Assalamualaikum,
Alhamdulilah, pagi tadi aku berkesempatan utk mengikuti seminar ini. Disampaikan oleh Pn Aishah Kasim. Seminar berlangsung selama 3 jam dengan bayaran RM50 seorang di Medan Selayang Batu Caves. Tujuan aku mengikuti seminar ini adalah kerana mahu mengetahui cara terbaik utk merangsang percakapan dan penghasilan bahasa oleh anak ku Ammar.
Jujur aku mengaku, Ammar pada usia 1 tahun 7 bulan, hanya mampu menyebut 4 patah kata iaitu, 'ayah', 'dah', 'nah' dan 'tatih'. Selebihnya adalah eksperesi bunyi2 an seperti 'aaahhh', 'woww' dll. Aku difahamkan Ammar seharusnya sudah boleh menyebut 50 patah kata. Selain itu, Ammar juga seperti tidak tahu akan namanya. Ammar tidak respon apabila aku memanggilnya. Itu yang merisaukan aku. Baiklah aku akan kongsikan serba sedikit ilmu yang aku dapati mengikut kefahaman ku sendiri.
4 komponen penting dalam pertuturan
1) Rangsangan otot mulut
2) Kemahiran pra-pertuturan
3) Kefahaman bahasa
4) Penghasilan bahasa
Otot Mulut
Terdapat kanak2 yg terlebih sensitif, kurang sensitif, kadang2 bercampur sensitif dan tidak sensitif. Gangguan pada otot mulut mengakibatkan anak tidak selesa utk bertutur. Contoh terlebih sensitif apabila anak lgsg tak membenarkan parents menyentuh area mulut. Manakala kurang sensitif apabila air liur meleleh biasanya disebabkan tidak mampu merapatkan bibir dengan sempurna. Kebiasaan masalah otot mulut ini dihadapi oleh anak2 istimewa. Bagaimanapun ia boleh dirangsang dengan beberapa sentuhan (boleh rujuk dari yg pakar)
Kemahiran Pra Pertuturan
Merupakan kemahiran yang diperlukan sebelum kanak2 bertutur. Terdapat 6 perkara iaitu:
1) Daya tumpuan
2) Hubungan mata
3) Ambil giliran
4) Meniru
5) Memadankan
6) Permainan simbolik
DAYA TUMPUAN dan HUBUNGAN MATA
Penting utk anak mampu memberi tumpuan dan fokus pada sst perkara/perkataan/permainan agar ia merangsang otak anak memahami akan sst itu dan seterusnya merangsang kefahaman dan pertuturan bahasa.
Cara rangsangan >>
Melibatkan ibu dan anak dalam berkongsi tumpuan terhadap sesuatu
Contoh aktiviti >>
1) Menyusun puzzle 2) Bermain playdoh
3) Tampal sticker
1) Menyusun puzzle 2) Bermain playdoh
3) Tampal sticker
Obejektif bermain >>
Meningkatkan daya tumpuan anak selama 3min-5min-10min (tempoh masa ikut tahap sesuai)
Meningkatkan daya tumpuan anak selama 3min-5min-10min (tempoh masa ikut tahap sesuai)
Teknik:
-Ibu menyediakan mainan dalam bekas yg tertutup gelap
-Pastikan anak duduk satu tmpt khas
-Selaraskan level mata ibu dan anak sambil kenalkan objek/permainan dalam tempoh tertentu, satu demi satu
-Cara terbaik dengan meletakkan objek di hadapan muka ibu sambil menyebut perkataan agar mata anak melihat objek sambil melihat bibir yg ibu menuturkan ayat dalam memperkenalkan objek tersebut
-Lakukan dengan pendek dan pantas dan selepas itu benarkan anak bebas utk bermain
-Ulang cara ini dengan menambah tempoh dari masa ke semasa
Saranan objek: Farm animal, transport (banyak bunyi boleh dihasilkan)
AMBIL GILIRAN
Merangsang 2 ways communication. Sebagai contoh bermain passing bola. Ayah pas kat anak dan pastikan anak pas kembali kepada ayah. Selain itu, bermain masukkan barang ke dalam kotak. Ibu masukkan dulu kemudian anak dan seterusnya bergilir2 sehingga selesai.
Ini merangsang anak utk memahami secara perbuatan. Kerana perbuatan bertutur juga memerlukan seseorang itu diam dan tunggu sehingga seorang lagi selesai berkata. Pentingnya perkara mengambil giliran ini dalam perbuatan bertutur ialah anak tahu pentingnya tunggu mendengar soalan, jawapan dan memberi tumpuan dalam menunggu gilirannya utk berkata2.
Contoh aktiviti : 1) Simpan duit dalam tabung
2) Masukkan bola dlm jaring
2) Masukkan bola dlm jaring
MENIRU
Anak seharusnya mampu meniru bunyi dan perbuatan yang ditunjukkan parents. Seperti contoh anak membuat gerakan bye2 sebelum benar2 memahami maksud bye2 itu. Melalui keupayaan meniru, anak mampu memahami sst perkara/objek/perbuatan yg ditunjukkan
Contoh aktiviti :
1)Nyanyian yg mempunyai banyak aksi (ie. Kalau rasa gembira)
2)Bina lego dan anak ikut bina
3)Gerakkan kereta sambil bunyi vroom2. Kemudian gerakkan kereta secara senyap. Melihat respon anak utk menuturkan bunyi vroom2 seiring dgn kereta yg kita gerakkan
4)Buat mimik muka
MEMADANKAN
Anak berupaya melihat persamaan pada sesuatu objek atau perkara. Sebagai contoh apabila membuat bunyi miow anak tahu itu kucing. Apabila main masak2, ibu nak minum, anak tahu cawan objek yg diperlukan.
Contoh aktiviti : Letakkan 3 objek berbeza dan minta anak ambil objek berdasarkan nama objek
Setelah beberapa lama, rangsang kefahaman berdasarkan (warna, sifat, kedudukan objek)
PERMAINAN SIMBOLIK
Mengaitkan alat permainan dengan fungsinya dengan objek sebenar.
Sebagai contoh, "Ini cawan. Ibu nak guna utk minum". "Vroom2. Ini kereta. Bawa pergi jalan2".
Sebagai contoh, "Ini cawan. Ibu nak guna utk minum". "Vroom2. Ini kereta. Bawa pergi jalan2".
Contoh aktiviti : Main masak2
No comments:
Post a Comment