Wednesday, 22 July 2015

Snow --> Dugro --> Snow --> Novalac --> Snow S2 --> Similac LF

Assalamualaikum,

Kusangkakan perjalanan susu fm Ammar akan berjalan lancar. Igt kan akan setia selamanya pada snow walaupun ada niat nak tukar kpd yg lbh murah cukup setahun nanti. Nak dijadikan cite pertengahan Jun slps aku dpt gaji aku smgt nak tukar susu Ammar yg lbh murah. Mcm x logik pun ada, dpt gaji beli yg lg murah  -_-". Atr asbab nya pun sbb suami duk bisik2 nak ajak tukar. Ammar dh elok2 dh dgn snow. So aku beli dugro. Niat nak beli dutch lady. Tp sbb dutch lady 1 kilo n RM20 whih is sgt murah,aku beli dugro. Sbb dugro ni tgh2 je harga n beratnya.

Bila aku start bagi, demam Ammar pun start balik. Esok nya terus ada tumbuh ruam n bengkak besar kat leher. Ok mcm dahsyat sgt kesan susu dugro ni. Mungkin kebetulan atau mungkin ia salah satu faktor demam Ammar waktu itu betul2 menakutkan aku. Masuk wad kali ke 2 ada ckp kan hal ini pada Doc. Anak br tukar susu. Yelah nak bg pelbagai sbb kenapa demam sampai beruam2 bagai.

Kat hospital aku dah bg snow balik. 3 hari mcm tu je aku bg Ammar dugro. So ada lah skrg kat rumah buat perkasam. So Ammar ok dgn Snow. No prob. Masuk Julai. Sehari lps appmnt dgn Doc pakar HKL demam Ammar kembali teruk. Ni aku cite kat page lain. Apa aku nak ckp. Setelah demam teruk 3 hari Ammar start cirit birit. Gi klinik pakar kanak2, Doc bg susu Novalac. Mmg khas utk baby cirit. So spnjg di Kuala Kangsar, itulah susu Ammar minum. Alhamdulilah. Ciritnya ok, batuk kurang n muntah malam2 pun stop. Takde. So b4 balik KL suruh suami beli susu snow. Sbb dh hbs 2 tin kecil tu. Alhamdulilah, Ammar ok je tukar2 susu ni. Dia telan je time tido. Sama jg dgn dugro. Kira Ammar ni ok je dgn rasa2 susu ni kot.

Apbl dh kembali kpd Snow Step 2, esoknya cirit Ammar dtg balik. 3 kali sehari. Terus panas n demam dia. YA ALLAH resahnya aku dgn ujian sakit anak ini. Seriau memikirkan duk balun anak makan ubat. 

Aku kuatkan pendirian, baca blog cari susu free lactose. Sbb aku mcm pernah dgr doktor pakar ckp bg susu ni. Melalui pembacaan blog meyakinkan lg aku. Org tu guna Similac, aku pun bantai ikut. Tawakal harap sesuai dgn selera n perut Ammar. Ikutkan blh je beli Novalac, tp aku confuse x igt yg mana satu sbb ada 3 pilihan warna pun lbh kurang. Lagi pun aku compare harga gark. Novalac mahal RM10 dr Similac, tambah lg org blog tu kata Similac terbaik, aku pun bantai follow. 

Setakat 3 hari ni Ammar ok, dia terima n cirit pun dah takde. Alhamdulilah. Harga Similac ni maybe murah RM1 kot dari Snow. Jadilah nak. Asal kau sihat,kenyang dan sejahtera.

Tuesday, 7 July 2015

Keluhan Sang Ibu

Assalamualaikum,

Dah lama rasanya otak ni tak penuh dengan kata2 yg perlu dilafazkan. Sesungguhnya aku tak pernah sangka letihnya menjadi seorang ibu. Aku igt aku tahu, aku igt aku dh cukup bersedia dgn pengalaman menjaga anak2 buah. Rupanya letihnya, jerihnya menjaga dan membesarkan seorang anak.

Baru jaga, baru seorang. Belum mendidik lagi, belum ramai lagi anak. Sampai kadang2 aku terfikir, aku tak nak ulangi lagi situasi dan keadaan ini. Cukuplah anak ini seorang. Saat aku dilanda ujian anak sakit, anak merengek, anak tak nak tidur, anak lasak, anak yg tidurnya tak lena. Aku terfikir apakah hikmah aku dikurniakan anak seawal ini, dgn hati duk berkata aku x bersedia hadapi semua ini, namun Allah masih mengurniakan aku anak. Dan hakikat manusia yg setiap hari nak anak, hati perasaan jiwa raga bersedia 200% mampu menjaga dan membesarkan seorang anak dgn penuh kasih sayang, namun masih belum dikurniakan anak. Hakikatnya Allah Maha Tahu, Allah penuh dgn hikmah, ujian manusia lain2. Bersedia dan kemampuan manusia lain2. Utk kekal kuat dan bertahan, hanya Allah juga yg tahu. 

Dulu kita hidup utk diri sendiri, jaga diri sendiri, hadap masalah yg kita sendiri cari or penyebabnya. Skrg semuanya berubah. Beban tanggungjawab yg teramat besarnya. Sampai terfikir hebat oo org yg dh berkahwin dan beranak pinak ni. Hidupnya utamakan org lain, hidupnya pastikan keperluan org lain. Dan seorg wanita itu mampu dan kuat utk hadapi semua ini apbl dia tahu dan sedar org lain itu adalah sebhagian dirinya juga. Darah dagingnya. 

Friday, 26 June 2015

Ditahan wad buat kali ke 2

Assalamualaikum,

Perjalanan sakit anakku masih belum menemui penghujungnya. Sakit bulan lepas masih bersisa dgn batuk pada waktu mlm. Buat aku tersedar hari semalam yg indah dan permai, tidur yg lena dan kehidupan yg tenang blh berubah pada keesokan harinya. Tak pernah terbayang akan ditahan wad seawal ini, apatah lg buat KALI KEDUA dalam tempoh sesingkat ini. Ini lah ku anggap kifarah dosa kami suami isteri, sbg peringatan, sbg ujian hidup berkeluarga, sbg penyebab kukuhnya kasih sayang atr kami suami isteri. Pengalaman yg lalu buat aku lbh bersedia dr segi mental terutamanya dlm menghadapi hari2 di wad, yg tidak pasti brp lama aku dan Ammar akn berada disini.

24 June 2015 Rabu

Hari lahir abg disambut dgn ucapan hari jadi dan hadiah baju solat lelaki. Masih dlm simpananku hadiah tersebut. Pulang dari sekolah, aku perasan batuk2 Ammar kedengaran perit dan teruk sprt awal2 dulu. Dia mula demam dan aku berikn ubt demam pada 3PM. Aku membayangkn sakitnya dtg semula. Lewat petang aku perasan bdn nya m kembali panas. 7PM aku beritahu suami akn keadaan Ammar dan kami berikan ubt kali ke 2. Batuknya dah x kedengaran.

25 June 2015 Khamis

Lewat mlm badannya terasa panas,tp pd pndptku panas itu masih terkawal. Sehingga slps sahur, bdn ammar terasa panas teruk. Ku berikn ubt pada jam 6AM. Aku pergi kesekolah dgn hati yg resah. Memikirkn emak terpaksa menjaga 2 org cucu yg x sihat. Aku berdoa spnjg aku teringatkn Ammar di sekolah. Agar tubuhnya kembali sihat dan tidak membebankn emak. Mmg niat aku pulang dr sekolah utk bw ammar ke klinik Sulaiman. Dgn niat nk dptkn ubt antibiotik. Pulang dr sekolah, abg turut brd di rumah. Terus ku dptkn Ammar. Ammar sedang dibuai, mak mengadu demamnya teruk, bdn nya lemah, tidak aktif dan tidak selera mkn n menyusu. Itu masih tidak menarik risau ku. Apbl emak dan aku perasan ada biji besar sprt bengkak di bawah dagunya sekitar leher kirinya, itu benar2 menakutkn ku. Demam apa sampai bengkak2 mcm ni. Mcm bisul pun ada. Dlm masa yg sama biji2 merah sprt jerawat batu dh tumbuh disekitar dadanya dan melintang ke tepi. Kelam kabut aku bersiap. Arah tujuan ku satu. HKL dan kali ini aku bersedia utk ditahan wad. Dgn abg kamu menaiki kereta, kami ke bhgn pesakit luar. Aku tanamkn dlm hati kekuatan luar biasa perlu ditonjolkn hr ini. Aku menguruskn Ammar sementara abg beredar ke tmpt kerja. Dgn hikmah Ammar tidak terlalu berat aku gigi mendukungnya utk mendptkn angka giliran,menulis kad pesakit. Syukur utk baby bwh 2 thn nama Ammar cpt dipgl masuk. Suhu Amnar 40.8. Terlalu tinggi. Perlu dptkn ubt bontot dan basahkn bdnnya. Apbl aku menunjukkn keadaan leher ammar yg merisaukan ku, ammar perlu diambil darah utk ujian. Aku lega. Aku yakin ammar bkn demam biasa. Gigih menyelesaikan satu2 perkara, keputusannya suhu Ammar masih x turun dan terdapat byk kuman dlm darahnya. Kelihatan juga ruam2 di bhgn belakang badannya. Doc arahkn aku utk menaiki shuttle utk ke wad. Aku bersetuju krn ia memudahkn. Perlu ke kaunter utk isi borg. Nurse dikaunter terkejut melihat aku keseorangan mendukung bayi yg sakit. Beliau membantuku dln menulis borg. Jam 4.3PM kami bergerak dan sampai di pedriatik aku terjumpa Zety bersama suami dan anak ke2 nya. Bergerak ke KK6. Waktu ini aku teringatkn Zana. Di KK6 Doc melayan dan menyoal plbg perkara. Maaf ckp aku x gemar krn Doc tu x kelihatan Doc yg blh qku bergantung harap. Terlaluw lemahhhhh lembut. Lemah aku jadinya. Apbl menunjukkn ruam2 tersebut, terus aku diserbu oleh sekumpulan Doc. Kesian ammar trauma bertemu dan disentuh2 oeh org2 asing. Menangis meraung dia. Faham sungguh perasaan ammar waktu itu.

Tuesday, 16 June 2015

Gaji Kedua 2015

Assalamualaikum,

Nilah tabiatnya bagi manusia yg ternanti2 gaji masuk. Yelah, aku pekerja kontrak so gaji masuk ni ikut org jabatan buat kerja. So kalau lambat, lambatlah aku dpt. So penantian gaji kedua kali ni agak lama. Apapun syukur, cek duit dah masuk pagi ni. RM2500 pula utk kali ni. Tak banyak. Dan sekali lagi duit ni masuk masa aku takde mood nak membeli belah. So aku mampu rasional kan pembahagian wang gaji kali ini.

So aku ada 3 minggu lagi before berakhirnya perkhidmatan aku sebagai guru ganti. Maka aku ada gaji terakhir iaitu gaji ke tiga buat tahun ini. Bunyi macam sadis, org lain tiap2 bulan dpt gaji tak kecoh. Yelah, diorg dpt ontime setiap hujung bulan. Aku ni dapat gaji mcm surprise2 gitu. So mestilah excited bila dah masukkan. Oklah, esok dah nak puasa, bolehlah belilah apa yg patut sempena bulan puasa dan raya nanti.

Alhamdulilah

Tuesday, 12 May 2015

Antara Minat dan Hakikat

Assalamualaikum,

Ya Allah, cemburu melihat kenalan yang berjaya menjadikan minat mereka sesuatu yang realiti. Dan ternyata mereka mmg berbakat. Dengan yg buat baking, pastry, make up artist, berniaga online, membuat jahitan, melancong. Dan aku tahu betapa gembiranya mereka melaksanakan impian dan kemahuan hati. Sampai tertanya aku kpd diri sendiri, aku ni apa pun tak ada. Minat cikai2, pastu hangat2 tahi ayam tu adalah. Rasa diri hampeh sangat.

Tapi bila fikir balik, hidup aku ni byk sgt aku dapatkan dgn mudah n lancar. Ni bukan berlagak. Just wonder how lucky I am? UPSR tiba2 dpt 5A. Pastu dpt masuk SBP. Dapat 8A dlm PMR dan 8A 2B dlm SPM. Berjaya tamatkan matrik yg hectic dlm setahun. Dan kemudian miliki degree dan MBA which is aku capai tanpa kesulitan yg menyesakkan kepala. Aku bebas hutang ptptn krn berpeluang menikmati biasiswa JPA. Aku bersuami tanpa cerita drama yg berjela2. Bulan April berkenalan dan by September aku dah nikah. Kemudian aku merasai nikmat mengandung n beranak tanpa masalah kesihatan yg pelik2. And not to forget aku bersalin swasta kau. Kau hado semua ni? Ya Allah syukurnya aku. Tambah lg kelebihan diri, anak sulungku lelaki, rasa macam perfect family sgt. Aku miliki 2 rumah atas namaku dan suami ada sebuah rumah. Ada motor, ada kereta. So perfect is it?

Tapi aku ngaku, aku x miliki wang berkepuk dlm bank, suamiku x sehensem mana utk dikebas org dan berkerja sebagai penyelia di Alam Flora, sampai org tanya 2 kali nk confirmkn balik. Aku pun x pernah naik kapal terbang apatah lg melancong ke luar negara hatta Thailand atau Singapura. Masih di semenanjung. Tak pernah miliki passport. Jam, beg dan kasutku hanya lah memadai dan berfungsi dgn selamat n sekadar cantik dimataku. Alhamdulilah, miliki emas seadanya dan menikmati makanan seadanya. Kerana aku tahu, aku kene bertindak mengikut kemampuan. Mengukur baju di badan sendiri. Jauh dilubuk hati, aku kecewa dgn diri sendiri atas kekurangan diri krn aku takut nk mencabar diri dan mengambil risiko. Maka aku terpaksa berpuas hati dgn apa yg kumiliki kini. Namun Allah Maha Penyayang, berikan aku kesempatan dan nikmat yg aku sendiri rasa org lain jauh lg kurang dan berkemungkinan cemburu dgn apa yg aku miliki skrg. Alhamdulilah.

P/s: Macam berminat nak dalami penulisan Bahasa Inggeris. Mampu ker?


Wednesday, 6 May 2015

Gaji Pertama 2015

Assalamualaikum,

Alhamdulilah gaji sebagai guru ganti dah masuk pada 29 April yg lalu sebanyak RM2049. Tak banyak tapi syukur seadanya. Hikmah gaji ni masuk pada tarikh tersebut ialah ketika mana nafsu membeli belah ku sudah tiada. Membuatkan aku fokus nak alirkan wang ke arah yg lebih penting.

RM300 ku serahkan kepada mak sebagai tanda menghargai jasa mak dan sbg salah satu cara menyucikan harta. Dan sebanyak RM1000 ku masukkan ke dalam akaun SSPN Ammar. Tak banyak tapi memadailah setakat ini. Smgt mula berkobar2 utk menyimpan lbh banyak buat Ammar. Namun apa daya, lebihan wang gaji utk kegunaan ku sendiri apbl memerlukannya nanti. Dan Alhamdulilah RM10 utk disumbangkan ke tabung masjid. Mungkin sbg membayar nazar. Semoga Allah menerima segala nazar ku.

Cerita pasal simpanan SSPN Ammar, aku buat kat Giant Batu Caves je. Ada booth disitu. Dapat mcm2 goodies. Dgn tabung,beg kertas, beg sekolah n payung. Huhuhu. Oklah. Syukur. Ada lagi gaji utk bulan April dan Mei yang tertangguh. Harap apbl masuk nanti aku menyalurkannya ke aaluran yg betul

Tuesday, 5 May 2015

[REVIEW] The Golden Roof Hotel

Assalamualaikum,

Aku memang suka hotel. Bagi aku hotel satu simbolik percutian, simbolik honeymoon dan disamping merealitikan angan2 miliki masterbedroom dgn katil saiz king, side lamp yg cantik n toilet yg gah. Rasa kaya sekejap. Aku prefer hotel berbanding makanan dan lawatan tempat2 menarik. So unique right? Layankan jelah peel pelik ku ini.

Lupa nk bgtahu. Hotel ni kat Ipoh. Bajet nk g Lost World of Tambun. Tp waktu public holiday. Mls pula nk bersesak2. Harga dlm RM180. Beli time check in. Klu through agoda maybe lg murah. Tp dpt foot massage free mmg best.

Lobi hotel
Nice interior

Dapat percuma foot massage oleh nyonya cina



Ada lif

Iron baju kat luar

Bilik kami Premier King


Entrance









Pintu toilet



Mmg style hotel bg sabun n syampu dalam bekas picit mcm tu. N bapak besar kepala shower