Thursday 14 March 2019

Pengalaman buat Endoscopy

Assalamualaikum,

Aku mengalami sakit perut, bhgn bwh dada tengah2, kat tmpt gastrik tu. Start dr 3 Mac sampai lah 10 Mac mcm tu. Sakit on off. Bila dtg sakit mmg berguling, peluk bantal tekan tmpt sakit. Rasa seram sejuk berpeluh2. Pedih. Tak pernah sakit teruk mcm ni. Rezeki company suami cover insurance so kita gi Damai Hospital kat KL. Doc kat klinik swasta sarankan kita ambil Scope utk cek perut.

Syukur dpt gi swasta. Buat 3 test. Ultrasound, darah dan endoscope. Menelan hampir RM3K😯😯

So prosedur nya, wajib puasa at least 8 jam sebelum tu. Aku last makan kul 12am. So kat wad tukar baju, pakai kain yg ikat belakang tu je. Tak pakai apa2 kat dlm. Lps tu bw ke bilik khas. Doc akan spray satu benda, bila terasa tu mmg pahit, telan juga. Terbatuk2. Selepas itu Doc akan masukkan ubt tidur ikut tiub kat tangan. Mmg x sedar apa. Yg aku tahu satu kamera dimasukkan ikut mulut. So Doc nmpklah apa yg patut. Aku buat ni dlm jam 9.30am. Sedar2 kat wad dh dlm 11am.

Mmg pening, rasa pelik, rasa hairan, entah. Tak tahu nak explain. Bila last jaga kat tmpt lain, terjaga kat tmpt lain. So cuba recall last apa aku sedar ialah Doc inject ubt tidur, pastu lgsg x igt apa. Rasa2 tekak ok je, x sakit apa.

Tak pernah tak sakit benda ni, redha jelah


Result aku dapat ialah aku kene Dyspepsia. Masalah penghadaman. Doc terangkan, bila makan, makanan tu lambat hadam, mcm tersekat tu rasa penuh, kembung, or sebu.

Punca sbb x cukup tidur dan stress. Esoknya lps dh buat prosedur ni, terus aku rasa kuat utk lwn sakit. Buat tak tahu walau sakit. Buat je keje, makan juga mcm selalu. Tak nak bergantung pada ubat. Bila sakit dtg, kita baring n tekan je perut n sabar. Lama2 Insya Allah harap ia berlalu. Sakit menginsafkan. X sempat dh nak fikir benda lagha, Shopee ke. Rasa humble hidup. At the end kita nak hidup sihat. Lain x penting dah. Sian anak2 paling terkesan sbb kita tak mampu nak handle, layan. Alhamdulilah family ada support, tgk kan anak2 kita. Syukur Allah uji sakit, kita sedar siapa kita kat dunia ni.
Tak mampu habiskan makanan tengahari. Tea and dinner suami tolong perabihkan

Surat dari Doc Damai ke Doc klinik yg mula2 aku refer. Etika dlm memberi informasi apa result kesihatan aku

No comments:

Post a Comment