Friday, 20 May 2016

Sesi pendek fahami asas jahitan

Assalamualaikum,

Semalam aku berkesempatan mempelajari sedikit asas mengenai jahitan ni dgn kawan aku, Raden. Dia mmg tahu, belajar dan aplikasi jahitan ni. So dia selayaknya utk dijadikan mentor singkat aku. Dah lama tak berada dlm suasana belajar ni. Berpeluh otak aku cuba nak faham. So start lah balik mcm zaman2 anak dara dulu, tak faham tp mulut kata faham. Hahaha. Tegas juga kwn aku sorg ni. Takut aku nak ngaku bila x phm. Haha.

So apa yg aku belajar semalam ialah:
1. Unit ukuran inch
2. Tahu kene lukis pola pada buku, baru lukis pola yg sebenar
3. Pola dilukiskan separuh sahaja. Kain dilipat dan kemudian pin kan pola atas nya dan gunting kain
4. Pentingnya basi pada kain
5. Ada penanda kain ditekap dr pola ke kain. Tanda supaya jahitan lurus dan kemas
6. Berkesempatan belajar mematikan jahitan dgn menggunakan mesin
7. Belajar asas mengenai mesin
8. Hands on mesin jahit tepi
9. Kenali jenis2 komponen diperlukan utk satu2 jahitan (ie: zip dalam, zip luar)
10. Kenal dgn kain pengeras utk bhgn kolar bj melayu
Pola besar. Bhgn belakang baju. Separuh badan sahaja

Penanda mcm pen, penetas, skoci

Komponen utk jahit zip

Zip biasa, zip dalam. Ada ukuran berbeza ikut tmpt nak jahit

Mesin jahit tepi

Hasil aku dr mesin jahit tepi

So start dr kul 2.45pm sampai kul 4pm mcm tu. Mmg belajar lah. Xde nak cite benda2 lain. Tepu jap otak aku. Rasa mcm complicated gark. Tp kene kuat smgt. Yakin je. Nanti dh teror, sng lah semua ni. Hahaha. Lps sesi belajar, br lah sesi cite2. Borak punya borak aku pun beransur pulang dlm 4.45pm. Tq Raden.

P/s: Interview Giatmara Gombak minggu depan. Kul 8.30am. Kene start belajar apa yg patut berkaitan jahitan ni.

No comments:

Post a Comment