Tuesday, 4 April 2017

Beli breast pump di Pump on The Go

Assalamualaikum,

Excited utk anak 2nd ialah, memiliki breast pump electric. Niat nak baiki kesilapan lalu, so dh start google dlm 2 minggu lalu. Memandangkan kawan2 ada cadangkan yg kedai Pump on The Go ni boleh try mcm2 pump, tambah2 lagi dekat saja di Wangsa Maju aku pun gigih google map setelah tamat buat pembentangan LI di Giatmara hari Isnin lepas.

So rupa2 nya dekat Wangsa Maju ni, just berhadapan@cross the street dgn Manjaku Wangsa Maju. Kedai dia tingkat atas sekali. So gigih lah aku menapak. Sampai dlm kul 4.30pm.
So tekan button, ada sorg je pekerja dia. Kedai nampak luas dan kosong. Atas meja terpampang mcm2 breast pump berserta harganya.


Gambar x full. Huhu



So dalam kepala mmg dh aim Autumn Bliss walau letak bajet RM250. Aim aku ialah single pump, senang cuci, dan ada skrin utk sng monitor. Pembantu kedai pun byk membantu, ada juga dia share tip apa yg patut. Katanya just cuba sekejap je, sbb x elok utk baby dlm perut. Bg tekanan katanya. Aku igt time mengandung ni lah nak cuba betul2 sampai kasi keluar susu, supaya yakin time bersalin nanti confirm ada. So rupanya tak elok, dia kata elok lagi buat mermet tu. So aku dibawa ke tempat khas utk cuba pump. Excited sgt, dan bila dh lekap, start je mahu %#^#&#^#. Sakit gilerrrr. Punah harapan nak Autumn Bliss. Haha.

So try Malish Lifestyle, RM180 xde skrin, oklah suction, tak sakit macam autumn. Nak autumn juga, try autumn blossom RM260. Tak sakit sgt, oklah tp entahlah, bila dh try Malish rasa nak berpaling arah pula. So last aku try Malish Mango. Sbb dia ada skrin. Harga RM259. So oklah, aku puas hati. Terkeluar air dr nipple aku. So mcm wajib beli time tu juga sbb dh cuba 4 jenis, dh menyusahkan org kedai tambah duit pun elok tersedia ada. Ahaha. So selamatlah aku bawa balik Malish Mango. Ni pump semata2 takde tambahan barang@pakej. RM259. Lebih RM9 dr bajet. Quiquiqui





Aku berterima kasih sgt dgn org kedai. Sabar melayan karenah, soalan2 dan muka blur aku. Byk sgt maklumat aku dpt. So nak hadam tu ambil masa sikit. Overall pam2 ni semua Insya Allah friendly user, blurr macam mana pun lps 2 kali kau tekan2 kau akan paham caranya. Btw warranty just start apabila kau wasap satu no. yg diberi lps bersalin nanti. Kira mcm kene daftar lah by wasap org tu. Br warranty hidup. Mesti dlm 14 hari dr tarikh bersalin, sbb dia ada minta due date lahir kita. Kalau x, burn lah warranty tu. Diingatkan juga, pam2 ni x boleh dipulangkan semula kalau x best ke apa, sbb dia dh bg kita cuba. So xde alasan. Harap2 bestlah dan sesuai utk aku.

Monday, 3 April 2017

Pengalaman LI di kedai jahit

Assalamualaikum,

Menyahut seruan@arahan dr Giatmara utk menjalankan praktikal selama 3 bulan telah ku laksanakan. Tarikh 31 Mac aku rasmi bergelar bekas pelatih. Just nk tunggu dpt sijil je, Insya Allah maybe dlm hujung tahun ni juga.

Pertama sekali, bersyukur aku dapat tempat praktikal yg hampir dgn rumah.8-10min dr rumah dgn waktu berkerja dr 10am-6pm. Aku diterima dgn terdapat sebuah mesin jahit yg boleh aku gunakan spnjg praktikal ku. Bos yg percaya dan sudi ajar dan berikan kain2 customer utk aku jahit. Cuma tmpt aku satu je prob, panas sgt sbb aircon rosak. Huhuhu. Aku dibayar ikut jenis fashion yg aku jahit.

Sbg contoh: Sepasang baju kurung tradisional= RM15, sepasang baju kurung moden,pahang= RM16. Kain sahaja=RM7. Blaus=RM10, Jubah=RM15-RM17,  Gaun kanak-kanak=RM10. So bulan pertama aku dpt RM261, Bulan kedua RM320 dan bulan terakhir RM251. Yg last sikit sbb aku kurang dpt kain dr sebelum2 ni cos bos aku kurg sihat. So overall ok lah.


Aku belajar byk benda baru. Cara jahit ben pinggang, cara jahit tepi yg kurg membazir, cara ambil lapik leher, cara jahit leher dgn piping, buat lubang butang bj kurung, pastikan zip sorok benar2 tersorok dan x kedutkan kain dan paling penting ukuran tepat dan digosok rapi diakhir proses.


Ikut prestasi, aku mampu siapkan 2 helai kain dlm masa 5-6 jam. Kalau dpt sepasang baju kirung cotton, mmg boleh siap awal. Sbb kain mudah diuruskan. Bab nak silang pangkah tu yg kene mengucap panjang sikit. Mmg ambil masa lama dlm 2 jam lebih. Kalau kita ambil upah silang pangkah je dpt dlm RM2.50 je. Rasa kurg berbaloi utk masa selama itu.

Alhamdulilah aku boleh agak berbangga dgn prestasi aku. Ada sekali je aku x dtg, dan dlm 2 kali masuk lewat, 3 kali balik awal. So takdelah budak nakal sgt. Hihi. Dr segi waktu rehat pula, sebenarnya pandai2 paham sendiri. Paling lama 1 jam, tp kebanyakan masanya, aku rehat 30 min je. Makan, solat, tgk hp jap terus sambung keje. Bukan apa, rasa tak sabar nak clear kan mesin dgn helaian baju yg belun bersambung. Bila dh siap jahit semua tu rasa lapang sikit otak dan mata memandang.



Bagus kedai ni, sentiasa ada je customer. Tempah baju selalu berhelai2, jarang sepasang je. Sambil tu bos kedai mmg pasang radio IKIM fm so duk tumpang dgr ceramah agama, tazkirah, lagu nasyid, dan jualan2 produk bumiputera. So oklah. Ada lah kasi lembut sikit hati.

Pernah juga nampak beberapa kali baju yg ku jahit dikembalikan semula. Takut salah aku, yg salah jahit tanpa mengambil kira kepentingan ukuran, tp syukur semua yg customer pulangkan balik bukan sbb kesilapan jahitan aku. So lega lah juga.. So itu lah ceritera LI aku. Buat masa ini, dgn bangga dan yakin, boleh aku katakan, aku mampu utk jahit baju2 kurung dgn baik. Quiqui. Tak tahulah masa depan macam mana, takut lama tinggal terlupa pula nanti.

Monday, 13 March 2017

Summary kehidupan

Assalamualaikum,

Ahmad Ammar skrg dh menjangkau usia 2 tahun 5 bulan. Bila tgk balik gambar2 dia masa baby dulu, rasa cpt masa berlalu. Aku mengaku, Ammar ada juga kekurangan dan ketinggalan. Terutama dari segi perkataan yg boleh dituturkan dan gigi dia yg dah rosak2. Risau mmg risau. Tapi Ammar anak yg baik. Faham apa aku katakan. Ceria sentiasa, jarang sgt sakit, sedia berkongsi barang dan makanan. I'm proud mom.

Jujur aku akui, menantikan kelahiran anak kedua tak seteruja Ammar dulu. Mungkin masih dalam fasa belum bersedia, dan tak yakin diri adakah aku mampu handle 2 anak kecil sendirian. Ye sendirian. Mungkin sudah nampak, ini jalan terbaik. Menjadi suri rumah sepenuh masa.

Aku ada dlm 2 minggu lebih nak tamatkan praktikal ku. Apa perancangan kelak masih terasa samar dan kelam. Apa yg pasti, aku ingin mengasuh Ammar sebaik mungkin dgn berikan sepenuh perhatian sblm bakal menyambut ahli baru dalam keluarga. Insya Allah apabila aku sudah betul2 bersedia, aku akan tekadkan hati utk miliki mesin jahit sendiri dan mengubah dari stay at home mom (SAHM) kpd working at home mom (WAHM).

Syukur rezeki utk merasa rumah sendiri bakal tercapai. Insya Allah, harap2 sebelum Ramadan bermula rumah kami dah siap. Mak renovate rumah lamanya utk kami duduki. Tak besar, gelap, sempit dan mungkin panas. Tapi syukur, tetap ada utk kami. So banyak juga yg sedang bermain dlm fikiran. Dgn rumah baru, kerjaya baru dan baby baru. All come at once. Memerlukan belanja yg banyak. Jadi serba salah aku. Teringin merasa itu ini, tapi perlu bersabar.

Insya Allah ada mood aku kongsikan pengalaman praktikal, persediaan potty training Ammar dan barang2 rumah yg dirasakan praktikal dan affordable.

Bye


Sunday, 8 January 2017

Throwback as Pelatih Giatmara Gombak

Assalamualaikum,

Lama tak tulis. Mood swing.. Quiqui. Alhamdulilah saya mengandung anak kedua. Dah masuk 14week. Dan berjaya menamatkan Kursus F&D pada penghujung Dis lalu dgn pointer 3.30. So byk cerita sepanjang di Giatmara aku terlepas taip disini. Ada banyak perit, letih, lega dan macam2 lah. Tak sangka mampu bertahan dikala aku di 1st Trimester pregnancy. Sbb mmg sgt berubah momentum aku. Rasa nak baring je, nak berhenti je. Tup tup tamat juga dgn pointer yg kira ok lah bg aku. Syukur!!

So ada beberapa keping gambar nak upload oat sini buat kenangan dimasa hadapan sepanjang bergelar pelatih Giat.
Budak yg baik dgn aku. Lunch sama2. Pakai baju ni sempena Solat Hajat Perdana. Sehari sebelum exam SKM.

Perkhemahan ke Berhulu Camp Jempol. Aktiviti keluar kami menggunakan duit ESR


Kenangan aku lakar pola kat bilik potong. Pernah buat test lakar polar dan aku org pertama siap dgn jayanya. Bangga!

Ini dia exam amali kami. Menyiapkan baju kurung moden berdasarkan ukuran yg diberikan. Aku berjaya siapkan dlm masa 6 jam tak termasuk pola dan potong kain. Syukur. Dpt 89/100 utk amali. Dan 49/60 utk exam teori.


Ok sekian sahaja throwback aku. Insya Allag bg tahun 2017 ni, aku akan kuatkan semangat. Melaksanakan praktikal selama 3 bulan di Daun Seri Pinang Collection Greenwood. Mulut kata letih. Tp hati kene kental. Cuba juga tamatkan dgn baik. Amin.

Tuesday, 1 November 2016

Am I pregnant?

Assalamualaikum,

Tak tahu apa perasaan. Yg pasti mcm x percaya. Sbb kita x expect lekat. Rasa x ready. Bajet mcm org br kahwin. Tup2 ngandung. Rasa bersalah sbb rasa mcm ni

Monday, 17 October 2016

As budak G



Kau kenelah ikuti program dia walau waktu cuti.
Sekian




PICC sempena perasmian Asean Skills

Kat Shah Alam sempena Hari Sukan Negara

Main bowling di Selayang Mall anjuran BPP akak AKU!!

Hasil Jahitan

Assalamualaikum,

Saya sgt busy sampai hp pun x jengah langsung spnjg hari. Ni dh malam buta, terjaga, keje jahitan dh siap, dan xde cite best kat tv br lah jengah hp. Wasap group mmg x aktif. Rasa nak delete je. Hahaha. Berlagak. Alhamdulilah, aku x sangka aku sanggup commit mcm ni sekali utk jahitan. Yelah hampir setiap masa bersengkang mata, sanggup korbankan rehat dan mmg dtg je GIAT fokus 100% utk belajar dan of course siapkan.

Maybe sbb aku dh matang sikit + aku dh ada anak. So mmg x nak tangguh keje, takut2 kene stayback pula siapkan. So terasa lain lah perasaan accomplish kali ni. Puas plus lega. Yelah menjahit ni bukan macam keje sekolah yg tak siap, boleh tiru je. Nak tak nak kau kene paksa diri, siapkan. Tapi ttp best walau stress kadang2. Yelah budak baru belajar, byk x tahu dan jahitan of course x berapa nak kemas.

Awal2 igt, dlm 3 bulan je mampu bertahan. Tp rezeki aku, dpt mesin jahit kwn yg dh keluar. Mesin dia mmg best, aku mampu kawal dgn baik. So oklah, dpt menjahit dgn lancar. Kelas aku skrg dr asal 15 tinggal 12. 2 org berhenti dan seorg lg MC sbb accident motor, patah tangan. Sian dia.

So apa yg aku dh jahit since update yg lepas ialah...

Blouse

Baju korporat kau...hahah

Baju kurung tradisional

Kain senyum

Baju kurung moden

P/s: Kain kembang payung xde sbb x brp gembira dgn hasil sampai lupa nak ambil gambar.