Sunday 7 December 2014

Majlis Akikah Ahmad Ammar

Assalamualaikum,
Selamat sudah Majlis Akikah buat anak kami pada 30 Nov 2014. Genap pada usianya 2 bulan. Seekor kambing telah digolekkan, lagi seekor ayah Ammar kata hutang dulu ya. Seperti biasa niat nak buat simple2. Last minute mak minta agar Ammar dibuai. Sebab dia dah selesa berbuai. Bagi nak bagi dia lena tidur sepanjang bermarharban, mahu tak mahu aku perlukan buai@buai dihias cantik@buai berendoi. Aduhai, penat duk google, fb bagai nak kan buaian yg cantik. Sebab terlalu last minute, mmg takde yg kosong lah utk disewakan. Dah redha waktu tu nak layangkan RM200 kebawah hanya utk buaian si kecil ni. Syukur, hikmah last minute, aku DIY sendiri. Jimat. Aku hias pakai barang lebihan ketika kahwin ku dulu. Dan Tarrraaa jadilah buaian berendoi ku. Walaupun x meriah dan vogue segala, aku cukup puas hati krn ber DIY dan yg penting duit tak keluar.

Dalam gmbr nmpk selebet sbb x di 360 kan. Kalau tgk on live mmg blh dpt pujian. Kikiki. Yakin je

 Majlis bermula seawal 11am. Kumpulan Marharban Lelaki dtg dgn speaker segala. Mmg meriah dan bergema lah rumah aku ni. Sesuai pula baju mereka dgn tema aku nak warna hijau. Majlis Akikah pun nak ada tema warna. Mengada sgt. Hahaha. Yg bagusnya Ammar tidur lena spnjg org bermarharban. Mmg kuat suara mereka dan memang lena Ammar dibuatnya.


Ayah Ammar kene pusing 7x melawan arah jam
Kambing golek
Order makanan utk 200 org, seekor kambing golek dan tambahan satu bahagian kambing frozen sbb takut tak cukup. Rasa mcm dah panggil satu kampung dan seluruh sanak-saudara, kenalan dan jiran tetangga. Akhirnya byk makanan berlebih. Agak sedih sebab takut membazir. So berusahalah mak dan suami membungkus, dan Kak Ita tolong hantarkan ke rumah2 kenalan. Dan syukur walaupun begitu, sedikit pun tiada pembuangan@pembaziran dr pihak kami. Taubat lps ni tak mau order banyak2. Kami juga silap percaturan, hujung Nov, waktu byk kenduri. Mmg x tertanggung lah kalau tetamu nak melantak kat semua kenduri. Takpe jadikan ini pengajaran utk next kenduri. Huhuhu.

No comments:

Post a Comment