Assalamualaikum..
Terasa lama aku x jengah blog ni. Aku hilang pedoman dari start Jan 2016 hinggalah awal Mei ni. Hari tu update pun sbb aku pergi bercuti. Cite hal2 cuti ni mmg seronok. Lupa jap masalah.
So sepanjang tempoh itu aku kecewa sbb x dpt keje. Panggilan interview ada juga. Tp tak lulus utk memenuhi jawatan tersebut. Aku terus down, cuba bangkit semula. Apply lagi kat jobstreet. Cari juga kat mudah.my. Dapat jadi kerani pun dah syukur. Cuba pujuk hati. Nangis lagi dan lagi. Suami lah pendamping paling sabar dan aku syukuri. Jauh sekejap hati dgn yg Maha Kuasa. Rasa kecewa sgt. So keep on makan menambah berat badan. Nak mengisi kekosongan jiwa. Mmg x lah nak buka blog bagai. Aku mcm x betul pun ye juga. Dahsyat.
Aku cuba pujuk hati, kembali kan semuanya kepada Dia. Dugaan ni xdelah sebesar mana. Tp duk banding dgn kawan2 lain yg dh jauh menapak dlm karier masing2 buat aku rasa hina sgt. So aku makan dan makan dan makan.
Hingga aku fikir. Oklah aku jadi suri rumah. Jadi ibu yg baik. Manfaat kan masa ini. Masak tak tinggal, tukar2 lauk, main dgn ammar, buat rutin seharian kami berdua bersama. So rasa mcm ada sedikit pencapaian dlm hidup. Hati aku jadi ok sikit. Tgh fokus utk perkembangan ammar aku terbuka hati utk dptkan kembali memori membaca Al Mathurat mcm kat ssp dulu. So aku baca sehari dua berturut2, jaga waktu solat.
So satu malam terjaga dr tidur aku dpt ilham. Awal pagi mcm tu aku terfikir utk join satu kursus ni. Mmg sblm2 ni ada pasang niat. Kursus komputer lah apa lah. Nak bagi hebat sikit resume aku.Tp kali ni Allah ilhamkan terus ke hati aku utk join kursus Giatmara. Aku lgsg x terdedah dgn ayat Giatmara. Pernah lah thn lps dgr ayat ni sekali. Tp bila ilham tu dtg mmg kita jd kagum sgt Allah dtgkan tanpa disangka2. Sbb bila fikir balik knp x dr dulu aku sedar akan hal ini. Kalau x dh lama aku mengisi masa dgn baik. X tension2 mcm ni.
So cek website mmg rezeki kursus aku nak ada kat Gombak n kebetulan mmg br buka utk pengambilan Julai nanti. Syukur sgt. Allah ilhamkan skrg dan bukan Ogos nanti.
So dah ambil borang, dh isi bagai. Hati otak berbunga2 riang. Angan2 mula jauh. Fokus bacaan di hp dah berbeza dr masa aku tension dulu. Harap ada lah panggilan Interview dan seterusnya diterima masuk. AMIN.
No comments:
Post a Comment