Wednesday, 6 May 2015

Gaji Pertama 2015

Assalamualaikum,

Alhamdulilah gaji sebagai guru ganti dah masuk pada 29 April yg lalu sebanyak RM2049. Tak banyak tapi syukur seadanya. Hikmah gaji ni masuk pada tarikh tersebut ialah ketika mana nafsu membeli belah ku sudah tiada. Membuatkan aku fokus nak alirkan wang ke arah yg lebih penting.

RM300 ku serahkan kepada mak sebagai tanda menghargai jasa mak dan sbg salah satu cara menyucikan harta. Dan sebanyak RM1000 ku masukkan ke dalam akaun SSPN Ammar. Tak banyak tapi memadailah setakat ini. Smgt mula berkobar2 utk menyimpan lbh banyak buat Ammar. Namun apa daya, lebihan wang gaji utk kegunaan ku sendiri apbl memerlukannya nanti. Dan Alhamdulilah RM10 utk disumbangkan ke tabung masjid. Mungkin sbg membayar nazar. Semoga Allah menerima segala nazar ku.

Cerita pasal simpanan SSPN Ammar, aku buat kat Giant Batu Caves je. Ada booth disitu. Dapat mcm2 goodies. Dgn tabung,beg kertas, beg sekolah n payung. Huhuhu. Oklah. Syukur. Ada lagi gaji utk bulan April dan Mei yang tertangguh. Harap apbl masuk nanti aku menyalurkannya ke aaluran yg betul

No comments:

Post a Comment