Tuesday, 3 February 2015

Kenduri Doa Selamat

Assalamualaikum,

Alhamdulilah, kenduri doa selamat sempena rumah baru Hasni telah berlangsung pada 1 Feb 2015 dgn makanan yg cukup, cuaca yg indah dan kerjasama yg baik antara adik beradik. Buat kecil-kecilan sahaja. Rumah kami sama2 membesar telah di renovate sepenuhnya. Hanya tinggal sedikit sahaja bahagian dari rumah asal. Tak mengapalah, life must go on. Rumah lama ni byk kenangan dan memori, terutama bersama Arwah Abah. Semoga Allah merahmati roh Arwah Abah. Amin.

Mengambil pengajaran dari kenduri akikah aku sebelum ni, mak hanya order utk 60 org sahaja. Itupun masih ada terlebih, tapi sikit jelah. Mak tambah@masak sendiri bubur kacang hijau dan agar2 sirap. Kak Ita sponsor agar2 sirap santan. Simple je lauk tapi cukup mengenyangkan.

Ada dalam 8 org wakil marharban lelaki. Diadakan doa tahlil dan doa selamat sikit. Semoga seluruh keluarga Hajah Sumah dilindungi dan diberkati.

Sedara mara sedang berceloteh menggamatkan suasana kenduri

Kenduri kecil-kecilan. Makanan dari Latif Catering utk 60 org tetamu

Antara jemaah lelaki yg hadir mendoakan kesejahteraan keluarga kami
Lima beradik yg dh BESAR panjang. Masing2 dah berkeluarga

Bersama mak tercinta. Dah lama takde gmbr family mcm ni

No comments:

Post a Comment