Saturday 16 March 2019

Kursus Pendek Program Bacalah Anakku

Assalamulaikum,

Alhamdulilah, aku berjaya hadir ke kursus program Bacalah Anakku, anjuran Tadika Iman Readers. Pengusahanya Ummi Idah seorang yg certified dlm mengendalikan kursus ini. Program ini bermula dari 8.30am dan hbs dlm 1.30pm hari Sabtu dgn bayaran yuran RM50. Walaupun agak tersasar dari expectation aku, tp still ia agak memuaskan buat aku. Nak buat mcm mana, RM50 je kau bayar, paham2 jelah.


Apa pengisian dlm tempoh singkat itu ialah no.1 Pengisian modul Multiple Intelligence oleh Haji Isa selama 1 jam. Diikuti dengan rehat selama 30 min mcm tu. Makanan ada org sponsor. So xdelah kebulur sgt. Kemudian lebihan masa adalah pengisian dr Ummi Idah. Kaedah basic yg diajar utk mengajar anak adalah mesti tahu sebuatan bunyi huruf. Bukan ajar anak huruf ye kawan2. So apabila nak kenalkan bunyi ni, kene mahir utk nyanyikan lagu ABU ADA AYAM.

Aku bawa Ammar ke program ni dlm kul 12 tgh hr. Nasib Aqeel x perasan abg dia dh xde kene bw lari. Ada aktiviti bonding dgn anak diakhir program. Sbbkan dekat je dgn rumah gigih jugalah bw Ammar ke tmpt ni. Panas litlit kauuuu.
Ni aktiviti yg dijalankan bersama anak. Buat pocket fail. Kat bhgn atas nama anak tu ada mcm poket kecil utk taruk ejaan tulisan. So nmpk menariklah bila ada fail mcm ni. Warna kuning tu, semua corak, pagar kecil tu Ammar yg pilih. Aku buatkan semua, Ammar tugas dia cabutkan double sided tape and tolong buang sampah. Oklah ank gembira mak puas hati.


So sementara aku ada kursus dlm 10min lg mcm tu, aku tgl je Ammar dgn budak2 lain. Nasib Ammar mampu bw diri. Bila aku nak bw dia ke bilik utk aktiviti bonding dia gi angkut sekali Set Buku Abu Ada Ayam yg kebetulan dijual di bahagian luar bilik. Mcm tahu2 je aku mmg nak beli.

Alhamdulilah Ammar mmg pernah nmpk set tu digunakan dlm video youtube. Tu sbb dia recognise set tu n terus nak bw balik. Aku pun berminat nak beli bila Ummi mengatakan set ni mmg sgt digalakkan utk dimiliki terutama dlm usaha pengenalan bunyi huruf. Harga bwh RM25. Ada duit lebih, kita ambil lagi satu buku tentang Mari Mengenal Allah di hutan. Ammar mmg pernah ckp dia nak jd explorer hutan. So sesuai sgt dgn buku cerita yg aku beli. Naturalis rupanya anak aku ni.
Ada set buku Bacalah Anakku je dirumah beli kat shoppe sebelum ni. So kene tambah set ni bg membantu lg alat mengajar dirumah.


So apa harapan aku ialah, dgn sedikit ilmu yg aku dpt ni, aku harap aku tekad nak laksanakan tggjwb aku dlm mendidik anak aku membaca. Antara pendorong smgt ini adalah sbb sikap Ammar tu sendiri. Dia ada minat kearah itu, iaitu minat utk belajar. Dia mampu utk stay dan fokus. So silaplah aku kalau mensia-siakan nya.

No comments:

Post a Comment