Ya suami aku x romantik tapi dia cukup memahami. 

Dulu aku juga sering mahukan suami yg baik terhadap ku. Dan syukur kini aku bertuah memilikinya. Suami maybe tak banyak membantu dalam urusan rumah, tapi kebaikannya dalam melayan aku, menyediakan keperluan ku, sekali minta pasti akan tertunai permintaan itu. Bagi aku itu sudah cukup baik. "Abg nak roti," Balik kerja mesti suami hulurkan 1 plastik yg mengandungi 2 roti. Bukan satu ya. "Abg kalau singgah King's belikan tart telur," Balik kerja mesti aku dpt tart telur dan satu lg benda lain utk dia dan aku rasa. Ia seronok dan tidak boring. Sentiasa mendapatkan apa yg aku mahu, disamping menambah perisa baru dlm hidup. "Abg, mizah duk teringat roti cheese kat The Loaf. Abg gi Sogo ye belikan utk Mizah," Dan balik kerja pasti ada 2 jenis roti dr The Loaf. Haha. Mmg dia belikan utk dia yg lg satu tu, tapi aku tahu dia beli utk kami sama2 rasa dan nikmati n komen n decide nk beli lg x lps ni. Last benda aku sgt hargai dr respon n perbuatan suami aku apbl aku dh kebulur, stress jaga Ammar, "Abg, mizah lapar. Nak nasi goreng daging merah n lai ci kang," Tak bertangguh, tinggalkan segala cerita tv, dia bersiap memenuhi permintaan isterinya ini. Sungguh aku waktu itu, tak peduli apa yg suami aku akan makan utk dinner, aku pikir perut aku je. Sobs. Isteri yg kejam. Menambah kekejaman lg, aku x offer pun kat dia, mmg makan sorg, sambil suami menyuap apa2 makanan yg sedia ada kat rumah. Aduhai, teruk nar bila jadi manusia kelaparan ni. Mmg selfish. Benda ni simple dan kecik je tapi ia bagai satu sumber kebahagian bg aku. Ya suami aku x romantik tapi dia cukup baik dgn aku.

Bila hari yg aku lalui cukup penat menjaga dan melayan karenah Ammar, suami bijak menjaga perasaan ku. Dia cukup menghargai aku. Terus dia tahu, yg dia kene take turn jaga Ammar. Padahal aku sedar, dia lagi penat dr aku, keluar bekerja, berpanas atas motor. Aku yg keluar dgn kereta pun terasa letih melayan jalan raya, apa tah lagi dia. Biasakan laki ni bila balik keje, dia nak rehat, nak ada masa sendiri. Tapi suami ketepikan semua tu, memujuk aku, dan melayan Ammar. Apbl mood dh stabil dan aku pun rasa bersmgt semula, aku bg peluang pd suami utk melakukan urusannya sendiri. Ia nmpk simple, tp itu yg buat rumahtangga kekal harmoni. Tahu bertindak dan bersabar dgn situasi dan emosi pasangan. Ya suami aku x romantik tapi dia cukup bijak menjaga perasaan dan emosi aku.

Biasanya lelaki ni, senang lupa hari2 penting, tapi setakat ni suami aku ok lg kot. Tapi ada sekali tu aku uji dia tentang satu tarikh ni. Hahaha. Serious dia lupa. Tarikh tunang. Hahaha. Cakap kat aku laki mana yg igt tarikh tunang diorg. Hahaha. Aku saja gurau. Aku pun dh lupa sbnr nya, just ternampk gmbr tunang yg ada tulis tarikh. Hahaha. Tapi utk hari penting mcm Anniversary n birthday aku, senang je, dia tanya aku nk apa, n dia belikan. Senang kan. Walaupun perempuan harap sgt ada layanan romantik utk big day mcm 2 tarikh ni, tapi aku x harap sgt pun, aku sedar suami aku dh banyak kat tang lain. Takkan tang ni x leh nak tolak ansur kot. And at the end of the day, I get what I want. Bertuah kan aku. Oklah dr xdpt apa2 or dpt yg bukan2. Hahaha. Ya suami aku mmg tak romantik tapi dia memenuhi permintaan aku.

Seingat aku suamiku ini jenis malu nak nmpk sedondon ni. Yelah masa awl2 dulu aku lah dok kalut nk pakai baju couple. Yelah nak nmpk sweet n bahagia org baru kahwin. Tapi nmpk dia mcm tak nak. Malu katanya. Ok aku malas nak paksa2. Asal berbaju senonoh dan bersih sudah lah kami ni. Tapi as time pass by, aku pun bila nak keluar berdua dgn dia, aku grab je mana2 baju yg senang x perlu digosok. Yg bagusnya suami sendiri akan berusaha menyamakan warna baju dia dgn aku. Bila aku dh siap berbaju dan dia baru nak sarung, aku senyum n dia senyum kambing kat aku. Alahai suami ku, ngada sgt nak nmpk sama. Hahaha. Ok skrg ni kami betul2 ada sepasang seluar couple. Bukan baju, tapi seluar. Benda yg dulu duk verangan nak, n x kisah sbnrnya kalau x jadi kenyataam, tapi ya, aku memiliki seluar couple. Padahal dia dh beli dulu, bila aku kata mcm sweet kalau ada seluar couple, esoknya dia pergi beli lg sekali utk aku. Ya suami aku mmg tak romantik, tp dia sweet sgt.  

Banyak lagi keistimewaan suami aku, pakai kan helmet, pegang tangan lintas jalan time aku mengandung (dah x ngandung lintas sendiri ya.haha), nganga apbl aku ckp Qaseh Gold, x bising tunggu aku bersiap, ambil cuti keje bila aku ckp nak keluar bercuti, mesra dan baik dgn mak, nak melayan ank2 buah aku, tak bising dalam bab2 duit, nak ke pasar dgn aku, Ammar mlm2 merengek nak perhatian dia baik je tlg layankan, suka gelak kuat2 bila aku berlawak, suka nyanyi sambil joget2 utk aku dan list ni tak kan berhenti disini. And for every small little things, Alhamdulilah, Thank You Abang.

Jerol kesayangan kita



No comments:

Post a Comment