Tuesday 16 December 2014

Rezeki baby

Assalamualaikum,
Syukur ke hadrat Ilahi kerana di kurniakan nikmat pengalaman sbg ibu mengandung. Tapi dalam hati pasti terselit satu dua kerisauan dlm membesarkan anak ini. Cukupkah keperluan anak ini? Mampukah kami sediakan segala keperluan yg terbaik buatnya? Dan sesungguhnya janji Allah itu pasti. Stp manusia ada rezeki mereka masing2. Sejak mengandungkan Ammar aku lihat sendiri akan kekuasaan Allah dlm membagi rezeki. Di awal kandunganku, kami memenangi cabutan bertuah sempena Family Day Alam Flora, di I-City Shah Alam. Tak sangka seramai2 org pun kami bertuah utk memiliki vakum. Erk, tu petanda kecil utk aku rajin memvakum carpet hijau rumah. Seriously, rasa mcm terkejut amat + hepi + senyum lebar masa nak claim hadiah tu. Padahal sblm claim tu dh nak blk sgt. Nasib suami tergerak hati nak pergi usha nombor bertuah yg naik dimeja pendaftaran. Kalau ikut aku yg nak balik terus tu mmg melepas lah.Hahaha.

Seterusnya, Alhamdulilah. Rezeki suami utk dinobatkan sbg pekkerja cemerlang bg suku tahun 2014. Mcm x caya pun ada. Sbb suami ada ckp, time bujang dulu dia pun cemerlang juga dlm melaksanakan tugas. Just x de rezeki utk peroleh title cemerlang tu. Tapi tahun ni, mmg Allah dah tulis rezeki utk baby. Makanya pufff jadilah suamiku si pekerja cemerlang. Dengan memperoleh trofi, cek bernilai RM600 dan baucer tesco bernilai RM300. Bunyi hadiah mcm menang pertandingan apa je. Hahahah. Syukur sgt. Berbagai barang keperluan baby dpt dibeli dgn wang dan baucer tersebut.

Seterusnya, kami memperoleh byk pakaian, barangan terpakai dari anak2 buah ku terdahulu. Walaupun dh 2nd hand malah 3rd hand tp masih in good condition. Buaian, baju2, tmpt baring baby (aku pgl jongkat jongkit), tilam kekabu berserta bantal2 nya, kelambu tidur baby, lapik tukar pampers, lampin dan bbrp brg yg lain. Kami byk berjimat tang ni. Syukur Ya Allah.

Time aku 3rd trimester, suami ada ckp psl interview kenaikan pangkatnya. Dgr dr gaya ceritanya mcm x kan dpt naik pangkat je. Menjadi org 2nd last, pastu dh tengahari dgn perut suami dan interviewer dh berkeroncong, interview tersebut x berjalan dgn lncr. Tapi aku doa je rezeki kenaikan pangkat suamiku ini spnjg masa bersama doa agar dipermudahkan bersalin. Syukur dlm tempoh aku berpantang result kenaikan pangkat pun keluar. Suamiku lulus berjaya. Naik pangkat maksudnya naik gaji. Syukur Allah makbulkan doa kami. Yang pasti rezeki hidup berkeluarga pastinya ada. Yakinlah dgn itu.


No comments:

Post a Comment