Tuesday, 12 May 2015

Antara Minat dan Hakikat

Assalamualaikum,

Ya Allah, cemburu melihat kenalan yang berjaya menjadikan minat mereka sesuatu yang realiti. Dan ternyata mereka mmg berbakat. Dengan yg buat baking, pastry, make up artist, berniaga online, membuat jahitan, melancong. Dan aku tahu betapa gembiranya mereka melaksanakan impian dan kemahuan hati. Sampai tertanya aku kpd diri sendiri, aku ni apa pun tak ada. Minat cikai2, pastu hangat2 tahi ayam tu adalah. Rasa diri hampeh sangat.

Tapi bila fikir balik, hidup aku ni byk sgt aku dapatkan dgn mudah n lancar. Ni bukan berlagak. Just wonder how lucky I am? UPSR tiba2 dpt 5A. Pastu dpt masuk SBP. Dapat 8A dlm PMR dan 8A 2B dlm SPM. Berjaya tamatkan matrik yg hectic dlm setahun. Dan kemudian miliki degree dan MBA which is aku capai tanpa kesulitan yg menyesakkan kepala. Aku bebas hutang ptptn krn berpeluang menikmati biasiswa JPA. Aku bersuami tanpa cerita drama yg berjela2. Bulan April berkenalan dan by September aku dah nikah. Kemudian aku merasai nikmat mengandung n beranak tanpa masalah kesihatan yg pelik2. And not to forget aku bersalin swasta kau. Kau hado semua ni? Ya Allah syukurnya aku. Tambah lg kelebihan diri, anak sulungku lelaki, rasa macam perfect family sgt. Aku miliki 2 rumah atas namaku dan suami ada sebuah rumah. Ada motor, ada kereta. So perfect is it?

Tapi aku ngaku, aku x miliki wang berkepuk dlm bank, suamiku x sehensem mana utk dikebas org dan berkerja sebagai penyelia di Alam Flora, sampai org tanya 2 kali nk confirmkn balik. Aku pun x pernah naik kapal terbang apatah lg melancong ke luar negara hatta Thailand atau Singapura. Masih di semenanjung. Tak pernah miliki passport. Jam, beg dan kasutku hanya lah memadai dan berfungsi dgn selamat n sekadar cantik dimataku. Alhamdulilah, miliki emas seadanya dan menikmati makanan seadanya. Kerana aku tahu, aku kene bertindak mengikut kemampuan. Mengukur baju di badan sendiri. Jauh dilubuk hati, aku kecewa dgn diri sendiri atas kekurangan diri krn aku takut nk mencabar diri dan mengambil risiko. Maka aku terpaksa berpuas hati dgn apa yg kumiliki kini. Namun Allah Maha Penyayang, berikan aku kesempatan dan nikmat yg aku sendiri rasa org lain jauh lg kurang dan berkemungkinan cemburu dgn apa yg aku miliki skrg. Alhamdulilah.

P/s: Macam berminat nak dalami penulisan Bahasa Inggeris. Mampu ker?


No comments:

Post a Comment