Assalamualaikum,
Dalam hidup ni ada terlalu byk perkara utk disyukuri. Itulah ayat yg aku duk ulang2 dlm kepala apbl hati dan perasaan mula tersentuh kedengkian melihat kelebihan org lain. Aku jujur mengaku, aku hanya insan biasa. Aku cuba menukar mindset aku dari bersabar kepada bersyukur. Sbb sabar ni it need a lot of courage. Tapi bersyukur hanya memerlukankau melihat sekeliling dan merasakan nikmat saat itu yg x semua org merasainya. Bersyukurlah ada kesihatan, ada iman, ada mak, ada suami, ada anak, ada tempat tinggal, ada pakaian, ada rumah, ada elektrik, ada air, ada kewangan,malaysia yg aman dan list ni x berhenti setakat ni. Ia berlarutan sampai aku pun x sanggup nak tulis dah. Kadang2 bila terfikir, kalau teruk nar x tahu nak bersyukur gi hospital. Tgk penderitaan dan kekurangan org lain yg jauh lebih kurg dr kita.
Melihat org lain yg hidupnya bagaikan fairytale mmg mengundang sebak dan cemburu di dada. Siapa x cemburu melihat majlis perkahwinannya yg gah. Lengkap semua bagai sang ratu di hari bahagia. Meneruskan bulan madu nun di luar negara menjadi dambaan stp wanita bergelar isteri. Kemudian mereka hidup sendiri di rumah yg serba lengkap perkakasnya. Sungguh aku kagum. Kemudian meneruskan percutian berdua ke luar negara. Dipanggil honeymoon the second, aduhai. Pasti bahagia menjadi kamu. Miliki wang yg banyak utk melakukan semua ini. Aku hanya memandang sepi dr jauh dan meluah perasaan pd blog cabuk aku ni.
Tidak mengapalah, jalan rezeki kita, Allah dah tetapkan lain2 caranya. Sebab at the end of the day, kalau org tanya, "kau nk jd dia x klu diberi peluang?" Aku rasa aku tetap memilih utk kekal low profile, dan berjimat begini. x mampu ubah dah. Dah begini aku dibesarkan dan sehingga kini masih menerima pendidikan yg sama dr mak aku. Oleh itu, aaku bersyukur menjadi diri sendiri.
No comments:
Post a Comment