Due ku pada 25 Sept 2014. Pada
minggu ke 34 nurse cakap baby dh turun. Aku expect kan bersalin maybe seawal
37w. Namun sampai tarikh due aku still tak ada tanda. Risaunya kerana aku tahu
yang baby aku besar. Check up GMC (GOMBAK MEDICAL CENTRE, hospital swasta
pilihan ku) 39w baby dah 3.1kg. Doc benarkan utk postdate, manakala nurse KKIA
bg surat utk serah diri pada tarikh due sbb aku GDM dan perlu di induce. Aku
ambil risiko utk stay dgn plan doc. Aku meyakinkan diri, diabetes aku tak teruk
dan BSP aku still under control, dan baby pun baru 3.1kg. Maybe kalau overdue
pun berat max baby 3.4kg. Itu apa dalam otak aku.
Hari berlalu, aku terus
ternanti2 tanda. Jumpa mak mertua 27 sept, dia cakap maybe isnin atau selasa
(29@30 sept) aku akan bersalin. Makbul doa, ahad malam, aku dapati setitik
darah pada tandas. Bersyukur aku buat solat malam (2am). 28 sept berlalu begitu
tanpa apa2. So aku ajak suami gi dating klcc. Nak makan waffle kat food court.
Isnin malam ada tanda darah lagi. Isnin pagi darah ada lagi. Bersyukur dan
tanpa rasa sakit yg kuat , kul 11.45am aku gi GMC. Cek ve baru dlm
1.5@2cm. nurse baru belajar yg buat. Begitu perasaan
kene seluk dan separa bogel rupanya. Haha. Sakit boleh tahan. Apa saja demi
baby. Cek ctg, kontraksi kuat, nurse tanya sakit tak? Aku jawab ok je. Tak
sakit sangat. Syukur. Ada org 2cm dah tak boleh cakap dah.
Dapat bilik, suami
balik. Aku bertawaf sekeliling bilik. Dgn harapan at least by tgh malam, (nak
baby lahir hr isnin) baby dh lahir. Kul 4pm doc cek ve (ganas doc) sakit woo!
Dalam 3cm. Sabar jelah sebab dah 4jam baru naik 1 cm. Patutlah tak sakit sgt
lg. 4.20pm, nurse cucuk kat tangan drip ubat bg galakkan kontraksi. Sakit woo!
Nurse br belajar juga yg buat sambil supervise by senior diorg. Berdarah lah
juga tangan kanan aku ni. Nurse cakap take effect lps 1 jam. Tp bg aku terus
sakit 2min kemudian, terbaring sakit, nmpk suami terus menitik air mata aku. Dalam
hati berkata, Inilah permulaan detik2 pengorbanan seorang isteri utk suaminya
dalam melahirkan zuriat. Aku terus lemah, terbaring. Gagahkan diri solat asar.
Syukur swasta, tandas sebelah, mak tolong pegangkan dan papah kan aku. Entah
rasa sakit dia melemahkan sendi dan emosi. Aku solat duduk.
Sakit terus berlarutan. Tak ingat
dah sakit itu macam mana tp aku tahu ni baru gear 2.
Bersabar, aku gagahkan solat maghrib. Sakit dtg dan pergi. Aku masih menahan
sakit. Aku bersyukur, sbb kan swasta aku masih mampu utk menunaikan kewajiban,
kalau aku sorang2 mesti aku dh tak mampu nak uruskan diri utk solat. Kul 9pm
maybe, cek ve dah 6cm. Syukur. Ada harapan nak bersalin hari ni. (aku expect
8cm ke 10cm akan ambil masa dalam 30min. haha.buat fakta sendiri).10pm suami hantar mak balik, b4 11pm suami smpi semula. Nurse dtg dgn wheelchair tolak
ke LR. Aku dah tak mampu berjalan (aku lupa sakit dia kat tang mana) tp yg
penting ni sakit gear 3. Dalam hati dan otak
berangan at least by 3am atau paling lewat 4am aku dh bersalin.
Sakit kat LR, tulang bontot, rasa
kat lubang bontot tu sendiri seperti dihentak2 dengan penukul. Sakit gear 4. Aku banyak menahan sakit dibahagian tulang
pinggul dan kawasan bontot. Sakit pinggang dan peha tak terasa dek sakit
dibahagian pinggul. Nurse cek ve dah 8cm kul 2am. Aku bersyukur sebab aku dah
malas menahan sakit gear 4 ni. Redha dapat bersalin hr selasa, yg penting
bersalin.
Kul 3am,
doc cek ve, aku expect dah full, namun berita yg kedengaran amat menyedihkan.
Sgt frust, doc ckp 5@6cm baru ni. Aku buat2 redha (sakit yg menyakitkan buat
org dh tak berapa siuman). Dan dalam masa yg sama ini dugaan dan bahagian aku,
aku yakinkan hati, takpe at least by 6am aku bersalin. Doc ckp serviks ku dah
bengkak sbb meneran awal. Doc pecahkan air ketuban by 3am, sakit gear 5. Sakitnya iaitu tolakan kuat seperti rangsangan
maha hebat utk aku meneran, namun aku kene bersabar sbb belum full. Aku ikutkan
je sakit tu mula2, sbbkan doc ckp jgn teran, nanti serviks aku bengkak teruk n
kepala baby akan lonjong, so sakitnya adalah, rangsangan yg maha hebat itu perlu dilawan dengan tenaga aku utk mengepit,
menahan tolakan itu (inilah org cakap sakit yg taik dah nak terkeluar tapi tak
jumpa jamban, Cuma ini sakitnya tak blh dinilai brp kali ganda). Bayangkan
sakit gear 5 ni bermula dari 3am sampai 11am. Aku betul2 bertarung dgn diri
sendiri, dgn masa, sabar dan berfikiran positif akan hikmah Allah. (serius
nangis bila igt balik.betapa dahsyatnya gear 5 ini smpi aku dh tak peduli apa
yg aku lakukan pd suami..sobs air mata mengalir) tapi aku tetap bersyukur,
berjam2 lamanya itu, aku seperti mengimunkan diri dgn sakit itu. Mengatakan aku
kuat, sakitnya, mimic muka dah mcm org tak betul. 4am,
6am aku duk suruh nurse cek ve. Tp still 8cm. Kul 7am aku disahkan demam
dan kene telan 2 panadol dan dicucuk antibiotic. 8am, demam aku surut
sikit. 8am
suruh juga tp nurse kata tak blh takut infection sbb selalu sangat kacau
bahagian tu.
10am,
doc dtg still cek 8cm. Aku dah hampir putus asa. (dalam otak, sejauh mana dan
lama mana Allah mahu memberikan bahagian ku atas kifarah dosa selama ini..sobs
lagi). Doc ada suruh nurse naikkan dos pada drip tangan ni. Dari 16 ke 32 sbb
low progress dan aku dh terlalu lama didalam LR. Melihat jam dinding 11am iaitu genap 12jam dlm LR aku betul2 mula berputus
harap.
11.30am
mak mentua dan mak aku smpi. Melihatkan mereka di dlm LR aku betul2 give up dan
menjadi budak yg meminta tlg mak mereka “mak sakit mak, tlg mizah mak.”(ayat
macam org merayu minta tlg utk berkongsi sikit rasa sakit ni. Rasa macam nak
minta mati pun ada juga tapi tak nak sbb byk dosa lagi) “Nurse saya nak
operate. Saya dah tak larat.” Aku rasa bukaan 10cm itu terlalu mustahil utk
serviks aku. Dalam masa sama aku tetap bersyukur, baby aku still ok di dalam,
dan kerana itu, bersalin normal adalah tidak mustahil.
Before 12 tengahari lg aku rasa
nak berak, ikutkan by 3am lagi aku rasa nak meneran. Tp aku saja je ckp kat
nurse rasa nak berak, nurse cakap nak berak, beraklah. Tepat 12 tengahari nurse dah readykan aku. Aku blur apa yg
sedang berlaku. Tanpa inform ve aku dah 10cm, terus nurse cakap, “sekarang kul
12 kalau awak pandai teran by 12.15 awk dh blh jumpa baby”. Aku dh 10cm
rupanya. Tak cakap pun. Doc datang dan 2 nurse guide. Suami disisi kiri. Kaki
di ikat tinggi. Tangan pegang tali, aku meneran ikut sprt diajar.
Doc sentap lubang faraj aku ke
bawah (gunting maybe tp aku rasa seperti disentap sakitnya). Nurse kiri tolak
anak dari atas perut, nurse kanan cucuk semula drip di tgn kanan. Rasa mcm apa
je waktu ni. Mcm diri ini sejenis mesin yg sedang dibaiki. Aku dah lemah,
meneran lebih kurang (nak tak nak iaitu dgn smgt yg berbaki) dalam 3 kali. Baby
keluar atas kerjasama doc dan nurse2. Kalau aku sorang mmg tak keluar baby ni.
Doc main sentap je baby keluar. Sakit gear 6
masa doc tarik ke bawah lubang faraj. (cukuplah gear kita hari ni.haha) terus
baby keluar letak atas dada, kene suction depan mata sbb baby dh telan taik n
air ketuban sikit. “assalamualaikum baby, sorry ibu x pandai teran” Aku lemah
sangat, tapi sgt terharu suami menangis teresak2 ditepiku. Bg aku tangisan
suami waktu itu adalah hadiah yg paling mengharukan (sobs sgt bila taip part
ni). Pastu baby terus dibawa pergi. Nurse just inform baby lahir kul 12.30
tanpa aku tahu jantinanya. Keadaan kelam kabut demi menyelamatkan baby dr jd
kritikal. Apa pun aku tahu penderitaan gear by gear dh settle dan aku yakin
baby selamat.
Dibius doc dijahit sambil tu dgr,
kepala baby lonjong n berat baby 3.95kg. TERKEJUT MAK! Suami masih ada disisi
ketika ini sampai lah suami pergi utk tgk baby utk azan,iqomat,tahnik n sujud
syukur. Oh ya, tak terasa sakit dijahit. 30 minit siap, nurse tanya nak balik
bilik tak, aku tanya pakai apa? Dia jwab wheelchair. Aku lemah sangat time ni
so cakap nak tido je dlm LR. So oklah. Aku tido dr 1.15pm sampi 2.30pm.
sepanjang tido, aku seperti termimpi balik, rewind balik saat2 13 jam dalam LR.
Sungguh TRAUMA aku. bangun2, panggil nurse, tolak aku gi bilik. Kaki aku hilang
semangat utk berdiri, menapak dan melangkah. Kan bagus kalau suami macam Malek
Noor, angkat je aku dr LR ke bilik.haha. Dahsyat tul perasaan, kudrat dan smgt
waktu tu. Darah keluar sangatlah banyak lps tu, so ibu mengandung jaga HB
baik2. Alhamdulilah semua selamat dan
normal.
|
Hadiah dari Syurga |
.
NOTA KAKI: kalau ada rezeki lebih
dan lebihkan lah doa dan usaha, review hospital swasta mana yg bagus dan
berkualiti dan terjamin. Sebab layanan baik (minta je cek ve, dia cek, minta
itu ini dia bagi, aku dh stress sakit dia bg motivasi dan kata2 smgt), nak gi
bilik air senang (nak berwuduk, mandi,duk tukar pad), nak solat dan nak
mendedahkan aurat pun senang (bilik kalau single lah), dalam LR buat mcm dalam
bilik sendiri. Slowkan air cond, dan padam satu lampu sbb silau (mengada sgt). Suami blh ada disisi dr awal aku masuk LR sampai
lah kene jahit tu. Pastu ada radio ayat2 berzikir sepanjang dlm LR. Apa pun
depends. Allah bagi aku lebih disini, tapi bertarung, berjihad dan berjuang yg
amat dlm LR. REZEKI DAN BAHAGIAN MASING2.