Wednesday, 22 July 2015

Snow --> Dugro --> Snow --> Novalac --> Snow S2 --> Similac LF

Assalamualaikum,

Kusangkakan perjalanan susu fm Ammar akan berjalan lancar. Igt kan akan setia selamanya pada snow walaupun ada niat nak tukar kpd yg lbh murah cukup setahun nanti. Nak dijadikan cite pertengahan Jun slps aku dpt gaji aku smgt nak tukar susu Ammar yg lbh murah. Mcm x logik pun ada, dpt gaji beli yg lg murah  -_-". Atr asbab nya pun sbb suami duk bisik2 nak ajak tukar. Ammar dh elok2 dh dgn snow. So aku beli dugro. Niat nak beli dutch lady. Tp sbb dutch lady 1 kilo n RM20 whih is sgt murah,aku beli dugro. Sbb dugro ni tgh2 je harga n beratnya.

Bila aku start bagi, demam Ammar pun start balik. Esok nya terus ada tumbuh ruam n bengkak besar kat leher. Ok mcm dahsyat sgt kesan susu dugro ni. Mungkin kebetulan atau mungkin ia salah satu faktor demam Ammar waktu itu betul2 menakutkan aku. Masuk wad kali ke 2 ada ckp kan hal ini pada Doc. Anak br tukar susu. Yelah nak bg pelbagai sbb kenapa demam sampai beruam2 bagai.

Kat hospital aku dah bg snow balik. 3 hari mcm tu je aku bg Ammar dugro. So ada lah skrg kat rumah buat perkasam. So Ammar ok dgn Snow. No prob. Masuk Julai. Sehari lps appmnt dgn Doc pakar HKL demam Ammar kembali teruk. Ni aku cite kat page lain. Apa aku nak ckp. Setelah demam teruk 3 hari Ammar start cirit birit. Gi klinik pakar kanak2, Doc bg susu Novalac. Mmg khas utk baby cirit. So spnjg di Kuala Kangsar, itulah susu Ammar minum. Alhamdulilah. Ciritnya ok, batuk kurang n muntah malam2 pun stop. Takde. So b4 balik KL suruh suami beli susu snow. Sbb dh hbs 2 tin kecil tu. Alhamdulilah, Ammar ok je tukar2 susu ni. Dia telan je time tido. Sama jg dgn dugro. Kira Ammar ni ok je dgn rasa2 susu ni kot.

Apbl dh kembali kpd Snow Step 2, esoknya cirit Ammar dtg balik. 3 kali sehari. Terus panas n demam dia. YA ALLAH resahnya aku dgn ujian sakit anak ini. Seriau memikirkan duk balun anak makan ubat. 

Aku kuatkan pendirian, baca blog cari susu free lactose. Sbb aku mcm pernah dgr doktor pakar ckp bg susu ni. Melalui pembacaan blog meyakinkan lg aku. Org tu guna Similac, aku pun bantai ikut. Tawakal harap sesuai dgn selera n perut Ammar. Ikutkan blh je beli Novalac, tp aku confuse x igt yg mana satu sbb ada 3 pilihan warna pun lbh kurang. Lagi pun aku compare harga gark. Novalac mahal RM10 dr Similac, tambah lg org blog tu kata Similac terbaik, aku pun bantai follow. 

Setakat 3 hari ni Ammar ok, dia terima n cirit pun dah takde. Alhamdulilah. Harga Similac ni maybe murah RM1 kot dari Snow. Jadilah nak. Asal kau sihat,kenyang dan sejahtera.

No comments:

Post a Comment