Friday, 20 May 2016

Sesi pendek fahami asas jahitan

Assalamualaikum,

Semalam aku berkesempatan mempelajari sedikit asas mengenai jahitan ni dgn kawan aku, Raden. Dia mmg tahu, belajar dan aplikasi jahitan ni. So dia selayaknya utk dijadikan mentor singkat aku. Dah lama tak berada dlm suasana belajar ni. Berpeluh otak aku cuba nak faham. So start lah balik mcm zaman2 anak dara dulu, tak faham tp mulut kata faham. Hahaha. Tegas juga kwn aku sorg ni. Takut aku nak ngaku bila x phm. Haha.

So apa yg aku belajar semalam ialah:
1. Unit ukuran inch
2. Tahu kene lukis pola pada buku, baru lukis pola yg sebenar
3. Pola dilukiskan separuh sahaja. Kain dilipat dan kemudian pin kan pola atas nya dan gunting kain
4. Pentingnya basi pada kain
5. Ada penanda kain ditekap dr pola ke kain. Tanda supaya jahitan lurus dan kemas
6. Berkesempatan belajar mematikan jahitan dgn menggunakan mesin
7. Belajar asas mengenai mesin
8. Hands on mesin jahit tepi
9. Kenali jenis2 komponen diperlukan utk satu2 jahitan (ie: zip dalam, zip luar)
10. Kenal dgn kain pengeras utk bhgn kolar bj melayu
Pola besar. Bhgn belakang baju. Separuh badan sahaja

Penanda mcm pen, penetas, skoci

Komponen utk jahit zip

Zip biasa, zip dalam. Ada ukuran berbeza ikut tmpt nak jahit

Mesin jahit tepi

Hasil aku dr mesin jahit tepi

So start dr kul 2.45pm sampai kul 4pm mcm tu. Mmg belajar lah. Xde nak cite benda2 lain. Tepu jap otak aku. Rasa mcm complicated gark. Tp kene kuat smgt. Yakin je. Nanti dh teror, sng lah semua ni. Hahaha. Lps sesi belajar, br lah sesi cite2. Borak punya borak aku pun beransur pulang dlm 4.45pm. Tq Raden.

P/s: Interview Giatmara Gombak minggu depan. Kul 8.30am. Kene start belajar apa yg patut berkaitan jahitan ni.

Friday, 13 May 2016

Bedtime Stories

Assalamualaikum

Sepanjang tempoh gelap aku, aku cuba alihkan fokus kpd si anak. Aku perasan Ammar dh 19 bulan masih xde patah kata yg jelas diungkapkan. Pernah sekali perkataan ayah. Aku tak sure itu kebetulan atau mmg dia nak sebut merujuk kpd ayahnya yg br balik. 

Aku ada baca perkongsian ibu2 hebat diluar sana mengenai speech delay. Ia bukan satu hal yg patut diambil mudah. Rasa yg dia akan pandai cakap juga suatu hari nanti. Aku mula risau dan cuba utk buat apa yg sepatutnya. Aku cuba dedahkan dia dgn pembacaan. 

Syukur aku jumpa buku yg sgt menarik keluaran Pelangi. Besar dan ilustrasi yg sgt menarik. Ammar pun duk diam je x kacau sgt bila aku bacakan. Dia cuba tenung apa benda yg mak dia pegang dan duk bising2 kat telinga dia. Insya Allah aku cuba usaha dan lakukan. Allah juga akan bukakn pintu hati, mulut dan kefahaman dia utk bercakap.

Buku ni jarang guna. Buat koyak2 je si ammar ni
Buku2 ni aku dapatkan dr pesta buku di MAEPS


Ini lah buku yg aku maksudkan. Mmg cantik. RM8.90 dikedai. Ayat2 dia panjang lah juga. Berbaris2 lah 1 muka buku tu

 Aku buat rutin. Bacakan setiap kali lps gosok gigi dan sblm tutup lampu nak tido. Ada dlm 5 minit mcm tu je. Mmg kasi menarik lah bunyi2 bacaan aku. Tergelak2 dia. Bahagia jap aku dgn moment tu. Kadang2 minta suami bacakan. Terharu jap sbb bersyukur ada suami nak lah luangkan masa utk si anak. Dlm seminggu ni mmg konsisten, sama dgn gosok gg b4 tido. Dan semalam tgh aku baca yassin, ammar ambil buku dan mula dia membebel dpn buku tu. Hahaha dia dh faham fungsi buku or menyindir aku yg bising2 time membaca buku kat dia. Haha. Apapun kita hanya berusaha. Ada satu ceramah mengenai penguasaan kata dan bahasa utk baby seawal setahun. Insya Allah aku sudah berdaftar utk join. Hope ada ilmu bermanfaat dan bakal dipraktikan. Sungguh2 aku nak ammar berkembang dgn baik dan jayanya. AMIN


Thursday, 12 May 2016

Tempoh kecewa, down dan menambah berat badan

Assalamualaikum..

Terasa lama aku x jengah blog ni. Aku hilang pedoman dari start Jan 2016 hinggalah awal Mei ni. Hari tu update pun sbb aku pergi bercuti. Cite hal2 cuti ni mmg seronok. Lupa jap masalah.

So sepanjang tempoh itu aku kecewa sbb x dpt keje. Panggilan interview ada juga. Tp tak lulus utk memenuhi jawatan tersebut. Aku terus down, cuba bangkit semula. Apply lagi kat jobstreet. Cari juga kat mudah.my. Dapat jadi kerani pun dah syukur. Cuba pujuk hati. Nangis lagi dan lagi. Suami lah pendamping paling sabar dan aku syukuri. Jauh sekejap hati dgn yg Maha Kuasa. Rasa kecewa sgt. So keep on makan menambah berat badan. Nak mengisi kekosongan jiwa. Mmg x lah nak buka blog bagai. Aku mcm x betul pun ye juga. Dahsyat.

Aku cuba pujuk hati, kembali kan semuanya kepada Dia. Dugaan ni xdelah sebesar mana. Tp duk banding dgn kawan2 lain yg dh jauh menapak dlm karier masing2 buat aku rasa hina sgt. So aku makan dan makan dan makan.

Hingga aku fikir. Oklah aku jadi suri rumah. Jadi ibu yg baik. Manfaat kan masa ini. Masak tak tinggal, tukar2 lauk, main dgn ammar, buat rutin seharian kami berdua bersama. So rasa mcm ada sedikit pencapaian dlm hidup. Hati aku jadi ok sikit. Tgh fokus utk perkembangan ammar aku terbuka hati utk dptkan kembali memori membaca Al Mathurat mcm kat ssp dulu. So aku baca sehari dua berturut2, jaga waktu solat.

So satu malam terjaga dr tidur aku dpt ilham. Awal pagi mcm tu aku terfikir utk join satu kursus ni. Mmg sblm2 ni ada pasang niat. Kursus komputer lah apa lah. Nak bagi hebat sikit resume aku.Tp kali ni Allah ilhamkan terus ke hati aku utk join kursus Giatmara. Aku lgsg x terdedah dgn ayat Giatmara. Pernah lah thn lps dgr ayat ni sekali. Tp bila ilham tu dtg mmg kita jd kagum sgt Allah dtgkan tanpa disangka2. Sbb bila fikir balik knp x dr dulu aku sedar akan hal ini. Kalau x dh lama aku mengisi masa dgn baik. X tension2 mcm ni.

So cek website mmg rezeki kursus aku nak ada kat Gombak n kebetulan mmg br buka utk pengambilan Julai nanti. Syukur sgt. Allah ilhamkan skrg dan bukan Ogos nanti.




So dah ambil borang, dh isi bagai. Hati otak berbunga2 riang. Angan2 mula jauh. Fokus bacaan di hp dah berbeza dr masa aku tension dulu. Harap ada lah panggilan Interview dan seterusnya diterima masuk. AMIN.

Wednesday, 23 March 2016

◎◎ Bercuti di Cameron Highland ◎◎ Part 2

Asslamualaikum..

Hari terakhir di Cameron Highland. 2 hari je pun.

Breakfast kat food court Brinchang. Mmg sejuk. Berkabus je dr tingkap hotel.
Sweet je muka husband

Cute sgt. Conquer sbb xde org

Bajet2 sopan


Monday, 7 March 2016

◎◎ Bercuti di Cameron Highland ◎◎ 2D1N

Assalamualaikum,

Alhamdulilah rezeki ke Cameron dtg lagi. Last pergi 2014. Tgh mengandungkan Ammar sebulan lebih. Kali ni lebih best dgn anak dan melawati tmpt2 yg kebanyakan menjadi pilihan ramai hasil bacaan dr blog2. Actually terdetik nak ke Cameron sbb tgk cite Makan Angin. Ada scene di ladang teh buat diri bagai dipanggil utk ke sana menikmatinya. Suami pun kata "boleh je", kita pun mak2 org ni pun sgtlah suka hati. 

Perjalanan bermula dr Kuala Kangsar. Sbb hantar mak mertua pulang dan kiranya sbg duty anak utk balik kampung dan dlm masa sama nak ke Cameron. Kiranya mcm killing 3 bird with 1 stone. Haha.

9.40am
Bertolak. Melalui Simpang Pulai. Ammar muntah. Hbs carseat. Berhenti tepi jap tukarkan baju dan seluar dia.

12 noon
Sampai Cameron Lavender. 
Fee= RM16/2 pax. Kanak2 RM5. Ammar FOC
Best. Byk tempat menarik utk ambil gmbr. Ada self pluck strawberi n bunga. Ada cafe. Ada kedai2 jual mcm2. Overall best dan ok
Air strawberi RM4
Sayur pucuk goreng RM5
Total: RM25



12.50noon
Bertolak ke Ladang Teh Sg Palas. Jauh 3.3km.
Perjalanan horror. Dlm 15 min sampai. Sampai aku rasa time balik ikut Tapah better dr yg ni. Not recommended time peak. Suami gi tgk dan komen tmpt ni lagi lawa dr Bharat Teh. Aku stay kete sbb Ammar tidur

1 .50pm
Tapau lunch dr Restoren Nolina Food
Nasi ayam,nasi lauk ikan keli,milo ais, air mineral. Komen ok. Makanan sedap dan blh diterima.
Total: RM13

2.15pm
Sampai Copthorne Hotel. Mmg sebelah dgn Kea Farm. Cuma hotel ni jalan masuk dia ke dalam sikit setelah melalui hotel2 kecil dan kedai makan nasi ayam di belah kanan. So suruh suami check in aku n ammar stay. Tunggu punya tunggu aku pun bosan gi lobi. Ada prob komputer. So x tahu bilik dh ready ke blm. Ni lah masalah hotel besar. So sabar jelah. Makan nasi tapu td kat lobi. Tebal muka je. Dh lapar. Seperti biasa gilir2 jaga Ammar.

3.00pm
Still xde kebenaran utk check in. Suasana yg permai pun blh jd panas. Perasan juga ada family lain yg stuck kat situ sama2 dgn kami. Ahhhh malas tunggu,ajak suami gi Kea Farm. Dh jalan, pastu stuck traffic, hotel pun call blh check in. Sabar jelah. Muka masing2 dh kelat. Hahaha

4.00pm
Selesai check in. Suami tido. Aku baring tgk tv, ammar punggah apa yg patut. Masuk azan solat jamak takhir


5.45pm
Br bersedia nak keluar. Teruk nar terperuk. Letih sgt suami bw kete pusing2. So bw kete keluar sikit n terus parking. Malas nak stuck jem. Mmg byk kete. Nak2 hr Ahad petang semua org berpusu2 jd kan Kea Farm persinggahan terakhir b4 balik. So jalan kaki menapak. Survey apa yg patut. Jalan2 tgk bunga sikit. Beli mknn ringan sikit sbb lapar sejuk2 ni.
Ais krim cornetto :
Corn cup : RM4
Strawberi coklat :
Ubi manis rebus :



7.00pm
Sampai hotel. Rehat. Solat semua dan get ready

8.15pm
Jalan sgt lenggang. Mcm betul2 sesat kat bukit. Sunyi. Lain sgt dgn waktu siang. Gigih juga 1 2 kedai yg buka kat Kea Farm. Adalah lampu sikit. Niat makan kat Brinchang,tp sunyi gark so ke Tanah Rata. Cari punya cari yg sesuai dgn standard aku so makan lah kat restoren ni.
Siap2 nak keluar. Suami pakai baju 2 lapis. Lupa bawa jaket kesayangan.



9.30pm
Sampai hotel. Bersihkan diri dan terus tido. Mmg nyaman, sejuk. Suami berselubung. Kalau boleh nak conquer sorg. Sabar jelah. Ammar pun ok lah ambil masa sikit br nak tido. Dia lagi gagah dr ayah dia. Mmg anti selemut. Minta sihat jelah anak aku sorg ni





Sunday, 27 December 2015

◎◎ Bercuti ke Melaka ◎◎ 2D1N

Assalamualaikum,

Rezeki ke Melaka dtg lbh awal dr yg disangka. Igtkan nak jalan2 Melaka bulan Feb 2016 nanti sempena perkahwinan Eiya. Tp ditakdirkan sepupuku kahwin, dan dia org Melaka, tambah lg Insya Allah suami akan ke Boracay 1 Jan ni, aku perlu dipujuk sbb akan ditinggalkan selama 4D3N. Jeles sbnrnya kene tinggal. Hahaha.

Anyway, jalan2 2D1N. Dikala public holiday, mmg memenatkan, menyakitkan dan mengecewakan. Ia memberi kesedaran, agar lps ni kalau blh elak, kita elaklah utk berjalan time cuti umum mcm ni. 
Sebab2 nya:-
1) Jem nak ke tmpt yg ingin dituju
2) Jem nak balik KL (dr 2jam jd 4jam)
3) Tmpt parking penuh
4) Hotel cikai pun mahal (sabar jelah dgn tilam yg menyedihkan)
5) Gi lmbt jem&parking xde (blh kene saman klu parking xde kupon kat melaka ni)
6) Gi awal byk tmpt x buka lg
7) Takde rezeki suami nak merasa coconut shake klebang. Gi lewat dh hbs, gi awal x buka lg + beratur dh sedia panjang (nasib aku dh merasa 2 thn lps)

Sighhhhh..

Apapun tetap bersyukur sbb:-

1)Ammar bolehlah tidur kat hotel
2)Ammar still dlm keadaan behave (letih juga.x tipu)
3) Ada gark hotel kosong pd harga yg murah (x ambil gmbr lgsg pun bilik hotel)
4) Dpt gark makan dgn baik
5) Suami sgt lah bersabar dgn emosi isterinya
6) Masih pergi dan balik dgn slmt

So nak kongsi lh apa yg sempat diterjah walau bersesak dgn beribu manusia dan beratus kenderaan:-

26 Dis 2015
Bertolak 10.30am sampai Melaka 12.50pm

Mari bertolak. Syukur jalan ok walau byk juga kenderaan

Lunch lps check in. Berpandukan google map dan saranan Eiya. Merasa makan asam pedas claypot. Penuh semua meja dgn pelanggan. Lama gark tunggu.

Order ikan pari, tenggiri, sayur kangkung dan air tembikai. Sedap sbb dah lapar. Tp mmg oklah. Blh dtg lg

Stuck dlm Bandar Hilir. JEM YG AMAT. Kereta dr pelbagai lorong menuju ke satu kawasan. Ammar tertarik dgn sekumpulan burung2 diluar

Dpt ambil gmbr beca2 dr dlm kete. Pelik sbb pembawa beca adalah lain dr yg aku bygkan. Org India dan pendatang asing. Sikit je nmpk bayangan pakcik2 Melayu

So petang tu kami membawa hati lara lps bersesak di Bandaraya Melaka ke Klebang. Last2 jem juga otw ke Coconut Shake. Sbr2. 

Ammar dah tertidur time jem kat Bandaraya td. So rilex dulu n pekena coconut shake dr kedai lain

 Ammar mula2 suka jalan pastu statik je. Maybe sakit kut pasir masuk kasut

27 Dis 2015
Keluar hotel seawal kul 8.10am
Breakfast nasi lemak,kuih dan roti

Menapak garklah ketempat ni. Sapa suka sejarah bestlah. Merasa gark ke A Famosa stlh berkali2 ke Melaka b4 ni
Ammar and ayah

Suka gambar ni. Sweet sgt Ammar and ibu

Naik taming sari. RM15/adult. Kene tunjuk IC. Dlm 8min je. Ada juga dpt air dan muffin. Oklah pengalaman ni. 

Igt nak naik duck tour. Dh dpt tiket bagai, sekali ada masalah seat. So dipaksa naik kul 10.45am. Mmg xlah. Sbb 1 jam kalau naik. Org duk kalut nak check out. Nasib dpt duit balik. Sian abg, dh siap beli kupon Rm5 utk whole day.

So lps Taming Sari jalan2 Dataran Pahlawan Mall. So tgk2 baju kat Brands. Dan beli roti subway. Sabar jelah kene tunggu sbb x sedia lg. Itulah nasib jalan2 time cuti ni. Sama ada kau lmbt atau cpt. Sama ada kau terlepas atau kau kene tunggu.

B4 balik hotel, singgah juga ke coconut shake klebang. Buka kul 11am. Org dh beratur pnjg. Suami batalkan niat. Kami balik hotel. Siap2. N check out. Oklah lynn staff sbb baik pinjamkan kami cerek elektrik. 

So bergeraklah ke kenduri kahwin Afiq anak cik Maon. X ambil gmbr pun. Sbbbbb??? Ramainya orgggggg. Br kul 12 lbh. Aku letih dh dgn semua ini. Hahaha. Jumpa keluarga Hasni dan Abg Nizam.

Balik jem. Bertolak keluar kul 1.10pm. Sampai rumah 5.30pm. Sian suami berhenti jap sbb nk tido. Aku pula drive. Pastu berhenti lg sbb nak solat.

Perbelanjaan percutian

Minyak :
Tol:
Hotel : RM118
Asam pedas claypot :
Keropok lekor :
Coconut shake : RM3
Dinner KFC : RM12.50
Dinner abang :
Breakfast :
Air mineral dan surat khabar :
Kupon parking : RM5
Taming sari : RM30
Subway : RM9.90
Pau dan air : RM7.40

Total



Saturday, 28 November 2015

Aku

Assalamualaikum,

Hidup perlukan perubahan. Change is constant. Kalau tak aku akan kembali mental. Aku perlukan petunjuk. Satu kuasa yg menarik aku ke jalan perubahan yg tidak menakutkan aku.

Ya, mmg aku selesa. Bayarannya aku tetap begini. Membosankan. Aku pilih jalan ini setelah mental bbrp kali. Sbb ia kembali baik dan pasti ia dtg kembali.

Aku dulu x terdidik utk jd org yg berdaya saing. Org yg sukakan cabaran. Org yg berubah demi kejayaan. Aku seorang yg mediocre. Itu pasti. Apbl dh dewasa, aku diberi kebebasan utk buat keputusan. Dan aku memilih jln senang. Jln yg aku biasa ikutkan. Aku sambung master after degree. Sbb aku takut nak keluar. Skrg dh hbs master, rezeki aku jodoh smpi awal, dapat baby awal. Aku stuck. Kebebasan terbatas. Aku mental dlm mencari2 apa yg aku nak, apa aku suka.

"Kalau" sentiasa menjadi peneman. Apbl aku mental, aku salahkan semuanya. Aku benci keadaan yg mencengkam seolah2 ini pengakhirannya. Aku menangis lantang. Marahkan pilihan ku. Aku nak keluar, tak nmpk jln. Aku sedar aku buntu.

Google internet, apa aku blh buat. Jln apa blh aku ikutkn. Kasihan mereka yg disisi ku. Keliru x dpt nk bantu. Semuanya berbalik pd diri, hati aku sendiri. 

Aku dpt kata2 dr blog. Bantu agama Allah. Allah akan membantu kita. Allah x pernah tido. Aku buntu jln apa harus aku buat. Aku kene jd ustazah ke. Kene keluar berdakwah ke. Aku hanya nmpk jln utk mendekatkan diri pd Dia. Hati aku x kuat utk pasrahkan semua kpd Allah. Aku dh hilang pedoman.

Allah bantulh aku.